Tuesday, December 30, 2014

Sekali alam berbicara....




Sekali alam berbicara.....


Menangis lah...
Sang sepi
Sang tawa
Si penzalim
Si pendosa


Sekali alam berbicara.....


Dari langit turunnya
Dari bumi membuak pula
Yang rapat kan terbuka
Sang katup terbogel jua
Yg lemah kan merana
Yg tinggi tunduk seranapnya
Yg tegak dipungkas rata
Si kaya kan merana
Si miskin menangis jua
Si kecil gembira duka
Si tua sakit melara
Si muda bungkam terjaga


Sekali alam bicara....

Saat ini manusia durhaka
Tuhan dicerca
Insan dihina
Alam di nista

Walhal....
Bukan salah sesiapa
Menuduh merata
Lupa diri perlu dihisab pula
Lalu kembali kepadaNYA
Kerana semua milikNYA...

Ayuh...usaha bersama
Bangkit bingkas bangun dengan reda
Kembali padaNYA

Kerana....
Sekali alam berbicara
Itu semua kehendakNYA jua.....

oleh-- Alwi Mohd Yunus
tanggal 7 RabiulAwal
11.45pm
Aku mengenang...

Saturday, November 29, 2014

Biasa biasa menjadi luarbiasa.....

Assalamualaikum wrt wbt....


Ini kisah yg penuh pengajaran...pengorbanan untuk berjaya dan sokongan disekelilingnya.....aku amat memahami situasi ini....


Aku teringat akan program program yang ku gagahi untuk anak yatim mahupun pelajar pelajar ku...tiada jalan mudah dan singkat untuk sebuah kejayaan, perjalanan si Ayub masih lagi jauh namun perjalanan perlu sentiasa diteruskan, lonjakan perlu sentiasa diberi....aku doakan kejayaannya!
Kasih dan pengorbanan seorang ayah dan semangat sang ibu.....sokongan sang guru menjadi SATU dan tergabung dalam sebuah erti yang mampu diungkap sebagai kejayaan! Inilah dia kemanisan pengorbanan....
Bagi sang guru....memandaikan yang biasa biasa berbanding yang bijak pandai adalah dua konsep yang berbeza.....ia perit dan penuh cabaran, ia sukar namun tidak mustahil.....natijahnya ialah kepuasan diri! 

Tidak menjadi suatu kepelikan jika gen pandai itu terus cemerlang akan tetapi berbeza sekali kepada yang biasa biasa. Memandaikan yang biasa biasa menjadi amat bernilai dan bermakna jika yang biasa biasa ini menjadi luarbiasa! Ia kerana yang biasa biasa ini deberi dorongan dan dipimpin agar menjadi luarbiasa pencapaiannya lalu menghadiahkan kejayaannya dalam bentuk mengubah kehidupan dirinya dan keluarganya. 

Hakikatnya tiada yang mustahil dalam kehidupan ini.....hijrah tetap perlu diusahakan dan dilakukan dengan dokongan dan dorongan!
Kepada si Ayub...teruskan kejayaan mu, teruskan perjuangan mu.....moga kejayaan mengubah kehidupan ini menjadi realiti yang bermakna dan diredhai Allah....Insyaallah, Tuhanmu akan membantumu dalam usaha dan perjalanan kehidupanmu.....

"......rasa itu lah yg perlu diBANGKITkan.....kerana dengan rasa itu akan hadir keSEDARan lalu SEMANGAT kan menjelma.....kita sering SEPI dengan RASA lalu KASIH tiada malah DORONGAN menjadi lesu....."

Penuh pengajaran bagi diriku yang lemah ini.....aku punya tanggungjawab dan amanah yg sedemikian rupa!

http://hensemedia.blogspot.com/2014/11/kisah-menyanyat-hati-keputusan-upsr.html

Thursday, November 20, 2014

Andai ku tahu.....


Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,

Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku,

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Andai ku tahu,
Malaikat mu kan menjemputku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat pada mu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,

Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,

Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.



Aku manusia,
Yang takut neraka,
Namun aku juga,
Tak pantas di surga.....

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat padamu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,


Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,

Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aaa...

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,

Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku,

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Andai ku tahu,
Malaikat mu kan menjemputku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat pada mu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aku manusia,
Yang takut neraka,

Namun aku juga,
Tak pantas di surga.....

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat padamu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,

Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,

Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Read more: Ungu - Andai Ku Tahu Lyrics | MetroLyrics

Thursday, November 13, 2014

Hairan aku akan bangsaku!

https://www.facebook.com/alwiyunus/posts/10152558789824482?notif_t=like

Hairan sungguh aku.....dengan bangsaku!

Oh bangsaku!
Mewangi haruman terbau tahi ayam jua...
Kering berteduh yang bocor dicari juga...
Manis bergula yg pahit ditelan lega...
Sumbing ditepi seberkas dibuang semua...
Berteman serumah, sekampung aib dijaja...
Bertuan kan saudara, dibelakang culas berkerja....
Bertuan kan musuh, ke akhir hayat tetap setia...
Lunak bicara, berpaling benci menyapa....
Bersyahadah yang sama, namun Allah selalu dihina...
Mengaku bersaudara, tika bertepuk tampar saudara dicerca....
Berbunyi senada, datang garuda habis caca merba....

Aduhai bangsa ku....
Dulu jahil sekarang warak beragama....
Manis bicara, syahadah di jaja merata.....
Yang dilaku berbeza dengan yang dibicara....
Semangat membara sejuk seketika....
Bermusuh sesama berbaik dengan mereka....
Seloka kecewa, melihat bangsaku mudah lupa....
Bila ku bicara, tersenyum sekadar menanam tebu dibibir muka....
Lontaran sinis lantas menerpa ke muka....
Aduhai bangsaku....
Aku bukan pujangga....
Hanya menangisi generasiku yg ada....
Kan nanti menang kah nasibmu jua....
Atau terlungkup tewas lalu ketawa....
Kerana menang hanya dalam bicara....
Tiada sedar tanah tergadai harta tiada....
Lalu senyum gembira dalam duka....
Bersyukur menadah tangan dan berdoa....
Pasrah redha KONON ketentuanNya.....
Walhal BODOH tiada boleh diajak bicara....

Aduhai bangsaku.....
Aku hanya terpaku layu.....
Mahu mengubah apalah dayaku....
Hanya mampu utk diriku dan keluargaku....
Kerana berpegang dengan "quu anfusakum wa ahliikum naaraa" yg satu
Sedikit cuma untuk kalian saudaraku.....
Dalam upaya apa yang ku mampu....
Pesanku dampingi lah Tuhanmu selalu....
Rabbul Jalil yang Satu....
Lalu tadabbur wahyuNya dengan jitu....
Agar dikau bisa mengubah akan nasib dirimu....
‪#‎bangsaku‬

Coretanku di suatu malam yang hening penuh duka.......

Alwi Mohd Yunus
Tanggal 19 Muharram
12 November 2014
10.30 malam
Disuatu sudut meja dirumahku......aku termenung!

Tuesday, October 7, 2014

Ku jelajahi Sepanyol: Madrid ke Lisboa Siri 1



Assalamualaikum wrt wbt....

SELAMAT HARI RAYA KORBAN.....jgn biarkan diri kalian terkorban, akan tetapi berkorbanlah untuk akhirat kalian demi Allah dan agama....

Sudah seketika kusimpan coretan ini.......hingga kini baru aku berpeluang untuk menyemak kembali coretan ini. sekadar perkongsian cerita dari pengalaman yang berbeza......agar punya erti dan pelajaran buat semua.


Penghujung Disember yang lalu aku mulakan perjalanan ini. Ku inspirasikan coretan ini berdasarkan musafir Sdra Zahariz dalam dokumentarinya "Dengan Berbasikal Aku Menjelajah" siaran TV alHijrah.


Coretan ini boleh ku gambarkan sebagai suatu pengalaman hebat atau "a jawdropping experience" kerana asyiknya aku melihat kehebatan Islam dalam lipatan sejarah terdahulu di bumi Sepanyol, Morocco dan sedikit di bumi Portugal. Aku kagumi mereka! Moga Allah berikan ganjaran sebesarnya kepada para syuhada, pendakwah, pejuang Islam yang telah menegakkan Islam di sana......namun tiada lagi kini. Hanya cebisan sejarah hebat yang menjadi bukti. Hatta sejarah Islam seusai dunia moden hari ini belum mampu  menandingi lakaran peristiwa dan bukti nyata yang kekal di bumi Cordoba dan juga Seville-Al Hambra yang hebat itu.


Kali ini aku dan isteri serta Sdra Hasan Basri dan isteri berpeluang musafir ke Sepanyol, Portugal dan Morocco. Dalam keadaan yang sungguh kelam kabut dan berbagai masalah dan ujian menimpa sebelum berangkat ke sana.......perlu menyelesaikan banyak perkara sebelum akhirnya dapat juga aku dan isteri menjejak bumi Sepanyol.

Saat tulisan ini ditulis, kami sedang transit di Jeddah kira kira 6 jam, kami sampai jam 8pm waktu Jeddah, 1pm waktu Malaysia, mata mengantuk, kami 'jet lag', satu fenomena biasa pabila berlaku pertukaran waktu. Kami menaiki Saudi Airlines yang berlepas dari KLIA sekitar jam 3 petang. Aku duduk bersebelahan Micheal, seorang rakyat Britain yang bekerja di salah sebuah lombong di Australia Barat. Dia sedang balik bercuti Krismas di Coventry....kami berbual seketika..rupanya dia menaiki Air Asia dr Australia, transit di KLIA semalaman dan menaiki Saudi Airlines ke Jedaah, transit lalu menaiki Saudi Airlines ke London. 'It is cheaper this way' katanya. Aku setuju, sebab aku juga menggunakan Saudi Airlines kali ini.

Kos menjadi sebahagian perkiraan ku untuk bermusafir, kali ini....aku menggunakan konsep 'cheap, challenging and adventurous travel' atau pun konsep 'Now Everyone Can Travel' umpama tagline AirAsia.....ini adalah konsep yang aku fahami saat membaca laman "TripAdvisor". Ia banyak memberi ruang dan pengalaman berbeza setiap kali. Aku kurang menyukai aturan musafir yang amat bergantung kepada jadual@aturan agen agen pelancongan. Ia terlalu kesuntukan masa dan aku kehilangan peluang untuk 'meneroka'. Saat kembara ke Europe tahun lepas, konsep yang sama aku gunakan. Sekadar menghabiskan sekitar rm6500 termasuk tiket, belanja makan, hotel dan tiket keretapi@bas serta mampu membeli belah dan minum kopi+waffel coklat yg enak di Brussel...aku cukup seronok. Dengan kos sedemikian, Belanda aku jelajahi sehingga ke Volendam, Belgium-Brugess, Perancis-Paris, London- dari zon 1- zon 6 aku terokai......Epping paling jauh di tepi kota London yang berada di zon 6 aku jejaki...disitulah kami dilanda salji buat pertama kali! Pengalaman paling seronok bermain salji di dinihari.

Sebenarnya, aku sendiri tidak menyangka bahawa akhirnya, aku dapat juga memulai perjalanan ini. Tiga minggu yang lalu, aku terlantar sakit. Mulanya doktor mendiagnosis aku sebagai mengalami 'slipped disc'. Akan tetapi aku bertemu doktor pakar selepas itu, aku hanya di sahkan sakit saraf yang menyebabkan aku tidak boleh menggerakkan kaki kanan ku, sakit berdenyut denyut sepanjang hari dan sepanjang malam, sakit umpama sakit gigi akan tetapi kesakitan dirasai di bahagian pinggang, belakang punggung dan paha kaki. Aku turun berat badan sekitar 5 kg. Ia sangat sakit dan amat mengganggu apatah lagi aku tidak mampu tidur. Saat itu  aku membayangkan bahawa aku tidak dapat berpergian musafir bersama Hasan dan Na kali ini.....amat mencemaskan. Lalu akhirnya aku menjalani terapi akupuntur atas cadangan isteriku...selama 5 hari berturut turut, aku menjalani terapi, akhirnya aku mampu pulih. Syukur alhamdulillah. Semua orang saat itu sudah susah hati melihat keadaanku, namun Allah kembalikan kesihatan ku semula. Syukur! Aku syahdu kerana hikmah kesakitan itu akhirnya aku pulih kembali dan hampir hampir terlepas perjalanan ini yang telah diatur sejak sekian lama.

Jeddah- transit 8 jam


Lama juga kami transit di Jeddah. Kami sampai lewat petang, sebelum menunggu utk menaiki penerbangan seterusnya sekitar jam 4 pagi ke Madrid. Terminal Jeddah itu penuh sesak dengan jemaah umrah dan mereka yang transit. Kawasan transit yang agak sempit, menjadikan tempat itu sesak. Kami solat dahulu sebelum menjamah makan malam yang diberikan secara percuma oleh pihak lapangan terbang King Abd Aziz. Selepas itu kami merayau rayau sebentar di kawasan bebas cukai di situ selepas melalui beberapa pemeriksaan imigresen Arab Saudi yang begitu lambat (ini sesuatu yang amat biasa, ,ereka tidak pedulikan dan tidak mengamalkan konsep perkhidmatan yang cekap-aku telah berulangkali mengalami masalah sedemikian di Jeddah dan lapangan terbang King Saud ini). 

Di Jeddah, aku dapatkan rehat secukupnya, tidur di surau lapangan terbang Jeddah ini....alhamdulillah, dapat melelapkan mata sekitar 4 jam....cuaca sejuk di Jeddah ini. Kami diberi kupon makan-untuk penumpang transit....aku, isteriku, Hasan, dan Na seangkatan kali ini....kami makan bersama. Tahun lepas juga kami seangkatan 'backpack' ke Holland, France, UK dan Belgium....alhamdulillah, tahun ini kami mengulangi kembara kami....kali ini selatan Europe. Insyaallah, tika berbual ketika di meja makan, kami bercadang tahun depan akan ke Eastern Europe.




Kami ke Madrid dan tiba awal pagi, sekitar jam 7 pagi. Penerbangan mengambil masa 5 jam dari Jeddah. Keadaan sudah mula dingin dan sejuk. Kami mengambil kesempatan memakai pakaian sejuk di suatu sudut ruang berdekatan dengan tandas di Airport Barajas (Aeroporte de Barajas) ini. Kami bertanya tanya dan menemui kaunter untuk membeli tiket bagi perjalanan kami menggunakan bas ke seluruh Sepanyol. Kemudian kami menuju ke Terminal Avenida de America untuk menyimpan beg (stesyen bas terbesar di Madrid). Untungnya membeli tiket bas perjalanan ALSA ini ialah ia menyambung ke seluruh bandar di Sepanyol dan boleh di beli di satu kaunter tiket sahaja. 'Integrated ticketing system'-inilah yg mereka lakukan. Cepat, mudah dan pantas. Harga boleh tahan. Tetapi tidak semahal menaiki kapal terbang atau keretapi.

Di situ kami juga membeli tiket Tussam-kad serbaguna utk menaiki tram, Metro atau bas. Pada waktu yang sama kami membeli Mapa de Madrid (peta Madrid) dan juga memahami bagaimana arah perjalanan Metro line Madrid. Setelah selesai mengenalpasti stesyen dan tempat berhenti itu, kami bersiar siar di Bandar Madrid. Bangunan tinggi sekitar 10-12 tingkat dengan rekaan tradisi Roman amat cantik di lihat di pagi hari itu.

Kami meneruskan perjalanan hingga sampai ke hentian St Antonio Martin dan kebetulannya kami lapar dan sedang mencari cari restoran Islam lalu akhirnya bertemu dengan sebuah restoran dan terserempak dengan dipintu restoran RajaMahal, dengan 2 org pelajar Malaysia yang belajar di UK dan sedang bercuti di Sepanyol. Kami makan tengahari bersama mereka, sambil bertukar tukar cerita. Seorang sedang mengambil kursus engineering di Northumbria University dan seorang lagi kursus computer engineering tajaan Mara di Manchester (aku lupa nama universitinya). Mereka datang Sepanyol kerana mahu melihat Real MAdrid beraksi. Aku tersenyum melihat gelagat mereka. "Untungnya mereka, dapat belajar di UK dan kemudian mengambil peluang bermusafir ke sana ke mari" ujarku dalam hati. Selesai solat jamak qasar Zuhur dan Asar kami bergegas menaiki tram ke ke St Bernabeu. Setelah mengambil gambar serba serbinya, kami pulang ke Avenida de America utk menaiki bas ke Lisboa, Portugal dalam perjalanan malam itu.


Kami seharian di Madrid, melawat berbagai tempat, berehat makan buah epal segar yang dibeli dari pasaraya Tesco di situ. Sempat menyinggah di Estadio Santiago Bernabeu.....stadium milik kelab bolasepak terkenal di Sepanyol-Real Madrid. Hampir senja, kami pulang ke Avenida de America-stesen bas yang mula mula kami sampai tadi untuk memulakan perjalanan ke Portugal menaiki bas malam itu.

Letih dan kurang tidur, kami sampai awal di Avenida de America, keadaan sudah semakin dingin. Menyucuk ke tulang. Aku pula berpusing pusing sekitar terminal melihat lihat kedai dan jualan. Cuaca amat sejuk bagi aku ini, bukan tidak biasa akan tetapi dengan faktor 'jet lag' dan juga kurang tidur ia menagih kudrat dan ketahanan. Tak tertahan sejuk rasanya walau sudah ada persiapan baju sejuk dan 'long john' serta baju panas. Akhirnya aku membeli "sweater" bulu biri biri berharga Euro10 di salah sebuah kedai di situ. Murah dan sangat selesa dipakai,ia memanaskan tubuhku. Alhamdulillah. Kami tidur di dalam bas sepanjang menuju ke Lisboa. Kami sampai kira kira jam 5 pagi di hotel Borges di Biaxi Chiado ditengah tengah kota Lisboa atau Lisbon di Portugal. Dinihari itu, kami menaiki teksi ke hotel. Lisboa ialah bandar pelabuhan dan ibu negeri Portugal. Malam minggu, rakyatnya ramai yang baru pulang di dinihari dari sukaria. ternampak dua orang wanita sedang bertenggek di tepi jalan kerana buang air. Kami ketawa didalam teksi melihat gelagat mereka. 

Sesampainya di hotel, kami terus daftar masuk dan tidur setelah solat subuh sebelum melawat sekitar Lisboa pada jam 11 pagi. Kami pergi ke pusat bandar dan kemudian melawat ke Masjid Lisboa sebelum bergegas ke Fatima City, bandar spiritual orang Kristian. Perjalanan hampir sejam, kami sempat makan makan tengahari berlaukkan sambal daging dan sambal ikan bilis dengan nasi impit. Kemudiannya setelah itu kami menuju ke Batalha-kubu dan istana yg dibina selama 200 tahun, akan tetapi tidak siap keseluruhannya. Binaan lama yang mengagumkan. Cantik, penuh budaya Eropah yang kini dijadikan gereja oleh penduduk di situ. 

Setelah itu, kami menuju ke Nazareth- sebuah bandar nelayan yang cantik, berada di puncak bukit berhadapan Lautan Atlantik terbentang luas, dan kami lihat sekumpulan peluncur air dalam cuaca sejuk itu, bermain ombak. Kami sempat menjamah ikan bakar yang segar (maaf, aku tidak ingat nama ikan itu tp ia memang sedap dan segar dari Lautan Atlantik) di Nazareth. Nazareth ini tempat yang cantik berhadapan Lautan Atlantik. Ia bandar nelayan yang mengekalkan ciri ciri budaya dan binaan lama....setelah itu kami menuju ke ke kubu Obidos.......ia seumpama pekan lama yang ramai pengunjung datang sempena meraikan Krismas yang bakal menjelang saat itu. Ramai Street Artist di situ. Terdapat banyak hasil kraftangan orang orang Portugal dijual di situ. Aku kagumi usaha mereka mengekalkan kubu lama dan mengisinya dengan aktiviti pelbagai yang mengekalkan budaya dan cara hidup mereka. 

Aku serombongan merupakan satu satunya orang Melayu di situ. Mereka kelihatan pelik melihat kehadiran kami disitu. Aku hanya senyum dan cuba bermesra dengan mereka. Sekali lagi masalah bahasa mengekang kami untuk berkomunikasi dengan lebih rapat. Tidak mengapalah. Aku puas menikmati pemandangan yang cantik di situ. Setelah selesai kami pulang ke Lisboa dan sempat bersiar siar menaiki Tram lama di Lisboa. Tempat persinggahan kami ialah di sebuah puncak bukit mengadap Lautan Atlantik. Puerto Del Sol-melihat bandar pelabuhan Lisboa dari atas puncak. 

Selesai di Portugal dan bermalam selama dua malam, setelah kenyang makan kebab di Lisboa, minum kopi yang sedap di Puerto Del Sol sambil melihat pemandangan mengadap Lautan Atlantik yang terpampang indah dan membeli sedikit cenderamata di situ, malam itu kami bertolak kembali ke Sepanyol. Kami menuju ke Seville di Hotel Gran Lar.

Kami sampai lewat malam dalam cuaca yang sejuk di hentian bas Seville menaiki bas ALSA. Pagi itu kami keluar dan bersiar siar di sekitar Seville. Peta Seville ku hadami sepenuhnya agar tidak tersesat nanti. Rupanya Seville ini dipenuhi dengan pokok limau hampir di setiap kaki lima jalan. aku menuju ke kubu-Torre del Orro di tepi sungai Guadalquivir di Seville dan melawat Plaza de Torros@La Real Masestranza, setelah itu aku makan tengahari di bawah pokok limau yangn banyak di sepanjang jalan di Seville- ia suatu pengalaman yang unik dabn menarik. Seville juga bandar yang cantik dan antara kubu terakhir tentera Islam sebelum akhirnya tumpas dan berundur ke Granada-Cordoba.

.......sekadar coretan pengalaman yg bermakna buat diri, jika ada yang baik darinya maka ambillah iktibar, jika ada yg buruk sesungguhnya ia datang dari kelemahan diri sendiri!

Bersambung....ceritaku di Alhamra yang sungguh mengasyikkan dan indah sekali-bagai syurga di dunia! Hebatnya Islam suatu ketika dahulu! 




Saturday, September 20, 2014

Pergimu kutangisi........

Titipan buat sahabatku arwah Mustapha Kamal Ismail.....

...........damailah dikau di sana

Bila detik itu menjengah....tidak ketahuan bagaimana caranya ia kan berakhir.....diri juga tidak akan tahu siapa yang akan meladeni sekujur tubuh itu! Siapa yang akan mengurus dan melaksanakan buat diri yg kaku lesu! Kelu kaku, sedih dan pilu dengan pemergian sang sahabat Mustaphakamal Ismail.....moga dikau damai di sana wahai teman! Aku pasti menyusulmu! Allahuakbar!

Sedetik bersamamu selamanya ku ingat selalu ‪#‎MustaphaKamalIsmail‬
 — withHilmy Shamshur Abdul Rahim and 4 others at Masjid Subang Perdana.

......tiada kata mampu terungkap,
......mengenangkan pemergian sahabat,
......bila diri tahu masa yg ada jua telah dekat,
......entah bila kan terangkat, doa, janji dan hakikat,
......kehidupan yg fana dan singkat, 
......hanya kerna perginya sang sahabat!
......yang pergi tak kembali, yang tinggal kan menangisi,
......yang pasti rindu dan kasih mendatangi,
......hanya diri dan Illahi yg mengetahui,
......rasa diri dan kehilangan ini,
......pedih tidak terperi, kerana kami saling mengasihi,
......demi Illahi demi ukhrawi!

.....lalu sedetik ini, ku titip doa dan ummul quran buat mu sahabat (arwah Mustapha Kamal bin Ismail) di dingin penghulu malam ini agar pergi mu dengan redha, ampunan dan rahmat Rabbmu,

........agar kelak tempatmu dikalangan mereka yg soleh yg telah mendahului mu. 

........Kutangisi pemergian mu sahabat kerna ku hargai kehadiranmu dalam warna warni kehidupan ku.....engkau telah mendahului aku dan pasti aku akan menyusulmu! 

........Kuingati setiap rangkulan eratmu setiap kali ketemu! Aku kehilangan seorang yg rapat dan dekat dalam hidupku! Moga bahagia menanti mu di dakapan rahmat dan redha Tuhanmu! Selamat tinggal sahabat! Mustaphakamal Ismail!

Monday, September 15, 2014

Menempah binasa....

Assalamualaikum semua....

Kutuk, keji, kata mengata, tuduh menuduh, menuding jari adalah mainan kata kata kita hari ini. Ia sangat berleluasa di dunia maya, dilaman sosial malah dalam perbualan sehari sehari. Ia perbuatan jijik yang diumpamakan sebagai memakan daging saudara sendiri atau mengumpat! Ia tentunya bukan sunnah Nabi saw yang kita cintai walau apa jua alasan kita sekalipun. Walau ia bertujuan atau dilakukan kononnya dengan niat baik sekalipun. I a merosakkan keharmonian masyarakat, ia menjurus kepada perbalahan, ia menyakitkan hati dan merosakkan perhubungan. Tiada apa apa faedah sekalipun dengan berbuat sedemikian. Malah ia merosakkan jiwa dan pemikiran seseorang samada si pelaku mahupun si penerima atau pendengar.

Image result for backbiting images
Aib dan maruah insan lain dijaja merata rata. Tidakkah kita tahu bahawa ia mengundang kemurkaan Allah swt. Walau siapa pun orangnya, walau siapa pun subjek yang menjadi bicara, kita sangat dilarang mengaibkan orang lain atau bercerita tentang keburukan orang lain. Kita hanya menempah binasa buat diri sendiri!

Jika perkara sekecil ini pun kita tidak mampu untuk tidak melakukannya. Jangan bicara soal kekuatan ummah dan soal Islam kembali kuat. Jangan bicara soal ingin mendaulatkan Islam di bumi ini. Benih perpecahan sudah menjadi 'makanan' harian kita, jadi bagaimana perpaduan dan keutuhan masyarakat dapat dibina.

Tahukah kalian, apa sebenarnya yang Nabi saw buat dan lakukan? Baginda Nabi saw malah mendoakan mereka yang berbuat keburukan agar kembali ke pangkal jalan dan agar Allah menunjukkan mereka kepada jalan yang lurus. Salah satu peristiwanya ialah tika di awal Islam.....Tidakkah kita ingat doa Nabi saw agar dua Umar memeluk Islam? Abu Jahal dan Umar alKhattab.....adakah Nabi saw mendoakan kecelakaan bagi mereka berdua? Tidak samasekali, bahkan Nabi saw mendoakan semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah agar salah seorang daripada mereka memeluk Islam. Dan akhirnya Umar alKhattab memeluk Islam dan menjadi pendokong paling kuat kepada dakwah Islam. Peristiwa kedua ialah saat dan ketika Nabi saw berdakwah kepada penduduk Taif, Nabi saw dibaling batu hingga luka berdarah tubuh badannya...penghinaan sedemikian rupa diberi oleh penduduk Taif. Apa yang Nabi saw lakukan? Perkara yang sama juga telah saya sebutkan sebelum ni di - http://alwiyunus.blogspot.com/2012/11/jauh-dan-perit-musafir-itu-demi-kita.html



Bagaimana dengan kita? Adakah kita berbuat seperti mana apa yang Nabi saw lakukan? Cuba tanyakan pada diri!Ia sebenarnya adalah pilihan kita sendiri...kita perlu memilih untuk bertindak dengan penuh kebaikan....saya pernah nyatakan ini dalam nukilan sebelum ini - http://alwiyunus.blogspot.com/2013/02/habis-tenaga-habis-fikiran-rugi.html

Marilah kita berkasih sayang sesama agar subur ikatan ukhuwwah dikalangan kita, agar Islam tegak berdiri sebagai daulah dan kekuatan bukan sekadar momokan dan omong kosong di bibir mulut. http://alwiyunus.blogspot.com/2013/05/sedunia-berkasih-sayang-mustahil.html

Thursday, September 11, 2014

Ku renung sejarah silam

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera....

Ku renung sejarah silam lalu ku dapati bahawa







.............sejarah pasti berulang kembali jua
.............perlakuan kan berulang dimana mana
.............kebejatan kembali menguasai persada
.............kerakusan bertimpa timpa
.............haloba kan berleluasa
.............adu domba merajai bicara
.............hasad dan dengki menjadi pancawarna
.............aib insan lain menjadi seloka
.............kuasa menjadi rebutan semua
.............harta terus merajai dunia
.............kata kata penuh nista




Inilah manusia yang selalu alpa
Sentiasa rugi hidup di maya pada
Tidak sesal pada jiwa
Tiada takut pada neraka apatah lagi pada yang Esa
Walau mengerti akan seksanya
Mulut kurang ajar sentiasa
Tingkah biadab tiap tika
Lalu sejarah berulang setiap ketika.......




Alwi Mohd Yunus
16 Zulkaedah 1435H
5.00 petang
Dipinggir puncak....

Sunday, July 20, 2014

Kita yang perlu bertindak...jangan harap orang lain!

Assalamualaikum wrt wbt....

Dengar, fahami dan fikir lalu buat tindakan apa yang perlu.....jangan hanya sekadar omong kosong dan bercakap tidak sudah sudah tanpa ada sebarang tindakan.

Sebagai permulaan....lihat di akhir Ramadhan ini!

1) Betapa besarnya kuasa pembeli Melayu Islam atau Islam Melayu atau Islam Malaysia membanjiri pasaraya pasaraya....mengapa tidak kita memilih dan membeli hanya denagn orang Islam? Samada pakaian, makanan atau apa apa keperluan?

2) Diakhir Ramadhan adakah kita semakin 'melekat' di masjid atau kita makin 'longgar' dan lebih merayau? Jika kita makin longgar-bagaimana mungkin Islam tidak dihina, dikeji di porak poranda, dicalar kehormatannya oleh orang bukan Islam jika KITA sebagai MUSLIM tidak berPERILAKU dan BERAMAL sebagai Muslim sebenar? Bagaimana Islam mahu menang jika tindakan kita tidak menjurus kearah kemenangan?

https://www.facebook.com/photo.php?v=10203075573227540&set=vb.1152159826&type=2&theater

Monday, June 16, 2014

Cordoba@Cordova yang ku kenang...

Assalam dan salam sejahtera....

Buat seketika kenangan ku terimbau saat menyusuri lorong sempit lorong sempit di Masjid Cordoba tempohari. Satu pengalaman tersendiri yang sangat unik, sangat indah ingin ku kongsikan. Seolah olah aku menjadi watak yang sezaman dengan usia Masjid Cordoba itu.....

Tersergam indah di atas bukit yang mengalir dihadapannya Sungai Cordoba yang merintangi Madinat el Zahra di sebelah hujungnya, Cordova masih gagah perkasa berdiri dihadapan jutaan pengunjungnya setiap tahun. Ia terpaku disitu menanti kehadiran pengunjung yang pasti akan kagum dengan keindahannya yang masih utuh sejak kurun ke 8 yang lalu hingga hari ini. Teknologi kejuruteraan Islam yang sangat unik dan mengasyikkan. Melihat Masjid Cordova tersergam indah merupakan satu hiburan hati yang sangat mengujakan. Tiada pernah aku melihat dan menghargai satu keajaiban tamadun Islam melainkan Masjid Cordoba yang telah bertukar menjadi Gereja Cordova yang ini dan juga al Hambra yang hebat. Tentunya aku tidak menafikan bahawa Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al Aqsa itu lebih indah kerana keberkatan yang terkandung didalamnya, namun kekaguman aku juga turut melangkaui ketiga ketiga masjid tersebut kerana Masjid Cordova (sekarang Gereja Cordoba) ini turut memgungkap sejarah, perjuangan, kehebatan dan keunikan arkitek dan kejuruteraan Tamadun Islam suatu waktu dahulu. Kehebatannya terserlah sehingga ke hari ini.

Ia manifestasi betapa Islam itu melangkaui seluruh kehidupan umat di Granada, Seville, Malaga dan Algeciras suatu waktu dahulu dan ianya masih dirasai sehingga hari ini. Ia juga gambaran kehebatan dan keunggulan ketamadunan Islam, seni reka yang tiada tolok bandingnya dan amat sukar untuk disamai sehingga hari ini. Inilah Masjid Cordoba yang menjadi pusat peradaban tamadun, keilmuan Islam suatu waktu dahulu. Sengaja aku menulis dan merujuk Gereja Cordoba ini sebagai Masjid Cordoba kerana tujuan asal ia dibina ialah sebagai sebuah pusat masjid, pusat keceemrlangan keilmuan yang hebat pada zamannya....namun hari ini, yang tinggal adalah picisan picisan sejarah yang semakin hilang ditelah zaman.

Kini kemegahan itu telah hilang, keagungan itu telah luput akan tetapi Masjid Cordoba tetap teguh berdiri menanti hadirnya sinar Islam kembali di bumi Sepanyol.....aku kelu dan pilu. Rasa hatiku meruntun runtun kesedihan melihat sesuatu yang pernah menjadi mercu tanda tamadun Islam ini dijejaki dan dimiliki oleh mereka.....kesedihan ku membuak buak kerana aku memahami bahawa ia juga adalah manifestasi keruntuhan peradaban dan tamadun Islam. Hanya jejak yang kelihatan akan tetapi tiada warisan menjadi milik mutlak orang Islam.....kita terus terusan MUNDUR AQAL FIKIRAN, MUNDUR HIDUP dan MUNDUR segala galanya......yang tinggal hanyalah kenangan kenangan pilu dan menyayat hati!

Di kaki lima sekeliling Masjid Cordoba ini penuh dengan kedai kedai cenderamata yang menjual khat dan kraftangan versi Islam, akan tetapi si penjualnya bukanlah orang Islam. Keadaan ini sudah sangat terbalik. Di kaki lima ini yang dahulunya subur dengan kuliah dan kelas pengajian agama, sains, matematik, kejuruteraan, sekarang lengang dan kosong hanya dipenuhi dengan pelancong asing. Aku bersama isteri dan teman seperjalanan Sdra Hasanul Basri dan Mazlina Malik sempat solat di situ menunaikan fardhu Asar di luar Masjid Cordoba kerana kami tidak dibenarkan solat di dalamnya.

Sepetang itu aku menyusuri sekeliling Masjid Cordoba dan sempat mengambil beberapa gambar menarik di jambatan yang merentangi Sungai Cordoba....ia sangat cantik dan indah sekali....namun sayangnya ia bukan milik umat Islam lagi! Aku mengharapkan agar suatu hari nanti Islam kan bertapak kembali di bumi Sepanyol...airmataku mengalir lesu, selesu Sungai Cordoba yang sunyi dan sepi menanti laungan azan dan takbir di bumi Cordoba.....insya




allah!

Wednesday, May 28, 2014

Belasungkawa AlMarhum Tuanku Sultan Perak

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=770829772937333&set=a.770829439604033.1073741862.100000309516385&type=1&theater

Innalillaahi wa innaa ilaihi raajiuuun........





Friday, May 16, 2014

Kalian mencorak AKU!

Assalamualaikum wrt wbt....

Tanggal 2014 ini adalah fasa umur pertengahan hujung yg sedang aku lalui. Banyak peristiwa pahit manis kehidupan sebagai pelajar aku lalui sejak dahulu. Mereka adalah golongan kedua selepas ibubapa ku malah mungkin yang pertama yang paling kerap ku temui dan ku gauli dalam hidupku. Mereka pencorak 'kain putih" yang namanya fitrah itu. Hasilannya adalah hari ini.


Aku tidak berbangga dengan diriku. Akan tetapi aku berbangga dengan mereka yang mencorakku. Samada secara formal mahupun tidak formal. Samada secara langsung mahupun tidak langsung, mereka guruku yang sentiasa memberi nilai dan menokok nilai dalam hidupku.....

Aku ingati mereka semua bukan semata mata kerana hari ini, tanggal ini, aku telusuri kenangan bersama mereka disepanjang kehidupan ini. Aku kenang mereka dalam doaku agar Allah menganugerah sebaik baik balasan yang tidak terhingga buat mereka semua dunia akhirat.

Aku renung dan tersenyum sendiri malah dalam banyak keadaan aku banyak menangis kerana ramai yang telah pergi tanpa dapat aku temui mereka semula. Mereka insan hebat dalam hidupku walau seketika cuma. Mereka adalah obor pengalaman dan hidupku.....tanpa mereka aku bukan aku pada hari ini....

Tanpa mereka hidup ini penuh kebobrokan buat diriku dan juga dunia ini. Tanpa mereka siapalah aku. Dan tanpa mereka dunia tidak akan mampu tersenyum megah dan gembira.....

Walau aku bukanlah muridmu yang terbaik......namun sentuhan katamu, nasihatmu, galakanmu, perkongsianmu penuh bererti buat ku. Aku adalah aku pada hari ini kerana aku muridmu.......

Aku muridmu kerana ilmu mu.......

Terimakasih Cikgu! Allah berkati hidupmu redhai amalmu ampuni dosamu bahagiakan hatimu luaskan jiwamu anugerahkan syurga buatmu! Kalian telah mencorak akan AKU seupaya dan sebaik mungkin....terimakasih!

Thursday, May 8, 2014

Sentiasa memilih

Assalam dan salam sejahtera.....

(renungi kehidupan dan berfikir demi kebenaran agar kita sentiasa jadi hambaNYA......latarbelakang Jabal Tariq@Algeciras menuju ke Morocco dari Sepanyol melalui Gibraltar untuk ke Pelabuhan Tangiers...dalam misi melihat laluan sejarah dan keagungan alam ciptaan Allah)


Amanah dan tugas sebagai pendidik tidak terhad sekadar 'balligh aayatan' akan tetapi lebih dari itu. Walau diatas kertas ia tidak dinyatakan sebagai skop tugas namun ia menjadi lumrah yang perlu dilaksana samada suka atau tidak. Apa yang penting biarkan ia menjadi amal jarih dan dilakukan dengan ikhlas. Benarlah ungkapan bahawa guru itu menerangi bak lilin yang membakar dirinya sendiri untuk faedah orang lain.....

Atas rasa tanggungjawab, insaf dan sedar betapa anak bangsa ini perlu dimajukan dan potensi mereka perlu dikembangkan sewajarnya maka inilah yang SAYA pilih dan inilah yang SAYA perlu lakukan. Aku pasrah! Kisahnya begini.......

"Kelmarin saya mendapat tahu bahawa ada seorang pelajar (tidak perlu diketahui siapa) ini ingin berhenti belajar dari meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda atas alasan pelbagai. Berita itu saya terima dalam keadaan terkejut kerana apabila disemak keputusan semasa peperiksaannya, keputusannya memberangsangkan.....akan tetapi itulah faktanya, dia ingin berhenti! Saya semak latar diri dan cuba mendapat maklumat pelbagai termasuk menghubungi teman baik saya Cikgu Zawawi Salikin (terimakasih kepada beliau kerana walau di tidak kenal ibubapa pelajar ini akan tetapi dia berusaha mendapatkan maklumat dan pergi ke kampung dan tempat tinggal pelajar tersebut. Dia telah 2,3 kali pergi ke lokasi walau saat itu dia sedang bertugas akan tetapi tetap berusaha untuk menemui ibubapa pelajar tersebut atas dasar tanggungjawab bahawa sesuatu perlu dilakukan walau pelajar tersebut bukan bekas anak muridnya atau dia mengenali keluarga pelajar tersebut. Beliau berkongsi aspirasi dengan saya maka isu ini perlu ditangani sebaiknya demi masa depan pelajar dan keluarga tersebut) Alhamdulillah misi itu berjaya dan saya mendapat maklumat lengkap untuk saya hadap akan kes pelajar ini. Pelajar ini bukan pelajar saya dalam erti kata saya pernah mengajarnya akan tetapi dia adalah pelajar yang mengikuti kursus sarjana muda yang saya kendalikan". 

Itulah senario kes ini. Sebelum meneruskan bicara ini, saya mohon maaf jika cerita ini memalukan pelajar tersebut akan tetapi bukan itu maksud saya.....ada ibrah yang ingin saya kongsikan. Saya bukan mahu menceritakan isi kandungan kisah pelajar itu akan tetapi ingin berkongsi penghargaan dan usaha mereka yang berada disekeliling saya buat pengajaran (jika ada pengajaran dan kebaikan darinya) kepada semua.

Dalam kehidupan ini kita perlu memilih. Antara dua persimpangan yang perlu kita lalui. Malah dunia hari ini ia bukan sekadar dua persimpangan akan tetapi bersimpang siur pilihan dan keputusan yang perlu dibuat. Isunya ialah memilih dan keperluan memilih! Apa sebab dan apa perlu memilih? Adakah pilihan yang perlu dibuat itu berlaku atas desakan atau keperluan hidup atau hanya disebabkan oleh diri sendiri (maksud saya ialah dalam keadaan tiada pasal tetapi mencari pasal-selalunya ini antara sebab utama walau kebanyakan kita pasti menafikan sebab ini).....

Kita mudah memberi justifikasi apa apa sekalipun terhadap keputusn yang dibuat akan tetapi isunya adakah justifikasi itu memenuhi selera sendiri atau tidak. Apapun sebab atau justifikasi yang menjadi dorongan kita membuat keputusan hendaklah didasari oleh keperluan memenuhi (KPI) atau kehendak Allah dan Rasulnya dan bukan mendahului kehendak diri. 

Jika terlalu jitu memenuhi kehendak diri, akan wujud kecenderungan akan berlaku pilihan pilihan yang silap mahupun salah. Atau pilihan yang dibuat itu TIDAK DIBERKATI kerana tiada REDHA Illahi pada pilihan pilihan tersebut. Malah lebih buruk lagi ia menyebabkan keadaan hidup menjadi lebih kelam kabut dan lebih buruk. Akhirnya individu yang mendahului kehendak diri berbanding kehendak Allah dan Rasulnya akan rugi serugi ruginya seperti mana yang dinyatakan dalam Surah al-Asr:



"Demi waktu Asr, sesungguhnya manusia itu SENTIASA dalam kerugian, kecuali mereka yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH dan mereka yang berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar"

Mengapa rugi? Mengapa kebenaran dikaitkan dengan sabar? Mengapa sebelum itu ialah keimanan yang menjadi tunjang lalu disulami dengan amal soleh, barulah boleh berpesan atau menasihati dengan kebenaran yang perlu dilakukan dengan sabar?

Jika difikir sedalamnya, ternyata ada sebab mengapa sedemikian. Renungkan sedalamnya.

Terkadang kita memilih kerana berlaku cabaran dalam hidup, desakan atau masalah menyebabkan kita terpaksa atau perlu memilih. Suka saya mengaitkan (saya juga memberi contoh ini kepada pelajar saya itu dalam sesi kaunseling yang saya jalankan semalam) soal memilih ini dengan Sirah Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw menunjukkan contoh kepada kepada kita semua selaras dengan Surah Al-Asr ketika Baginda wahyu pertama belum turun lagi.....apa yang berlaku? 

Nabi Muhammad melihat kebobrokan dalam masyarakat, idealisme Jahiliah berleluasa, dan semua itu amat tidak disenangi oleh Baginda. Nabi Muhammad saw seorang yang mulia dan terpuji malah terkenal amanah dengan gelaran alAmin, lalu dalam suasana yang tidak serasi dengan jiwa dan hatinya maka Baginda membuat PILIHAN beruzlah/berkhalwat atau mengasingkan diri (tidaklah baginda memulaukan mahupun langsung tidak bergaul dengan ahli keluarganya mahupun saudara maranya) dari masyarakatnya.....hingga akhirnya wahyu pertama turun. 

Nah lihatlah reputasi dan prinsip yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw yang sangat selaras dengan Surah alAsr itu......BERIMAN + BERAMAL SOLEH (dengan menjauhi perbuatan Jahiliah dan maksiat) = Pesan KEBENARAN + SABAR (iaitu proses dakwah yang Baginda lakukan selepas wahyu yang pertama iaitu Iqra = ILMU) yang bermaksud, untuk berpesan dengan kebenaran dan menasihati mesti perlu ILMU dan ia kewajipan UTAMA untuk melengkapkan diri dengan ILMU.......

Kenyataan kenyataan inilah yang saya katakan kepada pelajar saya itu. Saya katakan kepada pelajar saya itu, bagaimana perjalanan dakwah Nabi Muhammad saw, betapa susahnya baginda menghadapi tentangan, menghadapi kerenah manusia, cabaran dan kesusahan serta kepayahan yang pelbagai. Saya juga katakan bahawa menuntut ilmu itu adalah amanah. Ia DAKWAH. Bagaimana mungkin kita mahu memikul amanah DAKWAH jika diri sendiri lemah dalam, jika dakwah kepada diri sendiri gagal. Jika DAKWAH KEPADA DIRI SENDIRI GAGAL, bagaimana mungkin dakwah untuk orang lain? Bagaimana mungkin Islam akan gagah perkasa suatu hari nanti......

Jangan lari atau putus asa atau merasa tewas dalam usaha mencari ILMU. Ada sebab mengapa Allah letakkan kita dalam situasi begini. Ia penuh IBRAH atau PENGAJARAN....cari IBRAH itu agar ia dapat memujuk hati dengan hakikat kebenaran. Allah TIDAK PERNAH zalim terhadap hambaNYA.....maka atas dasar itu mengapa kita gundah gulana. Tidakka dia mengatakan kepada Nabi Yaaqub mengatakan satu nasihat kepada anak anaknya (adik beradik Nabi Yusuf a.s.)

A087
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Saya doakan pelajar saya itu akan dapat membuat pilihan yang diredhai dan diberkati Allah swt, dan semoga pilihan yang dibuat itu akan membawa kebaikan dunia akhirat buatnya. Saya hanya mampu berpesan pesan dengan kebenaran dan insyaallah akan cuba terus komited dan sabar dalam menyampaikan pesanan pesanan ini.....kita adalah apa yang kita fikir, jika positif maka positiflah kehidupan begitu juga sebaliknya.

Moga moga Allah swt sentiasa memberi kekuatan kepada diri saya untuk sentiasa memberi nilai tambah dalam kehidupan ini demi faedah dan kebaikan orang lain. Insyaallah, amiin!


Sent from my iPhone