Kelmarin adalah Sabtu yang penuh, Ahad juga begitu. Menjelang Rajab, segalanya penuh bermakna. Aku berpeluang berkongsi sedikit bersama pelajar pelajar ku di Puncak Perdana tentang kesetiaan dan kepimpinan.
Life is full of choices...make your choices as it determines your directions...and live life to the fullest...forgive and forget...be happy!Google+
Showing posts with label hikmah. Show all posts

Monday, May 13, 2013
Kelmarin yang bermakna.....
Assalamualaikum wrt wbt.
Kelmarin adalah Sabtu yang penuh, Ahad juga begitu. Menjelang Rajab, segalanya penuh bermakna. Aku berpeluang berkongsi sedikit bersama pelajar pelajar ku di Puncak Perdana tentang kesetiaan dan kepimpinan.
Dalam sesi ceramah Kembara Insaniah. Mulanya, pening juga. Apa yang mahu ku sampaikan. Aku cuba mengelak dari menjadi sangat 'stereotype'! Aku lebih mementingkan makna dan pengertian agar ia menjadi berfaedah buat mereka. Jika sekadar menyampaikan suatu fakta tanpa penuh penelitian lalu pada waktu yang sama gagal menghadirkan kesedaran, aku fikir aku telah gagal.
Kelmarin adalah Sabtu yang penuh, Ahad juga begitu. Menjelang Rajab, segalanya penuh bermakna. Aku berpeluang berkongsi sedikit bersama pelajar pelajar ku di Puncak Perdana tentang kesetiaan dan kepimpinan.
Thursday, April 12, 2012
Macam macam ada!
Salam ukhuwwah...
Macam macam ada....jika mahu pedoman, ia ada disitu! Tentunya kita perlukan pedoman. Tanpa kompas kita tidak tahu arah utara mahupun selata atau timur dan barat. Jadi jangan menyangka bahawa kita tidak perlukan pedoman. Tanpa pedoman, maka insan tidak akan tahu bahawa yang itu haram, yang ini halal, yang itu wajib, yang ini harus dan sebagainya. Kita tidak akan tahu apa yang boleh, apa yang tidak boleh dalam kehidupan ini.
Jangan menyangka, hirupan nafas pertama saat lahir ke dunia itu adalah tanda kebebasan mutlak! Tidak sama sekali....ia bermakna bahawa ada amanah besar terpikul dibahu. Ada sumpah yang perlu dilaksana. Ada janji yang perlu ditepati. Ada persoalan yang perlu dijawab nanti! Akan tetapi inilah diri, diriku dan kalian semua...sering alpa dan lupa. Bahawa janji yang dimeterai itu perlu dipenuhi tetapi ia hanya berlalu begitu sahaja. Kehidupan fana yang hanya sekali ini terus sahaja dibazirkan begitu sahaja. Tidaklah hidup ini untuk berbuat sesuka hati.....bicara seenaknya, mengata semahunya, mengeji 'sesedap' kata, berlaku semahunya....batas dilanggar sesukanya....
Kitab agung itu punya pengertian, punya pedoman pelbagai...jangan jadikan ia umpama sampah....diguna bila mahu, disepikan bila tidak mahu! Bila sakit baru tercari cari ubat, bila serabut baru tercari cari ketenangan...apakah kita ini?
Cuba tanyakan kepada diri tentang soalan ini.......
1. Jika kalian diberi preskripsi oleh seorang doktor untuk mengubati penyakit......adakah cukup dengan hanya menggantung preskripsi itu dileher? atau merendamnya ke dalam air lalu meminum airnya dengan harapan kesakitan itu akan pulih? Jenis pesakit apakah kita ini? Tentunya sang doktor akan geleng kepala melihat telatah kita....begitulah juga betapa serupanya kita melayani wahyu dan firman Allah swt dalam alQuran alKarim.....yang berupa preskripsi tentang kehidupan, penyelesaian masalah kehidupan, namun kita biarkan tidak ambil peduli.....atau kita ambil apa yang kita sukai dan meninggalkan sebahagian yang besar....masyaallah! Jenis manusia apakah aku ini? Jenia manusia apakah kita ini! Sewenang wenangnya merentas batasan yang telah ditetapkan lalu menempah 'penyakit' dan balasan atau akibat dari tindakan kita!
Fikirkan dan renungkan sejenak!
Fahamilah, dan renungkan lah makna dari wahyu Illahi! Jangan sekadar dibaca tanpa difahami! Waima kita ini tidak tahu bahasa arab, sekurang kurangnya banyak tafsir alQuran yang ada...mengapa kita tidak teliti maksudnya....jika tidak difahami, mengapa tidak rujuk kepada para ulama...mahupun tafsiran dan hasil tulisan para ulama terdahulu!
Inilah akibatnya apabila nasihat "DOKTOR" yang pakar tidak kita endahkan. Maka berlakulah segala macam kebejatan dalam kehidupan manusia! Tidakkah kita ini sombong tanpa disedari apabila kita tidak mengendahkan seruan dan nasihat Allah swt dan tidak mengikuti Sunnah Rasulullah saw! Aduhai insan...aduhai diri! Muhasabahlah! Sesungguhnya didalam alQuran itu...macam macam ada untuk kebaikan manusia! Berbagai pengajaran dan tips yang hebat ada.....
Macam macam ada....jika mahu pedoman, ia ada disitu! Tentunya kita perlukan pedoman. Tanpa kompas kita tidak tahu arah utara mahupun selata atau timur dan barat. Jadi jangan menyangka bahawa kita tidak perlukan pedoman. Tanpa pedoman, maka insan tidak akan tahu bahawa yang itu haram, yang ini halal, yang itu wajib, yang ini harus dan sebagainya. Kita tidak akan tahu apa yang boleh, apa yang tidak boleh dalam kehidupan ini.
Jangan menyangka, hirupan nafas pertama saat lahir ke dunia itu adalah tanda kebebasan mutlak! Tidak sama sekali....ia bermakna bahawa ada amanah besar terpikul dibahu. Ada sumpah yang perlu dilaksana. Ada janji yang perlu ditepati. Ada persoalan yang perlu dijawab nanti! Akan tetapi inilah diri, diriku dan kalian semua...sering alpa dan lupa. Bahawa janji yang dimeterai itu perlu dipenuhi tetapi ia hanya berlalu begitu sahaja. Kehidupan fana yang hanya sekali ini terus sahaja dibazirkan begitu sahaja. Tidaklah hidup ini untuk berbuat sesuka hati.....bicara seenaknya, mengata semahunya, mengeji 'sesedap' kata, berlaku semahunya....batas dilanggar sesukanya....Kitab agung itu punya pengertian, punya pedoman pelbagai...jangan jadikan ia umpama sampah....diguna bila mahu, disepikan bila tidak mahu! Bila sakit baru tercari cari ubat, bila serabut baru tercari cari ketenangan...apakah kita ini?
Cuba tanyakan kepada diri tentang soalan ini.......
1. Jika kalian diberi preskripsi oleh seorang doktor untuk mengubati penyakit......adakah cukup dengan hanya menggantung preskripsi itu dileher? atau merendamnya ke dalam air lalu meminum airnya dengan harapan kesakitan itu akan pulih? Jenis pesakit apakah kita ini? Tentunya sang doktor akan geleng kepala melihat telatah kita....begitulah juga betapa serupanya kita melayani wahyu dan firman Allah swt dalam alQuran alKarim.....yang berupa preskripsi tentang kehidupan, penyelesaian masalah kehidupan, namun kita biarkan tidak ambil peduli.....atau kita ambil apa yang kita sukai dan meninggalkan sebahagian yang besar....masyaallah! Jenis manusia apakah aku ini? Jenia manusia apakah kita ini! Sewenang wenangnya merentas batasan yang telah ditetapkan lalu menempah 'penyakit' dan balasan atau akibat dari tindakan kita!
Fikirkan dan renungkan sejenak!
Inilah akibatnya apabila nasihat "DOKTOR" yang pakar tidak kita endahkan. Maka berlakulah segala macam kebejatan dalam kehidupan manusia! Tidakkah kita ini sombong tanpa disedari apabila kita tidak mengendahkan seruan dan nasihat Allah swt dan tidak mengikuti Sunnah Rasulullah saw! Aduhai insan...aduhai diri! Muhasabahlah! Sesungguhnya didalam alQuran itu...macam macam ada untuk kebaikan manusia! Berbagai pengajaran dan tips yang hebat ada.....
Friday, February 17, 2012
Jaga diri dengan menjaga Allah......
Salam Ukhuwwah...salam Jumaat!
Sepagi bersama teman, sedikit bicara bertanya khabar namun tiba tiba, aku ditanya....ini transkrip perbualan kami.....
Dia: Bro....aku nak tanya ko sikit!
Aku: Apa dia.....hermm, aku leh agak ada la tu musykil kat mana mana tu!
Dia: hehehe...biasa la! Hari tu ko cakap pasal Allah suruh jaga diri dan keluarga dari api neraka....tidakkah itu lebih nampak macam pentingkan diri!
Aku: look at positive side bro....seimbas lalu ia sebegitu! Namun, ia patut macam tu pun demi kebaikan semua...kan ayat hujung tu ialah "dari api neraka"....mudah je! Sebenarnya, besar makna ayat ni...kena fahami dengan meluas dan mendalam.
Dia: Apa dia yang meluas/mendalam tu! Kan straight forward jer ayat tu...melindungi diri dan keluarga dari api neraka!
Aku: hehehe.....pandangan aku yang cetek ni ialah: ayat tu bermaksud amanah dan tanggungjawab diri, ia merujuk kepada dakwah, ia juga bersifat politik, ia juga soal keseimbangan hidup di dunia dan akhirat bro....amanah kat situ ialah soal tanggungjawab setiap insan untuk buat apa yg Allah suruh dan tinggal apa Allah larang....bukan ambik sikit sana sikit sini dalam erti kata lain buat apa yang kita suka jer....bukan gitu, ia soal kepatuhan kita kepada perintahNYA...itu menjadi tanggungjawab kepada kita yang sudah beriman! Mana boleh ko claim ko beriman kepada Allah tapi ko buat suka hati jer kat dunia ni! cakap ikut sedap mulut, caci maki dalam perhubungan, aurat tak jaga...fitnah sana sini, memang la kita tak sedar kita seang memfitnah, akan tetapi sekarang ni makin berleluasa, kalau ko tengok, kita sampaikan atau wawarkan dalam FB tu pun dah kira fitnah walau hanya share atau klik like sebab benda tu mendorong orang lain untuk membacanya, idak itu kira memanjangkan fitnah ke! Tak kira la benda yang diperkatakan tu betul atau salah....kalau betul, kita telah melanggar perintah untuk tidak mengaibkan atau menjelekkan orang lain atau memburukkan orang lain, tak kira atas alasan apa dan dasar apapun! Kalau betul dakwaan, kenapa tak pergi report dan rujuk kepada hakim...habis cerita, ni kita duk usung cerita ke sana ke sini. Tak de kerja lain ke! Macam mana umat Islam hendak diliputi rahmat dan perlindungan Allah jika asas kepada perhubungan ni tidak kita perbaiki dan buat!
Dia: mak aih...panjangnya!
Aku: Tu la pasal....ada lagi ni! Ia merujuk kepada dakwah, diri sendiri (merujuk kita sebagai suami/anak etc)...dalam konteks ko, ko ialah suami, ko pemimpin kepada isteri dan anak anak, ko kena jaga amanah itu, ko kena betulkan mereka mengikut acuan Islam....ia jadi proses dakwah! Jika semua suami, bapa dan anak atau isteri, ibu dan anak memainkan peranan ni....jika semua keluarga Islam buat gini, masing masing jaga (akhlak, perbuatan, ibadah, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia), cuba ko bayangkan berapa ramai keluarga Islam kat Malaysia nih....jika semua buat gini, alangkah bagusnya! Tidakkah itu dakwah bro! Contoh la....dalam isu solat, jika para suami, para bapa dan para ibu serta para anak, jaga diri sendiri dengan menjaga solat fardhu secara berjemaah.....agak agak la, ko rasa penuh tak masjid masjid kat Malaysia ni setiap kali masuk waktu solat fardhu......ni sibuk menjerit terlalak sana sini macam mana cahaya iman nak masuk....mana boleh yang mungkar bercampur dengan maaruf! Selamanya kebaikan tidak akan bercampur dengan kejahatan atau maksiat! Ini kita campur kedua duanya...agak agak sapa yang menang?? dah tentu yang mungkar menang sebab maksiat mengikis iman!
Dia: huisshh...panjangnya...ok aku faham, aku nak gi ofis dah ni.....nanti sambung balik...
Aku: no problem bro....kalau ko faham bagus! Mudah mudahan Allah memberkati kita semua dengan halaqah sebegini, diskusi yang bermanfaat! Aku hanya berkongsi apa yang aku faham jer, kalau salah mana mana, itu kerana aku jahil dan daif ilmu! Sorry bro kalau statement aku tu pedas kat ko!
Dia: no hal la...you are telling me the fact man! Ada lagi ko tak cerita pasal ayat tu, bab politik ngan seimbang dunia akhirat....! Simpan yang tu utk lain masa, aku agak mesti yang tu lagi panjang berjela! Haahahahaha
Aku: hehehehe...Assalamualaikum bro! insyaallah jumpa lagi!
Sepagi bersama teman, sedikit bicara bertanya khabar namun tiba tiba, aku ditanya....ini transkrip perbualan kami.....Dia: Bro....aku nak tanya ko sikit!

Wednesday, February 15, 2012
Ibrah dari cerita....
Salam ukhuwwah....
Sepetang bersama teman tadi....berbual tentang kehidupan bukan berbual tentang orang lain. Memang itulah bahas yang terbit dari bibir mulut tiap kali kami bertemu mahupun bertamu! Kami berbual tentang diri sendiri...mengambil iktibar dan pengalaman sesama. Terpacul dari mulutnya sang teman "aku menitis airmata la bro bila baca kisah hidup Umar alKhattab.." "Nape....rileks la, dia dan para sahabat Nabi saw yang lain adalah pencontoh pencontoh yang agung tentang kehidupan malah utamanya tentang iman, taqwa dan akhlak selain Nabi saw sendiri"...kataku!
Sebenarnya aku sering mengunjuk buku buku yang memberi impak besar dalam kehidupan ku sendiri buat tatapan sang teman, moga moga ada ibrah yang boleh diambil darinya. Salah satunya ialah tulisan Abdul Rahman Assyarqawi ini. Sebelum ini begitu banyak buku yang sering ku kongsikan bersama sang teman. Buku buku Sheikh Abul A'ala al Maududi, Dr. Aidh Abdullah alQarni, dan buku buku yang diterjemah dari kitab kitab arab...buku yang punya sandaran fakta yang betul dan benar, yang ada rujukan, yang punya nilai pengalaman kehidupan dan yang mampu membentuk fikrah....maklum, aku sendiri kurang mahir memahami bahasa arab, justeru aku sentiasa mencari buku buku terjemahan. Ini penting untuk membantuku memahami secara berfakta! Perkara perkara inilah yang selalu ku bincangkan saat aku bertemu dengan sang teman ini!

Dulu kami berkongsi buku "alQuran berjalan" oleh Dr. Aidh Abdullah alQarni....aku menitis airmata juga apabila melihat perjuangan dan susah payahnya perjuangan Rasulullah saw...sang teman juga begitu, tetap juga menitis airmata dek terkesan dari mesej yang disampaikan dalam buku itu. Sejak itu, banyak penggalian yang kami buat bersama saat dari itu, samada dalam buku buku yang sering kami baca, mahupun apa apa bahan dan buku yang sering kami bertukar, silih berganti antara satu sama lain....antara buku lama yang memberi impak besar dalam hidup ku sendiri dan hidup sang teman ialah buku terjemahan dalam bahasa Inggeris koleksi khutbah yang disampaikan oleh Sheikh Abul A'ala Maududi "LET US BE MUSLIM"......ini buku lama, tiada dalam pasaran, aku pernah membeli beberapa naskah tajuk yang sama, lalu ku hadiahkan buat teman teman tertentu. Ia mengandung penuh pengajaran! Jika kalian berpeluang, carilah buku itu....ia penuh makna! Aku dan sang teman, sering mengimbau dan berdiskusi tentang kandungan dalam buku "Let us be Muslim" itu.....hingga saat naskhah tersebut hilang entah ke mana....samada aku terlupa atau ada teman yang meminjam buku lalu terlupa memulangkannya....sayangnya! Pernah 2,3 kali pergi ke kedai buku di Jalan TAR mencari naskhah yang sama namun tiada! Apa yang ada ialah naskhah yang baru..."The Fundamental of Islam"...kandungan yang hampir serupa, namun aku masih sukakan terbitan yang terawal dulu kerana bahasa dan terjemahan bahasa Inggeris yang menarik dan sungguh menyentuh hati!......
......itulah ceritaku tentang ibrah dari buku dan cerita cerita bersejarah yang ada. Terkadang kita mudah mengkritik dan bercakap tentang sesuatu, walhal sesuatu dalam kehidupan itu punya asal usul, pernah dialami oleh orang lain mahupun oleh orang orang terdahulu, malah permasalahan pernah difatwakan oleh para sahabat Rasulullah saw dan ianya relevan dalam kehidupan kita pada hari ini. Hari ini ungkapan kita sewenangnya dititipkan....jika kita toleh sedikit kebelakang, dan meneliti kisah kisah perjalanan orang orang terhebat dalam Sirah Rasulullah saw....pasti kan kita peroleh sesuatu yang sangat bermakna buat bekal "cara berfikir" kita dalam kehidupan.
Aku mendapati, kebejatan kata kata terutama di laman laman sosial dan internet dewasa ini, pertelingkahan yang berlaku, fitnah yang merata, pertentangan pendapat yang tiada kesudahan adalah kebanyakannya berpunca kerana CARA BERFIKIR yang tidak mengikut landasan AlQuran dan Sunnah....
Benar....! Kita kata kita sudah tahu, walhal pada waktu yang sama banyak aspek dan perkara yang kita tidak tahu sebenarnya! Kita kata kita mengikut alQuran dan Sunnah Rasulullah saw...akan tetapi kalian kan mendapati bahawa pertikaian tidak merapatkan saf dan perpaduan, malah pertikaian dan perselisihan pendapat itu lebih menjarakkan hubungan, lebih mengkucar kacirkan kesatuan dan perpaduan Islam.....mengapa?? Masalah asasnya ialah tiada ilmu walau kelihatan macam berilmu....lalu ilmu itu tidak membentuk cara berfikir! Inilah masalah asasnya!.....lalu akhirnya, tidak wujud kesepaduan cara berfikir yang akan menatijahkan persefahaman! Masyaallah!
Justeru itu, marilah MEMBACA!........bacalah yang memberi manfaat, mengundang REDHA Illahi, bacalah alQuran, fahami isinya, ambil IBRAH dari alQuran.....pelajari dan fahami kupasan kupasan alQuran, fahami Sunnah Rasulullah saw, telusuri sirah Nabi saw, kisah kehidupan dan perjuangan para sahabat Rasulullah semua.....jangan jadikan bahan bacan yang lain sebagai keutamaan, jangan terlalu terkesima dengan cerita cerita khayalan yang menyentuh perasaan kelak kita kan menjadi manusia yang terikut terikut dengan sentimen dan fantasi.
Sepetang bersama teman tadi....berbual tentang kehidupan bukan berbual tentang orang lain. Memang itulah bahas yang terbit dari bibir mulut tiap kali kami bertemu mahupun bertamu! Kami berbual tentang diri sendiri...mengambil iktibar dan pengalaman sesama. Terpacul dari mulutnya sang teman "aku menitis airmata la bro bila baca kisah hidup Umar alKhattab.." "Nape....rileks la, dia dan para sahabat Nabi saw yang lain adalah pencontoh pencontoh yang agung tentang kehidupan malah utamanya tentang iman, taqwa dan akhlak selain Nabi saw sendiri"...kataku!Sebenarnya aku sering mengunjuk buku buku yang memberi impak besar dalam kehidupan ku sendiri buat tatapan sang teman, moga moga ada ibrah yang boleh diambil darinya. Salah satunya ialah tulisan Abdul Rahman Assyarqawi ini. Sebelum ini begitu banyak buku yang sering ku kongsikan bersama sang teman. Buku buku Sheikh Abul A'ala al Maududi, Dr. Aidh Abdullah alQarni, dan buku buku yang diterjemah dari kitab kitab arab...buku yang punya sandaran fakta yang betul dan benar, yang ada rujukan, yang punya nilai pengalaman kehidupan dan yang mampu membentuk fikrah....maklum, aku sendiri kurang mahir memahami bahasa arab, justeru aku sentiasa mencari buku buku terjemahan. Ini penting untuk membantuku memahami secara berfakta! Perkara perkara inilah yang selalu ku bincangkan saat aku bertemu dengan sang teman ini!
Dulu kami berkongsi buku "alQuran berjalan" oleh Dr. Aidh Abdullah alQarni....aku menitis airmata juga apabila melihat perjuangan dan susah payahnya perjuangan Rasulullah saw...sang teman juga begitu, tetap juga menitis airmata dek terkesan dari mesej yang disampaikan dalam buku itu. Sejak itu, banyak penggalian yang kami buat bersama saat dari itu, samada dalam buku buku yang sering kami baca, mahupun apa apa bahan dan buku yang sering kami bertukar, silih berganti antara satu sama lain....antara buku lama yang memberi impak besar dalam hidup ku sendiri dan hidup sang teman ialah buku terjemahan dalam bahasa Inggeris koleksi khutbah yang disampaikan oleh Sheikh Abul A'ala Maududi "LET US BE MUSLIM"......ini buku lama, tiada dalam pasaran, aku pernah membeli beberapa naskah tajuk yang sama, lalu ku hadiahkan buat teman teman tertentu. Ia mengandung penuh pengajaran! Jika kalian berpeluang, carilah buku itu....ia penuh makna! Aku dan sang teman, sering mengimbau dan berdiskusi tentang kandungan dalam buku "Let us be Muslim" itu.....hingga saat naskhah tersebut hilang entah ke mana....samada aku terlupa atau ada teman yang meminjam buku lalu terlupa memulangkannya....sayangnya! Pernah 2,3 kali pergi ke kedai buku di Jalan TAR mencari naskhah yang sama namun tiada! Apa yang ada ialah naskhah yang baru..."The Fundamental of Islam"...kandungan yang hampir serupa, namun aku masih sukakan terbitan yang terawal dulu kerana bahasa dan terjemahan bahasa Inggeris yang menarik dan sungguh menyentuh hati!............itulah ceritaku tentang ibrah dari buku dan cerita cerita bersejarah yang ada. Terkadang kita mudah mengkritik dan bercakap tentang sesuatu, walhal sesuatu dalam kehidupan itu punya asal usul, pernah dialami oleh orang lain mahupun oleh orang orang terdahulu, malah permasalahan pernah difatwakan oleh para sahabat Rasulullah saw dan ianya relevan dalam kehidupan kita pada hari ini. Hari ini ungkapan kita sewenangnya dititipkan....jika kita toleh sedikit kebelakang, dan meneliti kisah kisah perjalanan orang orang terhebat dalam Sirah Rasulullah saw....pasti kan kita peroleh sesuatu yang sangat bermakna buat bekal "cara berfikir" kita dalam kehidupan.
Benar....! Kita kata kita sudah tahu, walhal pada waktu yang sama banyak aspek dan perkara yang kita tidak tahu sebenarnya! Kita kata kita mengikut alQuran dan Sunnah Rasulullah saw...akan tetapi kalian kan mendapati bahawa pertikaian tidak merapatkan saf dan perpaduan, malah pertikaian dan perselisihan pendapat itu lebih menjarakkan hubungan, lebih mengkucar kacirkan kesatuan dan perpaduan Islam.....mengapa?? Masalah asasnya ialah tiada ilmu walau kelihatan macam berilmu....lalu ilmu itu tidak membentuk cara berfikir! Inilah masalah asasnya!.....lalu akhirnya, tidak wujud kesepaduan cara berfikir yang akan menatijahkan persefahaman! Masyaallah!
Justeru itu, marilah MEMBACA!........bacalah yang memberi manfaat, mengundang REDHA Illahi, bacalah alQuran, fahami isinya, ambil IBRAH dari alQuran.....pelajari dan fahami kupasan kupasan alQuran, fahami Sunnah Rasulullah saw, telusuri sirah Nabi saw, kisah kehidupan dan perjuangan para sahabat Rasulullah semua.....jangan jadikan bahan bacan yang lain sebagai keutamaan, jangan terlalu terkesima dengan cerita cerita khayalan yang menyentuh perasaan kelak kita kan menjadi manusia yang terikut terikut dengan sentimen dan fantasi.
Tuesday, January 17, 2012
Kita sendiri yang menzalimi wahyuNYA
Salam ukhuwwah!
Kita zalim dan menzalimi diri sendiri apabila suatu dokumentasi@panduan@formula hebat@ubat segala penyakit fizikal dan rohani yang maha hebat tidak kita pedulikan. Kita memandang 'remeh' kepadanya! Tidak menghiraukannya. Hanya mempedulikan ia untuk tujuan tujuan tertentu sahaja! Itulah alQuran alKarim....wahyu Illahi yang kita pedulikan hanya untuk sekadar bacaan ketika ada kematian, ketika kenduri arwah, ketika ada majlis majlis tertentu! Kita menjadikan kalam Allah ini hanya sekadar bacaan, tidak bertadabbur dengannya. Tidak melaksanakan apa yang terkandung didalamnya! Ini amat menghairankan! Ia menghairankan kerana disaat kita umat Islam dilanda kehinaan, krisis moral dan akhlak yang berleluasa, dilanda penyakit jiwa dan rohani, dilanda fitnah yang pelbagai...kita menjauhkan diri dari alQuran dan asSunnah!
Tidakkah dalam khutbah terakhir Nabi saw, dikala haji wida'....'Aku tinggalkan buat kalian 2 perkara, yang jika kalian berpegang dengannya sekuat kuatnya (umpama mengigit sesuatu dengan gigi geraham)..kalian tidak akan sesat selama lamanya, iaitu alQuran dan asSunnah! Wahai kalian! Hentikan sengketa, kembalilah kepada alQuran dan asSunnah. Akui kesalahan masing masing, bukan menegakkan benang yang basah! Masing masing mempertahankan ego dan semangat kepuakan! Hentikanlah! Bersatulah! Atas nama apa sekalipun, diatas pentas politik, ekonomi, sosial, bangsa dan negara, kembalilah kepada alQuran dan asSunnah!
Terkadang kita terlalu mengingini kemenangan kepada golongan atau puak kita sendiri terutamanya dalam pentas demokrasi, kita tanpa sedar melewati segala batas yang ada! Menghina, mengkeji, mencela, suatu pihak yang lain hatta mereka adalah saudara seagama! Dimana contoh dakwah Islamiah kita! Jika pihak satu lagi benar melakukan kezaliman dan sebagainya, adalah menjadi amanah serta tanggungjawab untuk membetulkan mereka dengan berhikmah, dakwah bil hal! Bukan mengkeji mereka! Inilah yang kita telah gagal melakukan dengan sebaiknya! Jika segala daya usaha telah dilakukan, hendaklah bersikap kreatif dan mencari usaha lain untuk menyedarkan mereka! Jangan diharap hasil yang segera, kerana sifat dakwah bukan impak perubahan yang segera. Membina manusia dan insan bukanlah dalam jangka waktu yang singkat! Ia adalah suatu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran!
Alasan apa yang membenarkan kita mengkeji sesama sendiri! Menuduh dan menyebarkan fitnah sesama! Aduhai! Inilah kehinaan yang ditimpakan keatas umat Islam dek kerana kita terlalu longgar berpegang kepada kalamNya dan asSunnah! Inilah 'malaise of the ummah' atau kehinaan yang menimpa umat Islam! Masyaallah!
Setiap kita punya peranan, dan hendaklah kita melaksanakan peranan dan amanah yang terpikul dibahu dengan jalan sabar dan istiqamah! Jika diri itu betul, dan diri itu menjadi contoh kepada keluarganya, umpama sang suami yang melaksanakan tanggungjawab memimpin dan mendidik isteri dan anak anaknya, bayangkan jika ada 10, 100, 1000, 10000 mahupun sejuta suami yang masing masing menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, berdasarkan alQuran dan asSunnah, mengikuti jalan tarbiah yang dimodelkan oleh Nabi saw....tentunya melimpah kebaikan kepada umat Islam di Malaysia ini.
Sebaliknya, jika kita sibuk menuding jari ke sana sini, sampai bilapun masalah tidak akan selesai! Insyaallah! Jika kita seorang suami, laksanakan peranan sebaiknya, jika kita seorang anak, laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak! Jika kita seorang bapa, maka jalani amanah seorang bapa sebaik mungkin! Jangan menyangka bahawa jika Islam itu dicampur aduk dengan yang diperintah dan yang kita suka lakukan walhal tiada disuruh melakukan, ia akan membawa keberhasilan yang baik! Tidak mungkin! LEBIH MENGHAIRANKAN IALAH KITA TAGIH SYURGA ILLAHI dengan sikap kita yang sedemikian! Justeru, marilah kita sama sama berpegang kepada alQuran dan asSunnah! Kembalilah kepada kebenaran dan jalan yang lurus! Insyaallah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 16, 2012
Jika kalian melihat dari LUAR!
Salam ukhuwwah!
Jika kalian pernah bermusafir, keserata tempat di alam ini, samada ke luar negeri mahupun hanya didalam negeri sahaja, pasti akan kalian akan ketemu beberapa insiden yang menjengah hati nurani....ada sesetengah dari kita, yang membiarkan ia berlalu tanpa mengambil 'ibrah' mahupun pengajaran, yang pasti sikap sedemikian amat merugikan kerana 'ruh dan jiwa' musafir ialah untuk mengambil 'ibrah' dari titipan pengalaman yang dikutip disepanjang jalan musafir.....ada pula yang mengambil 'ibrah' dari laluan pengalaman yang ditempuhi, sesungguhnya, dia orang yang beruntung...kerana proses mengambil 'ibrah' ini penting agar proses hijrah diri atau memperbaiki diri dapat dilakukan secara terus menerus! Ingatlah, terkadang ALAM yang mengajar kita! Hanya sanya kita mahu atau tidak mengambil 'ibrah' dari pengalaman alam itu!
Ada banyak ibrah namun dalam sesi kali ini saya hanya mahu fokus kepada satu aspek 'ibrah' iaitu pengalaman menjadi Mukmin/Muslim yang bermusafir!
Persoalannya, pernahkah terfikir mengapa Islam tidak dihormati? Pernahkah terfikir mengapa orang bukan Islam memandang remeh kepada kita orang Islam? Pernahkah mengalami pengalaman bagaimana Islam itu diamalkan di daerah majoritinya bukan Islam! Jika persoalan persoalan ini tidak terlintas difikiran kalian, maka sebenarnya kalian perlu keluar dari kepompong sendiri, perlu melakukan explorasi di dunia lain, kelak kalian kan mengetahui pengalaman pengalaman itu! Kita sudah terlalu lama duduk dalam suasana sendiri, bergerak dalam kelompok sendiri sehingga kita tidak mampu melihat dari kacamata LUAR bagaimana kita ini!
Islam ini mudah....laksanakan apa yg disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang...memang sukar melakukan buat pertama kali kesemuanya yang diperintahkan, justeru perlu ada proses pentarbiahan diri, perlahan lahan buat mana yang mampu, dan semakin hari sentiasa dipertingkatkan. Ia dilakukan dengan proses mencari ilmu, menambah ilmu, memperkembangkan ilmu. Bukan melalui proses ikut ikutan semata mata dari mula hingga usia dan umur meningkat tua. Ingatlah bahawa wahyu pertama ialah gesaan yang kuat untuk menuntut ilmu, "iqra" iaitu "bacalah" sebanyak 3 kali! Betapa menuntut ilmu amat digesa! Jika sudah tahu, maka dalami lagi, ia perlu sentiasa berkembang! Jika malas membaca, maka hadiri majlis ilmu! Apapun tidak dapat tidak, perlu berusaha untuk belajar, terus membaca buku buku, kitab kitab dalam usaha pencerahan! Jika malas membaca, maka kejumudan akan melanda pemikiran dan itu membuahkan pemikiran dan tindakan yang jumud, tidak terbuka, lalu tentunya ia terpercik kepada orang lain. Hanya kerana kita bersikap dan berfikiran jumud, maka tindakan tindakan kita juga akan menjurus kepada perkara perkara yang jumud dan pada wkatu yang sama orang lain juga 'terpengaruh' dengan kejumudan kita! Ditambah pula kesukaan kita untuk melahirkan idea dan pendapat kejumudan melalui laman sosial seperti Facebook dan sebagainya, lalu dibaca oleh orang lain, tentunya asimilasi kejumudan itu merebak kepada orang lain. Secara tidak langsung, kita memulakan proses secara tidak disedari untuk menjebak orang lain untuk turut sama jumud, sejumud fikiran kita! Disinilah masalahnya!
Oleh itu, perlu sentiasa berlaku proses pencerahan melalui tarbiah diri dengan ilmu! Dalami konsep yang sedia ada difahami, galilah ia didalam rujukan rujukan, didalam kitab kitab "MUKTABAR" yakni kitab kitab atau buku buku yang sahih! Tidaklah maksud saya hanya semata mata belajar melalui buku sahaja kerana ia juga konsep yang sempit dalam proses menuntut ilmu! Perlu juga berguru, 'fas aluu ahlaz zikri in kuntum laa taklamun'...tanyalah orang yang tahu jika kamu tidak tahu...tanya dahulu, sahkan dahulu baru buat! Bukan buat dahulu kemudian muncul 'tidak pasti' lalu bertanya!....
Justeru, apabila bermusafir, maka akan terjadi proses proses praktikal amalan dan ibadah di sepanjang musafir, maka lakukanlah dengan ilmu, bukan membabi buta! Pada waktu yang sama, kalian akan mengalami dan mendapati perbezaan perbezaan perlaksanaan, maka disitu akan timbul persoalan persoalan! Segala persoalan ini perlu pencerahan, boleh sahaja dirujuk kepada yang pakar, ilmuwan atau merujuk kitab kitab muktabar! Saat itu, kalian akan memahami bahawa bukan hanya kita malah orang lain melakukan dengan kaedah dan cara tersendiri, mesti ada hujjah, mesti ada dalil, mesti ada nas! Disitulah lahir pemahaman, lalu pertentangan pendapat dapat dilayan dengan sebaik dan seadilnya. Kita bina jambatan dan duduk dijalan yang tengah! Itulah wassatiyyah namanya! Maka, rajin rajinlah melihat dari luar berbanding terkongkong dalam dunia sendiri! Insyaallah!!!
Ada banyak ibrah namun dalam sesi kali ini saya hanya mahu fokus kepada satu aspek 'ibrah' iaitu pengalaman menjadi Mukmin/Muslim yang bermusafir!
Persoalannya, pernahkah terfikir mengapa Islam tidak dihormati? Pernahkah terfikir mengapa orang bukan Islam memandang remeh kepada kita orang Islam? Pernahkah mengalami pengalaman bagaimana Islam itu diamalkan di daerah majoritinya bukan Islam! Jika persoalan persoalan ini tidak terlintas difikiran kalian, maka sebenarnya kalian perlu keluar dari kepompong sendiri, perlu melakukan explorasi di dunia lain, kelak kalian kan mengetahui pengalaman pengalaman itu! Kita sudah terlalu lama duduk dalam suasana sendiri, bergerak dalam kelompok sendiri sehingga kita tidak mampu melihat dari kacamata LUAR bagaimana kita ini!
Islam ini mudah....laksanakan apa yg disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang...memang sukar melakukan buat pertama kali kesemuanya yang diperintahkan, justeru perlu ada proses pentarbiahan diri, perlahan lahan buat mana yang mampu, dan semakin hari sentiasa dipertingkatkan. Ia dilakukan dengan proses mencari ilmu, menambah ilmu, memperkembangkan ilmu. Bukan melalui proses ikut ikutan semata mata dari mula hingga usia dan umur meningkat tua. Ingatlah bahawa wahyu pertama ialah gesaan yang kuat untuk menuntut ilmu, "iqra" iaitu "bacalah" sebanyak 3 kali! Betapa menuntut ilmu amat digesa! Jika sudah tahu, maka dalami lagi, ia perlu sentiasa berkembang! Jika malas membaca, maka hadiri majlis ilmu! Apapun tidak dapat tidak, perlu berusaha untuk belajar, terus membaca buku buku, kitab kitab dalam usaha pencerahan! Jika malas membaca, maka kejumudan akan melanda pemikiran dan itu membuahkan pemikiran dan tindakan yang jumud, tidak terbuka, lalu tentunya ia terpercik kepada orang lain. Hanya kerana kita bersikap dan berfikiran jumud, maka tindakan tindakan kita juga akan menjurus kepada perkara perkara yang jumud dan pada wkatu yang sama orang lain juga 'terpengaruh' dengan kejumudan kita! Ditambah pula kesukaan kita untuk melahirkan idea dan pendapat kejumudan melalui laman sosial seperti Facebook dan sebagainya, lalu dibaca oleh orang lain, tentunya asimilasi kejumudan itu merebak kepada orang lain. Secara tidak langsung, kita memulakan proses secara tidak disedari untuk menjebak orang lain untuk turut sama jumud, sejumud fikiran kita! Disinilah masalahnya!
Oleh itu, perlu sentiasa berlaku proses pencerahan melalui tarbiah diri dengan ilmu! Dalami konsep yang sedia ada difahami, galilah ia didalam rujukan rujukan, didalam kitab kitab "MUKTABAR" yakni kitab kitab atau buku buku yang sahih! Tidaklah maksud saya hanya semata mata belajar melalui buku sahaja kerana ia juga konsep yang sempit dalam proses menuntut ilmu! Perlu juga berguru, 'fas aluu ahlaz zikri in kuntum laa taklamun'...tanyalah orang yang tahu jika kamu tidak tahu...tanya dahulu, sahkan dahulu baru buat! Bukan buat dahulu kemudian muncul 'tidak pasti' lalu bertanya!....
Subscribe to:
Posts (Atom)