Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

21 April-mereka pergi tidak kembali!

Assalamualaikum wrt. wbt.


Sekitar Subuh hari, isteri saya menerima panggilan, akan tetapi terputus! Cuba untuk menelefon kembali, akan tetapi tidak pula berjawab. Jam 8.30am, sekali lagi kami dikejutkan oleh panggilan dari Johor dan juga dari Bangi....

Thursday, March 21, 2013

Yang ditinggal PASTI akan dibawa!

Salam ukhuwwah...


Hati diruntun duka dan sedih kerana perginya rakan sepermainan dahulu, saat di kampung, bermain bersama, bicara dan senda gurau bersama, engkau telah mendahului aku! Aah...ku rasa sangat pantasnya masa berlalu.....aku di sini diperantauan..luluh hati kerana tidak sempat bertemu lagi..entah bila saat akhir kita bertemu....sekitar Aidilfitri yang lalu rasanya...!!!

Wednesday, June 20, 2012

Moga redhaNya menaungi yang pergi!

Salam ukhuwwah...


Garis masa kita ditentukan olehNya...siapa kita untuk menentukan noktah kehidupan! Ia hakNya! Kita punya ruang masa yg cukup, terpulang kpd diri untuk memanfaatkan peluang yang diberi, samada mahu memaksimakan demiNya@mahu menangguh dengan anggapan masih banyak lagi detik waktu yang tersisa!


Tiada lagi waris yang tua, hari ini adalah titik peralihan yang pasti ketentuan giliran untuk sesiapapun! Yang pergi tidak akan kembali, dan moga rohnya diredhai disisiNya....pemergian ini merupakan peringatan bagi yang masih tinggal, entah esok, lusa mahupun bila bila! Aku termangu ditepian negeri barzakh ini, hanya doa yang mampu kutitipkan buat arwah bapa saudaraku yang kukasihi! Sebentar lagi, pabila derap tapak berlalu pergi, akan tiba si penghulu negeri barzakh, moga dengan amal kebaikanmu dan alunan zikir serta kalimah agung sepanjang hidupmu, kan dapat membenteng jasadmu dari seksaanNya! Amiin...


Moga segala yang berlalu itu mabrur disisiNya dan segala yang berbaki itu penuh mabruk disisiNya!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 29, 2012

Suburkan ketenangan dan kebahagiaan!

Salam ukhuwwah!


Tika sedang santai bicara bersama sang teman....banyak sisipan kehidupan yang terluah antara kami.... lalu aku suarakan kepadanya....setiap jiwa kan punya titipan kehidupan, silih berganti ujian dan cabaran, pelbagai bentuk, sempit mahupun luas, payah mahupun mudah...yang pahit itu yang sukar, yang manis itu kelihatan mudah namun susuk sentiasa gagal....itu ternoktah dalam sejarah, dalam bait bait kalimah yang indah, dalam wahyu Sang Gagah, Allah rabbil aalamiin!


Lalu ku katakan kepada sang teman....
Yang susah membangkitkan tekanan,
Kesukaran dan ketidak tenteraman,
Namun natijahnya bak mutiara kebahagiaan...
Pernah insan agung Muhammad saw mengatakan....
Ingatkan MATI, lalu kesukaran akan hilang


Kepahitan akan lenyap
Segalanya sementara hakikatnya
Didunia yang fana ini...
Apabila susuk mengingat MATI, tertanya dalam diri, samada sekarang atau esok hari...


Lalu ketika dan saat itu,
Yang sukar dan payah dihati....kan terus dilupai
Kerana MATI mengingat akan diri,
Apa yang dialami kan ditinggal jua nanti,
Lalu yang dibawa hanya yang benar benar bererti,
Amal ibadah, doa anak yang soleh, dan sedekah yang diberi,
Lalu apalagi yang perlu dikhuatiri,
Bukan sakit hati, bukan kesal dan sesal, bukan janji yang dimungkiri
Mahupun harta berbondong yang telah dicari di dunia ini
Yang akan dibawa pergi....hanya 3 perkara yang telah diketahui...


Maka benarlah kata kata Illahi
Ternyata hakiki ungkapan Nabi saw yg dicintai
Pabila mengingat MATI.....
Segala persengkataan dan sakit hati...
Kan bisa dilupai


Oleh diri...
Lalu lahirlah kemaafan yang murni
Dari insan yang mengingat MATI
Kerana segalanya yang lain tidak bererti
Buat DIRI yang memahami!
Ameen, insyaallah!


Nukilan ini diungkap saat aku sedang berperang dalam diri, antara sakit hati dan merana diri, lalu ke memilih untuk 'berdamai' daripada rugi tenaga sendiri, rugi dan penat minda memikirkan....
Aku memahami kini, saat hati dan jiwa dirundung sedih dan malang, mahupun tekanan dek cabaran yang mendatang....aku mengerti, kelegaan yang pasti ialah apabila mengingat MATI, sekarang atau esok hari...kerana apa yang dilalui sehari hari....hanyalah sekadar sementara sifatnya di dunia ini...erti kemaafan kan lebih dimengerti....kerana jika kita mengingat MATI....jiwa dan hati kan memahami, bahwa memberi maaf lebih bererti!


Jika memahami dan mengerti....pasti kalian akan dapat menyuburkan ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia ini....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 12, 2012

Mencari RedhaNya!

Salam ukhuwwah!

Mencari dan mendapatkan redhaNya adalah keutamaan hidup! Mungkin ada orang lain punya fikiran bahawa keutamaan hidupnya adalah perkara lain dan bukan mendapatkan redhaNya. Sedangkan nyawa kita ini pun milikNya, sedangkan PELUANG untuk HADIR dan WUJUD dalam kehidupan ini, lalu menjalani kehidupan ini adalah jua merupakan keizinan dariNya, mana mungkin tidak kita sentiasa perlu mencari dan mendapatkan redhaNya!


Bagaimana mencari dan mendapatkan REDHANYA? Mudah sebenarnya! Ia ada dalam alQuran dan Sunnah Nabinya! Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang! Konsep buat yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang ini perlu menyeluruh! Tidak boleh buat sedikit sedikit, ambil mana yang kita suka@buat mana yang kita suka sebahagiannya dan tinggalkan apa yang@tidak buat apa kita tak suka!


Sebenarnya, apa yang disuruh untuk kita lakukan dan dilarang untuk kita tinggalkan bukanlah ia untuk kebaikan Allah swt! Ia sebenarnya untuk kebaikan kita sendiri! Semua kebaikan itu@faedah itu berupa natijah kebaikan kepada fizikal, rohani, mental dan sebagainya! Tidak satupun ia memberi impak kepada Allah swt! Allah tidak perlukan amalan kita, Allah tidak perlu zikir kita, Allah tidak perlu alunan bacaan alQuran kita, Allah tidak perlu sesuatu apa pun dari kita. Kita yang perlukan semua itu! Asasnya ialah, jika kita solat, zikir dan mengikuti segala perintahNya, ia adalah manifestasi kepatuhan kita kepadaNya sebagai hamba kepadaNya, ia memberi faedah jasmani dan rohani kepada kita. Juga segala macam kebaikan untuk kita! Tiada satupun dari segala amalan yang kita lakukan adalah kerana ia (amalan2) diperlukan oleh Allah swt.! Tidak sama sekali! Allah tidak perlukan amalan amalan, atau kita! Kita yang perlukan Allah, kerana kita dicipta olehNya! Allah mencipta kita, Dia tidak dicipta! Dia tiada awal dan akhir! Dia wujud, qidam, baqa'! Hakikatnya, kita bergantung kepadanya! Udara yang kita hirup, Dia yang menciptanya! Pandangan mata yang boleh menyaksikan segalanya, adalah anugerah dariNya! Sifat dan kecukupan fizikal, rohani, aqal dan fikiran, Dialah yang menjadikan!


Jangan berfikir dan mengakali Allah swt dalam kerangka dan perspektif sepertimana pandangan kita terhadap makhluk lain! Ia boleh menyesatkan! Maksud saya ialah kita tidak boleh menganggap bahawa Allah itu seperti makhluk kerana makhluk itu, perkataan makhluk itu bermaksud 'diciptakan', tetapi Allah tidak diciptakan! Dia menjadikan dan menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada! Seolah olah bahawa Allah swt perlukan kita! Itu salah!....kita kena ubah cara berfikir yang sedemikian! Allah swt adalah segala galanya. Justeru, mengapa perlu gundah gulana jika Allah swt adalah segalanya bagi kita, tentunya apa yang terjadi kepada kita hari ini adalah dalam pengetahuanNYA. Binalah matlamat kehidupan atas dasar mencari REDHANYA!


Menyedari hakikat ini, tiada lain yang perlu kita lakukan melainkan mencari dan mendapatkan redhaNya! Mengapa? Kerana jika Dia redha terhadap kita dan apa yang kita lakukan, Dia menjanjikan syurga buat kita iaitu kehidupan kekal abadi yang tidak tergambar dek fikiran manusia kerana ia berlaku sesudah kita mati dan dibangkitkan semula nanti! Carilah redhaNya! Jika kalian berfikir tentang matlamat kehidupan yang sifatnya sementara iaitu hanya untuk kehidupan duniawi ini semata mata, kalian silap! Carilah redhaNya! Pasti kan selamat! Biasakanlah membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan ini hanya untuk mencari redhaNya! Ameen, insyaallah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 24, 2011

Laluan MASA!

Salam ukhuwwah!


Kehidupan adalah laluan masa! Kita terpenggal dek masa setiap saat dan ketika! Itulah mengapa Allah bersumpah DEMI MASA! Bahawa manusia itu sentiasa dalam kerugian!


Sentiasa dalam kerugian! Itulah hakikat sumpah Allah dengan MASA! Rugi kita jika tidak sedar akan masa! Rugi jika kita tidak mempedulikan MASA! We are lost in TIME! If we ignore TIME!


Justeru tanyakan ini sentiasa kepada DIRI!
1-Wahai diri! Adakah engkau hidup selama lamanya? Ingatilah MATI kerana itu tanda terhentinya MASA untuk diri?
2-Berapa MASA yang tersisa dalam hidup mu wahai diri?
3-Berapa jangkanya UMUR mu masih tersisa?
4-Kemana tujuanmu wahai diri?
5-Apakah destinasi akhir dirimu wahai diri?
6-Untuk apa engkau dicipta wahai DIRI? untuk membuang masa dengan kesenangan dunia??


Itu antara soalan yang boleh kita tanyakan kepada diri! Ada juga beberapa soalan lain yang kita boleh tanyakan kepada diri! Kita rugi dan sentiasa rugi kerana sentiasa meletakkan masa bukan sebagai keutamaan dalam kehidupan ini! Menipu diri sendiri dengan mengungkap alasan "masih ada masa buatku!" Itulah kita! Sebab itu pernah kalian dengar cerita cerita ini: Nabi Yusuf, Imam Ahmad bin Hanbal, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain lain lagi, yang dipenjara oleh pemerintah yang zalim, lalu mengungkap, "aku lebih senang di penjara kerana aku punya tumpuan khusus kepada Sang Pencipta, Tuhan Rabbul Jalil"....masyaallah!


Kita sanggup mendatangi konsert, konon mengembalikan nostalgia lama (bagi susuk yang sekarang ini sekitar 40an) mahupun (jika remaja) ingin tahu dan rasa seronok (keseronokan yang dicari penuh sementara dan palsu-malah menghilangkan ketenteraman diri dan memadam bahagia hati) berbanding mendatangi masjid untuk solat berjemaah! Kita sanggup membuang MASA berpeleseran di komplek komplek, 'shopping mall', membuang masa! Berbanding mengulangkaji buku dan mentelaah kitab mahupun memahami dan mengambil IBRAH dari alQuran! 


Ruginya kita......dalam kehidupan ini kita mengerjakan sesuatu, untuk yang pasti kita tinggalkan, lalu meninggalkan sesuatu untuk sesuatu yang pasti kita bawa buat bekal! Masyaallah!