Salam ukhuwwah!
Aku telah belajar berpuasa sejak umurku 7 tahun, iaitu darjah 1! Awal tu! Mungking ada orang lain lagi awal! Ini pasal pendedahan dan pendidikan!
Apabila tiba penghujung Syaaban! Hatiku sudah mula bergolak! Kalau Nenek ngan Atuk mula puasa berturut turut 3 hari jer, aku dah tahu, ni nak masuk bulan Ramadhan! Adoiii! Tengok mak 'set' makan malam time maghrib, aku dah tahu, ni nak masuk Ramadhan!
Bukan apa! Kalau boleh mahu sahaja aku hentikan masa agar tidak bergerak! Aku tak mahu puasa! Aduiii! Kena berlapar la pulak! Dahaga lagi! Lapar lagi! Tidur tak cukup dah kena bangun sahur la pulak! Malam malam kena solat banyak rakaat! Jenuh tu...kemudiannya aku tahu, tu namanya solat tarawikh! Jam 4.30 pagi kena bangun...Mata duk mengantuk, mana selera nak makan! Itu yang aku cakap kat mak! Kalau tak makan nanti lapar la pulak! Kalau tak minum banyak, nanti dahaga! "Mak! Kalau minum banyak pun tak guna juga, kejap lagi keluar la tu, jadi air kencing!"ujarku kat mak!... Alaa mak, tak nak la puasa! Mak jawab "kena puasa, abah suruh! Nabi suruh! Allah suka orang puasa!" "Alaa...susahla macam ni! Matila kalau puasa, tak leh makan minum!" Itu ujarku! Nenek dan mak terus terusan memujuk dan cuba 'conditioning' mindset!
Dulu aku tidak tahu hikmah puasa! Rupa rupanya, indahnya bila berpuasa! Ia antara kita dengan Allah! Tiada siapa tahu kecuali Allah, orang lain tak tahu kita puasa atau tidak kecuali kita yang beritahu atau orang nampak perbuatan kita yang tak puasa tu! Sebab itu ia indah! Nak tahu kita ni macam mana dengan Allah, maka cubalah berpuasa! Terutamanya puasa sunat Isnin-Khamis!
Dah la ia sunnah Nabi, ia juga adalah saat manis hamba dengan Khaliqnya!...sebab ia melibatkan urusan hati antara kita! Ia rahsia kita dengan Maha Pencipta! Kalau nak tahu kita ni, tahap betapa ikhlasnya kita dengan Allah ialah dengan berpuasa! Terutamanya puasa sunat Isnin-Khamis! Kenapa? Sebab masa tu orang lain tak puasa! Silap gaya kita jer yang puasa!
Bila kita jer yang puasa, ia benar benar menguji! Ia ujian keikhlasan kita kepadaNya, ketahanan dan kesabaran menahan diri! Puasa Ramadhan pula lebih berkat penuh dengan segala pahala dan janji janji Allah, ada seribu bulan didalamnya...semua orang berpuasa ketika itu, ramai juga yang tak puasa, kalau budak budak tidak mengapa, ini orang tua pun tak puasa! Hahahaha!
Dulu masa kecil, aku tak suka puasa sebab aku tak faham kenapa kena puasa! Tapi bila aku tahu bahawa berpuasa ini umpama kisah cinta seorang hamba dengan Maha Pencipta, maka aku semakin suka berpuasa! Bukan nak kena puasa tiap tiap hari pun....isnin khamis jer, lagi pun, kalau buat secara jemaah lagi best! Suami temankan isterinya berpuasa! Apapun hendaklah niat puasa itu kerana Allah! Kalau puasa sebab nak temankan isteri@suami, itu sia sia!
Ketahuilah isi hati kita sebagai hamba Allah dengan berpuasa! Jika tidak, kita takkan tahu isihati sendiri walaupun kita rasa kita tahu isi hati kita!
Latih lah diri, melembutkan hati dan jiwa melalui puasa sambil berzikir! Tatkala kita berpuasa, akan kalian merasai perasaan syahdu, sayu diselang seli perasaan lapar, lalu timbul persoalan didalam hati, "tidak mengapa aku lapar sedikit...Allah tahu aku berpuasa...tentu ia membawa banyak kebaikan buat diriku, sedangkan Nabi saw, manusia terpuji dan yang dijanjikan syurga itupun turut berpuasa Isnin-Khamis...kenapa tidak AKU umatnya!"
Jangan bimbang, Allah tidak perlukan pun puasa kita! Allah tidak berkehendak pun dengan puasa kita! Allah hanya nak tahu kita sanggup atau tidak melaksanakan ibadah kerana DIA! Allah mahu tahu adakah kita benar benar ikhlas sebagai hambaNYA, Allah mahu kita dekat dengan DIA, dan Allah mahu memberi segala kebaikan untuk kita melalui puasa! Maka, marilah kita berpuasa sunat agar kita tahu ISIHATI kita! Insyaallah ameen!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment