Monday, May 16, 2011

Terimakasih Cikgu.....!

Assalam all....


bagiku setiap hari adalah Hari GURU, begitu jua setiap hari adalah Hari Ibu dan Bapa.......
terimakasih kepada mereka semua......tak terhingga dan tak terucap dgn kata......


sekadar ucapan tidak memadai tapi perlu.....
mengenang sambil duduk senang lenang juga bukanlah satu penghargaan yg sewajarnya.....


utamanya ialah untuk kita beramal dengan segala ilmu yg dicurahkan.....segala pengalaman yg dikutip sepanjang perjalanan kehidupan samada disekolah, di menara gading mahupun dimana jua....


harus diingat bahawa...sesiapapun ialah guru kita asalkan ada sesuatu yg kita pelajari dari susuk itu......


aku lebih menyukai jika Hari Guru ini...kita kan mampu untuk menterjemah segala kebaikan dan menebarkan ia ke serata alam sebagai usaha kebaikan yang berterusan....


sedih sekali jika kita menjadi insan yg sentiasa melewati batas dalam apa jua keadaan sekalipun, hatta pengajaran dan pendidikan guru guru kita terdahulu umpama tidak bermakna dan berbekas sama sekali.....


binalah keberkatan dari ilmu yg diperoleh dengan mengamalkannya dalam kehidupan....lalu itu aku fikir kejayaan yg sangat bererti buat para guru kita..... 


terimakasih semua wahai guruku dan ibubapaku (kerana mereka jua adalah guruku).........moga syurga menjadi balasan untuk kalian semua


ku ungkapkan kata kata yg ku kutip dari blog rakan dan sahabatku...sdra TEMBAKAU:


terimakasih kepada mereka yang bertanggungjawab memberikan kami ajaran yang cukup untuk kami yang kurang ajar ketika itu. memberi kami faham akan nilai untuk menjadi insan. memberi kami peluang untuk menyelami ilmu. dan juga, memberi kepercayaan kepada kami akan diri sendiri. semoga syurga untukmu, wahai guru sekalian, walaupun kami tahu yang pencarian itu tidak akan sempurna hingga ke akhir usia kami nanti.


terimakasih Ustaz Suhot (arwah), Ustaz Ramli, Ustaz Zawahir, Ustaz Hasan, Us Amin, Us Zahidan, Ustaz2 dan Ustazah2 yg lain, Ustazah Solehah, Cikgu Anita Azlina Yahya, Cikgu Romlah Hamid, Cikgu Samsudin, Cikgu Fatimah, Cikgu Mat Sahuri, Cikgu Anuar, Cikgu Zaini, Cikgu Mustapa Kamal Yunus, Cikgu Saifuddin, Cikgu Halim, Ciikgu Miskiah, Cikgu (ngajar Bahasa Melayu di Gunung Rapat-xingat dah nama), Cikgu Hood, Cikgu Ghani, dan semua Cikgu2  yang pernah memberi "sentuhan ajaib" dalam hidupku......terimakasih kalian semua

1 comment:

jihan rashid said...

terima kasih cikgu...setuju dengan abg alwi yang semua yang mengajar kita adalah cikgu..begitu juga ibu bapa kita dan kebetulan ayah saya juga seorang GURU...selamat hari guru..terima kasih cikgu..