Salam ukhuwwah...
Doakan ini kepada anak anak, diubun kepala, saat anak anak sedang tidur, atau doakan anak anak setiap ketika....
"Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimhuttakweel" Ya Allah, berilah kefahaman tentang agama (Islam) kepadanya dan kurniakanlah ilmu tentang takwil (tafsiran dan pemahaman alQuran)
اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah Ibn Abbas ini dalam urusan agama. Dan ajarkanlah dia Takwil.”
Ahmad bin Hanbal, al-Hakim, al-Thabarani (Mu’jam al-Kabir, al-Ausath & Saghier), Ibn Hibban dan lain-lainnya dengan lafaz:
.....doa yang Nabi saw bacakan untuk Abdullah Ibnu Abbas atau dikenal sebagai Ibnu Abbas sehingga beliau menjadi seorang ahli Hadis, ahli Tafsir, ahli Fikah yang tersohor dizamannya....sehingga beliau mendapat tempat istimewa disisi Khalifah arRaashidiin dalam membantu kepimpinan dalam urusan urusan pentadbiran dan agama! Sehingga beliau dikenal sebagai orang yang paling mengikuti dan mentaati Sunnah Nabi saw!
Kita sibuk doakan anak anak supaya jadi pandai, jadi hebat, jadi orang ternama, walhal sebenarnya, walau doa tersebut tidak salah untuk dilakukan, tetapi adalah lebih baik kita doakan anak anak mengikut doa doa sunnah sepertimana yang diajar oleh Nabi saw.......agar anak anak kita menjadi warisan yang bermakna dan bermanfaat untuk duniawi dan ukhrawi samada untuk diri mereka sendiri mahupun untuk kita.....ingatlah bahawa hanya 3 perkara yang dibawa ke mati salah satunya ialah doa anak yang salih........adalah sangat tidak digalakkan mendoakan anak hanya untuk duniawi semata mata atau hanya untuk ukhrawi semata mata....bersikap seimbang lah kita sebagai ibubapa....moga moga dengan mendoakan sedemikian, anak anak kita berjaya dunia akhirat dan akan sentiasa mendoakan untuk kita dikala kita tiada di mukabumi ini lagi.
Moga moga apabila dibacakan doa ini....anak anak kita kan bijak dalam hal agama, memahami Islam dengan sepenuhnya...moga doa kita dimakbulkan! Jika ramai generasi anak anak kita mewarisi kebijaksanaan dan ilmu para ulamak dan membantu umarak...tentunya Islam kan semakin teguh dan kukuh diakhir zaman ini....insyaallah ameen!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Salam ukhuwwah...
Sekadar berkongsi pemerhatian....
Insan kesayangan kita semua, Rasulullah saw hidupnya penuh tarbiah. Penuh pengajaran dan penuh contoh! Suatu perkara besar yang mungkin kita terlepas pandang dalam kehidupan kita memberi tarbiah mahupun mentarbiah diri sendiri adalah menanamkan tarbiah rabbani dalam diri dan diri ahli keluarga kita! Jika setiap dari kita melakukannya di rumah@luar rumah untuk diri, anak anak dan isteri, alangkah bagusnya, alangkah baiknya kerana ia akan merata keseluruh masyarakat! Maka akhirnya masyarakat itu akan bertambah baik dan makmur denga nilai nilai tarbiah rabbani.
Tarbiah rabbani yang Baginda terima patut kita contohi pabila kita memberi tarbiah buat anak anak. Apakah perkara paling asas yang menjadi terbiah Rasulullah saw! Ketika kecil Baginda saw....menggembala kambing adalah aktiviti yang biasa Baginda saw lakukan. Mungkin sukar untuk kita mengulangi perbuatan sedemikian sebab gaya dan corak kehidupan kita sangat berbeza. Namun prinsip yang sama yang boleh kita tarbiahkan buat anak anak kita ialah tarbiah rabbani yang berupa sedemikian!
Jika kita perhatikan dan cuba memahami, proses menggembala kambing adalah proses mendedahkan, menanamkan nilai nilai universal seorang insan kepada:
- sikap amanah,
- sikap jujur
- sikap ikhlas
- sikap menyayangi makhluk
- sikap awas atau waspada
- sikap kepimpinan
- sikap memahami berbagai perangai gembala
- menghargai alam dan memahami kehidupan
Justeru, dalam meberi tarbiah, ambillah contoh dari sirah kehidupan Nabi saw ini, insan mulia yang mendapat sentuhan tarbiah rabbani dari Allah swt. Ia dirancang sedemikia rupa bagi mempersiapkan baginda saw untuk membawa mesej dakwah dan bebanan yang besar! Jika kita tercari cari kaedah apa dan dimana mahu bermula dalam proses mendidik anak anak, maka mulakan dengan menanamkan sifat sifat tersebut dalam diri anak anak. Berilah mereka amanah, lihat bagaimana anak anak melaksanakan amanah. Beri penjelasan apa dan mengapa! Beri tazkirah dan peringatan buat mereka selepas selesai solat berjemaah!