Sekadar berkongsi pemerhatian....
Insan kesayangan kita semua, Rasulullah saw hidupnya penuh tarbiah. Penuh pengajaran dan penuh contoh! Suatu perkara besar yang mungkin kita terlepas pandang dalam kehidupan kita memberi tarbiah mahupun mentarbiah diri sendiri adalah menanamkan tarbiah rabbani dalam diri dan diri ahli keluarga kita! Jika setiap dari kita melakukannya di rumah@luar rumah untuk diri, anak anak dan isteri, alangkah bagusnya, alangkah baiknya kerana ia akan merata keseluruh masyarakat! Maka akhirnya masyarakat itu akan bertambah baik dan makmur denga nilai nilai tarbiah rabbani.
Tarbiah rabbani yang Baginda terima patut kita contohi pabila kita memberi tarbiah buat anak anak. Apakah perkara paling asas yang menjadi terbiah Rasulullah saw! Ketika kecil Baginda saw....menggembala kambing adalah aktiviti yang biasa Baginda saw lakukan. Mungkin sukar untuk kita mengulangi perbuatan sedemikian sebab gaya dan corak kehidupan kita sangat berbeza. Namun prinsip yang sama yang boleh kita tarbiahkan buat anak anak kita ialah tarbiah rabbani yang berupa sedemikian!
Jika kita perhatikan dan cuba memahami, proses menggembala kambing adalah proses mendedahkan, menanamkan nilai nilai universal seorang insan kepada:
- sikap amanah,
- sikap jujur
- sikap ikhlas
- sikap menyayangi makhluk
- sikap awas atau waspada
- sikap kepimpinan
- sikap memahami berbagai perangai gembala
- menghargai alam dan memahami kehidupan