Wednesday, January 4, 2012

Pabila berkata kata!

Assalam semua, salam ukhuwwah!
Aku, engkau dan orang lain...adalah manusia! Hari ini kita kan selisih di jalanan, malam ini mungkin di FB, esok lusa mungkin di pasar malam atau dimana jua pun di bumi Illahi ini! Salam diucap adalah tanda persaudaraan! Akan tetapi, sering kita sbg insan dicemuh atau mencemuh orang lain, atau mungkin sahaja teman karib sendiri! Mengapa demikian? Ada banyak sebab. Tetapi antara sebab yang saya ingin lontarkan antaranya ialah kerana kita terbiasa dan membiasakan diri untuk bersikap sedemikian! Sebab lain, kita alpa saat kematian yang semakin menghampiri! Atau kita kulitnya islam tetapi isinya rompong, rongak, lompong, kosong dari nilai nilai Islam dan sunnah Nabi saw!
Mengapa?
Kita membiasakan dan menjadi terbiasa sedemikian kerana kita membiarkan mulut kita tanpa kawalan untuk bicara sewenangnya. Seolah olah, tiada tajuk lain di atas mukabumi ini untuk kita bicarakan dengan teman teman melainkan mengata, mengutuk, menyindir, mengkeji, memburukkan mengaib orang lain! Apapun alasan dan sebabnya, tetap kita tidak samasekali dibenarkan untuk memburukkan orang lain. Adakah kerana kita sudah berjaya, terpelajar, berstatus tinggi, berpangkat besar, kaya atau miskin atau ilmuwan sekalipun, prinsip asasnya tetap sama, tidak boleh mengaibkan orang lain! Nabi saw tidak memberi contoh sedemikian kepada kita! Malah hanya kerana memandang enteng seorang perempuan tua yang buta, Allah turunkan ayat alQuran menegur sikap Nabi saw, apatah lagi kalau mengata! Jika kita suka mengata, itu tanda 'something wrong somewhere' dengan iman seseorang itu! Walau jelas kelihatan pada mata kasar, dia solat, dia berjemaah, dia baik dan sebagainya, akan tetapi bilamana susuk itu mula mengata orang itu ini tak betul, salah sana sini, buruk sana sini, saat itu ada sesuatu yang tidak kena! Justeru ajarlah diri untuk tidak bersifat sedemikian! Apabila diri mampu menahan nafsu dari berbuat sedemikian, maka diri itu telah memberi contoh yang baik kepada isterinya, anak anaknya, keluarganya, jiran tetangga. Formulanya mudah, amalkan prinsip 'get rid of negative things, seek for positive'...saat apabila seseorang mula bicara buruknya orang lain, tukarlah topik supaya kalian, jika tidak, bangun dan tinggalkan diskusi itu!
Jangan biasakan dan membiasakan diri lalu terbiasa menadah telinga mendengar buruknya orang lain. Hentikan perbuatan ini! Hanya kita yang boleh mengubah diri, jadi, ubahlah diri. Ini prinsip asas dalam hubungan positif sesama insan, jangan berkata tanpa usul periksa, jangan biarkan geraf pahala dan amalan baik menurun dengan mengata orang lain! Ingatlah mati kerana apabila kita mengingat mati, kita bimbang amalan yang kita bawa, banyak atau sedikit, jika banyak adakah semuanya diterima olehNya, jika sedar akan sikitnya amal, jangan rosakkan amal sedia ada dengan memburuk@mengata orang lain!
Aku mengingatkan diriku sendiri lalu berkongsi dengan kalian semua, agar ada manfaat dari nukilan ini buat semua....ikutilah cara Nabi saw! Jangan ikut sebahagian dan tinggal sebahagian! Jangan jadikan Islam dikulit tetapi isinya busuk dan rosak! Nauuzubillah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Post a Comment