Salam ukhuwwah....
Sejak beberapa ketika coretan ini terhenti. Agak sibuk sejak akhir akhir ini tambahan pula jentera minda difokuskan kepada penulisan laporan tesis! Juga agak sibuk dengan kehadiran Syaaban yang mulia dan Ramadhan yang berkat!
Dikesempatan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, saya dengan penuh rendah diri memohon maaf kepada semua atas silap bicara samada melalui tulisan dan nukilan diruangan ini atau diketika dan keadaan yang lain....
Hadirnya Ramadhan adalah masa kita 'recharge' jiwa sufi dalam diri, agar jiwa zuhud kan mekar dan subur saat Ramadhan agar ia akan tumbuh walau Ramadhan telah berlalu pergi....inilah saatnya kita menjadi sangat 'hamba' kepadaNYA....rebutlah peluang ini! Binalah empayar diri saat Ramadhan tiba, moga kita menjadi insan lebih bermakna dalam kehidupan ini dan kehidupan akan datang!
Moga jiwa kehambaan, rasa khilaf dan keinsafan serta kehidupan yang mendatang kan lebih bertambah mabruuk dan mabrur buat kalian semua! Hentikan sengketa, bicara sia sia yang hanya menagih dosa dan membuang sisa tenaga! Lontarkan sikap buruk dan bicara keji dari bermastautin dalam diri...inilah masa dan saatnya diri di tarbiah di madrasah Ramadhan...dan moga ia terus bertambah baik buat diri dan kita semua! Amiin!
Salam ukhuwwah....
Cuba renungkan.....adakah kita sudah menjadi seorang yang soleh dan baik di neraca pertimbangan Allah? Jika belum, maka berubahlah dengan segera! Hentikanlah perbuatan sia sia, perangai buruk, kata kata buruk, akhlak yang buruk, hina dan keji! Walau siapa kita, walau kita berpangkat besar, harta dan wang yang melipah ruah, walau kita miskin, tiada punya apa apa, sentiasa kesempitan wang dalam hidup, walau kita bukan sesiapa, hanya orang biasa biasa, walau kita orang yang luarbiasa....berubahlah segera! Ini kerana setiap kita adalah anak kepada ibubapa kita, dan ibubapa kita adalah anak kepada datuk nenek kita...begitulah.
Jika mahu dan berharap segala kebaikan untuk anak anak kita (kepada mereka yang sudah berkeluarga dan punya anak anak) atau mereka yang belum berkeluarga (ambillah pengajaran).....kita sendiri perlu memulai dengan menjadi soleh dan baik. Ikut dan perbuatlah kebaikan kerana Allah swt, kerana mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw. Insyaallah, perkara yang sama akan berlaku kepada anak anak kita juga.
Jangan terbalikkan keadaan, kita berperangai buruk, berakhlak buruk akan tetapi kita tidak mahu berubah dan mengharapkan anak anak kita menjadi soleh dan solehah! Itu sukar sebenarnya! Kita adalah apa yang kita fikirkan, kita adalah apa yang kita lakukan dan apa yang kita contohkan buat mereka. Jika sikap kita sentiasa negatif, maka anak anak akan terikut menjadi negatif. Jika kita suka menyalahkan keadaan dan orang lain, ada kecenderungan yang besar bahawa anak anak kita juga akan sedemikian. Jika kita suka merapu, maka anak anak kita juga akan terikut dengan sikap kita yang suka merapu. Ubahlah diri! Saya memgingatkan diri saya dan berkongsi dengan kalian semua agar kita sama sama mengamalkan konsep "qu anfusakum waahliikum naara"...
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, keras, lagi tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.(Qur’an Surat 66 (At-Tahrim): ayat 6)
Salam ukhuwwah!
Mencari dan mendapatkan redhaNya adalah keutamaan hidup! Mungkin ada orang lain punya fikiran bahawa keutamaan hidupnya adalah perkara lain dan bukan mendapatkan redhaNya. Sedangkan nyawa kita ini pun milikNya, sedangkan PELUANG untuk HADIR dan WUJUD dalam kehidupan ini, lalu menjalani kehidupan ini adalah jua merupakan keizinan dariNya, mana mungkin tidak kita sentiasa perlu mencari dan mendapatkan redhaNya!
Bagaimana mencari dan mendapatkan REDHANYA? Mudah sebenarnya! Ia ada dalam alQuran dan Sunnah Nabinya! Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang! Konsep buat yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang ini perlu menyeluruh! Tidak boleh buat sedikit sedikit, ambil mana yang kita suka@buat mana yang kita suka sebahagiannya dan tinggalkan apa yang@tidak buat apa kita tak suka!
Sebenarnya, apa yang disuruh untuk kita lakukan dan dilarang untuk kita tinggalkan bukanlah ia untuk kebaikan Allah swt! Ia sebenarnya untuk kebaikan kita sendiri! Semua kebaikan itu@faedah itu berupa natijah kebaikan kepada fizikal, rohani, mental dan sebagainya! Tidak satupun ia memberi impak kepada Allah swt! Allah tidak perlukan amalan kita, Allah tidak perlu zikir kita, Allah tidak perlu alunan bacaan alQuran kita, Allah tidak perlu sesuatu apa pun dari kita. Kita yang perlukan semua itu! Asasnya ialah, jika kita solat, zikir dan mengikuti segala perintahNya, ia adalah manifestasi kepatuhan kita kepadaNya sebagai hamba kepadaNya, ia memberi faedah jasmani dan rohani kepada kita. Juga segala macam kebaikan untuk kita! Tiada satupun dari segala amalan yang kita lakukan adalah kerana ia (amalan2) diperlukan oleh Allah swt.! Tidak sama sekali! Allah tidak perlukan amalan amalan, atau kita! Kita yang perlukan Allah, kerana kita dicipta olehNya! Allah mencipta kita, Dia tidak dicipta! Dia tiada awal dan akhir! Dia wujud, qidam, baqa'! Hakikatnya, kita bergantung kepadanya! Udara yang kita hirup, Dia yang menciptanya! Pandangan mata yang boleh menyaksikan segalanya, adalah anugerah dariNya! Sifat dan kecukupan fizikal, rohani, aqal dan fikiran, Dialah yang menjadikan!
Jangan berfikir dan mengakali Allah swt dalam kerangka dan perspektif sepertimana pandangan kita terhadap makhluk lain! Ia boleh menyesatkan! Maksud saya ialah kita tidak boleh menganggap bahawa Allah itu seperti makhluk kerana makhluk itu, perkataan makhluk itu bermaksud 'diciptakan', tetapi Allah tidak diciptakan! Dia menjadikan dan menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada! Seolah olah bahawa Allah swt perlukan kita! Itu salah!....kita kena ubah cara berfikir yang sedemikian! Allah swt adalah segala galanya. Justeru, mengapa perlu gundah gulana jika Allah swt adalah segalanya bagi kita, tentunya apa yang terjadi kepada kita hari ini adalah dalam pengetahuanNYA. Binalah matlamat kehidupan atas dasar mencari REDHANYA!
Menyedari hakikat ini, tiada lain yang perlu kita lakukan melainkan mencari dan mendapatkan redhaNya! Mengapa? Kerana jika Dia redha terhadap kita dan apa yang kita lakukan, Dia menjanjikan syurga buat kita iaitu kehidupan kekal abadi yang tidak tergambar dek fikiran manusia kerana ia berlaku sesudah kita mati dan dibangkitkan semula nanti! Carilah redhaNya! Jika kalian berfikir tentang matlamat kehidupan yang sifatnya sementara iaitu hanya untuk kehidupan duniawi ini semata mata, kalian silap! Carilah redhaNya! Pasti kan selamat! Biasakanlah membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan ini hanya untuk mencari redhaNya! Ameen, insyaallah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.