Monday, February 13, 2012

Jika kita....

Salam ukhuwwah....


Cuba renungkan.....adakah kita sudah menjadi seorang yang soleh dan baik di neraca pertimbangan Allah? Jika belum, maka berubahlah dengan segera! Hentikanlah perbuatan sia sia, perangai buruk, kata kata buruk, akhlak yang buruk, hina dan keji! Walau siapa kita, walau kita berpangkat besar, harta dan wang yang melipah ruah, walau kita miskin, tiada punya apa apa, sentiasa kesempitan wang dalam hidup, walau kita bukan sesiapa, hanya orang biasa biasa, walau kita orang yang luarbiasa....berubahlah segera! Ini kerana setiap kita adalah anak kepada ibubapa kita, dan ibubapa kita adalah anak kepada datuk nenek kita...begitulah.


Jika mahu dan berharap segala kebaikan untuk anak anak kita (kepada mereka yang sudah berkeluarga dan punya anak anak) atau mereka yang belum berkeluarga (ambillah pengajaran).....kita sendiri perlu memulai dengan menjadi soleh dan baik. Ikut dan perbuatlah kebaikan kerana Allah swt, kerana mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw. Insyaallah, perkara yang sama akan berlaku kepada anak anak kita juga. 


Jangan terbalikkan keadaan, kita berperangai buruk, berakhlak buruk akan tetapi kita tidak mahu berubah dan mengharapkan anak anak kita menjadi soleh dan solehah! Itu sukar sebenarnya! Kita adalah apa yang kita fikirkan, kita adalah apa yang kita lakukan dan apa yang kita contohkan buat mereka. Jika sikap kita sentiasa negatif, maka anak anak akan terikut menjadi negatif. Jika kita suka menyalahkan keadaan dan orang lain, ada kecenderungan yang besar bahawa anak anak kita juga akan sedemikian. Jika kita suka merapu, maka anak anak kita juga akan terikut dengan sikap kita yang suka merapu. Ubahlah diri! Saya memgingatkan diri saya dan berkongsi dengan kalian semua agar kita sama sama mengamalkan konsep "qu anfusakum waahliikum naara"...


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, keras, lagi tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.(Qur’an Surat 66 (At-Tahrim): ayat 6)

No comments: