Ada suatu cerita sejarah, saat Aisyah r.a difitnah, oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, tokoh kaum munafik di Madinah, bahawa Aisyah r.a telah melakukan perbuatan 'serong'...Umar alKhattab r.a telah mencadangkan kepada Nabi saw, "Wahai Rasulullah, suruh Ubbad bin Busyr untuk membunuhnya (Abdullah bin Ubai bin Salul)". Rasulullah saw menjawab "Bagaimana nanti kalau orang mengatakan bahawa Muhammad membunuh sahabatnya? Bersabarlah, kita lihat sahaja nanti". Lalu tidak lama kemudian turun ayat (An Nur, 24:11-16)-sila rujuk ayat alQuran tersebut.
Lihatlah sikap Rasulullah terhadap para pemfitnahnya! Adakah kata kata fitnah dilayan dengan kata kata buruk? Lihat kita pada hari ini! Bagaimana kita meladeni sikap pembuat fitnah dan penyebar fitnah! Contohi Rasulullah saw! Contohi para sahabatnya dalam usaha kita menempuhi kehidupan ini! Masyaallah!
No comments:
Post a Comment