Terkadang kita terlalu mengingini kemenangan kepada golongan atau puak kita sendiri terutamanya dalam pentas demokrasi, kita tanpa sedar melewati segala batas yang ada! Menghina, mengkeji, mencela, suatu pihak yang lain hatta mereka adalah saudara seagama! Dimana contoh dakwah Islamiah kita! Jika pihak satu lagi benar melakukan kezaliman dan sebagainya, adalah menjadi amanah serta tanggungjawab untuk membetulkan mereka dengan berhikmah, dakwah bil hal! Bukan mengkeji mereka! Inilah yang kita telah gagal melakukan dengan sebaiknya! Jika segala daya usaha telah dilakukan, hendaklah bersikap kreatif dan mencari usaha lain untuk menyedarkan mereka! Jangan diharap hasil yang segera, kerana sifat dakwah bukan impak perubahan yang segera. Membina manusia dan insan bukanlah dalam jangka waktu yang singkat! Ia adalah suatu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran!
Alasan apa yang membenarkan kita mengkeji sesama sendiri! Menuduh dan menyebarkan fitnah sesama! Aduhai! Inilah kehinaan yang ditimpakan keatas umat Islam dek kerana kita terlalu longgar berpegang kepada kalamNya dan asSunnah! Inilah 'malaise of the ummah' atau kehinaan yang menimpa umat Islam! Masyaallah!
Setiap kita punya peranan, dan hendaklah kita melaksanakan peranan dan amanah yang terpikul dibahu dengan jalan sabar dan istiqamah! Jika diri itu betul, dan diri itu menjadi contoh kepada keluarganya, umpama sang suami yang melaksanakan tanggungjawab memimpin dan mendidik isteri dan anak anaknya, bayangkan jika ada 10, 100, 1000, 10000 mahupun sejuta suami yang masing masing menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, berdasarkan alQuran dan asSunnah, mengikuti jalan tarbiah yang dimodelkan oleh Nabi saw....tentunya melimpah kebaikan kepada umat Islam di Malaysia ini.
Sebaliknya, jika kita sibuk menuding jari ke sana sini, sampai bilapun masalah tidak akan selesai! Insyaallah! Jika kita seorang suami, laksanakan peranan sebaiknya, jika kita seorang anak, laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak! Jika kita seorang bapa, maka jalani amanah seorang bapa sebaik mungkin! Jangan menyangka bahawa jika Islam itu dicampur aduk dengan yang diperintah dan yang kita suka lakukan walhal tiada disuruh melakukan, ia akan membawa keberhasilan yang baik! Tidak mungkin! LEBIH MENGHAIRANKAN IALAH KITA TAGIH SYURGA ILLAHI dengan sikap kita yang sedemikian! Justeru, marilah kita sama sama berpegang kepada alQuran dan asSunnah! Kembalilah kepada kebenaran dan jalan yang lurus! Insyaallah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment