Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Pabila bahagia menyapa...

Salam ukhuwwah....

Sering kita lakukan Dhuha di awal pagi saat sang mentari telah naik...mohon agar dimurahkan rezeki. Sering kita tertanya, dimana rezeki yang dipohon itu saat dhuha disulami setiap hari! Seolah olah menunggu perkhabaran yang tidak kunjung tiba...itulah manusia. Hanya mahu menunggu sesuatu yang sifatnya fizikal tanpa memahami dan menyedari bahawa rezeki itu bukan berupa wang ringgit.

Kesihatan yang baik adalah rezeki. Selera makan juga adalah rezeki. Masa yang berlalu dipenuhi dengan perkara yang berupa mardhaatillah juga adalah rezeki! Kecukupan waktu untu solat wajib dan melakukan solat sunat juga adalah rezeki. Hubungan yang baik bersama sahabat dan teman juga adalah rezeki. Makanan yang enak dan berkat juga adalah rezeki. Tidur yang lena juga adalah rezeki berbanding tidur yang diuliti 'unfinish business'. Kemesraan dan kasih sayang sesama insan, suami dan isteri, ibu bapa dan anak anak juga adalah rezeki. Malah masalah dan cabaran kehidupan yang membangkitkan semangat juang, jiwa sabar, dan kematangan malah keimanan yang semakin utuh juga adalah rezeki yang besar. Malah saat solat dan ibadah yang semakin khusyuk juga adalah rezeki. Hinggakan sekecil kecil perkara seperti mampu bangun saat fajar tiba atau mampu memberi sedekah juga adalah rezeki yang besar walau perkara itu dipandang kecil dimata manusia.....pekerjaan seharian, mencari nafkah yang dipermudah urusan juga adalah rezeki...masyaallah, tidak terkira rupanya jenis jenis rezeki itu! Hanya sanya kita gagal untuk sedar betapa ia sebenarnya rezeki dan rahmat dari Allah swt.

Lalu semua itu mendatangkan kebahagiaan buat insan yang melalui setiap fasa kehidupan di mukabumi ini. Semua itulah rezeki....lalu pabila bahagia menyapa..ia adalah nikmat dan rezeki! Cuba renungkan sejenak semua itu! Syukurilah apa yang ada pada hari ini! Bahkan hanya jika ada cuma RM1 didalam poket, itulah rezeki...jangan dikecam keadaan diri kerana ia umpama pemberontakan yang tidak beradab kepada Illahi! Syukurilah dulu...lihatlah nikmat yang telah diberi. Lalu bersabar seketika...insyaallah, jalan penyelesaian tetap ada! Yakinlah dengan DIA! Syukurilah DIA....insyaallah...bahagia kan menyapa!

Kita punya pilihan...kita juga punya peluang, namun utk pilihan dan peluang itu bersatu lalu menyapa bahagia, kita perlu BERUBAH!.........Ubahlah diri dengan kebaikan.....Pabila demikian, diri akan bersikap positif, lalu ia membangkit daya fikir kreatif untuk menyelesaikan segala macam masalah! Jangan dipikul beban masalah, cubalah selesaikan ia satu persatu...pabila selesai, tinggalkan ia, bukalah fasa baru....lalu bahagia kan menyapa kembali! amiin Ya Rabb....ku bergantung hanya padaMU..aku lemah, aku hina dina...hanya diKau yang tahu betapa aku ini kerdil Ya Rabb!

Thursday, February 9, 2012

Yang di dunia dan yang di akhirat

Salam ukhuwwah.....!


Click to view full size imageBeza orang beriman hidupnya adalah berkonsep dunia dan akhirat, manakala orang yang tidak beriman, hidupnya adalah untuk dunia sahaja, kerana jika percayakan akhirat, tentu orang kafir itu BERIMAN dan mengesakan Allah swt....!


Jadi apa yang nak dihairankan jika orang tidak beriman aka kafir itu menerima dan mempunyai hampir segala galanya di dunia ini. Tidakkah Allah itu memberi rahmat kepada semua orang! Tentunya rahmat Allah itu diterima juga oleh orang yang tidak beriman. Hanya sanya mereka tidak menyedari bahawa ia sebenarnya berupa rezeki yang berlimpah ruah dari Allah swt. Mengapa! Ini kerana Allah tahu bahawa orang yang tidak beriman tidak punya bahagian apa apapun di akhirat kelak. Semua bajet/bahagian rezekinya diberikan ketika hidupnya di dunia, sebab itu mereka punya segala galanya. Namun ada juga orang yang tidak beriman tidak mempunyai segala galanya namun dia tetap punya kebebasan melakukan segala galanya!


Berbeza dengan orang Mukmin, dia menerima rahmat IMAN, manakala bajet rezekinya ada bahagian untuk dunia dan ada bahagian untuk akhirat! Ada orang Mukmin menerima bajet rezeki seperti orang yang tidak beriman, namun itu adalah ujian bukan nikmat. Allah nak uji dan dan tengok apa yang dikerjakan dengan rezekinya yang melimpah ruah. Adakah diguna untuk menambah 'saham' akhiratnya atau tidak! Atau diguna untuk dunianya semata mata! Harus diingat, rezeki untuk orang Mukmin telah termaktub di dalam wahyuNya, ada sebahagian dari harta dan wangnya adalah hak orang lain, yang mana dia perlu berzakat dan bersedekah dengan hartanya. Jika dia (Mukmin) melakukan sedemikian, insyaallah, secara automatik saham akhiratnya akan meningkat dan menumpuk. Jika tidak, maka harta dan wang yang dimilikinya tidak bermakna apa apa. Harta dan wangnya adalah ujian baginya kerana jika dia tidak bijak mengurusnya maka harta itu menjadi fitnah kepada dirinya. Bagaimana menjadi fitnah kepada dirinya? Ia menjadi fitnah kepada dirinya apabila harta itu menjadi rebutan ahli keluarganya, rebutan anak anaknya, rebutan adik beradiknya....masing masing bergaduh hanya kerana harta, hubungan terputus hanya kerana harta, benci membenci, fitnah memfitnah berlaku! Itulah musibah yang dibawa oleh hartanya. Maaf! Kenyataan saya ini bukan menentang orang Islam/Mukmin/beriman untuk mempunyai harta dan berusaha untuk memilikinya, namun ia sekadar perkongsian konsep dan pemahaman tentang harta! Agar jika kita tidak punya harta, tiadalah kita menangisi keadaan tidak punya harta namun berdoalah agar Allah memberkati apa yang kita ada walau sedikit!


Lumrah manusia, inginkan harta, namun bak kata Umar alKhattab r.a.....saham diakhirat lebih utama dan lebih penting! Jikalah manusia tahu betapa jauh bezanya nikmat akhirat itu, tentu mereka berduyun duyun mengejar nikmat akhirat! Seperti mana Nabi saw pernah mengungkap, bacalah "Subhanallah wabihamdihi subhanallah hil adziim" sebanyak 100 kali pagi dan petang, kerana ia lebih baik dari seisi dunia dan seisi langit (kalau tak silap)...sila rujuk Kitab AlAdzkaar oleh Imam Nawawi, bab zikir! Nabi saw sampai berkata ia lebih baik dari seisi dunia dan seisi langit! Bayangkan! Namun perolehan seisi dunia dan seisi langit itu tidaklah diperoleh sekelip mata, ia lahir dalam bentuk penumpukan saham akhirat! Berbahagialah mereka yang sentiasa menambah saham akhiratnya.....


Click to view full size imageKonsep rezeki dan harta ini perlu difahami dengan jelas......tidakkah dengan punya harta yang banyak, tentu ada banyak soalan soalan yang akan ditanya oleh Allah swt. Bukankah harta itu amanah? Bukankah harta itu milik Allah swt? atau kalian rasa harta itu milik kalian? Bagaimana? Jika kalian merasakan harta itu milik kalian...maka terpulanglah apa yang kalian mahu kerjakan! Namun, hakikat sebenarnya ialah, harta itu milik Allah swt, dia MAHA KAYA...dan apa apa harta yang kita miliki tidak sedikitpun mengurangi kekayaan Allah swt!....Justeru, berusahalah kerana Allah swt semata mata...jika Dia memberi dengan banyaknya harta dan wang ringgit, ingatlah bahawa ia UJIAN dan AMANAH! Didalamnya terkandung hak orang lain (fakir, miskin etc)....bukannya jika kita dianugerahkan harta dan wang ringgit maka kita boleh melakukan sewenang wenangnya.....jika orang Mukmin bersikap sedemikian....maka beringatlah bahawa dia sedang menempuh jalan ke neraka! Nauuzubillah!


Justeru, bagi yang tidak punya harta dan wang ringgit yang banyak, bersyukurlah dengan apa yang ada! Tidak pula apabila bersyukur dengan apa yang ada menyebabkan kalian tidak berusaha dan berbuat apa apa lagi! Apa yang lebih penting ialah keberkatan dari yang sedikit kita miliki! Jangan merasa cemburu dan hiba melihat orang lain lebih upaya, lebih berkemampuan! Berusahalah dengan bersungguh sungguh! Insyaallah akan ada bahagian dari rezeki Allah swt untuk kalian! Jangan pula bersikap tidak mahu mencari dan berusaha, kononnya zuhud dan bersederhana! Itu bukan zuhud dan bersederhana, itu sikap bodoh dan tolol dalam memahami kehidupan seorang Mukmin! JOM MUKMIN! Insyaallah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Monday, February 6, 2012

Pembahagian saham kita...!

Salam ukhuwwah!


Pernah Umar alKhattab berkata "tiada apa yang aku inginkan dari kehidupan di dunia ini kerana aku mengharapkan kehidupan di akhirat yang abadi"...itulah Umar r.a.


Teman teman, kenyataan Umar alKhattab r.a. nampak ringkas dan mudah! Sukar sebenarnya untuk MENDALAMI maksud Umar alKhattab r.a. itu, walau sebenarnya mudah memahami nilai muka kenyataannya 'face value'! Namun, hikmah yang mendalam disebaliknya, amat besar jika kita telusuri! Tiadalah kata kata Umar ini berbeza dari aspirasi Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar r.a. atau sahabat sahabat lain!


Apa dan mengapa?......! Saya teringat sabda Rasulullah saw, bahawa setiap insan yang lahir ke dunia ini, telah ditetapkan baginya jodoh, umurnya, rezkinya dan ajalnya!....apa yg saya ingin fokuskan di sini ialah soal rezeki kerana ia berkait rapat dengan kehidupan semasa, iaitu harta dan wang ringgit, iaitu sebagai 'tool' atau alat bagi kita orang Islam untuk mendapat redhaNya. Namun, ada juga insan yang punya 'rezeki' sebagai 'tool' akan tetapi telah terlupa untuk memperguna 'tool' tersebut demi mendapat redhaNya.


Apa dia? Rezeki yang ditetapkan oleh Allah swt itu saya umpamakan seperti sebiji kek! Prinsipnya ialah, semua dari kita menerima saiz kek yang sama, berat yang sama, rasa yang sama di dunia ini oleh Allah swt! Mudahnya, semua dari kita menerima amaun 'BAJET' rezeki yang sama! Bezanya ialah ada sebahagian dari kita memperoleh dan dapat mengguna semua kek kehidupannya di dunia ini! Manakala ada sebahagian yang lain hanya dapat mengguna dan memperoleh sedikit sahaja dari bahagian kek kehidupannya, dan ada juga langsung tiada punya kesempatan langsung! Ada ada sebahagian yang lain yang langsung tidak mahu memperhabis 'bajet rezeki' yang ditetapkannya dan memilih untuk menyimpannya sebagai "SAHAM AKHIRAT"....


Mengapa? Ramai dari kita pada hari ini, hidup dalam keadaan 'stress'! Penuh tekanan, dek kerana cuba memenuhi segala tuntutan kehidupan. Mengeluh dan berkejar sana sini, kepenatan, mengejar masa dan sebagainya, hanya kerana berusaha untuk mencari rezeki! Benar! Usahalah sekuat kuatnya mencari rezeki di dunia ini, kerana sesiapa yang berusaha, maka dia akan mendapat apa yang diusahakannya! Tiada masalah! Malah Islam membenci orang yang malas berusaha mencari rezeki! Dalam proses itu, apa yang kita kerjakan sebenarnya ialah kita melakukannya dalam konteks mendapatkan rezeki mengikut "Bajet Rezeki" yang telah ditetapkan oleh Allah swt! Dan dalam proses itu, ada sebahagian dari kita telah berusaha dan mendapat banyak hasil mahsul dari usahanya, ada juga walau telah berusaha sekuat mana sekalipun, hanya mendapat sekadarnya dari apa yang diusahakan, malah ada juga tiada mendapat atau hanya sangat sedikit sekali dengan izinNYA.


Apa maknanya? 


Ia bermaksud bahawa ketetapan rezeki telah ditentukan oleh Allah swt sejak azali lagi! Apabila seorang insan itu lahir ke dunia, susuk itu menerima anugerah rezeki itu buat menjalani kehidupannya di dunia! Jumlah dan amaun rezeki yang diperoleh di dunia ini berbeza beza antara satu sama lain, selain dari itu ia juga bergantung kepada usaha susuk itu! Namun, harus diingat bahawa rezeki itu HAK Mutlak Allah swt, bukan hak kita! Rezeki yang sama juga diberi oleh Allah swt kepada semua orang, beriman atau tidak, ia untuk seluruh makhluk! "Rahmatan lil aalamiin". Perlu di fahamkan bahawa diperingkat ini, rezeki itu berbeza pembahagiannya bagi kita yang beriman dan tidak beriman! 


Apa bezanya! Orang beriman hidupnya adalah berkonsep dunia dan akhirat, manakala orang yang tidak beriman, hidupnya adalah untuk dunia sahaja, kerana jika percayakan akhirat, tentu orang kafir itu BERIMAN dan mengesakan Allah swt!.....


Justeru, apa yang nak dipelikkan jika orang Kafir mempunyai segala galanya! Ini kerana mereka tidak punya saham akhirat, manakala orang beriman ada yang punya saham dunia sahaja, ada yang punya saham akhirat semata mata, dan ada juga yang punya kedua duanya sekali! Ingatlah bahawa dunia ini hanya tempat bercucuk tanam yang tuaiannya akan kita perolehi di akhirat kelak....ia penjara buat orang mukmin (segalanya nikmat dan kebebasan tidak boleh dan dilarang dilakukan oleh orang mukmin)......manakala ia syurga buat orang yang tidak beriman! Apa yang nak dipelikkan? Tak payah 'stress' untuk kehidupan fana di dunia ini! Kita patut 'stress' berfikir tentang nasib kita di akhirat!.....tersenyumlah tika menjalani kehidupan di dunia ini kerana kita tahu kita punya saham berlipat ganda di akhirat (namun ia bersyarat, kena patuhi segala syarat tersebut) yang hasilnya, dividennya, komisennya akan kita miliki apabila saatnya tiba! insyaallah!


bersambung.......


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.