Duduk dan bertafakur tanpa ada gangguan. Berfikir dan bermuhasabah tentang kehidupan! Mengira berapa banyak batas larangan yang telah kita lewati. Mengira berapa banyak dosa kita kumpul selama hidup ini. Sambil hati dan mulut serta fikiran berpadu beristigfar dalam dalam!
Bertanya kedalam diri, adakah amal kita Allah terima. Adakah solat kita DIA terima, zakat kita, sedekah kita malah segala pekerjaan dan aktiviti kita DIA terima. Cuba kira yang mana kita lakukan untuk diri, untuk keluarga, untuk dunia dan bukan untukNYA! Atau adakah semuanya kita lakukan demi KERANA DIA!
Berfikir tentang masa masa yang telah kita lalui lalui kita sia siakan untuk perkara perkara yang tidak bermanfaat! Juga merenung betapa selama ini apa yang kita kerjakan adakah ianya membawa kita ketahap taqwa yang lebih tinggi atau kita masih duduk di tahap yang serupa!
Merenung sejenak berapa ramai kenalan dan teman teman telah kita lukakan hati mereka dek kerana kata kata kita yang tidak berakhlak! Mahupun umpatan umpatan yang telah kita lakukan keatas mereka!
Bertafakur sejenak bagaimana harus dipikul segala dosa itu dan kita bawa mengadapNYA....atau kita mahu menukarnya dengan amal kebaikan lalu bertemu denganNYA
Marilah sebentar kita renungkan seketika bagaimana NASIB kita di akhirat kelak! Ia pasti! Dunia ini hanya kefanaan yang sementara dan penuh tipu daya! Saidina Abu Bakar r.a. pernah menggumam "Alangkah beruntungnya engkau wahai burung, engkau tidak akan dipersoal. Alangkah baiknya jika aku menjadi seperti burung itu!"
1 comment:
“jangan tanyakan apa janji Allah kepada kita kerana Allah tidak pernah memungkiri janji, tapi tanyakanlah apa yang akan kita persembahkan kepada Allah kerana kitalah yang selalu berdusta”
-ROSE-
Post a Comment