Tuesday, February 28, 2012

Not for SALE!

Salam Ukhuwwah


The discussion occurred between a Professor who is my former mentor during my study years and us, his former students through FB. One issue cropped up on the exorbitant and hefty charges incurred of "a religious talk for two nights at a 5-star hotel for a price of RM 2,000.00"... The Professor raised the issue because of a brochure he received of the above said program, and posted it over FB to gauge response from others... I immediately replied and responded to him in simple sentence...Dear Prof, Islam is not for sale! I don't agree with the charges....







These are among the justification for what I have said earlier... :


The Ulama’ agreed on the prohibition of accepting payment for teaching Islam. In matters of disseminating knowledge, the Prophet (S) explicitly wanted to include everyone within. He likened a gift in return for teaching as something that would “girdle around your neck with fire on the Day of Resurrection.” The Qur’an says: “Follow those who ask you no fee, and who they themselves are rightly guided” -Surah Yasin, 21.

Admittedly, organizing an event costs money to cover travel, food, shelter, broadcasting, maintenance etc. If the costs can be distributed comfortably amongst the parties involved, it would be an agreeable ecosystem and the community can slowly grow. However, hiking up the price to make real profit is nasty. Likewise, a policy of “only those who can pay can enter” is nasty. There is no need to have our ‘conferences’ in fabulous Hilton’s or near amusement parks and turning the whole entity into an enterprise of profit. This results in the commercialization of Islam. Really, it is a call to awaken ourselves as a community to what path we have led ourselves down and a call to improve to the better.

The question is not of giving a token of appreciation which perhaps is ok. It is not a question of accepting an appointment in an institution as a teacher which is ok. It is a question of someone not having a full time job but organizes functions in hotels and charges the audience a hefty price in the name of da'wah. They also deny entrance to such occasions those who cannot afford the price. Islam is not for sale. Prophet (S) came as a mercy to mankind.

Dear all...... Please do understand that Islam IS NOT FOR SALE! It is for commercial purpose....Islam is not for the rich only who can get access to such lavish arrangement of daawah while denying the poor or the don'ts access to it!

Saturday, February 25, 2012

Bersunyian dan beruzlah lah!

Salam ukhuwwah...

video
Ada saatnya kita perlu ambil masa seketika dalam seharian untuk bersunyian sunyian dan beruzlah.....ambil sedikit masa sekitar 30 minit atau satu jam. Ia buat mengingatkan kita tentang perjalanan kehidupan! Uzlah dengan berzikir akan menenangkan diri dan jiwa!

Duduk dan bertafakur tanpa ada gangguan. Berfikir dan bermuhasabah tentang kehidupan! Mengira berapa banyak batas larangan yang telah kita lewati. Mengira berapa banyak dosa kita kumpul selama hidup ini. Sambil hati dan mulut serta fikiran berpadu beristigfar dalam dalam!

Bertanya kedalam diri, adakah amal kita Allah terima. Adakah solat kita DIA terima, zakat kita, sedekah kita malah segala pekerjaan dan aktiviti kita DIA terima. Cuba kira yang mana kita lakukan untuk diri, untuk keluarga, untuk dunia dan bukan untukNYA! Atau adakah semuanya kita lakukan demi KERANA DIA!

Berfikir tentang masa masa yang telah kita lalui lalui kita sia siakan untuk perkara perkara yang tidak bermanfaat! Juga merenung betapa selama ini apa yang kita kerjakan adakah ianya membawa kita ketahap taqwa yang lebih tinggi atau kita masih duduk di tahap yang serupa!

Merenung sejenak berapa ramai kenalan dan teman teman telah kita lukakan hati mereka dek kerana kata kata kita yang tidak berakhlak! Mahupun umpatan umpatan yang telah kita lakukan keatas mereka!

Bertafakur sejenak bagaimana harus dipikul segala dosa itu dan kita bawa mengadapNYA....atau kita mahu menukarnya dengan amal kebaikan lalu bertemu denganNYA

Analisa sejenak, berapa baki UMUR yang kita ada! Adakah pasti kita ketahap umur 60? 50? 40? atau 30? Jangan begitu yakin tentang itu. Entah entah esok atau lusa kita tiada.....lalu bekal apa yang kita bawa? Adakah kita akan bawa sesuatu yang dahulunya saat kita masih bernyawa, kita kejar sesuatu yang PASTI kita tinggalkan....lalu meninggalkan sesuatu yang pasti kita bawa?....Kita sibuk hingga terlupa tentang AMAL yang pasti kita bawa! Kita terkejar sana sini untuk terlupa ganjaran ukhrawi! Harus diingat bahawa PELUANG ini hanya SEKALI sahaja! Tiada ulangan, ia bukan umpama siaran sukan mahupun cerita di kaca tv! Hanya sekali dan sekali itulah yang menentukan nasib kita kelak di NEGERI ABADI!

Marilah sebentar kita renungkan seketika bagaimana NASIB kita di akhirat kelak! Ia pasti! Dunia ini hanya kefanaan yang sementara dan penuh tipu daya! Saidina Abu Bakar r.a. pernah menggumam "Alangkah beruntungnya engkau wahai burung, engkau tidak akan dipersoal. Alangkah baiknya jika aku menjadi seperti burung itu!"

Friday, February 24, 2012

Menggembala itu bukan hina tapi TARBIAH

Salam ukhuwwah...


Sekadar berkongsi pemerhatian....


Insan kesayangan kita semua, Rasulullah saw hidupnya penuh tarbiah. Penuh pengajaran dan penuh contoh! Suatu perkara besar yang mungkin kita terlepas pandang dalam kehidupan kita memberi tarbiah mahupun mentarbiah diri sendiri adalah menanamkan tarbiah rabbani dalam diri dan diri ahli keluarga kita! Jika setiap dari kita melakukannya di rumah@luar rumah untuk diri, anak anak dan isteri, alangkah bagusnya, alangkah baiknya kerana ia akan merata keseluruh masyarakat! Maka akhirnya masyarakat itu akan bertambah baik dan makmur denga nilai nilai tarbiah rabbani.

Tarbiah rabbani yang Baginda terima patut kita contohi pabila kita memberi tarbiah buat anak anak. Apakah perkara paling asas yang menjadi terbiah Rasulullah saw! Ketika kecil Baginda saw....menggembala kambing adalah aktiviti yang biasa Baginda saw lakukan. Mungkin sukar untuk kita mengulangi perbuatan sedemikian sebab gaya dan corak kehidupan kita sangat berbeza. Namun prinsip yang sama yang boleh kita tarbiahkan buat anak anak kita ialah tarbiah rabbani yang berupa sedemikian!


Jika kita perhatikan dan cuba memahami, proses menggembala kambing adalah proses mendedahkan, menanamkan nilai nilai universal seorang insan kepada:

  • sikap amanah, 
  • sikap jujur 
  • sikap ikhlas
  • sikap menyayangi makhluk
  • sikap awas atau waspada
  • sikap kepimpinan
  • sikap memahami berbagai perangai gembala
  • menghargai alam dan memahami kehidupan
Justeru, dalam meberi tarbiah, ambillah contoh dari sirah kehidupan Nabi saw ini, insan mulia yang mendapat sentuhan tarbiah rabbani dari Allah swt. Ia dirancang sedemikia rupa bagi mempersiapkan baginda saw untuk membawa mesej dakwah dan bebanan yang besar! Jika kita tercari cari kaedah apa dan dimana mahu bermula dalam proses mendidik anak anak, maka mulakan dengan menanamkan sifat sifat tersebut dalam diri anak anak. Berilah mereka amanah, lihat bagaimana anak anak melaksanakan amanah. Beri penjelasan apa dan mengapa! Beri tazkirah dan peringatan buat mereka selepas selesai solat berjemaah!

Segalanya kerana sayangNya!

Salam ukhuwwah...


Tiadalah ujian itu melainkan ia dari Allah....dan tiadalah ia melainkan untuk kebaikan kita juga...jika manusia boleh mengetahui hikmah dan pengajaran dari segala ujian dan cubaan yang menimpa, alangkah baiknya....jika kita gagal untuk mengambil IBRAH (lesson learnt atau pengajaran) alangkah ruginya...dan Allah akan terus terusan memberi ujian agar hikmah dan pengajaran itu kita ketahui dan dapat kita manfaatkan...begitulah bagaimana Allah memberi pengajaran buat kita semua!


Tiadalah Allah swt itu bersifat zalim kepada hamba hambanya melainkan hambanya itulah yang menzalimi dirinya sendiri! Itu bermaksud bahawa tiadalah Allah swt menimpakan ujian ujian yang bermacam macam kerana Dia mahu menzalimi manusia. Bahkan Dia mahu memberi pengajaran, mahu mendidik KITA, mahu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Justeru, bersegeralah kembali kepadaNYA...

Jika kita dalam keadaan berdosa dan bermaksiat, bersegeralah bertaubat kepadaNya, beristigfar kepadaNya dan mengingatiNya. DIA sayangkan kita, sebab itu DIA mengingatkan kita. Bagaimana? Iaitu dengan memberi peringatan dan pengajaran melalui ujian dan cabaran kehidupan. Bahkan DIA telah terlebih dahulu mengingatkan kita melalui wahyuNya iaitu alQuran alKarim...Mengapa tidak kita segera kembali kepada perintahNya dan menjauhi laranganNya???

Justeru, segeralah BERUBAH dari keburukan dan kejahatan kepada kebaikan dan ketqawaan kepadaNya...segeralah sebelum terlewat! Segeralah sambut kasih sayang Allah! Jangan disia siakan peringatan dariNya. Jangan bersedih dan jangan gundah gulana dengan ujian yang menimpa! Kasihi DIA nescaya akan terangkat lah kesusahan dan kesulitan dalam kehidupan kerana hakikatnya, segalanya datang dariNya dan kembali kepadaNya. 


Tadahlah tanganmu kepadaNya....mohonlah dariNya...nescaya Dia mendengar rintihanmu!

Tuesday, February 21, 2012

Apabila telah diuji...apa lagi!

Salam ukhuwwah....


Bicara kelmarin ialah tentang diri kita tidak akan tahu melainkan diuji oleh Allah swt....lalu ujian mendatangi dalam 2 bentuk, iaitu kesenangan dan kesempitan....jalan para Nabi dan Rasul serta sahabat sahabat Nabi saw, ialah jalan kesempitan dan kesusahan. Manakala ujian yang berbentuk kesenangan pula ialah biasanya jalan mereka yang selain dari itu. Berbahagialah mereka yang diuji dengan kesempitan kerana itu adalah jalan para Nabi dan Rasul, manakala berhati hatilah mereka yang diuji dengan kesenangan, khuatir kalian akan terjerumus ke lembah hina dan kekufuran! Inilah sebab utama mengapa para sahabat yang hartawan dan kaya raya, memilih untuk menginfakkan semua harta kerana mereka ingin mengikuti jalan para Nabi dan Rasul. Mereka (para sahabat r.a.) sangat memahami ini. Bagaimana kita??


Tidaklah kenyataan ini menidakkan sama sekali akan perlunya kita semua umat Islam untuk menjadi utuh dan kukuh ekonomi, punya harta dan kemewahan. Akan tetapi, ia suatu peringatan agar kita tidak sentiasa dibuai dan seronok dengan harta yang kita miliki lalu menikmati kesenangan sewenang wenangnya, walhal AMANAH dan PERANAN kita yang berharta itu sangat besar disisi Islam! Tulisan ini juga tidak menyatakan sama sekali bahawa kita perlu hidup susah dan dalam kesempitan....tidak sama sekali!


Apa yang ingin diutarakan ialah memahami konsep ujian, mengapa diuji sedemikian dan sedemikian, tidak begitu dan begini! Aku membimbangi bahawa tulisan tulisan ku kelmarin dan kelmarin dahulu seolah olah menidakkan mereka yang kaya dan berharta! Maaf bukan itu maksud dan tujuan tulisan ku semua! Aku hanya mengingatkan diriku dan teman teman bahawa kita diuji dengan berbagai bagai ujian dan cabaran apabila kita mengaku beriman, mengapa diuji dan apakah hikmah segala ujian yang ada! Itulah maksud dan tujuan tulisan ku....


Selepas ini bagaimana??


Jangan bimbang, kehidupan adalah suatu proses yang berterusan. Ia meningkat mahupun menurun mengikut tahap tahap tertentu. Begitu juga IMAN di hati! Ia meningkat dan menurun....justeru apabila seseorang itu diuji dan dicuba dengan segala macam cabaran dan masalah, lalu dia melepasi tahap tertentu dalam proses itu, tentunya kemudiannya dia akan berhadapan dengan proses yang sama ditahap yang lain dan berbeza! Perjalanan hidup seorang Islam ialah umpama musafir yang berhenti berteduh sebentar lalu meneruskan semula perjalanan menuju NEGERI ABADI.....sila rujuk Dr Aidh alQarni dalam bukunya "Menuju Negeri Abadi"....


Dunia ini umpama PENJARA buat orang mukmin...PENJARA? Mengapa penjara? Dunia ini penjara kerana kita tidak sewenang wenangnya boleh melakukan apa sahaja yang kita sukai tanpa ada batasan dan kekangan! Ia berbeza dengan di syurga kerana saat itu, lakukanlah apa yang kalian tidak boleh lakukan ketika hidup di dunia dahulu....saat itu tiada kekangan dan larangan sama sekali...kalian bebas sebebas bebasnya!.....sebab itulah ketika dibangkitkan di padang mahsyar, orang orang Kafir dan mereka yang menzalimi diri mereka akan memohon kepada Allah swt agar dikembalikan semula ke dunia dan berjanji akan berlaku sebaiknya jika diberi peluang sekali lagi! Mana mungkin! Sebab peluang telah diberi dahulu, peringatan juga telah diberi! Penyesalan sudah tiada ertinya saat itu! Taubat sudah tidak diterima saat itu!

Monday, February 20, 2012

Tidak akan tahu tanpa diuji....2!

Salam ukhuwwah....

Sekadar ingin berkongsi dapatan pengalaman dan pembacaan bersama kalian. Jika kalian rajin membelek dan membaca buku buku kisah kisah para sahabat dan juga sirah Nabi saw, tentu kalian akan dapati perkara perkara ini.

Para Nabi dan Nabi saw sendiri serta para sahabat Baginda, tidaklah diuji dengan kasih sayang Allah serta rahmatNya melainkan dengan ujian kesempitan, kesakitan, kesusahan, kepayahan, kemiskinan. Mengapa? Ini tentunya berbeza dengan orang lain. Saya mendapati bahawa apabila Allah kasih dan sayang akan hambanNya, maka tidaklah hambaNya itu diuji melainkan dengan ujian yang saya nyatakan tadi. Para sahabat r.a. ada yang asalknya kaya, ada yang sedia ada miskin, ada yang berstatus tinggi dalam masyarakat, ada pembesar, ada bangsawan, ada bekas hamba sahaya, ada orang biasa biasa, namun tetap mereka diuji dengan kesempitan hidup, kepayahan hidup, kesusahan, kemiskinan dan sebagainya! Itulah 'pattern' kehidupan yang mereka lalui!


Cuba lihat Abu Bakar r.a, dia seorang pedagang dan saudagar yang kaya, dia menginfakkan (memberi) seluruh hartanya kepada dakwah Islam, lalu apabila Nabi saw menanyai beliau, apa yang kamu tinggalkan untuk dirimu dan keluargamu...Abu Bakar r.a menjawab " aku tinggalkan buat diriku dan keluargaku hanya ALLAH DAN RASULNYA"....


Cuba lihat Usman Ibn Affan r.a., dia terkenal kaya dan punya ratusan unta....(hari ini kita seekor lembu pun belum tentu ada, apatah lagi kambing, ayam dan itik mahupun unta, benar, sebab cara kehidupan kita berbeza dari mereka)....menginfakkan segala hartanya untuk Islam, membeli dan menebus telaga di Madinah untuk kegunaan umat Islam sebanyak 30,000 dirham dari seorang Yahudi......agar dapat dipergunakan oleh umat Islam, menginfakkan hartanya untuk belanja peperangan dan sebagainya. Abduurrahman bin Auf r.a. juga seorang tokoh korporat, juag telah menginfakkan seluruh hartanya demi Islam.


Tokoh tokoh yang saya sebutkan di atas adalah sebahagian kecil dari dari rentetan catatan sejarah tentang sikap hartawan dan ahli korporat. Demi Islam, mereka memberikan segalanya! Manakala yang tidak punya harta, sumbangan mereka pelbagai dalam bentuk tenaga dan usaha serta daya fikiran demi Islam. 

Kita tidak akan tahu tahap kita, kita juga tidak tahu tahap iman dan taqwa melainkan kita diuji. Manakala Allah swt, jika DIA sayang akan hambanya, maka dia akan menguji hamba hambaNya. Ujian datang pelbagai rupa. Namun ujian pembentukan jiwa, sikap, perbuatan dan ujian pengukuhan iman yang mempunyai kesan besar dalam kehidupan individu ialah ujian kesempitan, kepayahan, kesusahan, kemiskinan. Apabila seorang hamba ditimpa kesempitan dan masalah kehidupan, nescaya bagi yang punya iman dan kebergantungan kepada DIA, tentu seseorang itu akan kembali kepadaNYA. Meratap dan mengadu, berdoa dan bertaubat. Itu lumrah bagi mereka yang beriman.


Maka sebenarnya, ujian yang mendatang itu merobek keegoan diri, meruntuh keangkuhan, mampu menyedarkan insan kerana ia memperingatkan susuk itu untuk kembali kepadaNya. Mungkin sekali jika tidak ditimpa kesulitan, kita tidak mengendahkan atau sangat kurang berteleku lama di sejadah, berzikir, bertahmid dan beristigfar kepadaNya. Hanya kerana datangnya kesulitan itu, kita seolah olah terkena 'tamparan', menemui jalan buntu, fikiran jadi tidak keruan, tidur tidak lena diganggu oleh permasalahan, hubungan jadi hambar, sikap berubah, maka itulah saatnya proses proses pembetulan dan pembentukan sikap berlaku terhadap diri. Itulah juga saatnya Allah mahu menatijahkan hikmah kepada diri!


Kesimpulannya bagi saya ialah, ujian dan kesempitan melanda, kita tidak akan tahu tahap emosi, tahap fikiran, tahap diri, tahap iman, tahap taqwa melainkan kita melalui proses proses dan menerima natijah akibat kesempitan itu. Apabila berlalunya proses itu setelah beberapa ketika, kesempitan itu dicabut dari kehidupan kita, kehidupan menjadi normal kembali, kita sudah menjadi orang baru, dengan sikap dan kesedaran yang baru, iman dan taqwa yang semakin megukuh, saat itu, kita akan dinilai oleh Allah swt, adakah benar keimanan dan ketaqwaan yang diperoleh, adakah benar kesedaran dan sikap positif yang tergambar dari perbuatan, adakah kita istiqamah dengan kesedaran kesedaran yang diperoleh dari kesempitan dan kesusahan yang dialami? Jika tidak, proses seterusnya akan berlaku! Itulah tanda Allah sayang kepada hambaNya, sebab DIA mahu hambaNya menjadi BAIK!


Jadi mengapa perlu kita menafikan dan mengeluh??? Seharusnya, kita nikmati segala ujian dan cabaran yang mendatang itu dengan penuh redha dan sabar! Benar! Saya setuju, ia tidak mudah! Namun, tidakllah Allah itu zalim, kerana Allah tidakpernah berlaku zalim kepada hambaNya, sebaliknya, hambaNya lah yang menzalimi dirinya sendiri (kita tidak sedar bahawa kita sedang menzalimi diri sendiri, cubalah sentiasa MUHASABAH agar kalian tahu adakah kalian menzalimi diri sendiri, periksa semula apakah dosa dosa kecil mahupun yang besar yang kita lakukan, apakah perintah dan larangan Allah swt yang tidak kita lakukan). Teringat suatu ketika Saidina Ali k.w. mengeluh apabila dia tidak ditimpa kesakitan, tidak demam dan sakit lalu dia berkata "Ya Allah, adakah ENGKAU telah melupakan aku kerana engkau tidak menimpakan sakit, demam kepada diriku"....


Manakala, jika kita diuji dengan nikmat, dengan harta dan kekayaan. Kita menjadi senang, menjadi hartawan. Berhati hatilah bahawa ujian yang sedemikian adalah umpama ujian atau nikmat yang ditimpakan kepada umat umat terdahulu yang Allah timpakan pembalasan ke atas mereka. Lihat Firaun, lihat Qarun, lihat Raja Parsi, lihat Raja Rom.......jadi berhati hatilah dengan nikmat dan ujian kemewahan kerana ia 'pattern' yang menjurus kepada terjerumusnya seseorang itu ke lembah kehinaan, kehancuran. Tidaklah saya
 menafikan bahawa 


perlunya umat Islam dan kalian semua utuh ekonominya. Namun, berhati hatilah kerana ia boleh berupa ISTIDRAJ. Justeru, atas dasar itulah saya kemukakan cerita Abu Bakar r.a. dan para sahabat yang lain di awal tulisan ini kerana mereka sedar dan insaf bahawa harta dan kekayaan itu hanya menuju ke arah kehancuran jika tidak berhati hati, dan betapa ramai manusia yang berhati hati namun tetap juga mereka terjerumus ke lembah hina. Malah harta dan kemewahan yang dimiliki itu menjadi beban buat mereka di akhirat kelak, satu persatu soalan akan ditanyakan oleh Allah swt tentang harta mereka! Itulah puncanya mengapa Abu Bakar r.a hanya meninggalkan sehelai baju, pedang dan perisai perang! Begitu juga Umar alKhattab, sehingga Umar berkata apabila mengetahui tentang harta yang ditinggalkan oleh Abu Bakar r.a. setelah wafatnya Abu Bakar r.a. "Aduhai Abu Bakar, engkau telah meninggalkan suatu tanda aras 'benchmark' yang sukar diikuti oleh mereka selepas mu, lalu bagaiman aku??"


Justeru, jika kalian kaya dan berharta, jadilah orang kaya yang BENAR BENAR beriman dan bertaqwa. Bantulah usaha dakwah, bantulah orang yang  fakir, susah dan miskin, jangan dihina mereka yang tidak punya apa apa!





Sunday, February 19, 2012

Tidak akan tahu tanpa diuji....

Salam ukhuwwah....


Salah satu cara Allah membentuk perangai, sikap, perbuatan dan yang utama sekali ialah taqwa dan iman hambaNya ialah dengan cara memberi ujian. Itu kaedah yang paling biasa. Ditimpa untuk para hambaNya yang dikasihi pertamanya dengan kesempitan dan kesusahan....kita tidak akan tahu siapa kita dan bagaimana iman dan taqwa kita tanpa ujian ujian kesusahan, kesempitan dan masalah masalah dalam kehidupan. Walaupun Allah Maha Mengetahui akan hal keadaan hambaNya, namun jika DIA mahu untuk membentuk taqwa dan iman serta keperibadian hambaNya.....maka akan DIA datangkan kesempitan dalam bentuk pelbagai!


Terkadang ia berupa kesempitan hidup, kurangnya harta dan sebagainya, terkadang ia berupa masalah yang datang bertimpa timpa tanpa henti, selepas satu masalah kita ditimpa oleh masalah yang lain! Dalam hal keadaan begini, walau punya wang dan harta, namun apabila ditimpa masalah yang tiada kunjung putus....wang dan harta menjadi tidak bermakna langsung walau ada gunanya, namun biasanya dalam situasi masalah yang kita hadapi, ia dirasakan tiada peranan langsung!


Dalam situasi masalah yang pelbagai, bagaimana kita menghadapi setiap satu masalah itu penting. Ia perlukan kesabaran dan istiqamah. Proses itu perlu dilalui, suka atau tidak....hakikatnya ia berlaku dan sedang berlaku dalam kehidupan kita. Jika sabar dalm pelbagai perkara, sabar dalam emosi, sabar dalam fikiran sabar dalam perbuatan, istiqamah untuk terus berusaha menyelesaikan, serta bergantung harap, berdoa kepadaNYA, insyaallah, maslaah itu akan selesai dan memberi impak besar dalam kehidupan seseorang individu. 


Ujian dan masalah yang datang adalah proses proses alami untuk memupuk sikap dan membentuk perbuatan seorang insan. Ia meningkatkan tahap taqwa, meningkatkan tahap pasrah seorang hamba kepada Khaliqnya....ia meningkatkan tahap redha kepadaNya, ia memperkukuhkan jiwa dan memperkuat emosi dan mental....ia adalah segala galanya untuk kebaikan diri. Namun, jika kaedah dan cara mengahadapi segala masalah itu tidak 'shariah compliance' maka impak kemudian hari nanti tidak 'signifikan' terhadap diri seorang insan. Apabila berlaku sedemikian, ada kemungkinan besar bahawa atas rahmatNya, kita akan ditimpa masalah lain kerana tahap sedar kita ketika menerima ujian yang pertama@terdahulu belum cukup mapan. Justeru, hendaklah segera kembali kepadaNYA apabila ditimpa musibah dan ujian dengan cara bertaubat, dan mengingati DIA dengan lebih banyak lagi serta redha atas apa yang berlaku! 


Terkadang masalah dan ujian datang berupa peringatan kerana Dia tahu kita hampir tersasar dan tergelincir dari landasanNya...atau kita sememangnya sedang tergelincir dari landasanNya....itu tanda Allah sayang dan kasih kepada hambaNya....justeru DIA memberi peringatan dan membuat sempadan agar kita tidak terus terjerumus ke lembah kehancuran. Terkadang DIA membiarkan kita terus tergelincir kerana DIA sudah tidak peduli tentang kita lagi....jadi tiada peringatan diberikan untuk kita. Ini bahaya sebenarnya. 


Maka kita perlu berbahagia jika sentiasa dalam kehidupan kita ada peringatan dan musibah yang Allah timpakan kepada kita kerana ia sesungguhnya menghancurkan keegoan dan membershkan dosa dosa kita terdahulu. Sayugia diingatkan, kita tidak tahu berapa besar dan banyaknya dosa dosa kita di sepanjang perjalanan kehidupan yang pernah kita lalui, lalu kita mengeluh kerana asyik ditimpa musibah bertalu talu dalam kehidupan, walhal sebenarnya kita tidak tahu adakah cukup musibah yang menimpa kita sebagai kaffarah dosa di dunia supaya tidak kita diberi dan ditimpa pembalasan yang terlebih berat di akhirat kelak. 


Berbahagialah jika Allah memberi peringatan dengan kesempitan hidup namun, hakikatnya kita masih mampu meneruskan kehidupan kerana Allah tidak sesekali bersikap zalim kepada hambaNya. Allah juga tidak menimpakan kepada seseorang tanggungan yang tidak mampu dipikulnya! Bersabarlah dan berbahagialah bahawa apabila ditimpa kesulitan, ketahuilah bahawa Allah sedang menyayangi kita! Sewajibnya kita menjadi sangat BIMBANG jika kita tempuhi kehidupan di dunia ini dalam keadaan mudah, tidak ditimpa kesulitan kesulitan besar seperti orang lain. Bimbang kerana jika ia adalah ISTIDRAJ, iaitu suatu kenikmatan dan kesenangan atau kelebihan yang dimiliki dan diperolehi oleh seseorang kerana Allah mahukan dia terus dalam keadaan sesat, angkuh, riak dan ego. Ia datang dalam pelbagai bentuk, harta, wang ringgit, kelebihan kelebihan lain seperti boleh mengubati orang sakit, dia sendiri tidak pernah sakit, bijak, pintar dan sebagainya.


Sesungguhnya bersama kesusahan itu akan datang kesenangan.....2x Allah berfirman dan bersumpah dalam surah alInsyiiraah!


Kita tidak akan tahu tahap keimanan kita, melainkan kita diuji! Cuba renungi firman firman Allah ini:

Az-Zumar (39), Ayat 49

فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya ni'mat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi ni'mat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.

When harm touches man, he calls to Us (for help), then when We have (rescued him from that harm and) changed it into a favour from Us, he says: "Only because of knowledge (that I possess) I obtained it." Nay, it is only a trial, but most of them know not!

Al 'Ankabuut (29), Ayat 2-3
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?       




Al 'Ankabuut (29), Ayat 3
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

And We indeed tested those who were before them. And Allah will certainly make (it) known (the truth of) those who are true, and will certainly make (it) known (the falsehood of) those who are liars, (although Allah knows all that before putting them to test). 

Friday, February 17, 2012

Jaga diri dengan menjaga Allah......

Salam Ukhuwwah...salam Jumaat!


Sepagi bersama teman, sedikit bicara bertanya khabar namun tiba tiba, aku ditanya....ini transkrip perbualan kami.....


Dia: Bro....aku nak tanya ko sikit!
Aku: Apa dia.....hermm, aku leh agak ada la tu musykil kat mana mana tu!


Dia: hehehe...biasa la! Hari tu ko cakap pasal Allah suruh jaga diri dan keluarga dari api neraka....tidakkah itu lebih nampak macam pentingkan diri!
Aku: look at positive side bro....seimbas lalu ia sebegitu! Namun, ia patut macam tu pun demi kebaikan semua...kan ayat hujung tu ialah "dari api neraka"....mudah je! Sebenarnya, besar makna ayat ni...kena fahami dengan meluas dan mendalam.


Dia: Apa dia yang meluas/mendalam tu! Kan straight forward jer ayat tu...melindungi diri dan keluarga dari api neraka!
Aku: hehehe.....pandangan aku yang cetek ni ialah: ayat tu bermaksud amanah dan tanggungjawab diri, ia merujuk kepada dakwah, ia juga bersifat politik, ia juga soal keseimbangan hidup di dunia dan akhirat bro....amanah kat situ ialah soal tanggungjawab setiap insan untuk buat apa yg Allah suruh dan tinggal apa Allah larang....bukan ambik sikit sana sikit sini dalam erti kata lain buat apa yang kita suka jer....bukan gitu, ia soal kepatuhan kita kepada perintahNYA...itu menjadi tanggungjawab kepada kita yang sudah beriman! Mana boleh ko claim ko beriman kepada Allah tapi ko buat suka hati jer kat dunia ni! cakap ikut sedap mulut, caci maki dalam perhubungan, aurat tak jaga...fitnah sana sini, memang la kita tak sedar kita seang memfitnah, akan tetapi sekarang ni makin berleluasa, kalau ko tengok, kita sampaikan atau wawarkan dalam  FB tu pun dah kira fitnah walau hanya share atau klik like sebab benda tu mendorong orang lain untuk membacanya, idak itu kira memanjangkan fitnah ke! Tak kira la benda yang diperkatakan tu betul atau salah....kalau betul, kita telah melanggar perintah untuk tidak mengaibkan atau menjelekkan orang lain atau memburukkan orang lain, tak kira atas alasan apa dan dasar apapun! Kalau betul dakwaan, kenapa tak pergi report dan rujuk kepada hakim...habis cerita, ni kita duk usung cerita ke sana ke sini. Tak de kerja lain ke! Macam mana umat Islam hendak diliputi rahmat dan perlindungan Allah jika asas kepada perhubungan ni tidak kita perbaiki dan buat!


Dia: mak aih...panjangnya!
Aku: Tu la pasal....ada lagi ni! Ia merujuk kepada dakwah, diri sendiri (merujuk kita sebagai suami/anak etc)...dalam konteks ko, ko ialah suami, ko pemimpin kepada isteri dan anak anak, ko kena jaga amanah itu, ko kena betulkan mereka mengikut acuan Islam....ia jadi proses dakwah! Jika semua suami, bapa dan anak atau isteri, ibu dan anak memainkan peranan ni....jika semua keluarga Islam buat gini, masing masing jaga (akhlak, perbuatan, ibadah, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia), cuba ko bayangkan berapa ramai keluarga Islam kat Malaysia nih....jika semua buat gini, alangkah bagusnya! Tidakkah itu dakwah bro! Contoh la....dalam isu solat, jika para suami, para bapa dan para ibu serta para anak, jaga diri sendiri dengan menjaga solat fardhu secara berjemaah.....agak agak la, ko rasa penuh tak masjid masjid kat Malaysia ni setiap kali masuk waktu solat fardhu......ni sibuk menjerit terlalak sana sini macam mana cahaya iman nak masuk....mana boleh yang mungkar bercampur dengan maaruf! Selamanya kebaikan tidak akan bercampur dengan kejahatan atau maksiat! Ini kita campur kedua duanya...agak agak sapa yang menang?? dah tentu yang mungkar menang sebab maksiat mengikis iman!


Dia: huisshh...panjangnya...ok aku faham, aku nak gi ofis dah ni.....nanti sambung balik...
Aku: no problem bro....kalau ko faham bagus! Mudah mudahan Allah memberkati kita semua dengan halaqah sebegini, diskusi yang bermanfaat! Aku hanya berkongsi apa yang aku faham jer, kalau salah mana mana, itu kerana aku jahil dan daif ilmu! Sorry bro kalau statement aku tu pedas kat ko!
Dia: no hal la...you are telling me the fact man! Ada lagi ko tak cerita pasal ayat tu, bab politik ngan seimbang dunia akhirat....! Simpan yang tu utk lain masa, aku agak mesti yang tu lagi panjang berjela! Haahahahaha
Aku: hehehehe...Assalamualaikum bro! insyaallah jumpa lagi!



Wednesday, February 15, 2012

Ibrah dari cerita....

Salam ukhuwwah....


Sepetang bersama teman tadi....berbual tentang kehidupan bukan berbual tentang orang lain. Memang itulah bahas yang terbit dari bibir mulut tiap kali kami bertemu mahupun bertamu! Kami berbual tentang diri sendiri...mengambil iktibar dan pengalaman sesama. Terpacul dari mulutnya sang teman "aku menitis airmata la bro bila baca kisah hidup Umar alKhattab.." "Nape....rileks la, dia dan para sahabat Nabi saw yang lain adalah  pencontoh pencontoh yang agung tentang kehidupan malah utamanya tentang iman, taqwa dan akhlak selain Nabi saw sendiri"...kataku!


Sebenarnya aku sering mengunjuk buku buku yang memberi impak besar dalam kehidupan ku sendiri buat tatapan sang teman, moga moga ada ibrah yang boleh diambil darinya. Salah satunya ialah tulisan Abdul Rahman Assyarqawi ini. Sebelum ini begitu banyak buku yang sering ku kongsikan bersama sang teman. Buku buku Sheikh Abul A'ala al Maududi, Dr. Aidh Abdullah alQarni, dan buku buku yang diterjemah dari kitab kitab arab...buku yang punya sandaran fakta yang betul dan benar, yang ada rujukan, yang punya nilai pengalaman kehidupan dan yang mampu membentuk fikrah....maklum, aku sendiri kurang mahir memahami bahasa arab, justeru aku sentiasa mencari buku buku terjemahan. Ini penting untuk membantuku memahami secara berfakta! Perkara perkara inilah yang selalu ku bincangkan saat aku bertemu dengan sang teman ini!


Al-Quran Berjalan Rahmat Bagi Sekalian AlamDulu kami berkongsi buku "alQuran berjalan" oleh Dr. Aidh Abdullah alQarni....aku menitis airmata juga apabila melihat perjuangan dan susah payahnya perjuangan Rasulullah saw...sang teman juga begitu, tetap juga menitis airmata dek terkesan dari mesej yang disampaikan dalam buku itu. Sejak itu, banyak penggalian yang kami buat bersama saat dari itu, samada dalam buku buku yang sering kami baca, mahupun apa apa bahan dan buku yang sering kami bertukar, silih berganti antara satu sama lain....antara buku lama yang memberi impak besar dalam hidup ku sendiri dan hidup sang teman ialah buku terjemahan dalam bahasa Inggeris koleksi khutbah yang disampaikan oleh Sheikh Abul A'ala Maududi "LET US BE MUSLIM"......ini buku lama, tiada dalam pasaran, aku pernah membeli beberapa naskah tajuk yang sama, lalu ku hadiahkan buat teman teman tertentu. Ia mengandung penuh pengajaran! Jika kalian berpeluang, carilah buku itu....ia penuh makna! Aku dan sang teman, sering mengimbau dan berdiskusi tentang kandungan dalam buku "Let us be Muslim" itu.....hingga saat naskhah tersebut hilang entah ke mana....samada aku terlupa atau ada teman yang meminjam buku lalu terlupa memulangkannya....sayangnya! Pernah 2,3 kali pergi ke kedai buku di Jalan TAR mencari naskhah yang sama namun tiada! Apa yang ada ialah naskhah yang baru..."The Fundamental of Islam"...kandungan yang hampir serupa, namun aku masih sukakan terbitan yang terawal dulu kerana bahasa dan terjemahan bahasa Inggeris yang menarik dan sungguh menyentuh hati!......


......itulah ceritaku tentang ibrah dari buku dan cerita cerita bersejarah yang ada. Terkadang kita mudah mengkritik dan bercakap tentang sesuatu, walhal sesuatu dalam kehidupan itu punya asal usul, pernah dialami oleh orang lain mahupun oleh orang orang terdahulu, malah permasalahan pernah difatwakan oleh para sahabat Rasulullah saw dan ianya relevan dalam kehidupan kita pada hari ini. Hari ini ungkapan kita sewenangnya dititipkan....jika kita toleh sedikit kebelakang, dan meneliti kisah kisah perjalanan orang orang terhebat dalam Sirah Rasulullah saw....pasti kan kita peroleh sesuatu yang sangat bermakna buat bekal "cara berfikir" kita dalam kehidupan.


Aku mendapati, kebejatan kata kata terutama di laman laman sosial dan internet dewasa ini, pertelingkahan yang berlaku, fitnah yang merata, pertentangan pendapat yang tiada kesudahan adalah kebanyakannya berpunca kerana CARA BERFIKIR yang tidak mengikut landasan AlQuran dan Sunnah....


Benar....! Kita kata kita sudah tahu, walhal pada waktu yang sama banyak aspek dan perkara yang kita tidak tahu sebenarnya! Kita kata kita mengikut alQuran dan Sunnah Rasulullah saw...akan tetapi kalian kan mendapati bahawa pertikaian tidak merapatkan saf dan perpaduan, malah pertikaian dan perselisihan pendapat itu lebih menjarakkan hubungan, lebih mengkucar kacirkan kesatuan dan perpaduan Islam.....mengapa?? Masalah asasnya ialah tiada ilmu walau kelihatan macam berilmu....lalu ilmu itu tidak membentuk cara berfikir! Inilah masalah asasnya!.....lalu akhirnya, tidak wujud kesepaduan cara berfikir yang akan menatijahkan persefahaman! Masyaallah!




Justeru itu, marilah MEMBACA!........bacalah yang memberi manfaat, mengundang REDHA Illahi, bacalah alQuran, fahami isinya, ambil IBRAH dari alQuran.....pelajari dan fahami kupasan kupasan alQuran, fahami Sunnah Rasulullah saw, telusuri sirah Nabi saw, kisah kehidupan dan perjuangan para sahabat Rasulullah semua.....jangan jadikan bahan bacan yang lain sebagai keutamaan, jangan terlalu terkesima dengan cerita cerita khayalan yang menyentuh perasaan kelak kita kan menjadi manusia yang terikut terikut dengan sentimen dan fantasi. 

Monday, February 13, 2012

Jika kita....

Salam ukhuwwah....


Cuba renungkan.....adakah kita sudah menjadi seorang yang soleh dan baik di neraca pertimbangan Allah? Jika belum, maka berubahlah dengan segera! Hentikanlah perbuatan sia sia, perangai buruk, kata kata buruk, akhlak yang buruk, hina dan keji! Walau siapa kita, walau kita berpangkat besar, harta dan wang yang melipah ruah, walau kita miskin, tiada punya apa apa, sentiasa kesempitan wang dalam hidup, walau kita bukan sesiapa, hanya orang biasa biasa, walau kita orang yang luarbiasa....berubahlah segera! Ini kerana setiap kita adalah anak kepada ibubapa kita, dan ibubapa kita adalah anak kepada datuk nenek kita...begitulah.


Jika mahu dan berharap segala kebaikan untuk anak anak kita (kepada mereka yang sudah berkeluarga dan punya anak anak) atau mereka yang belum berkeluarga (ambillah pengajaran).....kita sendiri perlu memulai dengan menjadi soleh dan baik. Ikut dan perbuatlah kebaikan kerana Allah swt, kerana mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw. Insyaallah, perkara yang sama akan berlaku kepada anak anak kita juga. 


Jangan terbalikkan keadaan, kita berperangai buruk, berakhlak buruk akan tetapi kita tidak mahu berubah dan mengharapkan anak anak kita menjadi soleh dan solehah! Itu sukar sebenarnya! Kita adalah apa yang kita fikirkan, kita adalah apa yang kita lakukan dan apa yang kita contohkan buat mereka. Jika sikap kita sentiasa negatif, maka anak anak akan terikut menjadi negatif. Jika kita suka menyalahkan keadaan dan orang lain, ada kecenderungan yang besar bahawa anak anak kita juga akan sedemikian. Jika kita suka merapu, maka anak anak kita juga akan terikut dengan sikap kita yang suka merapu. Ubahlah diri! Saya memgingatkan diri saya dan berkongsi dengan kalian semua agar kita sama sama mengamalkan konsep "qu anfusakum waahliikum naara"...


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, keras, lagi tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.(Qur’an Surat 66 (At-Tahrim): ayat 6)

Sunday, February 12, 2012

Mencari RedhaNya!

Salam ukhuwwah!

Mencari dan mendapatkan redhaNya adalah keutamaan hidup! Mungkin ada orang lain punya fikiran bahawa keutamaan hidupnya adalah perkara lain dan bukan mendapatkan redhaNya. Sedangkan nyawa kita ini pun milikNya, sedangkan PELUANG untuk HADIR dan WUJUD dalam kehidupan ini, lalu menjalani kehidupan ini adalah jua merupakan keizinan dariNya, mana mungkin tidak kita sentiasa perlu mencari dan mendapatkan redhaNya!


Bagaimana mencari dan mendapatkan REDHANYA? Mudah sebenarnya! Ia ada dalam alQuran dan Sunnah Nabinya! Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang! Konsep buat yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang ini perlu menyeluruh! Tidak boleh buat sedikit sedikit, ambil mana yang kita suka@buat mana yang kita suka sebahagiannya dan tinggalkan apa yang@tidak buat apa kita tak suka!


Sebenarnya, apa yang disuruh untuk kita lakukan dan dilarang untuk kita tinggalkan bukanlah ia untuk kebaikan Allah swt! Ia sebenarnya untuk kebaikan kita sendiri! Semua kebaikan itu@faedah itu berupa natijah kebaikan kepada fizikal, rohani, mental dan sebagainya! Tidak satupun ia memberi impak kepada Allah swt! Allah tidak perlukan amalan kita, Allah tidak perlu zikir kita, Allah tidak perlu alunan bacaan alQuran kita, Allah tidak perlu sesuatu apa pun dari kita. Kita yang perlukan semua itu! Asasnya ialah, jika kita solat, zikir dan mengikuti segala perintahNya, ia adalah manifestasi kepatuhan kita kepadaNya sebagai hamba kepadaNya, ia memberi faedah jasmani dan rohani kepada kita. Juga segala macam kebaikan untuk kita! Tiada satupun dari segala amalan yang kita lakukan adalah kerana ia (amalan2) diperlukan oleh Allah swt.! Tidak sama sekali! Allah tidak perlukan amalan amalan, atau kita! Kita yang perlukan Allah, kerana kita dicipta olehNya! Allah mencipta kita, Dia tidak dicipta! Dia tiada awal dan akhir! Dia wujud, qidam, baqa'! Hakikatnya, kita bergantung kepadanya! Udara yang kita hirup, Dia yang menciptanya! Pandangan mata yang boleh menyaksikan segalanya, adalah anugerah dariNya! Sifat dan kecukupan fizikal, rohani, aqal dan fikiran, Dialah yang menjadikan!


Jangan berfikir dan mengakali Allah swt dalam kerangka dan perspektif sepertimana pandangan kita terhadap makhluk lain! Ia boleh menyesatkan! Maksud saya ialah kita tidak boleh menganggap bahawa Allah itu seperti makhluk kerana makhluk itu, perkataan makhluk itu bermaksud 'diciptakan', tetapi Allah tidak diciptakan! Dia menjadikan dan menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada! Seolah olah bahawa Allah swt perlukan kita! Itu salah!....kita kena ubah cara berfikir yang sedemikian! Allah swt adalah segala galanya. Justeru, mengapa perlu gundah gulana jika Allah swt adalah segalanya bagi kita, tentunya apa yang terjadi kepada kita hari ini adalah dalam pengetahuanNYA. Binalah matlamat kehidupan atas dasar mencari REDHANYA!


Menyedari hakikat ini, tiada lain yang perlu kita lakukan melainkan mencari dan mendapatkan redhaNya! Mengapa? Kerana jika Dia redha terhadap kita dan apa yang kita lakukan, Dia menjanjikan syurga buat kita iaitu kehidupan kekal abadi yang tidak tergambar dek fikiran manusia kerana ia berlaku sesudah kita mati dan dibangkitkan semula nanti! Carilah redhaNya! Jika kalian berfikir tentang matlamat kehidupan yang sifatnya sementara iaitu hanya untuk kehidupan duniawi ini semata mata, kalian silap! Carilah redhaNya! Pasti kan selamat! Biasakanlah membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan ini hanya untuk mencari redhaNya! Ameen, insyaallah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 9, 2012

Yang di dunia dan yang di akhirat

Salam ukhuwwah.....!


Click to view full size imageBeza orang beriman hidupnya adalah berkonsep dunia dan akhirat, manakala orang yang tidak beriman, hidupnya adalah untuk dunia sahaja, kerana jika percayakan akhirat, tentu orang kafir itu BERIMAN dan mengesakan Allah swt....!


Jadi apa yang nak dihairankan jika orang tidak beriman aka kafir itu menerima dan mempunyai hampir segala galanya di dunia ini. Tidakkah Allah itu memberi rahmat kepada semua orang! Tentunya rahmat Allah itu diterima juga oleh orang yang tidak beriman. Hanya sanya mereka tidak menyedari bahawa ia sebenarnya berupa rezeki yang berlimpah ruah dari Allah swt. Mengapa! Ini kerana Allah tahu bahawa orang yang tidak beriman tidak punya bahagian apa apapun di akhirat kelak. Semua bajet/bahagian rezekinya diberikan ketika hidupnya di dunia, sebab itu mereka punya segala galanya. Namun ada juga orang yang tidak beriman tidak mempunyai segala galanya namun dia tetap punya kebebasan melakukan segala galanya!


Berbeza dengan orang Mukmin, dia menerima rahmat IMAN, manakala bajet rezekinya ada bahagian untuk dunia dan ada bahagian untuk akhirat! Ada orang Mukmin menerima bajet rezeki seperti orang yang tidak beriman, namun itu adalah ujian bukan nikmat. Allah nak uji dan dan tengok apa yang dikerjakan dengan rezekinya yang melimpah ruah. Adakah diguna untuk menambah 'saham' akhiratnya atau tidak! Atau diguna untuk dunianya semata mata! Harus diingat, rezeki untuk orang Mukmin telah termaktub di dalam wahyuNya, ada sebahagian dari harta dan wangnya adalah hak orang lain, yang mana dia perlu berzakat dan bersedekah dengan hartanya. Jika dia (Mukmin) melakukan sedemikian, insyaallah, secara automatik saham akhiratnya akan meningkat dan menumpuk. Jika tidak, maka harta dan wang yang dimilikinya tidak bermakna apa apa. Harta dan wangnya adalah ujian baginya kerana jika dia tidak bijak mengurusnya maka harta itu menjadi fitnah kepada dirinya. Bagaimana menjadi fitnah kepada dirinya? Ia menjadi fitnah kepada dirinya apabila harta itu menjadi rebutan ahli keluarganya, rebutan anak anaknya, rebutan adik beradiknya....masing masing bergaduh hanya kerana harta, hubungan terputus hanya kerana harta, benci membenci, fitnah memfitnah berlaku! Itulah musibah yang dibawa oleh hartanya. Maaf! Kenyataan saya ini bukan menentang orang Islam/Mukmin/beriman untuk mempunyai harta dan berusaha untuk memilikinya, namun ia sekadar perkongsian konsep dan pemahaman tentang harta! Agar jika kita tidak punya harta, tiadalah kita menangisi keadaan tidak punya harta namun berdoalah agar Allah memberkati apa yang kita ada walau sedikit!


Lumrah manusia, inginkan harta, namun bak kata Umar alKhattab r.a.....saham diakhirat lebih utama dan lebih penting! Jikalah manusia tahu betapa jauh bezanya nikmat akhirat itu, tentu mereka berduyun duyun mengejar nikmat akhirat! Seperti mana Nabi saw pernah mengungkap, bacalah "Subhanallah wabihamdihi subhanallah hil adziim" sebanyak 100 kali pagi dan petang, kerana ia lebih baik dari seisi dunia dan seisi langit (kalau tak silap)...sila rujuk Kitab AlAdzkaar oleh Imam Nawawi, bab zikir! Nabi saw sampai berkata ia lebih baik dari seisi dunia dan seisi langit! Bayangkan! Namun perolehan seisi dunia dan seisi langit itu tidaklah diperoleh sekelip mata, ia lahir dalam bentuk penumpukan saham akhirat! Berbahagialah mereka yang sentiasa menambah saham akhiratnya.....


Click to view full size imageKonsep rezeki dan harta ini perlu difahami dengan jelas......tidakkah dengan punya harta yang banyak, tentu ada banyak soalan soalan yang akan ditanya oleh Allah swt. Bukankah harta itu amanah? Bukankah harta itu milik Allah swt? atau kalian rasa harta itu milik kalian? Bagaimana? Jika kalian merasakan harta itu milik kalian...maka terpulanglah apa yang kalian mahu kerjakan! Namun, hakikat sebenarnya ialah, harta itu milik Allah swt, dia MAHA KAYA...dan apa apa harta yang kita miliki tidak sedikitpun mengurangi kekayaan Allah swt!....Justeru, berusahalah kerana Allah swt semata mata...jika Dia memberi dengan banyaknya harta dan wang ringgit, ingatlah bahawa ia UJIAN dan AMANAH! Didalamnya terkandung hak orang lain (fakir, miskin etc)....bukannya jika kita dianugerahkan harta dan wang ringgit maka kita boleh melakukan sewenang wenangnya.....jika orang Mukmin bersikap sedemikian....maka beringatlah bahawa dia sedang menempuh jalan ke neraka! Nauuzubillah!


Justeru, bagi yang tidak punya harta dan wang ringgit yang banyak, bersyukurlah dengan apa yang ada! Tidak pula apabila bersyukur dengan apa yang ada menyebabkan kalian tidak berusaha dan berbuat apa apa lagi! Apa yang lebih penting ialah keberkatan dari yang sedikit kita miliki! Jangan merasa cemburu dan hiba melihat orang lain lebih upaya, lebih berkemampuan! Berusahalah dengan bersungguh sungguh! Insyaallah akan ada bahagian dari rezeki Allah swt untuk kalian! Jangan pula bersikap tidak mahu mencari dan berusaha, kononnya zuhud dan bersederhana! Itu bukan zuhud dan bersederhana, itu sikap bodoh dan tolol dalam memahami kehidupan seorang Mukmin! JOM MUKMIN! Insyaallah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.