Salam ukhuwwah.....!
Beza orang beriman hidupnya adalah berkonsep dunia dan akhirat, manakala orang yang tidak beriman, hidupnya adalah untuk dunia sahaja, kerana jika percayakan akhirat, tentu orang kafir itu BERIMAN dan mengesakan Allah swt....!
Jadi apa yang nak dihairankan jika orang tidak beriman aka kafir itu menerima dan mempunyai hampir segala galanya di dunia ini. Tidakkah Allah itu memberi rahmat kepada semua orang! Tentunya rahmat Allah itu diterima juga oleh orang yang tidak beriman. Hanya sanya mereka tidak menyedari bahawa ia sebenarnya berupa rezeki yang berlimpah ruah dari Allah swt. Mengapa! Ini kerana Allah tahu bahawa orang yang tidak beriman tidak punya bahagian apa apapun di akhirat kelak. Semua bajet/bahagian rezekinya diberikan ketika hidupnya di dunia, sebab itu mereka punya segala galanya. Namun ada juga orang yang tidak beriman tidak mempunyai segala galanya namun dia tetap punya kebebasan melakukan segala galanya!
Berbeza dengan orang Mukmin, dia menerima rahmat IMAN, manakala bajet rezekinya ada bahagian untuk dunia dan ada bahagian untuk akhirat! Ada orang Mukmin menerima bajet rezeki seperti orang yang tidak beriman, namun itu adalah ujian bukan nikmat. Allah nak uji dan dan tengok apa yang dikerjakan dengan rezekinya yang melimpah ruah. Adakah diguna untuk menambah 'saham' akhiratnya atau tidak! Atau diguna untuk dunianya semata mata! Harus diingat, rezeki untuk orang Mukmin telah termaktub di dalam wahyuNya, ada sebahagian dari harta dan wangnya adalah hak orang lain, yang mana dia perlu berzakat dan bersedekah dengan hartanya. Jika dia (Mukmin) melakukan sedemikian, insyaallah, secara automatik saham akhiratnya akan meningkat dan menumpuk. Jika tidak, maka harta dan wang yang dimilikinya tidak bermakna apa apa. Harta dan wangnya adalah ujian baginya kerana jika dia tidak bijak mengurusnya maka harta itu menjadi fitnah kepada dirinya. Bagaimana menjadi fitnah kepada dirinya? Ia menjadi fitnah kepada dirinya apabila harta itu menjadi rebutan ahli keluarganya, rebutan anak anaknya, rebutan adik beradiknya....masing masing bergaduh hanya kerana harta, hubungan terputus hanya kerana harta, benci membenci, fitnah memfitnah berlaku! Itulah musibah yang dibawa oleh hartanya. Maaf! Kenyataan saya ini bukan menentang orang Islam/Mukmin/beriman untuk mempunyai harta dan berusaha untuk memilikinya, namun ia sekadar perkongsian konsep dan pemahaman tentang harta! Agar jika kita tidak punya harta, tiadalah kita menangisi keadaan tidak punya harta namun berdoalah agar Allah memberkati apa yang kita ada walau sedikit!
Lumrah manusia, inginkan harta, namun bak kata Umar alKhattab r.a.....saham diakhirat lebih utama dan lebih penting! Jikalah manusia tahu betapa jauh bezanya nikmat akhirat itu, tentu mereka berduyun duyun mengejar nikmat akhirat! Seperti mana Nabi saw pernah mengungkap, bacalah "Subhanallah wabihamdihi subhanallah hil adziim" sebanyak 100 kali pagi dan petang, kerana ia lebih baik dari seisi dunia dan seisi langit (kalau tak silap)...sila rujuk Kitab AlAdzkaar oleh Imam Nawawi, bab zikir! Nabi saw sampai berkata ia lebih baik dari seisi dunia dan seisi langit! Bayangkan! Namun perolehan seisi dunia dan seisi langit itu tidaklah diperoleh sekelip mata, ia lahir dalam bentuk penumpukan saham akhirat! Berbahagialah mereka yang sentiasa menambah saham akhiratnya.....
Konsep rezeki dan harta ini perlu difahami dengan jelas......tidakkah dengan punya harta yang banyak, tentu ada banyak soalan soalan yang akan ditanya oleh Allah swt. Bukankah harta itu amanah? Bukankah harta itu milik Allah swt? atau kalian rasa harta itu milik kalian? Bagaimana? Jika kalian merasakan harta itu milik kalian...maka terpulanglah apa yang kalian mahu kerjakan! Namun, hakikat sebenarnya ialah, harta itu milik Allah swt, dia MAHA KAYA...dan apa apa harta yang kita miliki tidak sedikitpun mengurangi kekayaan Allah swt!....Justeru, berusahalah kerana Allah swt semata mata...jika Dia memberi dengan banyaknya harta dan wang ringgit, ingatlah bahawa ia UJIAN dan AMANAH! Didalamnya terkandung hak orang lain (fakir, miskin etc)....bukannya jika kita dianugerahkan harta dan wang ringgit maka kita boleh melakukan sewenang wenangnya.....jika orang Mukmin bersikap sedemikian....maka beringatlah bahawa dia sedang menempuh jalan ke neraka! Nauuzubillah!
Justeru, bagi yang tidak punya harta dan wang ringgit yang banyak, bersyukurlah dengan apa yang ada! Tidak pula apabila bersyukur dengan apa yang ada menyebabkan kalian tidak berusaha dan berbuat apa apa lagi! Apa yang lebih penting ialah keberkatan dari yang sedikit kita miliki! Jangan merasa cemburu dan hiba melihat orang lain lebih upaya, lebih berkemampuan! Berusahalah dengan bersungguh sungguh! Insyaallah akan ada bahagian dari rezeki Allah swt untuk kalian! Jangan pula bersikap tidak mahu mencari dan berusaha, kononnya zuhud dan bersederhana! Itu bukan zuhud dan bersederhana, itu sikap bodoh dan tolol dalam memahami kehidupan seorang Mukmin! JOM MUKMIN! Insyaallah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment