Tiadalah ujian itu melainkan ia dari Allah....dan tiadalah ia melainkan untuk kebaikan kita juga...jika manusia boleh mengetahui hikmah dan pengajaran dari segala ujian dan cubaan yang menimpa, alangkah baiknya....jika kita gagal untuk mengambil IBRAH (lesson learnt atau pengajaran) alangkah ruginya...dan Allah akan terus terusan memberi ujian agar hikmah dan pengajaran itu kita ketahui dan dapat kita manfaatkan...begitulah bagaimana Allah memberi pengajaran buat kita semua!
Tiadalah Allah swt itu bersifat zalim kepada hamba hambanya melainkan hambanya itulah yang menzalimi dirinya sendiri! Itu bermaksud bahawa tiadalah Allah swt menimpakan ujian ujian yang bermacam macam kerana Dia mahu menzalimi manusia. Bahkan Dia mahu memberi pengajaran, mahu mendidik KITA, mahu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Justeru, bersegeralah kembali kepadaNYA...
Jika kita dalam keadaan berdosa dan bermaksiat, bersegeralah bertaubat kepadaNya, beristigfar kepadaNya dan mengingatiNya. DIA sayangkan kita, sebab itu DIA mengingatkan kita. Bagaimana? Iaitu dengan memberi peringatan dan pengajaran melalui ujian dan cabaran kehidupan. Bahkan DIA telah terlebih dahulu mengingatkan kita melalui wahyuNya iaitu alQuran alKarim...Mengapa tidak kita segera kembali kepada perintahNya dan menjauhi laranganNya???
Justeru, segeralah BERUBAH dari keburukan dan kejahatan kepada kebaikan dan ketqawaan kepadaNya...segeralah sebelum terlewat! Segeralah sambut kasih sayang Allah! Jangan disia siakan peringatan dariNya. Jangan bersedih dan jangan gundah gulana dengan ujian yang menimpa! Kasihi DIA nescaya akan terangkat lah kesusahan dan kesulitan dalam kehidupan kerana hakikatnya, segalanya datang dariNya dan kembali kepadaNya.
Tadahlah tanganmu kepadaNya....mohonlah dariNya...nescaya Dia mendengar rintihanmu!
Tadahlah tanganmu kepadaNya....mohonlah dariNya...nescaya Dia mendengar rintihanmu!
No comments:
Post a Comment