Showing posts with label aplikasi. Show all posts
Showing posts with label aplikasi. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Kita sendiri yang menzalimi wahyuNYA

Salam ukhuwwah!

Kita zalim dan menzalimi diri sendiri apabila suatu dokumentasi@panduan@formula hebat@ubat segala penyakit fizikal dan rohani yang maha hebat tidak kita pedulikan. Kita memandang 'remeh' kepadanya! Tidak menghiraukannya. Hanya mempedulikan ia untuk tujuan tujuan tertentu sahaja! Itulah alQuran alKarim....wahyu Illahi yang kita pedulikan hanya untuk sekadar bacaan ketika ada kematian, ketika kenduri arwah, ketika ada majlis majlis tertentu! Kita menjadikan kalam Allah ini hanya sekadar bacaan, tidak bertadabbur dengannya. Tidak melaksanakan apa yang terkandung didalamnya! Ini amat menghairankan! Ia menghairankan kerana disaat kita umat Islam dilanda kehinaan, krisis moral dan akhlak yang berleluasa, dilanda penyakit jiwa dan rohani, dilanda fitnah yang pelbagai...kita menjauhkan diri dari alQuran dan asSunnah!

Tidakkah dalam khutbah terakhir Nabi saw, dikala haji wida'....'Aku tinggalkan buat kalian 2 perkara, yang jika kalian berpegang dengannya sekuat kuatnya (umpama mengigit sesuatu dengan gigi geraham)..kalian tidak akan sesat selama lamanya, iaitu alQuran dan asSunnah! Wahai kalian! Hentikan sengketa, kembalilah kepada alQuran dan asSunnah. Akui kesalahan masing masing, bukan menegakkan benang yang basah! Masing masing mempertahankan ego dan semangat kepuakan! Hentikanlah! Bersatulah! Atas nama apa sekalipun, diatas pentas politik, ekonomi, sosial, bangsa dan negara, kembalilah kepada alQuran dan asSunnah!

Terkadang kita terlalu mengingini kemenangan kepada golongan atau puak kita sendiri terutamanya dalam pentas demokrasi, kita tanpa sedar melewati segala batas yang ada! Menghina, mengkeji, mencela, suatu pihak yang lain hatta mereka adalah saudara seagama! Dimana contoh dakwah Islamiah kita! Jika pihak satu lagi benar melakukan kezaliman dan sebagainya, adalah menjadi amanah serta tanggungjawab untuk membetulkan mereka dengan berhikmah, dakwah bil hal! Bukan mengkeji mereka! Inilah yang kita telah gagal melakukan dengan sebaiknya! Jika segala daya usaha telah dilakukan, hendaklah bersikap kreatif dan mencari usaha lain untuk menyedarkan mereka! Jangan diharap hasil yang segera, kerana sifat dakwah bukan impak perubahan yang segera. Membina manusia dan insan bukanlah dalam jangka waktu yang singkat! Ia adalah suatu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran!

Alasan apa yang membenarkan kita mengkeji sesama sendiri! Menuduh dan menyebarkan fitnah sesama! Aduhai! Inilah kehinaan yang ditimpakan keatas umat Islam dek kerana kita terlalu longgar berpegang kepada kalamNya dan asSunnah! Inilah 'malaise of the ummah' atau kehinaan yang menimpa umat Islam! Masyaallah!

Setiap kita punya peranan, dan hendaklah kita melaksanakan peranan dan amanah yang terpikul dibahu dengan jalan sabar dan istiqamah! Jika diri itu betul, dan diri itu menjadi contoh kepada keluarganya, umpama sang suami yang melaksanakan tanggungjawab memimpin dan mendidik isteri dan anak anaknya, bayangkan jika ada 10, 100, 1000, 10000 mahupun sejuta suami yang masing masing menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, berdasarkan alQuran dan asSunnah, mengikuti jalan tarbiah yang dimodelkan oleh Nabi saw....tentunya melimpah kebaikan kepada umat Islam di Malaysia ini.

Sebaliknya, jika kita sibuk menuding jari ke sana sini, sampai bilapun masalah tidak akan selesai! Insyaallah! Jika kita seorang suami, laksanakan peranan sebaiknya, jika kita seorang anak, laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak! Jika kita seorang bapa, maka jalani amanah seorang bapa sebaik mungkin! Jangan menyangka bahawa jika Islam itu dicampur aduk dengan yang diperintah dan yang kita suka lakukan walhal tiada disuruh melakukan, ia akan membawa keberhasilan yang baik! Tidak mungkin! LEBIH MENGHAIRANKAN IALAH KITA TAGIH SYURGA ILLAHI dengan sikap kita yang sedemikian! Justeru, marilah kita sama sama berpegang kepada alQuran dan asSunnah! Kembalilah kepada kebenaran dan jalan yang lurus! Insyaallah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 16, 2012

Jika kalian melihat dari LUAR!

Salam ukhuwwah!


Jika kalian pernah bermusafir, keserata tempat di alam ini, samada ke luar negeri mahupun hanya didalam negeri sahaja, pasti akan kalian akan ketemu beberapa insiden yang menjengah hati nurani....ada sesetengah dari kita, yang membiarkan ia berlalu tanpa mengambil 'ibrah' mahupun pengajaran, yang pasti sikap sedemikian amat merugikan kerana 'ruh dan jiwa' musafir ialah untuk mengambil 'ibrah' dari titipan pengalaman yang dikutip disepanjang jalan musafir.....ada pula yang mengambil 'ibrah' dari laluan pengalaman yang ditempuhi, sesungguhnya, dia orang yang beruntung...kerana proses mengambil 'ibrah' ini penting agar proses hijrah diri atau memperbaiki diri dapat dilakukan secara terus menerus! Ingatlah, terkadang ALAM yang mengajar kita! Hanya sanya kita mahu atau tidak mengambil 'ibrah' dari pengalaman alam itu!


Ada banyak ibrah namun dalam sesi kali ini saya hanya mahu fokus kepada satu aspek 'ibrah' iaitu pengalaman menjadi Mukmin/Muslim yang bermusafir!


Persoalannya, pernahkah terfikir mengapa Islam tidak dihormati? Pernahkah terfikir mengapa orang bukan Islam memandang remeh kepada kita orang Islam? Pernahkah mengalami pengalaman bagaimana Islam itu diamalkan di daerah majoritinya bukan Islam! Jika persoalan persoalan ini tidak terlintas difikiran kalian, maka sebenarnya kalian perlu keluar dari kepompong sendiri, perlu melakukan explorasi di dunia lain, kelak kalian kan mengetahui pengalaman pengalaman itu! Kita sudah terlalu lama duduk dalam suasana sendiri, bergerak dalam kelompok sendiri sehingga kita tidak mampu melihat dari kacamata LUAR bagaimana kita ini!


Islam ini mudah....laksanakan apa yg disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang...memang sukar melakukan buat pertama kali kesemuanya yang diperintahkan, justeru perlu ada proses pentarbiahan diri, perlahan lahan buat mana yang mampu, dan semakin hari sentiasa dipertingkatkan. Ia dilakukan dengan proses mencari ilmu, menambah ilmu, memperkembangkan ilmu. Bukan melalui proses ikut ikutan semata mata dari mula hingga usia dan umur meningkat tua. Ingatlah bahawa wahyu pertama ialah gesaan yang kuat untuk menuntut ilmu, "iqra" iaitu "bacalah" sebanyak 3 kali! Betapa menuntut ilmu amat digesa! Jika sudah tahu, maka dalami lagi, ia perlu sentiasa berkembang! Jika malas membaca, maka hadiri majlis ilmu! Apapun tidak dapat tidak, perlu berusaha untuk belajar, terus membaca buku buku, kitab kitab dalam usaha pencerahan! Jika malas membaca, maka kejumudan akan melanda pemikiran dan itu membuahkan pemikiran dan tindakan yang jumud, tidak terbuka, lalu tentunya ia terpercik kepada orang lain. Hanya kerana kita bersikap dan berfikiran jumud, maka tindakan tindakan kita juga akan menjurus kepada perkara perkara yang jumud dan pada wkatu yang sama orang lain juga 'terpengaruh' dengan kejumudan kita! Ditambah pula kesukaan kita untuk melahirkan idea dan pendapat kejumudan melalui laman sosial seperti Facebook dan sebagainya, lalu dibaca oleh orang lain, tentunya asimilasi kejumudan itu merebak kepada orang lain. Secara tidak langsung, kita memulakan proses secara tidak disedari untuk menjebak orang lain untuk turut sama jumud, sejumud fikiran kita! Disinilah masalahnya!


Oleh itu, perlu sentiasa berlaku proses pencerahan melalui tarbiah diri dengan ilmu! Dalami konsep yang sedia ada difahami, galilah ia didalam rujukan rujukan, didalam kitab kitab "MUKTABAR" yakni kitab kitab atau buku buku yang sahih! Tidaklah maksud saya hanya semata mata belajar melalui buku sahaja kerana ia juga konsep yang sempit dalam proses menuntut ilmu! Perlu juga berguru, 'fas aluu ahlaz zikri in kuntum laa taklamun'...tanyalah orang yang tahu jika kamu tidak tahu...tanya dahulu, sahkan dahulu baru buat! Bukan buat dahulu kemudian muncul 'tidak pasti' lalu bertanya!....


Justeru, apabila bermusafir, maka akan terjadi proses proses praktikal amalan dan ibadah di sepanjang musafir, maka lakukanlah dengan ilmu, bukan membabi buta! Pada waktu yang sama, kalian akan mengalami dan mendapati perbezaan perbezaan perlaksanaan, maka disitu akan timbul persoalan persoalan! Segala persoalan ini perlu pencerahan, boleh sahaja dirujuk kepada yang pakar, ilmuwan atau merujuk kitab kitab muktabar! Saat itu, kalian akan memahami bahawa bukan hanya kita malah orang lain melakukan dengan kaedah dan cara tersendiri, mesti ada hujjah, mesti ada dalil, mesti ada nas! Disitulah lahir pemahaman, lalu pertentangan pendapat dapat dilayan dengan sebaik dan seadilnya. Kita bina jambatan dan duduk dijalan yang tengah! Itulah wassatiyyah namanya! Maka, rajin rajinlah melihat dari luar berbanding terkongkong dalam dunia sendiri! Insyaallah!!!