Salam ukhuwwah!
Jika kita lihat keadaan umat Islam pada hari ini, kalian akan melihat betapa rapuhnya kesatuan umat. Ia umpama barah yang menimpa umat Islam, tidak pernah sembuh malah semakin membarah dalam kehidupan umat Islam. Kita berpecah antara satu sama lain. Kita bermusuhan, berbeza pendapat dan memutuskan hubungan antara satu sama lain. Ini ditambah pula dengan wujudnya laman sesawang dan laman sosial seperti Facebook, MySpace, blog dan lain lain lagi menyebabkan proses komunikasi menjadi lebih pesat dan pantas lantas membuatkan fitnah berleluasa dengan pantas. Ini memberi kesan komunikasi sesama apabila aspek akhlak, adab dan moral, dalam hubungan sesama tidak diberi perhatian. Seolah olah kita umat Islam hari ini sudah terputus rahmat Illahi, hatta dalam berbagai senario kita berbalahan antara satu sama lain. Ada bermacam sebab mengapa kita tidak mendapat rahmat Allah. Namun ingin saya nyatakan dahulu, apa maksud tidak mendapat rahmat Allah!
Umat Islam tidak mendapat rahmat Allah dalam keadaan dimana:
1. Islam agama penyatuan, solat berjemaah, solat Jumaat, berihram dan tawaf adalah antara manifestasi kesatuan ummah, namun, peliknya, sehingga hari ini kita masih 'berpecah', tidak sependapat hatta sehingga perkara perkara yang sekecil kecilnya!
2. Kita mengata sesama sendiri, menyindir, menghina, mengutuk, menuduh satu sama lain, kita 'bermain' fitnah antara satu sama lain...saling berbalas balas kata antara kedua pihak, malah 'permainan' ini dimainkan dengan watak berbeza, tahap berbeza, walhal masing masing mengaku beriman, muslim, solat, berzakah, dan sebagainya!
3. Kita tidak dihormati oleh orang lain, bangsa lain, oleh orang kafir. Maruah kita diinjak injak. Kita 'menunduk' dengan mereka. Mereka pula mempermainkan kita. Kita hilang maruah, kemuliaan, penghormatan, malah hilang jati diri!
4. Antara menjadi seorang Islam(muslim) dan kafir, tiada apa yang membezakan antara kita dan mereka. Perangai, sikap, kelakuan, gaya hidup, pakaian malah tutur kata kita hampir sama! Seolah olah tiada bezanya menjadi seorang islam mahupun kafir! Kita masih tercangak di kedai kedai, restoran restoran, saat masuknya waktu solat, malah kita seperti tiada rasa 'urgency' untuk menunaikan tanggungjawab kepadaNya lalu menuruti perintahNya. Kita utamakan perkara lain, mendahulukan yang kita akan tinggalkan dan meninggalkan yang akan pasti kita bawa!
bersambung.....! perlu seketika utk merehatkan minda!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment