Salam ukhuwwah!
Mencari dan mendapatkan redhaNya adalah keutamaan hidup! Mungkin ada orang lain punya fikiran bahawa keutamaan hidupnya adalah perkara lain dan bukan mendapatkan redhaNya. Sedangkan nyawa kita ini pun milikNya, sedangkan PELUANG untuk HADIR dan WUJUD dalam kehidupan ini, lalu menjalani kehidupan ini adalah jua merupakan keizinan dariNya, mana mungkin tidak kita sentiasa perlu mencari dan mendapatkan redhaNya!
Bagaimana mencari dan mendapatkan REDHANYA? Mudah sebenarnya! Ia ada dalam alQuran dan Sunnah Nabinya! Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang! Konsep buat yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang ini perlu menyeluruh! Tidak boleh buat sedikit sedikit, ambil mana yang kita suka@buat mana yang kita suka sebahagiannya dan tinggalkan apa yang@tidak buat apa kita tak suka!
Sebenarnya, apa yang disuruh untuk kita lakukan dan dilarang untuk kita tinggalkan bukanlah ia untuk kebaikan Allah swt! Ia sebenarnya untuk kebaikan kita sendiri! Semua kebaikan itu@faedah itu berupa natijah kebaikan kepada fizikal, rohani, mental dan sebagainya! Tidak satupun ia memberi impak kepada Allah swt! Allah tidak perlukan amalan kita, Allah tidak perlu zikir kita, Allah tidak perlu alunan bacaan alQuran kita, Allah tidak perlu sesuatu apa pun dari kita. Kita yang perlukan semua itu! Asasnya ialah, jika kita solat, zikir dan mengikuti segala perintahNya, ia adalah manifestasi kepatuhan kita kepadaNya sebagai hamba kepadaNya, ia memberi faedah jasmani dan rohani kepada kita. Juga segala macam kebaikan untuk kita! Tiada satupun dari segala amalan yang kita lakukan adalah kerana ia (amalan2) diperlukan oleh Allah swt.! Tidak sama sekali! Allah tidak perlukan amalan amalan, atau kita! Kita yang perlukan Allah, kerana kita dicipta olehNya! Allah mencipta kita, Dia tidak dicipta! Dia tiada awal dan akhir! Dia wujud, qidam, baqa'! Hakikatnya, kita bergantung kepadanya! Udara yang kita hirup, Dia yang menciptanya! Pandangan mata yang boleh menyaksikan segalanya, adalah anugerah dariNya! Sifat dan kecukupan fizikal, rohani, aqal dan fikiran, Dialah yang menjadikan!
Jangan berfikir dan mengakali Allah swt dalam kerangka dan perspektif sepertimana pandangan kita terhadap makhluk lain! Ia boleh menyesatkan! Maksud saya ialah kita tidak boleh menganggap bahawa Allah itu seperti makhluk kerana makhluk itu, perkataan makhluk itu bermaksud 'diciptakan', tetapi Allah tidak diciptakan! Dia menjadikan dan menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada! Seolah olah bahawa Allah swt perlukan kita! Itu salah!....kita kena ubah cara berfikir yang sedemikian! Allah swt adalah segala galanya. Justeru, mengapa perlu gundah gulana jika Allah swt adalah segalanya bagi kita, tentunya apa yang terjadi kepada kita hari ini adalah dalam pengetahuanNYA. Binalah matlamat kehidupan atas dasar mencari REDHANYA!
Menyedari hakikat ini, tiada lain yang perlu kita lakukan melainkan mencari dan mendapatkan redhaNya! Mengapa? Kerana jika Dia redha terhadap kita dan apa yang kita lakukan, Dia menjanjikan syurga buat kita iaitu kehidupan kekal abadi yang tidak tergambar dek fikiran manusia kerana ia berlaku sesudah kita mati dan dibangkitkan semula nanti! Carilah redhaNya! Jika kalian berfikir tentang matlamat kehidupan yang sifatnya sementara iaitu hanya untuk kehidupan duniawi ini semata mata, kalian silap! Carilah redhaNya! Pasti kan selamat! Biasakanlah membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan ini hanya untuk mencari redhaNya! Ameen, insyaallah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
4 comments:
Mencari keredhaan Allah s.w.t itu memang perlu...tetapi..perlukah redha andai diri teraniaya oleh insan lain...???
- Silent Reader -
Bangsar
Silent Reader!
Terimakasih atas 'feedback'!
Ya benar, kena redha walau diri teraniaya....perlu ingat ada ruang utk org dizalimi dan teraniaya...doanya amat dimakbulkan oleh Allah swt....biasanya, jika sy dizalimi, sy mengambil kesempatan dengan kemakbulan doa itu dengan memohon Allah mengampuni dan memurahkan rezeki saya, lepas tu baru sy mohon Allah beri petunjuk dan hidayah kepada penzalim (bermaksud bahawa....petunjuk dan hidayah itu berupa samada Allah balas perbuatannya, Allah ampunkan dia, Allah hukum dia etc...semuanya terpulang kepada DIA)
Assalamualaikum wbt...
Saya baru mendapat tahu dari biras saya bahawa diri saya difitnah oleh mertua, semua benda yg saya lakukan telah diputarbelitkan oleh mertua saya. Mmg terkejut kerana saya tiada masalah dgn mertua.
Saya faham tujuan biras saya bukanlah untuk bercerita, dia sekadar hendak bertanya duduk perkara yg sebenarnya, saya telah terangkan segala2nya, seikhlas2nya & sebenar2nya...
Saya ceritakan kepada suami, suami kata biarlah, mereka ibubapa, mereka berhak berkata apapun kepada anak menantu (saya agak tidak berpuas hati kerana jika mereka berkata yg benar saya tiada masalah, tp disini saya telah difitnah)
Saya rasa saya teraniaya tp saya tetap memaafkan & mendoakan yg baik2 kepada mertua, susah jgk sebenarnya, kdg2 merasakan mcm ada dendam di hati saya...
-ROSE-
wassalamualaikum wrt wbt...
Rose!
sy pernah mengalami perkara yg hampir serupa...jika sudi bersabar, buat macam biasa, jika org tanya jelaskan seadanya mengikut fakta, jika tiada org bertanya, diamkan jer, terus melayan mertua seperti mana melayan ibubapa sendiri....ketahuilah, dirimu sedang menuju kemenangan...
memang kalau ikut hati semua perasaan keluar, jangan ikutkan hati yg kecewa dan marah itu....istigfar banyak2, sebelum tidur, hadiahkan alfatihah buat ibubapa dan mertua dan semua mereka yang Rose rasakan ada masalah dengan Rose sendiri...sedekah alfatihah banyak banyak...kebenaran tidak akan muncul sekelip mata, akan tetapi apabila ia muncul, ia akan menerangi seluruh kehidupan, sebenarnya, apabila berhadapan dengan insiden kemanusiaan dan perhubungan kemanusiaan sebegini, ia adalah kaedah Allah mendidik diri dan jiwa kita, bersabarlah! saya sentiasa gunakan kesabaran dalam berurusan dengan manusia, berkata dengan sebaiknya, apabila disakiti, saya tiada membalas malah saya anggap diri sedang dizalimi (memang dizalimi pun) maka sy tahu doa orang dizalimi itu makbul sehingga insiden dizalimi itu habis dan selesai, so selama itu saya gunakan platform dizalimi itu utk munajat kepadanya, mohon murah rezeki dalam kehidupan dan mohon keberkatan....mohon Allah beri petunjuk dan hidayah kepada diri dan org yang menzalimi...atau juga boleh guna untuk doa perkara2 lain....insyaallah!
Post a Comment