Memang benar bahawa sejarah membawa pengalaman baru, pemahaman dan pencerahan kepada kejumudan! Ia bisa merungkai permasalahan dalam kita menempuhi kehidupan beragama pada hari ini!
Apabila kita tidak membaca sejarah, kita hilang perkaitan makna 'contextual meaning of an issue/problem'! Inilah yang berlaku dalam konteks ibadah, feqah dan amalan amalan seharian dalam kehidupan seorang Islam.
Kita tidak akan tahu mengapa begini dan begitu jika kita tidak membaca, tidak menelusuri sejarah! Sebagai contoh, amalan solat terawikh berjemaah tidak dilakukan dizaman Nabi saw, akan tetapi Saidina Umar alKhattab lah yg berijtihad dan berfatwa agar ia dilakukan secara berjemaah dengan 20 rakaat! Contoh lain, azan 2 kali tidak dilakukan ketika solat Jumaat, namun Saidina Uthman alAffan lah yg berijtihad dan berfatwa agar azan 2 kali dilaksanakan! Begitu juga soal doa qunut ketika solat Subuh, ia dilaksanakan oleh Saidina Umar alKhattab setiap kali solat Subuh!
Jika kita tidak merujuk sejarah, sejarah ijtihad dan fatwa, maka kita hilang makna perkaitan mengapa hukum dan kaedah amalan menjadi sedemikian rupa! Siapa kita untuk mempersoal ijtihad dan fatwa Saidina Umar alKhattab dan Saidina Uthman alAffan atau sahabat sahabat mahupun ulamak ulamak dan imam imam muktabar! Ilmu kita setakat mana dibandingkan dengan ilmu mereka semua! Tentunya mereka lebih mendalami dan memahami segala aspek berkaitan pengambilan hukum dan segala proses untuk sampai kepada ijtihad yang sedemikian rupa!
Amatlah dikhuatiri, kita tanpa sedar mempersoal dan meremeh ijtihad yang telah dibuat oleh semua para sahabat Nabi yang mulia malah ulamak muktabar, lalu memperkecilkan keupayaan mereka, gara gara kita tidak faham serta tidak mengetahui proses pengambilan hukum, lalu kita mencela, mempersoal fatwa dek terbawa bawa akibat kejahilan kita sendiri! Masyaallah! Berhati hatilah....
'Fas aluu ahlaz zikri in kuntum laa tak lamuun' Tanyalah kepada mereka yang lebih mengetahui jika kamu semua tidak tahu! Itulah firman Allah! Moga kita semua mendapat kebaikan dari nukilan ini! Wassalam!
Abu Iman
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment