Pernah Umar alKhattab berkata "tiada apa yang aku inginkan dari kehidupan di dunia ini kerana aku mengharapkan kehidupan di akhirat yang abadi"...itulah Umar r.a.
Teman teman, kenyataan Umar alKhattab r.a. nampak ringkas dan mudah! Sukar sebenarnya untuk MENDALAMI maksud Umar alKhattab r.a. itu, walau sebenarnya mudah memahami nilai muka kenyataannya 'face value'! Namun, hikmah yang mendalam disebaliknya, amat besar jika kita telusuri! Tiadalah kata kata Umar ini berbeza dari aspirasi Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar r.a. atau sahabat sahabat lain!
Apa dan mengapa?......! Saya teringat sabda Rasulullah saw, bahawa setiap insan yang lahir ke dunia ini, telah ditetapkan baginya jodoh, umurnya, rezkinya dan ajalnya!....apa yg saya ingin fokuskan di sini ialah soal rezeki kerana ia berkait rapat dengan kehidupan semasa, iaitu harta dan wang ringgit, iaitu sebagai 'tool' atau alat bagi kita orang Islam untuk mendapat redhaNya. Namun, ada juga insan yang punya 'rezeki' sebagai 'tool' akan tetapi telah terlupa untuk memperguna 'tool' tersebut demi mendapat redhaNya.

Mengapa? Ramai dari kita pada hari ini, hidup dalam keadaan 'stress'! Penuh tekanan, dek kerana cuba memenuhi segala tuntutan kehidupan. Mengeluh dan berkejar sana sini, kepenatan, mengejar masa dan sebagainya, hanya kerana berusaha untuk mencari rezeki! Benar! Usahalah sekuat kuatnya mencari rezeki di dunia ini, kerana sesiapa yang berusaha, maka dia akan mendapat apa yang diusahakannya! Tiada masalah! Malah Islam membenci orang yang malas berusaha mencari rezeki! Dalam proses itu, apa yang kita kerjakan sebenarnya ialah kita melakukannya dalam konteks mendapatkan rezeki mengikut "Bajet Rezeki" yang telah ditetapkan oleh Allah swt! Dan dalam proses itu, ada sebahagian dari kita telah berusaha dan mendapat banyak hasil mahsul dari usahanya, ada juga walau telah berusaha sekuat mana sekalipun, hanya mendapat sekadarnya dari apa yang diusahakan, malah ada juga tiada mendapat atau hanya sangat sedikit sekali dengan izinNYA.
Apa maknanya?

Apa bezanya! Orang beriman hidupnya adalah berkonsep dunia dan akhirat, manakala orang yang tidak beriman, hidupnya adalah untuk dunia sahaja, kerana jika percayakan akhirat, tentu orang kafir itu BERIMAN dan mengesakan Allah swt!.....
Justeru, apa yang nak dipelikkan jika orang Kafir mempunyai segala galanya! Ini kerana mereka tidak punya saham akhirat, manakala orang beriman ada yang punya saham dunia sahaja, ada yang punya saham akhirat semata mata, dan ada juga yang punya kedua duanya sekali! Ingatlah bahawa dunia ini hanya tempat bercucuk tanam yang tuaiannya akan kita perolehi di akhirat kelak....ia penjara buat orang mukmin (segalanya nikmat dan kebebasan tidak boleh dan dilarang dilakukan oleh orang mukmin)......manakala ia syurga buat orang yang tidak beriman! Apa yang nak dipelikkan? Tak payah 'stress' untuk kehidupan fana di dunia ini! Kita patut 'stress' berfikir tentang nasib kita di akhirat!.....tersenyumlah tika menjalani kehidupan di dunia ini kerana kita tahu kita punya saham berlipat ganda di akhirat (namun ia bersyarat, kena patuhi segala syarat tersebut) yang hasilnya, dividennya, komisennya akan kita miliki apabila saatnya tiba! insyaallah!
bersambung.......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment