Tuesday, January 31, 2012

Selesaikan masalah diri bersekali dengan jiwa/rohani!

Salam ukhuwwaah!


Jika diperhati, melalui berita di akhbar, radio dan tv banyak isu dan masalah tentang manusia yang timbul! Tidak perlu dinyatakan apa? Namun ia tidak selesai dan tidak habis habis! Beberapa solusi diambil namun tidak menyelesaikan masalah secara jangka panjang! Mengapa? Ini kerana kebanyakan penyelesaian yang diambil tidak mengambil kira aspek rohani dan jiwa! Tidak menyelesaikan masalah rohani dan jiwa sekaligus! Ia hanya menyelesaikan masalah fizikal atau diselesaikan dengan cara memfokuskan kepada aspek fizikal, duniawi dan bukan ukhrawi!


Ramai yang sakit rohani sebenarnya! Ramai yang jiwa mereka sakit! Dan kesakitan ini tidak pernah diambil kira mahupun dipedulikan oleh empunya diri kerana siempunya diri tidak sedar bahawa jiwanya sakit! Aduh! Terlalu sakit jiwa hingga tidak sedar bahawa diri sendiri sedang mengalami kesakitan jiwa yang bersangatan (aku mengingatkan diriku sendiri!) Ada juga yang sedikit sedar bahawa jiwanya sakit namun tiada apa yang dilakukan! Hanya berfikiran bahawa ia hanya mainan hati yang biasa biasa sahaja! Malah ada yang mengubati jiwanya dengan indahnya 'pura pura' duniawi! Menghibur diri dengan mainan duniawi! Bersenang senang dan merasa terubat dengan nyanyian dan alunan muzik yang mengasyikkan konon untuk mengubati jiw yang lara! Walhal itu bukan ubatnya untuk jiwa yang sakit...itu malah menambah kesakitan, mengikis nur cahaya yang semakin kelam dalam jiwa! Ia hanya menambah hijab dalam hati...kita tidak sedar bahawa kita terus terusan memadam nur cahaya keimanan dalam hati dan jiwa dengan perkara perkara maksiat! Masyaallah!


Jika jiwa sakit, jika jiwa kebulur, 'kelaparan'...ubatnya ialah zikrullah, samada solat, zikir malah mengalunkan ayat ayat suci alQuran! Jika jiwa tidak tenteram, tidur yang tidak lena, malah merasakan tidur itu lama namun apabila bangun darinya, terasa letih sekali, hubungan sesama, samada dengan isteri, anak anak, rakan dan teman, ibu bapa dan keluarga menjadi buruk dan kacau bilau....itulah tanda jiwa yang sakit! Apabila diri tidak puas dengan dunia dan segala isinya, apabila harta yang ada itu tidak mampu mencukupi kehendak diri, apabila berbagai makanan, lauk pauk serta kelazatan yang pelbagai tidak mampu mengubat LARA dihati...itulah tanda jiwa yang sakit.


Apabila perangai dan sikap terus terusan melakukan kemaksiatan kepada Sang Pencipta, apabila tiada langsung rasa belas dan kasihan kepada orang yang lain mahupun orang miskin atau anak yatim, itulah juga tanda jiwa yang sakit! Apabila luputnya kasih sayang terhadap sesama insan, apabila kita mudah menuding jari salah sana dan sini, apabila kiat mengaib saudara sendiri, menyakiti teman dan sahabat, malah jiran tetangga, apabila kita gemar menuruti khabar2 berita yang belum tentu benar isi dan faktanya, apabila kita sukakan cerita gosip dan aib orang lain...itulah tanda jiwa sakit! Apabila kita merasakan hanya kita sahaja yang betul, orang lain semua tidak betul, seolah olah tiada langsung cebis kebaikan pada diri orang lain, itu juga tanda jiwa yang sakit! ..........Maka jika terjadi yang sedemikian itu, ubatilah jiwa yang sakit dengan zikrullah! Nescaya, jiwa yang kering kontang, jiwa yang kebuluran, akan subur kembali dengan zikrullah! Kembalilah kepada alQuran dan asSunnah Nabi saw. Insyaallah!!  


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: