Salam Ukhuwwah...salam Jumaat!
Sepagi bersama teman, sedikit bicara bertanya khabar namun tiba tiba, aku ditanya....ini transkrip perbualan kami.....
Dia: Bro....aku nak tanya ko sikit!
Aku: Apa dia.....hermm, aku leh agak ada la tu musykil kat mana mana tu!
Dia: hehehe...biasa la! Hari tu ko cakap pasal Allah suruh jaga diri dan keluarga dari api neraka....tidakkah itu lebih nampak macam pentingkan diri!
Aku: look at positive side bro....seimbas lalu ia sebegitu! Namun, ia patut macam tu pun demi kebaikan semua...kan ayat hujung tu ialah "dari api neraka"....mudah je! Sebenarnya, besar makna ayat ni...kena fahami dengan meluas dan mendalam.
Dia: Apa dia yang meluas/mendalam tu! Kan straight forward jer ayat tu...melindungi diri dan keluarga dari api neraka!
Aku: hehehe.....pandangan aku yang cetek ni ialah: ayat tu bermaksud amanah dan tanggungjawab diri, ia merujuk kepada dakwah, ia juga bersifat politik, ia juga soal keseimbangan hidup di dunia dan akhirat bro....amanah kat situ ialah soal tanggungjawab setiap insan untuk buat apa yg Allah suruh dan tinggal apa Allah larang....bukan ambik sikit sana sikit sini dalam erti kata lain buat apa yang kita suka jer....bukan gitu, ia soal kepatuhan kita kepada perintahNYA...itu menjadi tanggungjawab kepada kita yang sudah beriman! Mana boleh ko claim ko beriman kepada Allah tapi ko buat suka hati jer kat dunia ni! cakap ikut sedap mulut, caci maki dalam perhubungan, aurat tak jaga...fitnah sana sini, memang la kita tak sedar kita seang memfitnah, akan tetapi sekarang ni makin berleluasa, kalau ko tengok, kita sampaikan atau wawarkan dalam FB tu pun dah kira fitnah walau hanya share atau klik like sebab benda tu mendorong orang lain untuk membacanya, idak itu kira memanjangkan fitnah ke! Tak kira la benda yang diperkatakan tu betul atau salah....kalau betul, kita telah melanggar perintah untuk tidak mengaibkan atau menjelekkan orang lain atau memburukkan orang lain, tak kira atas alasan apa dan dasar apapun! Kalau betul dakwaan, kenapa tak pergi report dan rujuk kepada hakim...habis cerita, ni kita duk usung cerita ke sana ke sini. Tak de kerja lain ke! Macam mana umat Islam hendak diliputi rahmat dan perlindungan Allah jika asas kepada perhubungan ni tidak kita perbaiki dan buat!
Dia: mak aih...panjangnya!
Aku: Tu la pasal....ada lagi ni! Ia merujuk kepada dakwah, diri sendiri (merujuk kita sebagai suami/anak etc)...dalam konteks ko, ko ialah suami, ko pemimpin kepada isteri dan anak anak, ko kena jaga amanah itu, ko kena betulkan mereka mengikut acuan Islam....ia jadi proses dakwah! Jika semua suami, bapa dan anak atau isteri, ibu dan anak memainkan peranan ni....jika semua keluarga Islam buat gini, masing masing jaga (akhlak, perbuatan, ibadah, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia), cuba ko bayangkan berapa ramai keluarga Islam kat Malaysia nih....jika semua buat gini, alangkah bagusnya! Tidakkah itu dakwah bro! Contoh la....dalam isu solat, jika para suami, para bapa dan para ibu serta para anak, jaga diri sendiri dengan menjaga solat fardhu secara berjemaah.....agak agak la, ko rasa penuh tak masjid masjid kat Malaysia ni setiap kali masuk waktu solat fardhu......ni sibuk menjerit terlalak sana sini macam mana cahaya iman nak masuk....mana boleh yang mungkar bercampur dengan maaruf! Selamanya kebaikan tidak akan bercampur dengan kejahatan atau maksiat! Ini kita campur kedua duanya...agak agak sapa yang menang?? dah tentu yang mungkar menang sebab maksiat mengikis iman!
Dia: huisshh...panjangnya...ok aku faham, aku nak gi ofis dah ni.....nanti sambung balik...
Aku: no problem bro....kalau ko faham bagus! Mudah mudahan Allah memberkati kita semua dengan halaqah sebegini, diskusi yang bermanfaat! Aku hanya berkongsi apa yang aku faham jer, kalau salah mana mana, itu kerana aku jahil dan daif ilmu! Sorry bro kalau statement aku tu pedas kat ko!
Dia: no hal la...you are telling me the fact man! Ada lagi ko tak cerita pasal ayat tu, bab politik ngan seimbang dunia akhirat....! Simpan yang tu utk lain masa, aku agak mesti yang tu lagi panjang berjela! Haahahahaha
Aku: hehehehe...Assalamualaikum bro! insyaallah jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment