Thursday, March 29, 2012

Suburkan ketenangan dan kebahagiaan!

Salam ukhuwwah!


Tika sedang santai bicara bersama sang teman....banyak sisipan kehidupan yang terluah antara kami.... lalu aku suarakan kepadanya....setiap jiwa kan punya titipan kehidupan, silih berganti ujian dan cabaran, pelbagai bentuk, sempit mahupun luas, payah mahupun mudah...yang pahit itu yang sukar, yang manis itu kelihatan mudah namun susuk sentiasa gagal....itu ternoktah dalam sejarah, dalam bait bait kalimah yang indah, dalam wahyu Sang Gagah, Allah rabbil aalamiin!


Lalu ku katakan kepada sang teman....
Yang susah membangkitkan tekanan,
Kesukaran dan ketidak tenteraman,
Namun natijahnya bak mutiara kebahagiaan...
Pernah insan agung Muhammad saw mengatakan....
Ingatkan MATI, lalu kesukaran akan hilang


Kepahitan akan lenyap
Segalanya sementara hakikatnya
Didunia yang fana ini...
Apabila susuk mengingat MATI, tertanya dalam diri, samada sekarang atau esok hari...


Lalu ketika dan saat itu,
Yang sukar dan payah dihati....kan terus dilupai
Kerana MATI mengingat akan diri,
Apa yang dialami kan ditinggal jua nanti,
Lalu yang dibawa hanya yang benar benar bererti,
Amal ibadah, doa anak yang soleh, dan sedekah yang diberi,
Lalu apalagi yang perlu dikhuatiri,
Bukan sakit hati, bukan kesal dan sesal, bukan janji yang dimungkiri
Mahupun harta berbondong yang telah dicari di dunia ini
Yang akan dibawa pergi....hanya 3 perkara yang telah diketahui...


Maka benarlah kata kata Illahi
Ternyata hakiki ungkapan Nabi saw yg dicintai
Pabila mengingat MATI.....
Segala persengkataan dan sakit hati...
Kan bisa dilupai


Oleh diri...
Lalu lahirlah kemaafan yang murni
Dari insan yang mengingat MATI
Kerana segalanya yang lain tidak bererti
Buat DIRI yang memahami!
Ameen, insyaallah!


Nukilan ini diungkap saat aku sedang berperang dalam diri, antara sakit hati dan merana diri, lalu ke memilih untuk 'berdamai' daripada rugi tenaga sendiri, rugi dan penat minda memikirkan....
Aku memahami kini, saat hati dan jiwa dirundung sedih dan malang, mahupun tekanan dek cabaran yang mendatang....aku mengerti, kelegaan yang pasti ialah apabila mengingat MATI, sekarang atau esok hari...kerana apa yang dilalui sehari hari....hanyalah sekadar sementara sifatnya di dunia ini...erti kemaafan kan lebih dimengerti....kerana jika kita mengingat MATI....jiwa dan hati kan memahami, bahwa memberi maaf lebih bererti!


Jika memahami dan mengerti....pasti kalian akan dapat menyuburkan ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia ini....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aku, Kita, Mereka......!

Salam ukhuwwah!


Masa kecil ayah dan ibu telah meninggalkannya.....terpisah jauh dari kasih sayang ibu dan ayah....tiada harta mahupun adik beradik lain untuk menumpang kasih. Atuk yang dikasihi tempat menumpang kasih, tetapi itupun tidak lama. Lalu berpaut pula kepada bapa saudara yang bukanlah berada, malah serba serbinya sekadarnya sahaja, walhal bapa saudara yang lain kaya kaya belaka. 


Bayangkan emosi dan jiwa yang melanda kanak kanak kecil ini. Kekuatan itulah yang membina personaliti. Kekuatan jiwa dan emosi. Malah masih mampu berkasih sayang dengan semua orang walau dulu saat kecil tidak merasa! Kita bagaimana? Tidak terhenti saat itu sahaja. Saat cinta masih hangat membara, saat payung berteduh sangat ditagih tika perjuangan sangat sukar, dia yang dikasihi pula meninggalkan dia. Itulah Nabi saw yang kita kasihi! Sehingga digelar tahun itu tahun dukacita buat Baginda Nabi saw!


Cuba bandingkan...cuba selami jiwa Baginda saw! Kita bagaimana! Penuh kasih sayang ibu dan bapa tapi kita alpa menghargai mereka! Penuh perhatian dari sanak saudara, hidup sesama, bantu membantu, pabila telah senang mudah sahaja bersikap caca merba.....



 Remember, we all stumble, every one of us. That's why it's a comfort to go hand in hand. 
Emily Kimbrough





Jadilah insan yang menghargai nikmat Allah. Jadilah insan yang menghargai orang lain yang pernah membantu kita! Jadilah insan yang bersyukur! Jadilah insan yang menghargai peranan orang lain! Itulah persaudaraan Islam, saling bantu membantu, mengenang budi! Bukanlah insan yang dulu membantu mahukan balasan akan budi yang ditabur.......akan tetapi sekadar penghormatan, dan satu kemaafan jika ada khilaf sudah cukup sebagai balasan! Terkadang kita silap, maafkan kesilapan, terkadang kalian silap, maka kita juga memaafkan.....dengan yang lebih tua, hulurkan kemaafan, tundukkan keegoan! Jangan berasa betul sentiasa! Kelak akan binasa! Saat itu sudah terlewat untuk patah kembali, melainkan masa boleh diputar kembali!






Jangan biarkan salah sangka merapuh hubungan, mengesat kenangan, membakar jambatan kasih sayang.....jangan biarkan prinsip diri yang 'tidak berguna' (yang tanpa sedar kita amalkan) menjadi barah dalam perhubungan.....jadikan iman sebagai landasan, islam sebagai amalan dan ihsan sebagai hiasan dan suri kehidupan.....sesama kita kan bahagia!



 Assumptions are the termites of relationships. 
Henry Winkler



Aku berterimakasih kepada mereka yang hadir dalam kehidupanku......aku bersyukur kepadaMU Ya Rabb kerana membuat saat pertemuan itu suatu yang gemilang buatku...aku bersyukur dengan mereka yang memberi harapan buatku, aku berterimakasih kepada mereka yang memberi pelajaran kepadaku.......aku berterimakasih dengan pengalaman yang ku terima dari kalian....ia amat mahal bayarannya buat diriku........!


"Don't you ever regret knowing someone in your life; good people will give you happiness, bad people will give you experience and the worst people will give you lessons...The best people will give you sweet memories..."

Wednesday, March 28, 2012

Zalimnya FITNAH!

Salamm ukhuwwah!


Pernah difitnah, dituduh bermacam macam....difitnah oleh teman sendiri, sahabat sendiri, kawan sendiri, kenalan sendiri, jiran sendiri....walhal orang yang sama itu lah yang kita temui saban hari, yang sama sama pergi ke surau, pergi kerja, pergi berjemaah, pergi majlis....namun tidak kita terpelihara dari fitnah! 


Kejamnya fitnah...bahkan difitnah oleh saudara seagama sendiri. Difitnah oleh mereka yang mengungkap perkataan yang sama, kalimah yang sama iaitu Laa Ilaa Ha Illa Allah, Muhammad Rasuulullah! Adakah kalimah itu mainan bagi mereka? Adakah itu sekadar dimulut? Adakah mereka punya hak untuk memfitnah? Benar, orang yang difitnah itu dizalimi! Dan sesungguhnya beruntunglah orang orang yang dizalimi kerana doa mereka didengar oleh Allah swt secara terus, tanpa ada penangguhan akan keberhasilan. Sabarlah wahai orang orang yang difitnah dan dizalimi! Sabarlah! Bahagian dan kemenangan itu ada untuk kalian....mungkin tidak dimukabumi ini akan tetapi tentunya di akhirat kelak!

Sungguh dahsyat dan kejam fitnah sehingga hukuman bagi si pemfitnah 'secara umumnya ialah dibunuh dan diperangi'....masyaallah! Inilah perosak masyarakat, perosak agama, perosak hubungan sesama, perosak perpaduan, perosak kerjasama....tanpa bukti dan fakta, mudahnya mulut berkata kata dan menuduh si kena tuduh! Mungkin tanpa sedar kita memfitnah, justeru berhati hatilah. Mungkin tanpa sedar kita mengata dan menuduh dan tuduhan itu kemudiannya menjadi suatu fitnah! Maka berhati hatilah.......


Aduhai.....hanya yang pernah mengalami akan tahu....betapa peritnya penangan fitnah!


Jika tidak benar maka ia jadi fitnah, jika benar ia jadi umpatan (bak kata Abu Farhan)....jika mahu mengelakkan, jangan dengar khabar berita, jangan ambil tahu. Masalahnya, kita manusia yang suka ambil tahu!


Satu perbualan yang biasa saya gunakan untuk mengelakkan fitnah, apabila ada orang bercerita kepada saya, terutamanya apabila kononnya ada orang kata begitu dan begini tentang saya! Maka saya akan menjawab "Tidak mengapa, nanti aku akan tanyakan sendiri kepada empunya kata kata akan kebenaran berita ini!" Terus sipembawa berita itu akan terkedu dan meminta saya jangan memberitahu bahawa dialah yang menyampaikan berita itu! Itulah salah satu caranya saya mengelakkan orang lain dari membawa khabar berita yang bukan bukan. Kita perlu terus pergi kepada sumber!


Cara yang lain ialah dengan mengguna prinsip "get rid of negative things, seek for positive things"......"what you say is not important, WHAT I THINK OF WHAT YOU SAY IS IMPORTANT TO ME.....maknanya, diri sendiri perlu membuat keputusan dan memilih untuk 'termakan dengan hasutan@fitnah atau sebaliknya'!


"



Monday, March 26, 2012

Memilih....ikut hati@ikut Allah

Salam ukhuwwah...


Adalah suatu perkara yang sangat biasa hari ini untuk memilih sesuatu berdasarkan justifikasi bercampur! Sebahagian justifikasi adalah kerana Allah kononnya dan sebahagian lagi kerana menurut kata hati@kononnya rasional/logika akal. Walhal, hakikatnya ialah yang putih manakan boleh bercampur dengan yang hitam, yang baik manakan boleh bercampur dengan yang buruk, syurga manakan ia bercampur dengan neraka! Keduanya punya perbezaan yang jelas. Laa yastawii ashaabunnaar wa ashaabul jannah....ashaabul jannati humul faaaizuum (alHasyar) (tidakkah ada perbezaan antara ahli neraka dan ahli syurga, bahkan mereka ahli syurga itu adalah orang orang yang berjaya!


Ada dua konsep umum yang boleh difahami di sini berdasarkan ayat di atas. Jelas ada perbezaan antara ahli neraka dan ahli syurga. Pilihlah samada mahu jadi ahli neraka atau ahli syurga! Pilihan ditangan kita. Konsep satu lagi ialah makna dan kaitan kejayaan dengan syurga, iaitu kejayaan abadi itu kan mampu menempatkan seseorang itu di syurga dan tergolong dikalangan orang orang yang berjaya!


Berapa ramai yang berjaya skor A, berapa ramai yang namanya tertinta di dinding dinding dewan sekolah sebagai pelajar cemerlang akademik. Tetapi adakah sudah pasti apabila cemerlang akademik itu yang dikenal sebagai suatu kejayaan akan membawa seseorang itu ke jalan syurga? Belum pasti dan tentu lagi! Tidak salah untuk cemerlang akademik...ia bagus, akan tetapi perlu diseimbangkan dengan kejayaan abadi dan hakiki! Jika berjaya secara akademik dan juga berjaya secara hakiki 'shariah compliance' itu baru namanya wasatiyyah, itu baru dikenal kejayaan sebenar. Itulah hakikat kejayaan sebenar dan hakiki!


Manakala, jelas dinyatakan bahawa ahli syurga punya karakter, ciri ciri dan sifat sifat tersendiri, begitu juga ahli neraka! Carilah makna dan hakikat bagaimana ciri ciri ahli neraka dan ahli syurga! Kelak ia akan memandu kalian dalam membuat pilihan. Pilihan pilihan yang bermakna dalam hidup di dunia ini agar dengan pilihan pilihan tersebut, ia akan membantu kita meraih kejayaan abadi dan hakiki iaitu syurga Allah swt!


Sebagai contoh, membaca akhbar merupakan suatu pilihan. Pilihan yang menentukan apa bahan dan input yang kita mahu baca! Ada input yang bermakna dan ada juga input yang sia sia malah ada yang menjurus kepada yang haram. Antaranya ialah:


1) Jika input itu bermakna, ia akan menyumbang sesuatu yang baik kepada minda dan diterjemahkan dalam perbuatan perbuatan yang baik dalam aktiviti seharian.


2) Jika input itu sia sia, kata kata kosong, cemuhan dan nistaan, berita yang memualkan isinya, maka natijahnya ialah pengaruh negatif yang dimasukkan sebagai input minda yang menghasilkan tindakan tindakan dan perbuatan perbuatan negatif yang menjerumus kedalam kerosakan dan kebejatan.


3) Jika berita itu berbaur seks, gambar separa lucah, gaya yang seksi dan menggoda, dengan wanita menjadi alat kepada proses proses itu, maka jadilah pengaruh seks itu sebagai input kepada minda lalu membangkitkan ghairah dan nafsu individu dan mendorong seseorang itu kearah perlakuan perlakuan perlakuan seksual....lihat Berita Harian, 26 Mac 2012, halaman Nasional 21, remaja umur 19 tahun melanggar mangsa dari belakang dengan kereta, dan memaksa mangsa masuk ke dalam kereta, membawa ke ladang kelapa sawit dan merogolnya...bayangkan betapa dorongan seksual telah membuatkan seseorang bertindak diluar batas kawalan iman dan akhlak!


Pilihan ditangan kita untuk baca bahan berita yang bagaimana? Jika selalu didorong dan diberi input seksual dan kebebasan hidup seperti mana di halaman akhbar yang sama di H21, atau gaya menggoda dan seksi sepertimana di Pancaindera Mingguan Malaysia semalam, tidak pelik jika kebejatan kebejatan akhlak dan moral ini akan terus berlaku. Ini ditambah lagi dengan sumber media tanpa batas dan sempadan iaitu Internet, bayangkan kerosakan apa yang berlaku kepada remaja dan generasi muda sekarang! Jadi buatlah pilihan yang bijak... pilihan syurgawi yang abadi dan kekal kerana ia lebih baik! “Every thought is a seed. If you plant crab apples, don't count on harvesting Golden Delicious.”
Bill Meyer (1892-1957);
Baseball Manager, Coach
“Every passing minute is another chance to turn it all around.” Cameron Crowe (born 1957);
Screenwriter, Film Director (Excerpt From The Film Vanilla Sky)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 25, 2012

Saturday, March 24, 2012

Perkara mudah yang kita tak endah!

Salam ukhuwwah....


Rupa rupanya, sedari atau tidak, banyak perkara mudah dalam sunnah dan agama yang kita tidak ambil endah dalam kehidupan sehari hari...


1) Pihak masjid sampai perlu tampal 'sticker' "menyahut seruan Illahi lebih utama"....hanya untuk beritahu supaya para jemaah untuk "off kan telefon atau 'silent' telefon" ketika solat! Apa maksudnya....hilang hormat kepada institusi masjid. Kita pergi masjid@surau untuk solat, untuk bertemu dan berbicara kepada Illahi, mengadu nasib diri, mengadu kesilapan dan dosa kepadaNya....tapi kita bawa 'urusan' dunia dalam urusan komunikasi, solat dan ibadah kita kepada Allah. Bunyi deringan telefon akan mengganggu jemaah lain....Jenis manusia apakah kita ini?


2) Nabi saw kata "perlahankan bacaanmu 'qiraat' (alQuran) jika ada orang sedang solat"...kita buat tidak tahu, malah tidak ambil endah, Imam berwirid dengan nada suara yang kuat, malah guna pembesar suara lagi, walhal masih ada jemaah yang lambat, belum selesai menyudahkan rakaat solat dek kerana tertinggal rakaat akibat lambat dan sebagainya.


3) Jangan mengganggu jemaah...betul rukun Qauli dalam solat ialah membaca ayat dan zikir dalam solat dalam keadaan dengar tak dengar ditelinga pembaca, BUKAN memperdengarkan bacaan kepada jemaah disebelah! Ia bukan membaca dengan nyaring....kebanyakan dari kita apabila solat, mula menyaringkan (bukan terlalu nyaring tetapi cukup untuk mengganggu jemaah di sebelah kanan dan kiri dengan gaya bacaan sok sek sok sek, walhal cukuplah utk didengari oleh diri sendiri bukan untuk diperdengarkan kepada orang lain) bacaan alfatihah, bacaan selepas alfatihah, bacaan ketika ruku, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud hingga habis solat!


Sama sama kita perbaiki diri dan adab dalam beragama, serta mengamalkan sunnah Nabi saw dengan sebaiknya...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 23, 2012

Lebih memberi dari menerima....

Salam ukhuwwah!


Lewat pertemuan, kelmarin dengan Prof Dr. Muhaya dipejabatnya...keadaan agak sibuk. Pesakit ramai, manakala temu janji yang dijadualkan jam 11.30am terpaksa ditunda. Aku dan isteri menunggu sehingga jam 12.45, Prof Muhaya rupanya sedang melakukan pembedahan Lasik kepada pesakitnya....tidak mengapa!


Aku memahami dunia sibuk hidupnya sehari hari...paginya Prof Muhaya 'on air' di Ikim.fm...jam 11.30 am sudah kembali dari konti Ikim.fm, sampai di pejabatnya di Prince Court Medical Center, terus melakukan pembedahan Lasik kepada pesakitnya. Habis pembedahan dia menemui kami....raut wajah agak keletihan, mata kemerahan. Dia penat, aku faham!



"Maaf la, agak sibuk hari ini, you all terpaksa tunggu" ujarnya. "Maaf juga, sms tempohari lambat respon, saya hilang telefon, nombor tak cam, duk ingat2 siapa Sakinah nih......tapi lepas beberapa ketika, saya fikir, tak patut kecewakan orang" tambahnya lagi. Aku dan isteri hanya mengangguk angguk...kami simpati dan faham situasinya! "Rupa rupanya you all ker! Laa nape tak cakap awal awal...lama kita tak jumpa yer" katanya lagi. "Tak apa Prof...ingat dah lupa kat kami...apapun kami faham Prof sibuk!" ujar isteriku.


Lalu pertemuan itu dilangsung sebagaimana diharapkan...terungkap kata kata ini "kita hidup hari ini mengikut geraf kehidupan yang kita lakar dahulu...jika kita lakar geraf dengan baik, dan cemerlang...maka hari ini kehidupan akan baik dan cemerlang, begitulah sebaliknya...kita perlu lebih memberi berbanding menerima..."ujarnya. Prof Muhaya mengungkap demikian bersebab. Ia kerana isteri saya memberitahu beliau "Prof, saya ada add friend di fb Prof...sy Likes juga fan page.." Prof Muhaya jawab" eh..saya tak update fb saya hanya guna fan page saya..saya tak sempat nak jawab dan respon...banyak sangat"



Itulah insiden yang menyebabkan saya menukilkan LEBIH MEMBERI DARI MENERIMA....kita selalu lebih mahukan perhatian, lebih mahukan input lebih mahukan 'recognition' dari orang lain! Kita selalu lebih mahu tahu apa yang orang lain buat berbanding apa kita buat. Kita nak tahu apa yang orang lain dah sumbang berbanding apa yang kita sumbang....malah pada tahap yang ekstrem dan sudah menjadi budaya hari ini...kita lebih mahu mengkritik daripada mahu melakukan, kita lebih mahu mencari kesalahan berbanding melihat kebaikan, kita suka cari yang tak kena berbanding melihat apa yang kena. Kita lebih mahu untuk tidak suka sifulan dan tidak suka kepada kata kata sifulan berbanding melihat apa kebaikan yang ada pada sifulan dan menyukai sifulan...saya faham, semuanya adalah hak individu untuk suka atau tidak suka kepada sifulan, sesiapa sekalipun dia!


Apa yang ingin diutarakan dan ditekankan disini ialah, betapa kita ini lebih mahukan orang lain melakukan, berbuat sesuatu berbanding kita sendiri yang melakukan. Atau kita suka melihat apa yang tidak kena berbanding apa yang kena dimata kita! Mengapa? Jawabnya mudah, kita lebih suka menerima berbanding memberi! Dengan sebab kita lebih suka menerimalah maka kita merasa bebas tekanan dan bebas tanggungjawab lalu kita dengan mudahnya 'menunjuk kepada kesalahan@kesilapan orang lain'....cuba letakkan diri dalam keadaan memberi, tak kiralah apa yang diberi, samada sumbangan wang ringgit, khidmat tenaga, kepakaran, idea, fikiran, ungkapan dan sebagainya....cubalah letakkan diri dalam keadaan menyumbang....bukan terhad kepada keluarga terdekat akan tetapi kepada masyarakat kerana Allah...demi untuk ummah, demi untuk Islam. Cuba letakkan diri dalam keadaan berhabis masa tenaga, wang ringgit demi ummah! Cuba rasai nikmat melakukannya dan mengharapkan redhaNya.


Maaf kata, kalau setakat mencari apa yang tak kena, mana yang tidak betul...ia bukan sesuatu yang sukar. Tak perlu pergi sekolah, tak perlu pandai membaca pun, tak perlu masuk universiti, malah ia juga dilakukan oleh cerdik pandai, pakar itu ini....hampir semua orang boleh melakukannya...tak susah! Apa yang susah ialah menyumbang kebaikan kepada agama, berkorban demi agama! Ganjarannya syurga! Yang paling sukar sekali ialah mengubah DIRI SENDIRI.....


Nukilan ini inspirasi dari diskusi dengan Prof Dr Muhaya dan ceramah yang didengar pada malam ini oleh Sham Kamikaze!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. 

Lontaran fikiran 2

Salam ukhuwwah....

Sedikit petikan dari buku yang sedang saya dan isteri usahakan....Manhaj Kehidupan Insan!

Semakin kita memberi makna dan berfikir tentang apa yang membezakan kita seorang Islam dengan bukan Islam, semakin kita ketahui bahawa ia adalah suatu perbezaan yang jelas. Ia tidak kabur dan samar samar. Ia bukan sekadar perbezaan pada nama sahaja, seorang nama Islam dan seorang nama kafir. Bukankah telah kita akui dan ketahui bahawa alQuran itu merupakan wahyu Allah swt akan tetapi kita melayan alQuran sepertimana orang Kafir melayannya. Tidakkah kita berhak mendapat hukuman yang lebih berat kerana mempermainkan wahyu Allah sedangkan kita mengaku beriman kepadaNya? Kita tahu bahawa Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya namun kita tidak mahu mengikuti contoh dan teladan yang telah ditunjukkan oleh Baginda saw. Kita tahu menipu, rasuah, memakan riba serta lain lain perbuatan yang menzalimi diri sendiri dan orang lain itu haram dan akan dihukum dengan hukuman yang berat, namun adakah kita mengendahkan amaran itu? Inilah puncanya kita tidak kuat, umat Islam tidak kuat dan utuh seperti mana dahulu. Kita selayaknya menerima siksaan yang berat dek kelakuan kita tidak mengendahkan perintah dan laranganNya.
 
PERSOALAN YANG PERLU DIFIKIRKAN!

Diskusi ini bukanlah bertujuan untuk menggelar/melabel/ sesiapapun sebagai seorang yang kafir. Akan tetapi ia adalah lontaran pemikiran yang perlu difikirkan oleh kita semua iaitu, APA YANG MEMBEZAKAN KITA (MUKMIN) DENGAN ORANG BUKAN ISLAM? Cuba renungkan, fikirkan? Senaraikan perkara perkara seharian yang kita lakukan yang mungkin menjadikan kita sama berkelakuan seperti seorang kafir! 

Untuk menjadi seorang Islam sebenar, keperluan paling utama ialah ilmu tentang Islam. Setiap diri yang mengaku beriman mesti mengetahui segala ajaran alQuran, perintah, laranganNya dan beramal dengannya. Semua ini telah ditunjukkan oleh RasulNya yang paling mulia iaitu Nabi Muhammad saw melalui sunnahnya. Apa itu Islam? Dan apa yang membezakan seorang Islam dengan Kafir, tekah dinyatakan dengan sejelasnya. Ilmu ini perlu dimiliki oleh setiap Muslim. Masalah yang berlaku ialah, kita tidak menunjukkan keinginan yang nyata dan mendalam untuk mengetahui tentang hakikat ini. Ini menunjukkan bahawa kita tidak menghargai nikmat IMAN yang Allah kurniakan kepada kita.

Seorang ibu tidak akan menyusukan anaknya melainkan setelah anaknya menangis kelaparan. Apabila seseorang itu dahaga, lalu dia mencari cari air, lalu Allah mengurniakannya air. Jika kita tidak dahaga, apakah ada makna air jernih yang deras menuruni bukit buat kita? Tentu tiada makna bukan? Inilah kehilangan dan kerugian yang besar buat diri jika tidak menyedari betapa pentingnya ILMU. Fahamilah betapa sering kita sentiasa dalam kerugian yang besar jika berada dalam keadaan tidak mengetahui tentang Islam, tiada ilmu tentang agama Islam yang kita anuti. Inilah kebejatan yang berlaku pada hari ini.

Lontaran fikiran.....

Salam ukhuwwah....


Persoalan untuk difikirkan!
Diskusi ini bukanlah bertujuan untuk menggelar/melabel/ sesiapapun sebagai seorang yang kafir. Akan tetapi ia adalah lontaran pemikiran yang perlu difikirkan oleh kita semua iaitu, APA YANG MEMBEZAKAN KITA (MUKMIN) DENGAN ORANG BUKAN ISLAM? Cuba renungkan, fikirkan? Senaraikan perkara perkara seharian yang kita lakukan yang mungkin menjadikan kita sama berkelakuan seperti seorang kafir!

Wednesday, March 21, 2012

Beri makna pada kehidupan

Salam ukhuwwah!


Hari hari berlalu....usia bertambah! Masa yang pergi takkan kembali! Nafas dihirup dan dihembus adalah anugerah! Pandangan yang dilihat adalah nikmat! Adakah kita bersyukur? Jika ya, alhamdulillah kerana kita sedar bahawa segalanya adalah milikNya, bukan milik kita! Jika ya....maka jadikan ia bermakna untuk orang lain juga! Jika punya keluarga dan anak anak....dedahkan mereka semua dengan makna sebuah kehidupan yang milikanNya adalah ALLAH swt!


Jika kita beri makna kepada kehidupan ini, lakukanlah pertama mulanya untuk diri sendiri, latih diri untuk mensyukuri anugerah, nikmat dan kelebihan yang DIA berikan...perlu diingat, prinsip pertama ialah...SEGALANYA ADALAH MILIKNYA, Kita diCIPTA, Kita milikNYA, Kita TIDAK MEMILIKI APA-APA.....Apa yang kita ada adalah PINJAMAN dan amanah semata! Memahami ini sebagai suatu prinsip kehidupan adalah proses pertama memberi MAKNA kepada kehidupan....akan sampai saatnya, kalian akan menghadapi suatu insiden dan kalian akan berasa kasihan dan simpati terhadap seseorang yang melakukan suatu keburukan@tohmahan@hinaan@umpatan@sindiran@kejian@kata kata kesat terhadap DIRI kalian sendiri....kalian berasa kasihan kerana kalian memahami makna sebuah kehidupan......


Mengapa? Ia kenyataan yang benar bahawa apa yang kita fikir, itulah yang kita ungkap...itulah yg kita lakukan...maka jika susuk itu mengungkap sesuatu yang negatif, mengata, mengutuk, menyindir...maka ketahuilah jenis rakaman minda@jenis fikiran bagaimana yang wujud dalam minda seseorang itu....benar lah kiranya jika seseorang yang sentiasa nampak kekurangan, kelemahan, keburukan seseorang itu....orang yang sedemikian itulah yang dirinya bermasalah, dirinya yang kotor minda lalu cemuhan, kritikan, sindiran dan kata kata kesat menjadi "perisa dan lauk" kepada mulutnya!


Sebagai insan...yang mengaku mukmin dan beriman serta bersaudara sesama Islam...cubalah lihat kepada kelebihan dan bukan kekurangan seseorang! Kita suka melihat kelemahan berbanding kelebihan orang lain...lalu kita mencari cari kesilapan dan kelemahan itu dengan penuh usaha! Ia membutakan hati dan menutup perbuatan baik yang dilakukan! Ada sahaja perkara yang tak kena yang perlu diungkit dan ditonjolkan! Inilah betapa buruknya sikap seseorang!


Persoalannya....mengapa bersikap suka melihat kekurangan orang lain berbanding kelebihannya?


Pertama: ia kerana tiada ilmu!


Kedua: apabila tiada ilmu maka tiadalah kesedaran yang membuahkan panduan dan prinsip hidup!


Ketiga: apabila input dan rakaman kehidupan dalam MINDA berupa perkara perkara, perkataan perkataan 
yang buruk, kata kata kesat, lucah, sinis dan sebagainya, maka natijah perbuatan dan perkataan dalam aktiviti dan pekerjaan seharian juga berupa perkara yang sama.

CONTOH: apabila yang dimakan ialah petai@jering yang menghasilkan bau busuk, maka yang keluar berupa 'najis', air kencing malah 'kentut' yang busuk!


Insyaallah....sama sama kita ingat mengingati dan mengambil pelajaran dari nukilan ini! Ameen!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 20, 2012

Fananya suatu kejayaan!

Salam ukhuwwah!


Jika menimbang dengan ukuran manusia dan dunia....kalian kan pasti kecewa! Timbangan itu tidak pernah adil! Dunia seakan kelihatan tidak pernah adil! Sebab itu, Allah membesarkan Zatnya sebagai Maha Adil, pertimbangan Allah sangat adil! Mengapa timbangan manusia itu lemah? Ia kerana kebanyakan masanya ditentukan oleh aqal manusia yang tidak sempurna walau ia sebaik baik kejadian! Tidak sempurnanya pertimbangan aqal itulah yang menyebabkan manusia perlu kepada wahyu! Wahyu itu memberi panduan, tips dan cara bagaimana mengurus dan mengatur kehidupan yang gagal direncanakan dan difikirkan oleh aqal! Sebagaimana aqal tidak mampu memikirkan perkara ghaib, begitu juga aqal tidak mampu memahami mengapa hukum mencuri ialah dipotong tangan apabila semua syarat dipenuhi untuk membolehkan sipencuri itu dipotong tangannya!


Ukuran manusia pada Allah ialah imannya, taqwanya...yang tentu tidak terlihat dan ternampak, kerana ia dihati! Hanya Allah yang tahu! Kita sesama sendiri tidak tahu! Jadi jika ada orang tahu apa yang dalam isihati manusia itu...ia adalah kebohongan yang nyata! Tiada siapa tahu apa yang ada dalam hati manusia kecuali Allah! Nabi saw pernah bersabda "aku diutus bukan untuk mengetahui apa yg ada dalam hati manusia"


Justeru, amatlah adil bahawa ukuran Allah terhadap manusia itu bukan atas dasar kulit, rupa paras, bangsa, keturunan, pangkat dan harta, status dan sebagainya....akan tetapi UKURAN iman dan taqwa akan hambaNya! Jika tiada iman dan taqwa maka tiada makna kehidupan susuk itu disisi Allah swt. Maka kita juga perlu sedemikian rupa, iaitu jangan menghukum manusia dengan timbangan dan nilai kita...serahkan urusan itu kepada Allah. Apa yang perlu dilakukan ialah berbuat seperti yang disuruh olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya dalam soal urusan dengan manusia! 


Begitu juga dengan kejayaan...ia fana! Iaitu bersifat sementara! Ia mungkin berupa kejayaan jika diukur dari timbangan manusia...namun ia boleh jadi musibah mahupun ujian dalam ukuran Allah. Takrif kejayaan amat berbeza antara pertimbangan manusia dan Allah swt. Maka berhati hatilah dalam memahami makna kejayaan mahupun meraikan kejayaan. Boleh jadi apa yang kita raikan itu merupakan bukaan bukaan ke arah jalan yang melalaikan lalu menyebabkan kita kufur nikmat......tidak perlu mengagumi akan kejayaan yang diperoleh akan tetapi perlu mengharapkan agar ia menjadi bukaan yang mengundang redhaNYA....tidak dapat dipastikan bahawa manusia itu akan puas dengan kejayaan yang ada lalu mengingini kemudiannya dengan kejayaan yang lain, dan akhirnya mendabik dada.....maka benarlah apa yang difirmankan oleh Allah swt:


Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)..... sebenarnya segala Nikmat itu hanyalah ujian dari Allah utk menguji kita sama ada "kufur" atau "Syukur"
 

................itulah sebabnya mengapa kejayaan itu merupakan sesuatu yang fana! 



 from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 14, 2012

Bijak dan cerdik...maka jadilah sedemikian!

Salam ukhuwwah!


Bagaimana kalau saya katakan kepada kalian jika ada seseorang itu berjaya mengelak satu musibah itu dari mengenai dirinya? Adakah dia bijak dan cerdik atau seorang yang tolol?
Bagaimana jika ada seseorang itu yang berbuat sesuatu untuk mengelakkan dirinya dari ditimpa penyakit, berbanding seseorang yang lain apabila ditimpa penyakit baru berusaha mengubatinya? Siapakan yang bijak dan cerdik, siapa pula yang tolol dan bodoh?


Berdasarkan persoalan diatas, fikirkan senario yang begini pula...bagaimana jika kalian diberi oleh seseorang yang amat arif dan amat pakar tentang ubat kepada penyakit yang kalian hadapi....lalu si pakar ini mengajukan beberapa langkah agar penyakit itu dapat dihindari...ADAKAH KALIAN AKAN MENURUTINYA? Sudah tentu bukan? Sudah pasti kalian akan menuruti nasihat pakar tersebut!
Justeru, jika kalian menafikan nasihat si pakar tadi...apakah kalian ini bijak dan cerdik atau bodoh dan tolol?
Baiklah.....siapakah yang paling mengetahui tentang KITA? Diri kita atau si Maha Pencipta? Tentunya DIA bukan? Kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan akan datang, bagaimana mungkin kita kata kita paling tahu tentang diri kita? Benar bukan!


Jika begitu, tentu DIA tahu mengapa DIA menyuruh kita melaksanakan hukuman hukuman tertentu dalam membanteras masalah jenayah yang berlaku di dalam masyarakat manusia! Benar bukan? Jika begitu mengapa kita pandai pandai mahu menolaknya atau menafikannya!


Tentu DIA juga tahu malapetaka@musibah apa akan menimpa kita jika kita tidak melaksanakan apa suruhanNya dan meninggalkan apa laranganNya! Sebagai contoh, jika memakan benda yang haram, tentu ia membawa mudarat kepada manusia bukan? Dalam konteks ini memakan 'babi' dan meminum arak! Tidakkah ia diharamkan kerana ia merosakkan kesihatan manusia dan membawa berbagai penyakit kepada manusia! Malah kita disuruh untuk menghukum jenayah pencuri dengan syarat syarat yang tertentu, supaya jenayah pencurian, rompakan dan sebagainya tidak berleluasa, lalu masyarakat akan aman dari jenayah sedemikian, tidakkah ini membawa kebaikan kepada kita! Jadi mengapa kita harus menentang@menjustifikasi untuk tidak melaksanakan dengan berbagai alasan! (Maaf, ini bukan soal sokong mana2 parti politik mahupun apa, ini soal melaksanakan perintah dan larangan Allah).


Begitu juga gejala sosial yang berleluasa seperti zina dan lain lain, lalu akibatnya berlakulah pengguguran anak, anak dibuang merata rata, dan sebagainya....anak tidak sah taraf dan berbagai lagi....tidak kah kita tuntas melaksanakan hukum Allah agar gejala ini tidak menjadi semakin parah dan teruk! Mengapa memandai mandai melakukan experimen dan percubaaan atau menyuakan berbagai macam kaedah penyelesaian walhal yang tuntas sudah ada dalam alQuran dan asSunnah dan ia jelas termaktub! Adakah solusi pelbagai yang dilakukan sebelum ini berjaya menghindar masalah gejala sosial yang semakin melarat! Sudah tentu tidak! Jika ia sudah selesai, mengapa ada sahaja berita yang menampakkan gejala sosial ini semakin membarah berlaku sentiasa disiarkan! Apa ertinya!


Justeru, ikutlah formula DIA yang serba tahu dan maha mengetahui! Jangan jadi ego, sombong dan bongkak lalu ingin menjuarai isu walhal ia tidak kemana sekalipun! Cuba fikirkan seketika!
Mungkin saat ini, kita boleh duduk semeja, bersetuju tentang hakikatnya lalu berbeza pendapat tentang bagaimana pelaksanaannya! Namun, perlu diingat, sudah banyak contoh sejarah sepanjang tamadun Islam ini sejak zaman Nabi saw hingga runtuhnya empayar Ottoman....mengapa tidak ambil contoh itu dan terus lakukan tindakan yang sepatutnya selepas ia ditelusi dan diambil kira sebaik baiknya!


Ayuh...mari kita! Ini bukan soal politik semata mata! Ini soal agama dan ketaatan kita kepada Allah! Jangan jadi mungkar! Gunakan semua saluran yang ada agar desakan boleh dibuat untuk ia dilaksanakan segera! Insyaallah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 9, 2012

Ibu oh Ibu.....!

Salam Jumaat dan salam ukhuwwah....



Isteriku (www.sakinahsalleh.blogspot.com) mengungkap ayat ayat ini 


"Ibu kita hanya satu sahaja... jangan lakukan ia seperti sampah kerana mereka tidak menjadikan kita sampah, kalau kita menjadi sampah sekalipun, itu kerana kita memilih untuk menjadikan DIRI SEBAGAI SAMPAH!"


Aku tidak mahu menambah apapun banyak banyak...fikirkan lah! Dimana kemanusiaan?? Dimana kasih dan sayang? Mudahnya kita mengundang kemurkaanNYA? Aduhai! Zaman apa ini???....segalanya bejat dan bobrok! 


Walau dasar apa, atas alasan apa sekalipun, walau IBU kita itu gila@jahat sekalipun, kita tidak punya hak untuk 'menyampahkan' dia....! Jangan marah jika murkaNYA turun kepada kita semua malah kepada sipelaku itu sendiri...jangan menyesal jika apabila kita tua nanti kita dilayan lebih buruk dari haiwan! Nauuzubillah!


Inilah hakikat kebejatan manusia! diminggu yang lalu keluar berita ibu "jual" anak utk dilacur, kemudian berita yang lain....ibu rakam gambar anak diratah oleh teman lelaki kpd ibu! Minggu depan tak tahu lah apa lg perbuatan tolol dan kebinatangan yg akan dilapor di akhbar! Masyaallah!

Seusai ini...apa lagi berita yang meruntun jiwa yang perlu dilapor? Perlukah kita akan berita berita sedemikian? Perlukan berita yang umpama 'energy sucker' ini lewat bicara kita tentang kebobrokan akal budi manusia.....secara peribadi, aku sangat 'sakit' secara mental dan jiwa apabila membaca berita berita sedemikian......mengapa kita tidak sebar luaskan berita berita  yang membina akal upaya dan minda manusia lalu membina ketamadunan yang lebih positif????? Fikirkan!

Kekangan diri membuatkan AKU cuba sehabis mungkin untuk menghindari berita yang 'meruntun...menyakitkan minda sebegini'.....sebab itu aku tidak pernah membeli akhbar ini! Go for energy giver rather than drowned in energy sucker! Ya Rabb....berilah keselamatan, petunjuk dan hidayah dari kebobrokan ini!

Friday, March 2, 2012

Siapa yang perlu kita tanya

Salam ukhuwwah

Transkrip kenyataan Sdra Hilmy Shamsur Abd Rahim, sahabat dan teman seperjuangan dalam kehidupan (terimakasih bro!)....: 


"apabila kita ingin bertanya sesuatu yg complicated kpd seseorg, fikir dulu & bersihkan hati dgn niat yg suci..tanyalah kpd mrk yg berilmu dlm bidangnya..sekiranya persoalan yg ditanya terutama ‘leading question’ disulami dgn niat buruk yg disengajakan bertujuan memerangkap, mem’provok’, merendahkan maruah, memperbodohkan individu yg ditanya, maka hati sipenyoal boleh dipersoal…kemusykilan hudud tanyalah kpd pakar dlm bidangnya..jgn tanya pakar bedah, pakar IT, penganalisis sukan, dj radio, artis & aku sendiri..kpd yg ditanya kalau tak tahu, cakap saje tak tahu @ allahualam.."

Lalu maklumbalas ku terhadap kenyataannya....:


"kita sering bertanya soalan yg salah...it is ok sbb kita tidak tahu, tapi bertanya kpd org yg salah, it is not ok sbb ia menyesatkan, tidak tahu siapa yg perlu ditanya, itu lagi teruk sebb ia tanda kejumudan dan kejahilan....masyaallah! berhati hatilah kita semua! Kita ada Quran dan Sunnah-penerang kehidupan, tapi kita endahkan selain dari dua sumber itu! itu memang masalah umat Islam. Manakal hal ehwal dan perkara keduniaan "antum a'alamu biumuuri dunyaakum" kamu lebih tahu urusan tentang hal ehwal dunia kamu, asalkan ia shariah compliance...maka perbuatlah yg sesuai dan baik! insyaallah!....sampai satu tahap seolah olah masyarakat perlu didedahkan dgn Modul: Kepada siapa anda bertanya? atau Siapa anda tanya?...cara bertanya pun kena kabor!"

 

Ia bagai suatu penyakit dalam masyarakat kita....aku melontarkan isu ini dek kerana karatnya cara berfikir, kaedah berfikir dan bejatnya budaya ilmu umat Islam. Dengar kan di siaran radio kala ini, apa yang para pendengar tanyakan? Bertanya itu bagus, ia natijah fikiran yang responsif terhadap apa yang didengar, dilihat dan tidak diketahui. Akan tetapi bertanya kepada orang yang salah itu yang menjadi masalahnya! Usahakanlah bertanya kepada mereka yang pakar, mereka yng memang tahu tentang sesuatu perkara. Jika tidak, jawapan yang diperoleh itu kan bisa menyimpang dan menyesatkan bahkan membawa kita ke jalan yang salah. 

Tidakkah ayat pertama turun ialah "Iqra" yang dibacakan kepada Nabi saw sebanyak 3 kali hingga Baginda saw menjawab, aku tidak tahu membaca kerana sememangnya Nabi saw ialah seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis! Mengapa iqra? Ia adalah kunci kepada proses pemahaman dan budaya ilmu dalam diri seseorang! Jika tidak membaca akan tuli lah pemikiran dan pendapat! Manakala jika yang dibaca itu dari sumber yang tidak sahih, ia juga lebih membawa seseorang individu itu menjadi seorang yang berilmu tapi tetap JAHIL! 

Kembalilah kepada alQuran dan Sunnah Nabi saw. Itu sumber yang mutlak. Sudah selesai yang itu, sudah padat dan utuh pemikiran, maka bacalah sumber bacaan yang lain. Ini tidak, yang ada dalam alQuran belum difahami seluruhnya, tapi kita hari ini mampu untuk mengulangi bukan sekali bahkan beberapa kali sebagai contoh buku antaranya yang masyhur di kalangan kita bangsa moden ini "The seven habits of highly effective people". Walhal segala prinsip yang ada dalam buku tersebut sudah termaktub dalam alQuran dan dipraktiskan dalam Sunnah Nabi saw. Kita patut malu, umat Islam patut malu, alQuran yang mulia itu sumber pencerahan, sumber ilmu dan penyuluh hidup akan tetapi kita lebih mengkhatami buku buku lain. AlQuran dan Sunnah Nabi saw hanya kita pandang sepintas lalu, ia sekadar bahan bacaan bukan mengambil pengajaran dan ibrah dari keduanya. Ia ditekuni apabila ada kematian, apabila ada majlis zikir dan sebagainya. Ia tidak dijadikan rujukan buat menjalani kehidupan! Zalimnya kita ini menjadi seorang Islam akan tetapi tidak menekuni firman Allah swt dan sabda NabiNya....

Nabi saw bersabda, "Aku tinggalkan buat kalian dua perkara, yang jika kamu berpegang dengannya (seolah olah kamu menggigit dengan gigi geraham) kamu tidak akan tersesat selamanya"