Salam ukhuwwah....
Bicara kelmarin ialah tentang diri kita tidak akan tahu melainkan diuji oleh Allah swt....lalu ujian mendatangi dalam 2 bentuk, iaitu kesenangan dan kesempitan....jalan para Nabi dan Rasul serta sahabat sahabat Nabi saw, ialah jalan kesempitan dan kesusahan. Manakala ujian yang berbentuk kesenangan pula ialah biasanya jalan mereka yang selain dari itu. Berbahagialah mereka yang diuji dengan kesempitan kerana itu adalah jalan para Nabi dan Rasul, manakala berhati hatilah mereka yang diuji dengan kesenangan, khuatir kalian akan terjerumus ke lembah hina dan kekufuran! Inilah sebab utama mengapa para sahabat yang hartawan dan kaya raya, memilih untuk menginfakkan semua harta kerana mereka ingin mengikuti jalan para Nabi dan Rasul. Mereka (para sahabat r.a.) sangat memahami ini. Bagaimana kita??
Tidaklah kenyataan ini menidakkan sama sekali akan perlunya kita semua umat Islam untuk menjadi utuh dan kukuh ekonomi, punya harta dan kemewahan. Akan tetapi, ia suatu peringatan agar kita tidak sentiasa dibuai dan seronok dengan harta yang kita miliki lalu menikmati kesenangan sewenang wenangnya, walhal AMANAH dan PERANAN kita yang berharta itu sangat besar disisi Islam! Tulisan ini juga tidak menyatakan sama sekali bahawa kita perlu hidup susah dan dalam kesempitan....tidak sama sekali!
Apa yang ingin diutarakan ialah memahami konsep ujian, mengapa diuji sedemikian dan sedemikian, tidak begitu dan begini! Aku membimbangi bahawa tulisan tulisan ku kelmarin dan kelmarin dahulu seolah olah menidakkan mereka yang kaya dan berharta! Maaf bukan itu maksud dan tujuan tulisan ku semua! Aku hanya mengingatkan diriku dan teman teman bahawa kita diuji dengan berbagai bagai ujian dan cabaran apabila kita mengaku beriman, mengapa diuji dan apakah hikmah segala ujian yang ada! Itulah maksud dan tujuan tulisan ku....
Selepas ini bagaimana??
Jangan bimbang, kehidupan adalah suatu proses yang berterusan. Ia meningkat mahupun menurun mengikut tahap tahap tertentu. Begitu juga IMAN di hati! Ia meningkat dan menurun....justeru apabila seseorang itu diuji dan dicuba dengan segala macam cabaran dan masalah, lalu dia melepasi tahap tertentu dalam proses itu, tentunya kemudiannya dia akan berhadapan dengan proses yang sama ditahap yang lain dan berbeza! Perjalanan hidup seorang Islam ialah umpama musafir yang berhenti berteduh sebentar lalu meneruskan semula perjalanan menuju NEGERI ABADI.....sila rujuk Dr Aidh alQarni dalam bukunya "Menuju Negeri Abadi"....
Dunia ini umpama PENJARA buat orang mukmin...PENJARA? Mengapa penjara? Dunia ini penjara kerana kita tidak sewenang wenangnya boleh melakukan apa sahaja yang kita sukai tanpa ada batasan dan kekangan! Ia berbeza dengan di syurga kerana saat itu, lakukanlah apa yang kalian tidak boleh lakukan ketika hidup di dunia dahulu....saat itu tiada kekangan dan larangan sama sekali...kalian bebas sebebas bebasnya!.....sebab itulah ketika dibangkitkan di padang mahsyar, orang orang Kafir dan mereka yang menzalimi diri mereka akan memohon kepada Allah swt agar dikembalikan semula ke dunia dan berjanji akan berlaku sebaiknya jika diberi peluang sekali lagi! Mana mungkin! Sebab peluang telah diberi dahulu, peringatan juga telah diberi! Penyesalan sudah tiada ertinya saat itu! Taubat sudah tidak diterima saat itu!
3 comments:
Assalamualaikum wbt...
Ujian demi ujian menjadikan diri saya lebih baik dari sebelum2nya...
Alhamdulillah!!!
-ROSE-
Dear Rose...
Tiadalah ujian itu melainkan ia dari Allah....dan tiadalah ia melainkan untuk kebaikan kita juga...jika manusia boleh mengetahui hikmah dan pengajaran dari segala ujian dan cubaan yang menimpa, alangkah baiknya....jika kita gagal untuk mengambil IBRAH (lesson learnt atau pengajaran) alangkah ruginya...dan Allah akan terus terusan memberi ujian agar hikmah dan pengajaran itu kita ketahui dan dapat kita manfaatkan...begitulah bagaimana Allah memberi pengajaran buat kita semua!
Allah hu Akbar,anggaplah ujian yang datang sebagai nikmatNya.Sesungguhnya beruntung lah sesiapa yang dalam ujian Allah.Dengan ujianlah dapat mendekatkan lagi diri kita yang lemah ini kepada yang Maha Pencipta.mintalah,merintihlah padaNya.Kesimpulannya janganlah kita bersedih jika kita dipandang hina didunia ini.Cukuplah Engkau ALLAH bagiku.
Post a Comment