Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri.....

Assalam semua......

SALAM EID MUBARAK.......


MAAF ZAHIR BATIN.......................!!


dari kami sekeluarga.......

Thursday, August 25, 2011

Bersabarlah......kerana ia kebijaksanaan!

Assalam semua....

Sabar itu bagus dan amat besar implikasinya di kemudian ketika.......dengan sabarnya jiwa dan hati.......terpadamlah 'ammarah'...lantas ia akan membawa pengakhiran yg bagus dan diberkati..........


Dalam pertelingkahan.......jangan mudah emosi dan melawan walau emosi itu adalah sifatnya diri...malah melawan itu fitrahnya kejadian....... perlu pasrah dan redha kpd Allah As-Somad........didalam pertelingkahan, susuk yg betul dan benar tidak akan memenangi pertelingkahan mahupun perbalahan atau kata kata.......yg seolah2 memenangi pertelingkahan ialah pihak yg selalunya salah.... kerana perbalahan yg di menangi itu bercampur dengan jeritan, pekikan suara yg tinggi, kata kata kesat, kasar dan biadap sebab ia bercampur 'ammarah'.......justeru jadilah INSAN yang memilih jalan SABAR dan PASRAH padaNYA.....hanya jika kalian mahu mendapat perlindungan dan redha ALLAH serta bantuannya......hanya dengan jalan atau cara sabar dan pasrah...tidak dinafikan ia sememangnya benar benar menyakitkan, amat melukakan hati, pedih dan sangat memilukan tetapi itulah hakikatnya menjadi memilih jalan dan cara yang sabar dan pasrah....kelak Rabb mu akan membentangkan jalan keluar dan menurunkan rahmat dan redhaNYA buat mu....insyaallah.

Ya Rabb...engkau berikanlah kekuatan utk para hambamu semua yg menghadapi apa jua masalah mahupun cabaran......kekuatan utk terus bersabar, pasrah dan redha...kerana pengakhiran sabar dan pasrah itu sangat baik dan besar hikmahnya namun penuh liku, perit dan pedih utk jiwa dan emosi.....dengan keberkatan Ramadhan dan Lailatul Qadar mu Ya Rabb...engkau turunkan kpd ku, kami dan mereka semua kekuatan hati dan jiwa agar kental dalam sabar, agar pasrah dengan taqdirmu....kami semua berserah kepadaMU Ya As-Somad!!Ya DzalJalaaliwalikraam! Ameen!!

Pengganti diri......Salam Aidilfitri





Assalam semua....


Diakhir Ramadhan yg tidak ketahuan samada kan ketemu lagi dengannya, saya dan keluarga, tanpa kad, tanpa e-kad, tanpa video-raya card, tanpa kertas, hanya tulisan ini, memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan dalam perjalanan hidup yg fana ini....dan Selamat Mengukuhkan Silaturrahim dan Bermaafan dengan jiwa yg seikhlas mungkin di Hari Raya ini.....kepada semua para pembaca blog ASAM GARAM ini........dimana jua anda berada.......terimakasih! dan bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang sehingga hari ini!





Malaysia

United States

United Kingdom

Germany

Indonesia

United Arab Emirates

Singapore

South Korea

Brunei

Switzerland


Tuesday, August 23, 2011

Dakwah: hubungan kemanusiaan yg kreatif!!

Assalam semua...

Jika sabar, mahir dan kreatif...banyak masalah selesai...terkadang kita terlampau mengingini untuk terus sampai ke objektif atau matlamat (samada dakwah/hidup/kerjaya/keluarga dsb) walhal untuk sampai ke matlamat yang dihajati/diingini sebenarnya ia adalah proses yang panjang, mungkin berliku mungkin sekejap atau selalunya memang lama (sebab itu perlu sabar)...dan perlu kepada kreativiti dan melihat secara keseluruhannya dan bersikap terbuka...insyaallah.

Kisah ini ku nukilkan di sini yg kuambil dari rantaian email yg menderu dtg ke inbox ku....(pada waktu yg sama ingin kuucapkan Selamat Datang ke blog ini....kita berlongsi agar ia bermanfaat utk kalian-pembaca dari Switzerland, dari Latvia, Russia, Germany, Abu Dhabi, Kaherah, Indonesia, Brunei)  

Seorang pelajar, ustaz Azhari namanya pergi ke Canada utk menyambung pelajaran. Dia diminta memperkenalkan dirinya. Seorang Canada bertanya adakah dia seorang muslim. Ustaz itu mengiyakan sebelum orang Canada itu berkata, "I hate muslim, I really hate muslim!". (Bayangkan kali pertama anda memperkenalkan diri, orang berkata begitu pada anda,terkejut bukan?

Namun ustaz Azhari tetap berbaik dengan orang Canada itu, mengajak ke rumah, makan bersama hingga mereka jadi kawan yang baik. Ketika orang Canada itu menerima jemputan dinner di rumah ustaz Azhari dia minta satu kaset & lagu tradisional dari ustaz Azhari. Ustaz Azhari akhirnya memberi satu kaset dan mengenakan syarat, kaset ini mesti didengari 15 minit sebelum tidur.

Malam itu, selepas 5 minit mendengar kaset, Canada itu menelefon ustaz Azhari, "Azhari, why this song there is no music instruments, but it really nice," Ustaz Azhari suruh dia mendengar kaset tersebut sehingga akhirnya Canada itu tertidur. Keesokkannya orang Canada tersebut datang berjumpa ustaz Azhari dan memberitahu dia bermimpi satu mimpi yang aneh dan menceritakan mimpi tersebut. Ustaz Azhari terkejut, mengurut dadanya, pantas mulutnya terucap kalimah "MasyaAllah!". Tuhan itu Maha Pemberi Hidayah.

Rupa-rupanya orang Canada itu mimpi kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dan yang ajaibnya kaset yang diberi olehnya ialah bacaan ayat Quran surah Yusuf. Dan akhirnya Canada tersebut memeluk islam. Selepas itu, dia berjumpa lagi dengan ustaz Azhari, menceritakan yang dia punya 3 kesukaan, arak, perempuan dan malas nak mengerjakan solat. Ustaz Azhari berkata kepadanya yang dia boleh minum arak, bergaul dengan perempuan dan tidak mengerjakan solat, dengan syarat ketika dia hendak minum arak, dia hendaklah berkata, "Ya Allah, aku tahu arak ini kau larang, tapi aku suka amat akan arak ini,aku tak dapat nak tinggal, oleh itu ampunlah aku".

Perbuatan yang sama untuk perkara-perkara yang lain. "That's easy, islam is easy kata Canada itu". Tapi seminggu selepas itu, Canada itu datang jumpa Ustaz Azhari dan menyatakan dia malu kepada Allah, minum arak, bergaul dengan perempuan,tidak mengerjakan solat, dalam diri memohon ampun pada Allah.

Dipendekkan cerita akhirnya, orang Canada itu menjadi muslim yang menghambakan dirinya pada Allah. Bayangkan apa yang terjadi andai ustaz Azhari menyuruh dia meninggalkan kebiasaannya yang dulu, pada saat ketika dia mula-mula memeluk islam? Apa yang akan berlaku? Begitulah pentingnya kemahiran dalam berdakwah. Dakwah itu perlu berhikmah!

10 terakhir ini, kucari redhamu bukan kerana Lailatul Qadr.....

Assalam semua...

Pabila Ramadhan sampai ke penghujungnya, jika waktu siangnya, sibuk mencari baju raya, kuih raya dan segalam macam raya....pada malamnya pula sibuk mencari tanda tanda Lailatul Qadar...malam yg lebih baik dari 1000 bulan.....apa yang dicari?? Tanda tanda Lailatul Qadar, kot2 la nampak pokok membongkok ker.....awan cerah ker...senyap sunyi tiada bunyi (memang ler sunyi seperti malam2 lain sebab semua orang tidur!!!)....

"apa tanda Lailatul Qadar ni bro?", tanya temanku...."mana ku tahu, bukan aku yg buat Lailatul Qadar tu....itu anugerah bro...untuk hambanya yg soleh dan ikhlas beribadah, kita ni syukur la kalau masuk kategori ikhlas dan bersungguh sungguh beribadah tu....kalau tak dapat, usaha lagi sampai dapat, tak payah carik tanda2 tu semua...." ujar ku.

Pagi ni kebetulannya dalam posting FB Ustaz Zaharuddin...dia juga menyebut perkara yang sama.....ia berbunyi " Tidak perlulah sibuk mencari-cari TANDA lailatul qadr tetapi carilah KEAMPUNAN dan RAHMAT Allah dengan ibadah yg ikhlas & tulus serta bersungguh2 nescaya, kelebihan lailatul qadr bakal menjadi milikmu, sama ada disedari tandanya @ tidak".....

Aku tersenyum membaca posting Ustaz Zaharuddin ni dan aku bersetuju dengannya...itulah masyarakat kita, nak 'short cut' memanjang, nak 'potong sana sini' lepas tu duduk barisan depan, tak mahu beratur dan ikut 'queue'. Macam tu jugaklah apbila memandu kenderaan, nak cepat sampai dan nak sampai dulu...bila 'jammed'....sibuk potong ikut lorong kiri.....semua nak pakai 'kabel besar'.....dengan anggapan bahawa apabila buat 'short cut' atau 'potong sana sini'...akan cepat masuk syurga.....hahahaha! Macam la Allah tak tahu perangai hamba hambanya....alahai! Kelakar juga sebab amalan yg ikhlas, konsisten dan bersungguh sungguh itulah yg berkualiti dan itulah yg Allah nilai.......simptom 'bodek -kologi' inilah yg sentiasa meracuni hidup dan minda masyarakat kita.....sepatutnya ia perlu berdasarkan merit ibadah....bukan berdasarkan siapa yg kalian kenal, atau cara mana yg paling ringkas dan menguntungkan...IBADAH kepada Allah swt tidak begitu....jangan rosakkan ibadah dengan cara cara kemanusiaan yang langsung tidak diterima pakai dalam timbangan dan penilaian Allah swt.

Aku mengingatkan diriku dan kalian semua agar kita benar2 ikhlas, komited dan konsisten dalam ibadah kita kepada Allah swt.....kerna aku sendiri tidak tahu samada aku berpeluang bertemu dengan Lailatul Qadar atau tidak....apapun, aku berharap agar ibadahku dan ibadah kalian semua diterima oleh Allah swt...lakukanlan ibadah itu bukan kerana Lailatul Qadar kerana ia hanya 'in the eyes of the beholder'...lakukanlah ibadah kalian  semata mata kerana Allah swt..... Dia yang MAHA TAHU....kita tidak tahu...ia anugerah kpd hambanya yg ikhlas dan bersungguh2 beramal. Lupakan sebentar soal raya dan persiapannya...ia pastikan menjelma jua jika ada rezki dan panjang umur kita....akan tetapi FOKUS lah sentiasa kepada 10 terakhir ini...ameeen, insyaallah.

Selamat Beribadah di 10 terakhir ini...Mabruukkkkkkkkk Ya Rabb!!

Monday, August 22, 2011

Penghujung Ramadhan.....

Assalam semua...

Jika diamati, ada beberapa perkara dan fakta menarik bulan Ramadhan ini....moga ini jadi peringatan dan sempadan perbuatan mahupun tindakan.

• Ramai yg puasa tapi tak solat 5 waktu
• Ramai yg puasa tapi tak tutup aurat
• Ramai yg puasa tapi masih pergi dating
• Ramai yg puasa tapi masih lagi berpakaian seksi
• Ramai yg puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawikh
• Ramai yg puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat
• Ramai yg puasa tapi masih mengumpat
• Ramai yg puasa tapi masih lagi meninggalkan solat Jumaat
  • Ramai yg puasa tapi masih membazir
  • Ramai yg kejar pahala tapi kehilangan pahala sedia ada
  • Ramai yg puasa tapi hanya lapar dan dahaga, matanya, telinganya, dan anggota badan lain tak puasa
  • Ramai yg puasa tapi tak puasa sebenarnya!! Itulah hakikat!!
Nauuzubillah....moga kita semua berjaya mendidik diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertaqwa..semoga tarbiah Ramadhan ini benar benar memberi kesan kepada diri...Insyaallah 

Pandai mengira...dan mengkaji!! Matematik dan Sains..

Assalam semua...


Sehingga saat ini, natijah polisi yg berubah ubah menyebabkan percanggahan pendapat dan itulah yang berlaku di PPSMI......apabila polisi di 'reverse' kpd pengajaran dalam bahasa ibunda, atau 'native languange'...maka tentunya puak puak yg selesa dengan polisi PPSMI akan menyokong habis habisan PPSMI....mereka mungkin mempelajari Matematik dan Sains dalam 'native language' mereka iaitu Bahasa Inggeris....


Apabila kerajaan memperkenalkan MBM-MBI....sebagai mengganti polisi PPSMI, ramai yg menentang dan ramai yang menyokong......pelbagai hujjah dikeluarkan dan pelbagai kajian dibuat serta fakta fakta dibentangkan untuk menyokong hujjah masing masing.


Kembali kepada yg asas...sudah tiadakah subjek atau slot dimana bahasa Inggeris boleh diajar sehinggakan ia memerlukan slot subjek Matematik dan Sains? atau tidakkah cukupkah slot untuk subjek bahasa Inggeris sehinggakan ia perlu pula digunakan dalam subjek Matematik dan Sains....maafkan saya, orang kampung tak tahu dan tak reti belajar mengira dan mengkaji dalam bahasa Inggeris....kiraan hisab dan kajian teknologi orang kampung adalah melalui penyampaian menggunakan bahasa ibunda. Natijahnya PPSMI ialah ia menjarakkan jurang, yg elit akan terus elit dan terlebih elit dan hanya sebahagian kecil yg bukan elit akan terlepas perangkap dan akan berjaya manakala yg lain terus ditakuk lama....yg miskin tak merasa la nak jadi elit langsung...seolah olah PPSMI ini berupa dan seumpama polisi kapitalis dalam ekonomi...membiarkan yg dibawah utk terus dibawah lingkaran yg bawah dan yg diatas terus kekal diatas samapai bila bila.


Asasnya ialah supaya pelajar menguasai Matematik dan Sains...penguasaan ini dilakukan dalam bahasa penyampaian yg mudah dan dekat dihati mereka, jika penyampaian dilakukan dalam bahasa yg asing bagi mereka, mereka tidak akan menguasai Matematik dan Sains....kalau Jepun yg berpuluh kali 'advance' dari kita menggunakan bahasa Jepun mereka sendiri untuk para pelajar mereka  menguasai Matematik dan Sains, mengapa kita terkapai kapai  duk bincang tak sudah sudah, sehingga menjejaskan masa depan generasi akan datang, semua menjadi korban dek kedegilan kita. Adakah kita hendak berbahasa Inggeris sehingga kita 'lebih PUTIH dari OMPUTIH' atau 'lebih cair' dari mereka....secara peribadi, saya tidak begitu, malah meluat tengok orang kita yg lebih2 'speaking'....lain ler kalau 'speaking' ok, mengaji Quran 'tip top', cakap arab pun huh lancar....apatah lagi berbahasa Melayu.....orang sebegini saya amat hormati!  


Jika Si A bijak berbahasa Inggeris, adakah kita boleh pasti bahawa Si A juga bijak berbahasa Melayu.....sepanjang yg saya perhatikan di banadaraya KL ni, terutamanya bila saya mengajar mengaji anak anak orang kaya lebih suatu ketika dulu (lebih 30 buah keluarga, sy boleh sebut satu satu diorang ni siapa-akan tetapi tidak perlu, ini sekadar contoh), hinggakan saya perlu berbahasa Inggeris untuk menjelaskan hukum tajwid dan hukum dan doa doa dalam solat, walhal anak anak ini bukanlah muallaf atau orang Eropah, mereka orang Melayu kita sendiri...tidakkah itu menyusahkan pemahaman tentang agama, mana yg boleh cepat dah lambat...tidaklah pula sukar bagi saya untuk berbahasa Inggeris cumanya, ia ganjil bagi saya sebab mereka semua orang Melayu. Ia tidak ganjil bagi saya jika saya mengajar orang bukan Melayu.


Jika Si A bijak berbahasa Inggeris, adakah dia juga bijak berbahasa Melayu, bagaimana ia mahu menyelami budaya dan jiwa bangsa Melayu, adat resam dan seninya bahasa Melayu dan cara hidup Melayu?....jika dia menjawat jawatan dan perlu berkomunikasi dengan masyarakat awam terutamanya di luar bandar, tidakkah ini mewujudkan 'gap' atau jurang yg berbeza....




kita TIDAK menolak pengunaan bahasa inggeris
malah tidak menolak merayakan bahasa bahasa
TETAPI untuk mempelajari bahasa BUKAN melalui maths dan sians
kalau ingin mempelajari bahasa ialah melalui sastera bahasa itu 


Thursday, August 18, 2011

CINTA


Hayati nukilan jiwa.....manusia tersohor......yg disayangi Penciptanya....dek kerana keimanannya........
oleh: Jalaludin Ar Rumi
Cinta
CINTA yang dibangkitkan
oleh khayalan yang salah
dan tidak pada tempatnya
bisa saja menghantarkannya
pada keadaan ekstasi.
Kau sudah banyak menderita
Tetapi kau masih terbalut tirai’
Karena kematian adalah pokok segala
Dan kau belum memenuhinya
Deritamu tak kan habis sebelum kau ‘Mati’
Kau tak kan meraih atap tanpa menyelesaikan anak tangga
Ketika dua dari seratus anak tangga hilang
Kau terlarang menginjak atap
Bila tali kehilangan satu elo dari seratus
Kau tak kan mampu memasukkan air sumur ke dalam timba
Hai Amir, kau tak kan dapat menghancurkan perahu
Sebelum kau letakan “mann” terakhir…
Perahu yang sudah hancur berpuing-puing
Akan menjadi matahari di Lazuardi
Karena kau belum ‘Mati’,
Maka deritamu berkepanjangan
Hai Lilin dari Tiraz, padamkan dirimu di waktu fajar
Ketahuilah mentari dunia akan tersembunyi
Sebelum gemintang bersembunyi
Arahkan tombakmu pada dirimu
Lalu ‘Hancurkan’lah dirimu
Karena mata jasadmu seperti kapas di telingamu…
Wahai mereka yang memiliki ketulusan…
Jika ingin terbuka ‘tirai’
Pilihlah ‘Kematian’ dan sobekkan ‘tirai’
Bukanlah karena ‘Kematian’ itu kau akan masuk ke kuburan
Akan tetapi karena ‘Kematian’ adalah Perubahan
Untuk masuk ke dalam Cahaya…
Ketika manusia menjadi dewasa, matilah masa kecilnya
Ketika menjadi Rumi, lepaslah celupan Habsyi-nya
Ketika tanah menjadi emas, tak tersisa lagi tembikar
Ketika derita menjadi bahagia, tak tersisa lagi duri nestapa…

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran....

Assalam all...


Happy Nuzul Quran.....!!


Let's us start the day in our life through READING.......do start reading the Quran now..do understand it, and follow HIS orders and the teachings of the Prophet Muhammad saw.....


Ask yourself, in this blessed month of Ramadhan.....what chapter you are now in reading the Holy Quran??...haven't you started anything?? or have you finished chapter 17th as today is the 17th day of fasting....we don't know whether we would have the chance to see the coming Ramadhan next year....take your chance now!

May you all be blessed!!!....insyaallah

Tuesday, August 16, 2011

Aku seorang peminta.....

(Artikel ini pernah terbit di ILuvIslam.com http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3660-aku-seorang-peminta.html)

Assalam semua....


Sering kita panjatkan doa dan meminta kepada Sang Pencipta, Pemberi Rezeki, segala macam permintaan dan hajat....dikala waktu terluang mahupun dikala kesempitan. Disaat sesudah selesainya solat mahupun disaat kita membutuhkan rahmat dan pertolongannya. Itulah kita, tanpa mengira siapa kita, apa kedudukan, pangkat, harta, darjat dan kemahuan, kita tetap meminta kepadaNya. Samada kita telah punya harta yang bertumpuk tumpuk....gelaran kita pelbagai, kita seorang Datuk Seri, Tan Sri, Datuk atau Dato'...atau Tun, kita tetap meminta, walau kereta kita berjenama Mercedes, Audi, BMW, Volkswagen GTI, Lexus, dan segala macam lagi.....walau isteri kita secantik artis, secantik bidadari, mahupun seburuk namanya kita tetap juga meminta kepadaNYA.




...apakah pula bezanya yg berpangkat dengan tiada pangkat? atau gelaran apa apa sekalipun, hatta nama pun tiada dan yang tinggal ialah gelaran yang diberi oleh orang ramai "wahai SIPENGEMIS BUTA!" itu mungkin antara gelaran yg diberi....kepada sesiapa susuk sekalipun yang berada dalam keadaan sedemikian.....akhirnya, kita tetap meinta kepadaNYA.


....namun, hakikatnya kita tetap juga meminta, apatah lagi jika kita tiada punya apa apa hatta untuk sesuap nasi sekalipun, kita akan meminta kepadaNya....dan permintaan itu wujud dalam bentuk doa, hajat dan seruan kepadaNya dalam kaedah apa sekalipun.....


Saudara saudari sekalian, cuba fikirkan, tidakkah hakikat kesedaran itu berupa sedemikian ini: (cuba fikirkan)!!!


.......Tidakkah perbuatan sedemikian itu kepada Allah swt juga merupakan suatu perbuatan meminta sedekah..........justeru, siapakah kita yang beranggapan lebih baik dari si Peminta sedekah dan memandang rendah kepada mereka yg tidak bernasib baik itu semua disepanjang kehidupan kita hingga hari ini.......memandang sepi mereka yg miskin, fakir dan susah dan menganggap bahawa mereka semua 'malas berusaha', 'kurang berusaha' berbanding kita.......tidakkah itu sifat 'bangga diri yang melampau' dengan menganggap apa yg dikecapi pada hari ini, samada kemewahan, harta dan wang yang banyak, pangkat darjat dan harta, malah hari ini juga ramai yang begitu angkuh dengan 'PENGALAMAN' nya sendiri dan menidakkan orang lain......

.......tidakkah permintaan kita itu juga berupa permintaan yg serupa seperti mana orang lain jua....jadi mengapa kita beranggapan bahawa Allah swt akan melebihkan kita berbanding dengan orang lain atau mendahulukan kita berbanding orang sedangkan kita tidak mendahulukan Dia dalam urusan kehidupan kita....???



Itulah kita manusia yg dicipta tanpa kemampuan berdiri sendiri, sentiasa berkehendak kepada sesuatu dalam hidupnya samada demi kelangsungan hidup mahupun keperluan seharian dan sebagainya. Namun sering bertindak sebaliknya, seolah olah dia mampu berdiri sendiri, angkuh dengan apa yang dimiliki dan berasa sangat 'besar' diri...dan menganggap bahawa urusan kehidupannya adalah natijah usahanya semata mata lalu melupakan hakikat bahawa ia adalah anugerah Allah kepadanya...dia sentiasa lupa yg Allah lah yg memberikan segalanya yg dia miliki...lalu apabila segalanya di'tarik' dalam sekelip mata, ketika itulah kesedaran akan timbul, namun persoalan besarnya ialah, adakah kita mahu menunggu saat itu barulah kesedaran akan timbul dalam diri............perlukah menunggu "pakej' dari Allah baru kita kan sedar dan taubat mahupun menginsafi kekerdilan diri???.....tidakkah ketika dan saat itu, segalanya tidak bermakna lagi???  

Fahami pendekatan dakwah Rasulullah saw.....kreatif dan bijaksana!


Assalam semua...

Ceritanya menarik, namun cuba fahami hikmah sebaliknya....pendekatan dakwah yg menarik...yg sangat perlu kita kuasai supaya lebih kreatif dan berkesan maqasid dakwah....

Islamnya KHALID AL-WALID

Khalid bin Al-Walid seorang panglima perang yang hebat. Keislaman beliau, menambah kuatkan lagi pengaruh Islam, malah menggerunkan setiap musuh-musuh Allah, sama ada mereka bernama Musyrikin, ataupun munafiqin.

Nabi SAW pernah bersabda;

خالد بن الوليد سيف من سيوف الله سله الله على الكفار والمنافقين

Maksudnya;
“Khalid bin Al-Walid adalah pedang dari pedang-pedang Allah. Allah telah hunuskannya terhadap orang kafir dan munafiqin”

Nama penuh beliau adalah, Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Omar bin Makhzum bin Yaqazhah bin Kaab. Beliau merupakan anak saudara kepada Maimunah binti Al-Haris; salah seorang isteri nabi SAW.

Sebarang peperangan yang dipanglimakan oleh beliau, ternyata memberikan kemenangan. Justeru, tidak hairan di zaman kufur, beliaulah orang yang bertanggungjawab mengalahkan tentera Islam dalam peperangan Uhud. Kehebatan beliau itu, tidak sekadar di zaman kufur, malah setelah keislaman, beliau ternyata menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memenangkan Islam. Hal ini terbukti dengan banyak siri peperangan yang dihadiri beliau setelah beliau telah memeluk islam. (Justeru, adalah dibenarkan sebenarnya untuk menggunakan segala kemahiran dan kepakaran yg ada demi kemenangan Islam asalkan ia tidak bertentangan dengan perintah Allah swt dan Sunnah Nabi saw)

Di zaman kekufuran, beliau selalu dimomokkan bahawa Muhammad SAW adalah seorang yang terlalu jahat. Menyebabkan, kebencian beliau terhadap Nabi SAW agak susah hendak dibendung. Pun begitu, adiknya yang bernama Al-Walid bin Al-Walid telah lama memeluk islam.

Selepas berlaku perjanjian Al-Hudaibiyyah, Nabi SAW dan para sahabat sudah berjaya memasuki Makkah untuk menunaikan haji. Kehadiran nabi SAW ke Makkah untuk menunaikan haji, menyebabkan hatinya terlalu marah. (apabila mereka tidak memahami Islam sepenuhnya, yg ada adalah kemarahan yang bersangatan terhadap Islam, maka sebenarnya wajib bagi kita umat Islam untuk menonjolkan kebaikan dan kehebatan Islam itu yg sebenarnya)

“Di mana Muhammad berada, pasti aku tidak akan berada di situ” sumpah Khalid bin Al-Walid lantaran kebencian terhadap Nabi Muhammad SAW.

Pun begitu, kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Makkah, bukan berseorang, tetapi bersama ratusan sahabat dari Madinah. Antara yang hadir bersama dengan Nabi adalah, adik beliau sendiri, Al-Walid bin Al-Walid.

Kehadiran Al-Walid ke Makkah, bukan sekadar untuk menunaikan haji, tetapi berniat untuk berjumpa dengan abang tersayang. Menyedihkan, disebabkan kebencian abang terhadap Nabi, menyebabkan Khalid tinggalkan Makkah, seterusnya Al-Walid tidak dapat berjumpa dengan abangnya.

Sebelum meninggalkan Makkah, Al-Walid telah menulis surat untuk ditinggalkan kepada abangnya. Al-Walid bertanya kepada Rasulullah, apakah baginda mahu meninggalkan sebarang pesanan kepada abangnya itu.

Nabi mengarahkan Al-Walid agar menulis dalam surat itu bahawa baginda kirim salam kepada Khalid. Begitu juga, Nabi saw menyuruh Al-Walid menulis bahawa Khalid adalah seorang yang bijak. Sedangkan orang yang bijak, sekali-kali tidak akan meninggalkan Islam.

Al-Walid menulis seperti yang diarahkan oleh Nabi saw dikepilkan bersama kain serban Nabi saw sebagai hadiah untuk dihadiah kepada Khalid bin Al-Walid. (Kreativiti boleh dalam bentuk apresiasi/penghargaan kpd seseorang yg akan meniupkan bahang kesedaran dalam jiwa seseorang individu, small but impactful)

Setelah Nabi dan para sahabat bertolak kembali ke Madinah, maka Khalid pun kembali ke Makkah. sesampai di Makkah, beliau membaca kandungan surat yang ditinggalkan oleh adiknya, beserta menerima hadiah sehelai kain serban Nabi saw.

Membaca kandungan surat tersebut, dia mula berfikir momokkan orang-orang makkah terhadap Nabi SAW.

“Mereka mengatakan bahawa Muhammad adalah orang jahat, tetapi bagaimana dia boleh kirim salam kepadaku?” hati Khalid tertanya-tanya. 

“Mereka mengatakan Muhammad orang jahat, sedangkan Muhammad boleh memberi hadiah kepadaku?”

Persoalan demi persoalan terpancar dalam pemikiran Khalid, menyebabkan hatinya mula terbuka untuk menerima Islam sebagai agama pegangan hidupnya.

Dia berjumpa dengan Osman bin Talhah, mengajak beliau ke Madinah untuk berjumpa dengan Rasulullah dan menyatakan keislaman. Ternyata, Osman juga sudah lama menaruh harapan untuk memeluk islam, tetapi tidak kesampaian kerana tidak mempunyai teman untuk bersama-sama memeluk agama tauhid.

Dalam perjalanan, mereka berjumpa pula dengan Amru bin Al-As. Mereka bertanya kepada Amru, kemanakah yang mahu beliau mahu pergi?

“Aku mahu berjumpa dengan Muhammad” jawab Amru ringkas.

Khalid bin Al-Walid dan Osman bin Talhah melihat sesama mereka.

“Untuk apa kamu hendak berjumpa dengan Muhammad?” Osman bertanya.

“Aku ingin masuk Islam” jawab Amru ringkas tetapi memberikan seribu kegembiraan dalam hati Khalid bin Al-Walid dan Osman bin Talhah.

Ketiga-tiga mereka berjumpa dengan Nabi SAW di Madinah, menyatakan keislaman masing-masing. Kehadiran tiga orang tokoh besar ini memeluk islam, ia memberikan kegembiraan kepada Nabi SAW, juga para sahabat.

“Sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa kalian semua mempunyai kebijaksanaan. Aku pasti kebijaksanaan akan menuntun kalian kepada jalan kebenaran” tegas Nabi SAW.

Ya benar kalian semua bahawa kebijaksanaan akan menuntun kita kepada kebenaran, dan kebijaksanaan itu terhasil dengan adanya ilmu pengetahuan, jika tiada ilmu, mana mungkin ada kebijaksanaan......

Monday, August 15, 2011

Kesedaran itu dalam diri...

Assalam semua....


Dahulu, pada suatu saat dan waktunya, aku ditimpa musibah yg amat berat....tiada nilaian beratnya...mungkin ia ringan bagi orang lain tetapi bagiku amat berat...setahun setengah mendatang....segalanya seperti aturan yg bertimpa timpa datang...satu demi satu....dan setiap satunya, adalah lebih berat dari yg sebelumnya...


Aku menjerit tanpa suara, hatiku pilu mengenangkan payahnya dan peritnya cubaan ini....masalah datang bertimpa timpa tanpa ada surutnya....hatiku seolah olah meratap sedih hampir setiap ketika....hingga sampai suatu ketika, hatiku menjerit lalu tertanya kepada diri 'mengapa ia terjadi kpd diriku?'.....kosong dan tiada jawapan! Aku tidak memahami....walau sedikitpun saat saat itu....jiwa ku meronta dan menyelongkar isi diri mencari segala jawapan yg ada....ia tetap kosong, yg ada hanyalah rintihan kesedihan dan pilu, bukan sesal tapi persoalan persoalan yg amat banyak....aku mulai menyendiri dan retrospek kembali...muhasabah diriku sendiri, menyuluh masa lampau yg gemilang mahupun yg gelap, menitipi 'hutang-hutang' ku dengan Allah mahupun manusia....ya benar, ada beberapa catatan dan peristiwa yg aku terlepas pandang dan aku rasa terhutang dan perlu ku langsaikan segala hutang itu.....aku akur akan kealpaan aku...lantas kuhamparkan sejadah buat ku sempurnakan taubat ku kepadaNYA dan agar kemudiannya segala pelunasan itu akan diterima olehNYA samada ia berkait dengan orang lain mahupun hutangku dengan tuhanku....


Namun, persoalan yg sama tetap kembali menghantui diriku...mengapa nasibku sedemikian??? ahhh susah mahu memikirkan jawapan yang pasti...beberapa ketika aku tafakur sendirian, dunia umpama terhenti buatku...aku retrospek, menyulami diriku sendiri dengan segala macam persoalan dan mencari cari....ya benar aku sebenarnya sedang tercari cari!!! dimana jawapannya?


Sering aku mencari cari sebelum ini, namun tidak kutemui jawapannya....."engkau mencari ditempat yg salah wahai anakanda Alwi....!!".....itulah ungkapan guruku. "Habis dimana harus saya carinya, Tuan!", ujarku kepadanya......"Jika jawapan tidak kau temui...teruskan sahaja pencarianmu, jika jawapan yg ditemui tidak menyelesaikan masalahmu, teruskan lagi....akhirnya ia akan datang mendekat" ujarnya lagi....."Ishhh.....cakap berlapis lapis ni yg buat aku pening ni....." ujarku lagi....... ahh selama ini rupanya aku mencari ditempat yg salah....!


Aku mengimbau perbualan itu, dan setiap saat dan ketika ia mendatangi kotak ingatanku....."ahhh, aku tiada cara lain...aku perlu kembali kpd yg asas....aku perlu selongkar isi kitab itu terdahulu sebab itu adalah gedung ilmu..." ujarku. Saat itu aku terus mendekatkan diriku kpd Al-Quran, membacanya, meneliti maknanya dan melakukan yg terdaya apa yg terkandung didalamnya, dan kusulami ia dengan solat sebagai munajat yg kemudian diikuti dengan tafakkur kepadaNYA.....itu yg kuulangi sehingga aku tersedar suatu saat, bahawa jawapan yg kucari adalah sebenarnya dalam diriku....hakikat diri ini tercipta olehNYA telah membuka pintu segala jawapan dan memanduku hingga saat ini.....seketika aku lupa akan kehidupan...dan segala yg berlaku bagai tidak terasa buatku....segala perit dan pedih dihati hilang dan sekarang disulami dengan kebahagiaan diri, pasrah dan redha menyelimuti hatiku....cumanya aku tidak pasti betapa pasrahnya aku ini, setakat mana aku akan redha, namun, ketenangan sudah menjengah kehidupan bagai pelangi mewarnai kaki langit selepas hujan turun di petang hari........



video
alhamdulillah, Ya Rabb.....ku nukilkan sedikit peristiwa ini agar ia menjadi sedikit panduan buat para pembaca sekalian...agar disaat kalian mengalami cubaan yg amat berat.....kembalilah kepadaNYA, bacalah alQuran sebanyaknnya, fahami maknanya, muhasabah lah diri, lakukan apa yg terkandung dalam alQuran itu, hentikanlah menyalahkan orang lain, tundukkanlah nafsumu, amarah mu, egomu, dan dahimu setunduk-tunduknya dihamparan bumi......kembalilah kepada fitrah dengan taubatmu, rapatkanlah dirimu kpd yg Menciptamu dengan tahajjudmu.....letakkanlah pergantungan dirimu dengan solat hajatmu, hapuslah dosamu dengan solat taubatmu.....dan ingatilah Dia dengan zikirmu....insyaallah, akan kalian temui ketenangan yg tiada tolok bandingnya...akan kalian temui kesedaran yg sebenarnya selama ini berada dalam dirimu!!! Amiiinnnnnn        


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 12, 2011

Musafir Ramadhan......

Assalam semua....


Semalam berpergian ke utara tanahair bersama 2 orang teman kerana urusan dengan ladang di Grik....puasa, cuaca yg panas sesungguhnya mencabar....walau dalam kereta keadaan dingin, tapi ia tetap menguji daya tahan puasa ku...apapun kami semua berjaya mengharungi puasa sehingga berbuka...alhamdulillah. Coretan ini, bukan mahu bercerita tentang puasa ku akan tetapi ingin retrospek atau mengimbau kembali kaitan musafir Ramadan ku ini kerana urusan kerja dengan perjuangan Rasulullah saw. 


Kalian pernah berpeluang berpuasa di bumi Mekah dan Madinah? Jika pernah, kalian akan memahami dengan 'rasa' jitu ceritaku ini, jika belum, bayangkan ia sedemikian. Perjalanan ke Gerik dalam tengahari panas, mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah....lebih kurang 340km. Panas dan panas, itu ulasan ku. Semua terdiam sepanjang perjalanan....mungkin kerana menjimatkan hydrasi air di tekak....ketika mula perjalanan, rancak bersembang, akhirnya tidak beberapa ketika semua senyap dan sunyi....aku membuka iPadku lalu hanyut dalam dunia maya, temanku di sebelah pemandu juga sama, dia dengan Galaxy Tabnya.......buat mengisi masa....sepanjang perjalanan...macam macam aplikasi ada, tapi aku lebih kepada meneliti surah surah dalam kitab agung itu....tidak lama kemudian aku menyertai temanku, "main game" hahahaha....tapi itu selang seli buat meredakan kebosanan.....


.....sekonyong konyongnya tetiba aku teringat, zaman Rasulullah saw dahulu....tiada kereta, hanya ada unta, kuda dan keldai....di cuaca yg sesungguhnya panas, terik, kering, dan pasir yg dipijak juga umpama kuali panas menyala, dek kerana sinaran matahari yg membara....memang panas, tak terkata!!! Tapi saat itu, Nabi saw, bukan duduk diam, malah dalam bulan Ramadhan lah Nabi saw dan para sahabat pergi berperang...'Aduhai...!!!' .....aku tidak dapat bayangkan bagaimana tabahnya mereka.....demi menegakkan Islam, dan demi Nabi yg mereka kasihi dan sayangi, dan perintah ketua yg dijunjung...para sahabat turun di tengah cuaca panas terik, untuk berperang! Hebat sebenarnya jiwa mereka...aku yg duduk dingin didalam kereta sepanjang perjalanan ini pun sudah terasa peritnya cuaca panas dalam keadaan berpuasa...apatah lagi mereka para sahabat dan Nabi saw sendiri...dahla cuaca panas di Malaysia ini tidak sama berbanding keadaan yg lebih ekxtrem  di Mekah dan Madinah.....aku sebenarnya kagum bila mengenang sirah Nabi saw dan perjuangan baginda bersama para sahabat, kekuatan jiwa yang terbina, semangat perjuangan dan kekentalan perasaan.....itulah ia, terkadang aku terdetik, kita ni umat Baginda yg terkemudian.....jauh umurnya tahun kita dengan waktu Nabi saw....sangat jauh bezanya...1432H...lama tu jarak waktu dan perbezaannya....


....dulu tidak sama dengan sekarang, justeru ketidaksamaan itu janganlah dijadikan alasan untuk kita menafikan, mahupun menidakkan ataupun beralasan untuk memandang sepi nilai sejarah dan sirah, nilai ajaran dan perintah agama, tuntutan sunnah dan sebagainya sepertimana yg telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah saw dan para sahabatnya..........janganlah kita bergaduh dan berpecah belah hanya kerana sedikit atau banyaknya pendapat yg berbeza2, janganlah kita bermasam muka hanya kerana perbezaan pendapat, mengeji satu sama lain, menyindir antara satu sama lain, mengutuk dan mengecam sesama sendiri, menyakiti sesama atas dasar landasan dan fikrah fikiran yg tidak sependapat....bersikap matang lah, kerana jika tidak sedemikian....kita rugi dan sangat rugi sebenarnya.


Musafir Ramadhan ini memberi kesan yg besar terhadap diriku...sepatutnya Ramadhan ini secara umumnya membangkitkan rasa dalam jiwa, empati dan simpati semakin menggunung kerana darjah iman yang meningkat.....lalu disitu kelompok rasa yang mendalam akan membuak buak....itulah antara tarbiah Ramadhan...tidakkah benar seperti yang diungkap oleh alMaududi bahawa tarbiah puasa Ramadhan itu akan menumbuhkan keinsafan dan membangkitkan rasa simpati yg mendalam terhadap mereka yg terpinggir, susah dan 'have nots'...apalah kiranya fakulti rasa dalam jiwa itu kita sebarkan dalam konteks memahami dan menjiwai suasana dan keadaan perjuangan Rasulullah menegakkan Islam dengan segala macam kesusahan, cabaran, kepayahan, tentangan hingga Islam tertegak di seluruh dunia....jangan lah hanya kita rasa kita dah cukup ilmu, mahupun cukup berpengalaman, atau cukup belajar, cukup tahu lalu kita secara tidak disedari mahu merobek robek kesucian Islam itu dengan segaka macam kerenah dan kepentingan.....aku cukup membenci politik berkepentingan...namun benciku hanya sekadarnya kerana pada waktu kita membenci, perlu ada prinsip 'wasatiah' yakni kesederhanaan dan bersikap objektif dalam ketidaksetujuan...........insyaallah 

Tuesday, August 9, 2011

Salah kita.....zakat oh zakat!!

Assalam semua....


Bila ada org Islam yg miskin dan fakir serta susah samada dilapor di akhbar, tv atau simiskin itu datang sendiri ke Pusat Zakat.....alahai Pusat Zakat, cepat2 ler pergi beri bantuan....jangan ler kira sempadan negeri, jangan ler banyak 'songeh' birokrasi...jangan ler lambat proses, jangan ler 'tendang sana sini' atau seolah2 dibuli....ofis korang bukan main besar lagi, pejabat gaya canggih sungguh, servis kena la setaraf dengan pejabat dan kemudahan.....jangan marah yer??? hehehehe


Wang zakat adalah hak milik mutlak asnaf zakat.....bukan hasil dari wang zakat itu diguna untuk pelaburan untuk meraih untung, jika mahu buat pelaburan guna sumber lain selain dari wang zakat kemudian keuntungan darinya, hendaklah digunakan untuk membina bangunan yg canggih2 milikPusat Zakat yer....hehehe jangan marah lagi yer....


Jangan la pula, hanya pandai kempen dan mengutip wang zakat, iklan sana sini, gunakan sistem canggih untuk memudahkan pembayar zakat (saya tiada masalah, lagi senang berurusan lagi bagus) cumanya hendaklah setimpal pula sistem 'delivery' untuk agihan zakat, jangan setakat canggih kutip tetapi agihan tidak canggih!!!


Jika ada sifakir dan simiskin datang dan dia tiada dokumen yg yg mencukupi, bantulah dia uruskann dokumen, kalau perlu dibawa ke sana sini untuk uruskan dokumen tu, maka bantulah juga, dia fakir dan miskin, silap haribulan nak naik bas pun tak de duit....atau duit yg ada hanya cukup2 untuk dia makan, tetiba kena naik turun pejabat lain untuk selesaikan segala dokumentasi, kasihan mereka, bantulah, berkhidmatlah dengan 'turun padang', laksanakan amanah, jangan duk sedap dalam pejabat berhawa dingin dan mengharap sifakir dan simiskin datang meminta bantuan....


Mengapa saya katakan SALAH KITA...kerana ini tanggungjawab kita sebagai Muslim...sebagai pembayar zakat, sebagai pegawai yg diberi amanah untuk mengurus wang zakat.....sebab itu saya katakan ia salah kita sendiri...buat malu Islam sahaja apabila sifakir dan simiskin itu menerima bantuan dari pihak lain (gereja atau organisasi bukan Islam yg lain)....ish ish ......teruk sangat kita nih sampai terlepas pandang para asnaf ni!!

Tambahkan nikmat Allah buat diri


Cebisan cerita..........
Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:
“Wahai Amirul Mu’minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadapNya dan sentiasa mentaatinya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya.”
Ibnul Qayyim al-Jauzi