Monday, January 16, 2012

Mengapa kita tidak mendapat Rahmat Allah-2

Salam ukhuwwah!


Perbezaan orang Islam dan kafir ialah soal keislaman! Beriman@tidak! Mengakui Allah sebagai tuhan@ilah! Dan sebaliknya!


Dalam konteks lain ia bermaksud 'pengetahuan' dan 'perbuatan'...spt mana yang dikatakan oleh Syed Qutb, bahawa pengetahuan itu mengenal siapa tuhannya, apa perintahnya, tahu carta menuruti perintahNya, mana yang disukaiNya mana yang tidak! Dan 'perbuatan' itu selari dengan 'pengetahuan' yang dimiliki seseorang itu!


Cuba kalian renungkan sebentar persoalan persoalan yang saya utarakan ini:


1. Kita ada formula luarbiasa buat mengatasi permasalahan hidup dan penyelesaian terbentang luas dihadapan kita, namun, kita membiarkan ia, malah tidak ambil peduli! Bagaimana kalian rasa?


2. Alquran yang diwahyukan, khas untuk mereka yang beriman kepadaNya, dilupakan, tidak diselongkar isi kandungannya, malah apa apa yang disarankan didalamnya, langsung tidak dipedulikan...atau mengambil mana yang disenangi oleh diri dan meninggalkan sebahagian yang lain! Adakah cara begini boleh mengundang Rahmat Allah?


3. Kita melayani AlQuran sama seperti bagaimana orang bukan Islam melayani...tidak memahaminya, mempelajarinya, mengambil ibrah, bertadabbur dengan AlQuran walhal ia datang terus dari Sang Khaliq! Jenis manusia apa kita ini! Keimanan yang sebagaimana kita ini? Adakah ini mengundang Rahmat Allah?


4. Kita akui Nabi saw adalah utusanNya, namun kita tidak menjadikan dia contoh kehidupan...kita hanya ikut dan mencontohi mana yang kita suka sahaja, selainnya tidak sama sekali! Orang mencela, kita membalasnya dengan celaan juga, walhal Nabi saw menyarankan supaya kita membalas kejahatan dengan kebaikan! Orang memaki kita malah melebihi makian, orang menghina, kita juga membalas dengan penghinaan juga! Orang celupar, kita juga turut celupar! Orang memfitnah, kita tidak mampu bersabar dengan fitnah itu, malah kita hilang sabar, marah dan bengang, lalu kita memfitnahnya kembali, mencari segala aib yang ada dan menjatuhkan maruahnya dengan membuka aib teman kita itu! Adakah itu juga mengundang Rahmat Illahi?


5. Kita diajar dan diberitahu bahawa solat berjemaah itu 27 kali ganda besar pahalanya, tapi kita sering seronok solat sendirian, menjauhi masjid dan surau atas pelbagai alasan remeh! Atas alasan politik dan sebagainya, malah atas alasan tidak menyukai Imam atau seseorang di masjid dan surau itu lalu itu menjadi halangan untuk kita pergi ke masjid berjemaah! Perlu diingat, kita ke masjid bukan kerana manusia, tapi kerana Allah! Jadi pedulikan bisikan hati dan nafsu berkaitan isu isu remeh itu! Adakah ini juga mengundang Rahmat Illahi?


Bukanlah niat saya mengecam sidang pembaca apabila mengutarakan persoalan persoalan di atas. Malah ada banyak persoalan persoalan lain yang akan saya nyatakan kemudian nanti! Begitu juga, tiada niatnya saya menunjukkan bahawa saya lebih baik dari kalian...ini peringatan buat diri dan kalian semua!


Isu ini mengajak kita semua berfikir sejenak....merenung jauh ke dalam hati, menilai kembali segala tindakan kita....mungkin pernah kita 'terlaung2, terjerit' bersorak sana sini, lalu mengungkap...."Marilah kita banteras kebejatan ini", "mari kita semua bersatu demi Islam","sedarlah dan insaflah wahai umat Islam"....disebalik semua laungan, saranan yang pelbagai, nasib kita tetap tidak berubah! Mengapa??


Hanya ada satu jawapan! Kita tidak membetulkan diri sendiri-dalam aspek keimanan, kepercayaan, pemikiran, pengetahuan, perbuatan dan tingkah laku....mana mungkin RahmatNya akan turun kepada kita jika apa yang disarankan olehNya dan utusanNya tidak kita laksanakan! Berapa banyak laungan sekalipun, berapa banyak jeritan sekalipun....jika tidak kita perbetulkan diri, sampai bila kita akan terus terusan begini! Masyaallah! Insyaallah dan ameen!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum encik Alwi saya nak pendapat encik tentang sesuatu. mungkin topik ini tak brapa penting bg sesetangah orang tp pd saya ada sedikit sangkutan dengan tulisan encik kali ini...

situasinya terjadi bila seorang pemegang ijazah ditawarkan pekerjaan yang hanya memerlukan kelulusan SPM. ramai yang menasihatkan "sembunyikan ijazah tu sbb 99% tak akan dapat kerja tu kalau diorang tau u ada degree" atau " kita sembunyikan bukan niat nak tipu tapi niat nak dapatkan keje tu" - dalam situasi ini ind. tsbt berada dalam persimpangan antara akidah yang mentauhidkan Allah (percaya semua yg ada ilik Allah yg satu) dan keperluan dunia yang menghimpit... persoalan saya bukankah Allah tahu bila hambaNYA bohong? bukankah rezeki itu ketentuan Allah? bukankah kita beriman bahawa Allah pemilik rezeki d langit dan bumi? bukankah tidak berkat rezeki yg diperoleh dgn berbohong? sy keliru encik... (F.I.Y ms awal interview penemuduga dah cakap "jangan nak sembunyikan status pendidikan kamu dr kami" awalnya memang tak nak cakap tp dalam hati terfikir "adakah Tuhanku tak tahu kalau aku berbohong? aku yakin bahawa Tuhanku yang bakal menentukan segalanya tapi aku takut desakan hidup akan menjadikan aku hambaNYA yang kufur pada nikmat") minta pencerahan encik sbb suami sy pun marah bila tau saya cakap lurus tanpa selindung. spatutnya sy tak payah cakap sy ada degree dan buat2 tak penah masuk U (pendapat ramai org yg dah ada pengalaman interview ngan gomen)...

Alwi Mohd Yunus said...

Waalaikumsalam....

Sdra/i dalam Islam...

Anda keliru kerana anda dalam dilemma bukan!

ada beberapa pilihan, pertama, declare ijazah anda.

jika itu memberatkan diri dan menyebabkan 'musibah' yakni, berlaku masalah rumahtangga, tiada pendapatan dsb, biarkan sahaja sehingga ketemu pekerjaan lain, maksudnya ialah carilah pekerjaan yang lain yang setaraf dengan kelayakan!

...ketahuilah, zaman sekarang penuh cabaran dan dugaan, ia umpama suatu darurat untuk memperoleh pekerjaan yang lain, kerana ia sangat sukar, untuk itu, serahkan ia kepada Allah, ada gelisah kerana hati kecil kita merasa telah membohongi majikan! namun perlu berazam didalam hati agar berusaha memperoleh pekerjaan lain!

Perhatikan juga kehidupan kita selama ini, adakan anda rasa diberkati atau tidak, periksa lena tidurmu atau tidak, khusyuk solatmu atau tidak, periksa juga adakah pendapatan sekarang mencukupi memenuhi keperluan asas atau tidak, jika pendapatan tidak berkat, ia sentiasa tidak mencukupi apatah lagi ia mengganggu hidup, mengganggu tidur (tidak lena dsb) mengganggu hubungan, hidup menjadi tidak tenteram, yg sedikit tapi berkat ia cukup dan lebih bermakna berbanding yang banyak tp tiada keberkatan.....maksudnya, yg sedikit tp berkat, jika memberi makan, ia merata, ramai orang boleh merasa!

apapun, tepuk dada tanya iman dan hati! ini yang mampu sy jawab....sy bukan ahli feqah, namun sy akan cuba dapatkan maklumbalas dr teman sy surah ahli feqah dari universiti madinah!insyaallah

Alwi Mohd Yunus said...

Sy telah cuba merujuk beberapa rujukan, berdasarkan kaedah usul fiqh, jika tidak silap saya, kes yg anda nyatakan itu, tak de masalah, ok, kalaupun dihukum ianya hanya hukum wadh'ie...yg tak boleh ialah ada sijil SPM tp declare ada degree! Yg itu pembohongan yg nyata! Wallahua'alam...ia juga telah disahkan sebegitu oleh adik sy, di fakulti syariah UDM

Anonymous said...

Assalamualaikum, terima kasih atas respon dari encik alwi. sy sgt hargai.
prinsip saya ilah sentiasa cakap betul bukan pasal saya bagus atau baik tapi saya malas nak cari alasan demi alasan untuk bohong. selain itu hati saya juga tak akan tenang kalau bohong dan sepanjang buat kerja akan rasa berdosa.
interview sy semalam (17/01/2012) sebagai pembantu makmal. sy declare ijazah saya sebab penemuduga suruh jujur - boleh je sy nak sembunyi sebab ada candidate yang tipu lebih dr tu sampai mengada2xkan situasi yg takde (sdg belajar dlm sem.5 di sebuah institusi tp ckp hidup susah tak mampu sambung blajar dan jual sayur kat pasar padahal katanya (pd sy slps interview)dia sebenarnya tak penah jual apa2x)tapi hati saya cakap "selama ni mulut lafaz aku yakin Allah dah tentukan rezeki, hati juga setuju, jadi kena tunjuk pula dengan perlakuan"... masalah timbul lepas interview.. tiba2x sy jd takut kalau nanti tak dapayt keje ni pasal sy declare ada degree ditambah pula asakan dari org sekeliling yg cakap kenapa sy buat gitu seolah2x sy menutup peluang sendiri kan dah tau kalau apply guna spm yg ada degree automatik tak dapat- ya.. masalahnya ialah masyarakat termasuk keluarga terdekat. itu yg buatkan sy tersepit antara buat apa yg Allah suruh tp org tak suka dan sy tinggal sendirian atau sebaliknya. selama ni hidup sy sgt ok. semua keperluan asas terpenuhi - sy tetap makan dan mampu menutup aurat walau baju tak mewah, ada rumah kecil yang sgt selesa, ada kereta yg boleh bw ke sana ke mari walau kereta tua dan kecil buat kami 5 beranak tapi jarang sekali rosak.. gaji bersih suami tak sampai rm900.00 tp boleh pulak memberi sedikit kpd org lain tanpa rasa ragu.anak2x pula hanya sakit2x ringan yang tak perlu bawa ke klinik pun.. cuma tahun ini anak2x sdh mula masuk ke TASKA sebab sy nak cari kerja dgn serius. itu yg buat sy terdesak nak kerja untuk dapatkan duit sebab takut tak mampu beli pampers, susu, dan bayar TASKA. mungkin sy terlalu takut akan masa depan yang belum berlaku . setakat ni semua masih cukup...
terima kasih encik Alwi.. sy lega.. dan yakin dgn apa yg sy buat. jawapan dari encik alwi banyak membantu.. saya akan usaha lagi, cari lagi kerja, sampai rezeki yg tertulis buat sy ada depan mata - prinsip sy tetap akan sama 'cakap yg betul'. minta tolong doakan saya kerana encik pernah jadi guru sy d UiTM. jasamu dikenang