Salam Ukhuwwah.......
Kita semua perlukan satu sama lain, perlu mendorong satu sama lain, perlu sokongan antara satu sama lain...tidak mungkin sendirian, tidak mungkin berseorangan dlm menghadapi cabaran hidup. Jika sendirian maka kekuatan dalaman, kekuatan emosi dan fizikal, rohani dan jiwa akan luntur, hanyut ditelan ombak kehidupan. Kita perlu ALLAH, kita perlu rakan dan teman serta sahabat! Bagaimana? Jagalah hubungan! Itulah kaedah mencapai kekuatan!
Menjaga hubungan adalah sumber kekuatan yg selalunya tidak kita sedari, hubungan dgn Sang Pencipta, kerana Dialah sumber kekuatan kita. Hubungan sesama, antara teman, rakan taulan, sahabat malah adik beradik, suami isteri...itu juga merupakan sumber kekuatan dalaman yang menjana semangat dan menaikkan moral serta motivasi.
Sedari atau tidak, membawa diri hadir ke seruan berjemaah, lalu berdiri bersama sama para jemaah yg lain dalam eksplorasi diri bermunajat kepada Sang Pencipta adalah sumber kekuatan dalaman yg membina motivasi, meningkatkan kasih sayang, menyuburkan persaudaraan dan menjana perpaduan sesama. Hati terpaut, kasih sayang terjalin dalam satu takbir, satu kalimah, satu rukuk, satu sujud dan satu salam.....itulah punca dan sumber kekuatan jemaah dan persaudaraan Islam. Justeru, teroboslah diri, pujuklah hati agar sentiasa menyatukan kasih sayang dan perpaduan serta persaudaraan di setiap ketika tiba waktunya tiba, samada di rumah rumah Allah mahupun dalam perjalanan. Serulah keluarga, anak beranak dalam eksplorasi diri munajat kepada Illahi.
Jika inginkan mahabbah antara suami isteri serta anak anak....lakukanlah solat berjemaah secara istiqamah!...kelak kalian kan mendapati bahawa, kehidupan kan lebih tenang dan tenteram, masalah dunia kan sedikit demi sedikit kan menjauhi! Bahagia kan mendatangi kalian!.....beratnya amanah kehidupan yang dipikul, akan Allah ringankan! Ia mampu merungkai masalah kehidupan, ia membina sahsiah, ia mendidik sifat dan akhlak, ia mentarbiah jiwa seluruh ahli keluarga!
Kalian kan mendapati bahawa, lebih banyak senyuman kan terukir dibibir mulut seluruh ahli keluarga berbanding muka yang masam dan bengis penuh amarah! Kalian juga kan mendapati, kesejahteraan mendatangi kehidupan, kebahagiaan kan singgah lebih lama di dalam hidup berbanding kesengsaraan! Manakala, kesengsaraan kan bingkas bangun menjauhi kehidupan kalian.....solatlah berjemaah! Istiqamahlah! Perbanyak yang solat sunat yang sunnah, perbanyak membaca al-Quran!....nescaya kalian kan mendapati bahawa tiada yang lebih baik dari dunia dan isinya, melainkan imbalan imbalan yang diperoleh walau ia sama sekali tidak kelihatan kerana ia bukan berupa wang dan harta........akan tetapi suatu rasa, suatu kehidupan yang cukup, kerana DIA mencukupkan buatku dan kalian semua!
Insyaallah! Ameen!
No comments:
Post a Comment