Monday, February 28, 2011

Saman oh saman

Assalam all....


Minggu ni sibuk nk bayar saman....beberapa mnggulepas sibuk bayar yuran anak sekolah, yuran asrama dan macam macam lagi. Menarik cerita saman ni. Pasal apa kena saman? sebab melakukan kesalahan lalulintas. Apapun sikap pemandu Malaysia boleh dikatakan tidak berubah jika isu jalanraya ini dibangkitkan. 


Data dan statistik kemalangan jalanraya menunjukkan peningkatan berbanding penuruan. Mengapa? adakah sebab cuaca di Malaysia ini panas dan ia mempengaruhi sikap pemandu?


Adakah bertambahnya saman, maka makin berkurang kemalangan jalanraya? Adakah yg telah maut dijalanraya itu membayar saman mereka, bagaimana jika masih banyak saman tertunggak? Kelakar bukan...


Seolah olah tiada kaitan langsung antara saman dan pengurangan kadar kemalangan jalanraya? atau sememangnya ada kaitan atau tiada langsung?


Adakah motif saman dan onjektif pelaksanaannya sudah berubah? Untuk mendidik pemandu? atau menjana pendapatan baru untuk memenuhi kantung perbendaharaan negara? mungkin ini industri baru yang berkembang di Malaysia ini. Bagaimana pula urusan saman dan pembayaran saman yg dilakukan oleh pihak ketiga seperti MYEG....kelihatan seperti sykt ini benar benar mengaut keuntungan berlipat ganda?


Fikirkan.......kita semua punya pilihan dalam kehidupan! 

Tuesday, February 22, 2011

kita apa yg kita baca

Assalam all...


Kita adalah apa yg kita baca...kita baca gosip murahan maka fikiran kita akan jadi murahan....kelakuan dan pertuturan juga akan bersifat murahan....


Jika kita suka baca bahan yg sarat kandungan dan isi, penuh hikmah dan pengajaran, mahupun ilmu ilmu yg bersifat tambah nilai..maka minda akan berkembang sejajar dengan input yg dimasukkan melalui bahan bacaan....


Lihat 'wall post' atau pesanan dinding di lama sosial seperti Facebook...akan terlihat tahap pemikiran susuk susuk itu dan ini....hatta rasa mengantuk, rasa marah terhadap seseorang perlu utk diluahkan dan diwawarkan di laman facebook...tidak salah cumanya itu salah satu penanda aras yg boleh kita jadikan asas penilaian perkembangan pemikiran masyarakat dan ummah secara keseluruhannya.

Thursday, February 17, 2011

yg sebenarnya masjid itu apa???

Assalam all...


Masjid ialah tempat sujud, tempat org mendirikan solat....boleh tafsir secara bahasa atau konsep.


Justeru, tak yah buat masjid melampau2 hebatnya...sekadarnya dah cukup...yg perlu dihebatkan ialah jemaah yg datang....kena penuh sentiasa.


Hebatnya sesuatu masjid itu bukan senibinanya, akan tetapi pada kualiti jemaahnya.....senibina itu juga melambangkan syiar Islam......tetapi itu bukan keutamaan.


Apabila Tun Mahathir menyebut Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? aku rasa statement ni sangat mengelirukan......cuba periksa kembali sejarah....kaji dengan hati terbuka peranan masjid nabi ngan masjid yg Abdullah Ubay ni buat.....



Monday, February 14, 2011

Sollu alaika Ya Rasulullah, Ya Habibullah

..............ingatilah insan mulia ini..berselawat lah keatasnya sebanyak mungkin, bukan sahaja hari ini, bukan esok malah disetiap kesempatan yg ada...


.......hakikatnya...kita tidak pernah kenali wajahnya namun tetap sampai kepada kita seruannya, ceritanya, beritanya, sunnahnya, sirahnya, ungkapan dan kata katanya yang mulia....dan dari itu terpupuk lah cinta padamu Ya Rasulullah..


.....dari kami ini yang jauh dari sejarahmu tapi dekat dengan pesananmu Ya Rasulullah.....sollu alaika ya habibullah

symbolic than real...

".......what you often find is that while there is a kind of will or impetus that seems to want to do it, the reality is that the real urge of transparency is more SYMBOLIC than real.....in other word, lips service than practically doing it!!!.... 


 ......................................i am making a statement on the premise of current trend of politicians especially on major policy driven initiatives and major promises made by politicians regardless of their party and position........

Saturday, February 12, 2011

The power of Rakyat sends strong signals to the world

Assalam all...


Congratulation to the people of Egypt....May Allah bless you and may the future will be the glorious one for the power of RAKYAT against suppression......


It is a definitely a very STRONG signal to all regimes......never underestimate the people!!!!


after weeks of bloody protest, frustration and hope....


it now an epic moment for the great Egyptian people...


they are free to help build their country the way they see it right................................


pay tribute to those who have died in the course of this fight........they have really made it!!!! Masyaallah!!!

Friday, February 11, 2011

Penghulu hari yang mengujakan...

Assalam all....


Tanggal ini ialah 11022011...sanagat2 menarik. Penghulu segala hari. Apapun jika dikira kira..sudah berpuluh Jumaat dilalui. Hampir disekitar 1612 Jumaat seusiaku yang bermakna 1612 khutbah kudengari mahupun yang berlalu pergi dek tertidur ketika khatib membacanya...itu belum ditolak bahagian ponteng2 jumaat dulu dulu.


Apapun, pemerhatianku amat sedikit sekali para khatib yang berjaya membawa khutbah dengan begitu berkesan terhadap diri...biasanya 'monotonous', malah ada juga terlebih 'ummph', ada yg kudengari jeritan semata mata, ada yang mengulangi teks yang sama sejak bertahun dulu dan bermacam ragam lagi...


Jarang teks yang dibaca benar benar menepati situasi setempat, koreksi permasalahan setempat, utk para jemaah setempat...biasanya bersifat umum iaitu teks yg disiapkan terdahulu oleh pihak jabatan agama. Tiada masalah utk teks dari jabatan agama, cumanya ia tidak menggegar keperluan masyarakat setempat. Ia jarang menusuk hati nurani masyarakat setempat sebab inti cerita ialah kisah ditempat lain. Teks yang dibaca dan disusun sedemikian rupa hanya memancarkan gaya yang 'formal' dan tidak bersahaja. Lalu keterujaan menjadi dangkal. Minat menjadi lebur, lalu jemaah tertunduk lesu dibuai gemersik bahasa.Yang difikirkan "bilakah si khatib ini mahu habis, aku mahu segera pergi".


Mengapa tidak khutbah itu berbentuk tidak terlalu formal, bersahaja, lebih spesifik, bersifat penyelesaian kepada masalah setempat dan bukan mengulangi apa yg biasa kedengaran kecuali firman Allah....Jika tiba musim peperiksaan, apa salahnya nasihatkan anak anak utk tidak membuang masa, lebih membuat latihan lalu nyatakan peranan ibu bapa dalam memastikan anak anak belajar, berikan panduan dan tips sesuai dengan masyarakat setempat, tentunya panduan dan tips itu tidak akan sama untuk mesyarakat di bandar dan luar bandar. Kalau masyarakat petani lain kaedahnya, profesional lain caranya....ia berperingkat dan mengikut tahap masyarakat...walau tidak dinafikan kaedah belajar secara relatifnya tetap serupa dimana mana sekalipun.






  

Thursday, February 10, 2011

Sesama...

Assalam all....


Ku kutip kenyataan dari teman di FB "seorg bekas exco Selangor telah diminta utk membela diri di mahkamah berhubung kes rasuah, ni exco aku kenal ni dulu, selalu jumpa....korupsi rupernya, habis ler harta rakyat di rembat....bn umno ni kerojernya rasuah jer..."


Benar ia hanya kenyataan atau response kpd paparan dan berita di media, akan tetapi ulasan yg diberi harus adil kpd seseorang individu.(maaf sy bukan membela siperasuah jika benar beliau melakukannya, sy cuma mengulas soal kematangan dan cara berfikir kita semua sebagai rakyat).....


Dimana silap? Silapnya kenyataan diatas ialah apabila teman itu membuat 'generalization' bahawa sebab 'nila setitik habis susu sebelanga'. Jika kita bersikap objektif kita tidak akan sewenangnya membuat kesimpulan umum....bagaimana pula reaksi kita jika pihak satu lagi menerima nasib yg serupa....ditambah pula dengan imej Islam dan parti Islam, lalu pada waktu dan ketika yg lain kesimpulan umum jua dilakukan....rasanya impaknya lebih tercemar terutama imej Islam.


Ringkasnya, jgn membuat kesimpulan dengan mudah....sesama kita. Ia merosakkan dan memesongkan. contohnya (biasa kita lihat dan tahu) ada sekeluarga yg baik urusan agamanya, baik akhlaknya, baik pergaulannya, akan tetapi, tiba tiba ada seorang anak/ahli keluarga itu ditangkap kerana dadah.....Nah, persoalannya ADAKAH KELUARGA ITU SEMUA PENAGIH DADAH? ADAKAH KELUARGA ITU SEMUA JADI "BURUK" DLM PANDANGAN DAN PENILAIAN KITA? Sudah tentu tidak adil untuk memberi penillaian sedemikian rupa. Jika keluarga itu dianggap buruk dengan sebab kes dadah anaknya, itu memberi makna bahawa:
1. Kita tak peduli kpd nasib keluarga itu?
2. kita tidak cukup matang membuat penilaian?
3. Kita memang suka sensasi kan berita?
4. Kita jenis suka 'mengusung berita/cerita' ke sana sini?
5. Kita hanya pedulikan berita itu dan tidak membantu sama sekali untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh keluarga itu.
6. Kita memang masyarakat 'kaki label' (yg ni memang kita sangat mahir)!

Monday, February 7, 2011

aku menyukai ini....

.......We salute the proud Egyptian people for their struggle ... and their rejection of normalizing (relations) with Israel as well as their aspiration to freedom, independence and dignity


baca link ini: http://budakkampung311.blogspot.com/2011/02/manhaj-ahli-sunnah-wal-jamaah-terhadap.html#more

aku faham ini..kau faham lain

Assalam all....


"Jika kau samseng.....Allah lagi samseng"


...itulah antara ungkapan suatu ketika dulu pernah mewarnai dan menggegar dunia politik tanahair. Apapun coretan ini tidak menyentuh soal politik. Ulasan ini bersifat analitikal.


AKU: ......aku memahami kenyataan itu dalam sudut berbeza kerana paksi ku bukan politik atau memihak mana mana kumpulan...yg ku fahami ialah betapa konsep Allah itu yang melebihi segalanya berdasarkan kenyataan itu.....aku mengerti bahawa Allah tidak samseng. Tergambar dalam fikiranku bahawa kita tidak boleh mendabik dada...kerana ada kuasa lain yang lebiyh dan melebihi dan akan terus melebihi segala galanya..itulah aqidah dan Tauhid. Tukarkan kenyataan itu dengan.....jika kau baik...Allah lagi baik, atau jika kau dermawan....Allah lagi dermawan. Lihatlah bahawa kenyataan itu tetap membawa arah yg sama. Aku jelas bahawa Allah tidak samseng tetapi kita tidak boleh samasekali mengeluarkan kenyataan bahawa "aku samseng" jika kita benar benar beriman (tidak pula mengatakan bahawa jika mengungkap sedemikian tandanya tidak beriman-jangan salah faham!!!).Lihat betapa kita begitu mudah terpesong dan terkesima dengan kenyataan sembrono...masalahnya ialah PERSPEKTIF!!!


KAU: jika kau jenis yg mahu mengambil kesempatan dan sentiasa 'opportunist'...pasti KAU terluah bahawa aku mengatakan bahawa Allah samseng, lalu aku akan digam dan dituduh kufur, telah menyalahi aqidah Islam.  


MEREKA: mereka yg tidak tahu hujung pangkal, akan terikut ikut samada menuruti penjelasan AKU atau bingkas menuruti pemahaman atau perspektif KAU. Tambahan pula MEREKA itu kurang jelas maksud, mahupun kebolehan untuk 'digest' maksud yang tersirna dari ungkapan. Lalu MEREKA akan berpuak puak kerana menuruti mana mana PERSPEKTIF atau faham dan terus terusan menuduh satu sama lain sebagai rosak akidah dan sebagainya. MEREKA perlu lebih berilmu untuk turut sama dalam pentas pemikiran dan penilaian. Apapun, natijahnya apabila MEREKA gagal untuk mendalami maksud terpendam dalam kenyataan itu....rosaklah masyarakat dan perpaduan Islam.


Mengapa sedemikian? kerana masalah PERSPEKTIF? Nilai pemikiran yang berbeza....membuatkan natijah dari kenyataan itu disalah faham lalu merosak masyarakat. Akhirnya, kita kan sering bertelagah pendapat, AKU lain, KAU lain, MEREKA tersepit ditengah tengah dek kerana tidak memahami buah perbincangan dan perbezaan pendapat KITA.  

Tuesday, February 1, 2011

Oil price hike for Ron 97..ok or not ok?

Assalam all...

It is ok to me if Ron 97 fuel rise up...but it is not ok if consumer goods also rise up...
I can accept for the oil price hike...but please make sure when world oil price goes down....let the Ron 97 goes down tremendously/proportionately as well..more so with consumer goods...however the BIG question is...will the oil price go down and consumer goods go down as well....I haven't seen such a situation as yet in Malaysia.

bagus kalau para tok Imam kita wat begini....

Assalam all...


hanya nukilan buat suri tauladan...jika ia bermakna buat anda.


Adakah hari ini kita lihat tuan Imam berdiri menunggu jemaah di depan pintu masjid setiap waktu dan mengalu alukan mereka yg hadir ke masjid seraya mengucapkan tahniah sebagai motivasi kepada mereka, lalu mendoakan mereka agar mempunyai komitmen berterusan ke masjid dan menggalakkan mereka yg tidak hadir ke masjid dengan mendekati mereka, bergaul dgn mereka dan perlahan lahan menggalakkan mereka ke masjid? Adakah kita lihat golongan pendakwah mendekati mat rempit, mendekati dan memahami mereka lalu perlahan mengajak mereka ke masjid ataupun bercampur gaul dgn sesiapa sahaja lalu mendidik dan mengajak secara halus agar kembali kepada Islam dengan sebenar benarnya. Jika ya, benar, bagaimanakah pendekatannya?

Ataupun tuan Imam mengambil jalan mudah dengan mengkritik mereka samada secara berdepan mahupun dikala bertemu rakan rakan rapat lalu membicarakan si fulan sifulan tak pergi masjid, tak pernah ke masjid, pergi masjid masa solat raya aidilfitri atau solat hari raya korban atau solat jumaat sahaja....itu dalam konteks tuan Imam, bagaimana pula dalam konteks KITA sendiri....adakah kita bersikap bahawa ini tugas tuan Imam...ini tugas JKKK masjid dan surau, ini tugas YB, ADUN atas alasan mereka dapat gaji, mereka yg kita pilih dan undi, jadi merekalah yg melakukannya...bagaimana KITA. Adakah kita berkata dan melakukannya?atau kita sekadar berkata kata sahaja dan menjadi pengkritik bebas...lalu menunjuk sifulan salah sifulan buat tak betul.....adakah kita beralasan..dulu aku dah buat....sekarang ini orang lain la pulak buat..giliran orang lain la pulak, takkan aku jer.

Jika mahu tahu....

Assalam all...

Jika mahu tahu susahnya orang kampung...hiduplah seperti mereka, tinggallah dengan mereka, naikilah kenderaan seumpama mereka jua....makanlah seperti mana mereka makan, pakailah pakaian seperti yg mereka pakai....jalani kehidupan sebenar seumpama mereka lakukan...jika mereka ke parit mencari seekor dua haruan atau keli..jangan segan silu untuk turun ke parit jua, lupakan soal pacat, kulit gatal dan sebagainya...alamilah kehidupan mereka sebenarnya...jgn berpura seperti sangat memahami mereka, kerna kepuraan kita hanya mengundang padah....

Jiak kita perihatin dengan mereka....maka lakukanlah sedemikian..........Jika ini boleh dan telah dilakukan...pasti keperitan mereka akan kita rasai dengan sebenarnya....barulah kita kan mengerti rangkuman perkataan "susah sekarang ni..harga barang mahal!!!"