Friday, February 24, 2012

Menggembala itu bukan hina tapi TARBIAH

Salam ukhuwwah...


Sekadar berkongsi pemerhatian....


Insan kesayangan kita semua, Rasulullah saw hidupnya penuh tarbiah. Penuh pengajaran dan penuh contoh! Suatu perkara besar yang mungkin kita terlepas pandang dalam kehidupan kita memberi tarbiah mahupun mentarbiah diri sendiri adalah menanamkan tarbiah rabbani dalam diri dan diri ahli keluarga kita! Jika setiap dari kita melakukannya di rumah@luar rumah untuk diri, anak anak dan isteri, alangkah bagusnya, alangkah baiknya kerana ia akan merata keseluruh masyarakat! Maka akhirnya masyarakat itu akan bertambah baik dan makmur denga nilai nilai tarbiah rabbani.

Tarbiah rabbani yang Baginda terima patut kita contohi pabila kita memberi tarbiah buat anak anak. Apakah perkara paling asas yang menjadi terbiah Rasulullah saw! Ketika kecil Baginda saw....menggembala kambing adalah aktiviti yang biasa Baginda saw lakukan. Mungkin sukar untuk kita mengulangi perbuatan sedemikian sebab gaya dan corak kehidupan kita sangat berbeza. Namun prinsip yang sama yang boleh kita tarbiahkan buat anak anak kita ialah tarbiah rabbani yang berupa sedemikian!


Jika kita perhatikan dan cuba memahami, proses menggembala kambing adalah proses mendedahkan, menanamkan nilai nilai universal seorang insan kepada:

  • sikap amanah, 
  • sikap jujur 
  • sikap ikhlas
  • sikap menyayangi makhluk
  • sikap awas atau waspada
  • sikap kepimpinan
  • sikap memahami berbagai perangai gembala
  • menghargai alam dan memahami kehidupan
Justeru, dalam meberi tarbiah, ambillah contoh dari sirah kehidupan Nabi saw ini, insan mulia yang mendapat sentuhan tarbiah rabbani dari Allah swt. Ia dirancang sedemikia rupa bagi mempersiapkan baginda saw untuk membawa mesej dakwah dan bebanan yang besar! Jika kita tercari cari kaedah apa dan dimana mahu bermula dalam proses mendidik anak anak, maka mulakan dengan menanamkan sifat sifat tersebut dalam diri anak anak. Berilah mereka amanah, lihat bagaimana anak anak melaksanakan amanah. Beri penjelasan apa dan mengapa! Beri tazkirah dan peringatan buat mereka selepas selesai solat berjemaah!

3 comments:

Anonymous said...

Maaf bertanya, kurang faham dengan maksud tarbiah rabbani...
-ROSE-

Alwi Mohd Yunus said...

Dear Rose

Tarbiah ialah pendidikan
Rabbani maksudnya ketuhanan

Tarbiah Rabbani ialah pendidikan yang bersumberkan dan berasaskan kepada Allah swt....pendidikan yang berteraskan nilai nilai positif, nilai nilai Islam, akhlak mulia!

Itulah tarbiah rabbani! ia bukan pendidikan yang berteraskan duniawi semata mata....bukan hanya untuk memajukan akal dan kebolehan akan tetapi maju akal dan kebolehan tetapi pada waktu yang sama seseorang itu menjadi insan yang lebih bertaqwa dengan kebolehan kepandaian yang dimilikinya

Anonymous said...

Noted. Terima kasih, akan dipraktikkan dlm kehidupan seharian, InsyaAllah...
-ROSE-