Showing posts with label hubungan. Show all posts
Showing posts with label hubungan. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Ini perang yg satu lagi...Siri 4:Bila lagi? Inilah tikanya!

IMG-20120728-00007.jpgIMG-20120728-00008.jpgSalam ukhuwwah!

Benarlah! Sesiapa ikut pilihan pilihan yang ditentukan Allah swt...dia akan menerima syahadah daripada Allah, pengakuan daripada Allah, radiallahu anhum waradhuu anh! Allah redha kepada mereka dan mereka ialah orang orang yang mendapat redhaNya! Rujuk Surah at Taubah ayat 100.




وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
And the first to lead the way , of the Muha ' jirin and the Ansar , and those who followed them in goodness Allah is well pleased with them and they are well pleased with Him and He hath made ready for them Gardens underneath which rivers flow , wherein they will abide for ever . That is the supreme triumph .

Secara umumnya, mudah sebenarnya formula untuk mendapat redha Illahi...formula ringkasnya ialah "ikuti apa yang Allah suruh buat, tinggal apa yang dilarang"... dalam konteks ayat at Taubah di atas...KITA SEMUA ikuti atau turuti jejak langkah para SAHABAT Nabi saw dengan kebaikan iman dan taqwa!



Pada Ramadhan yang mulia ini...inilah masa, saat dan tikanya! Saat nafsu lemah dan hilang kuasa, geraf IMAN meningkat mendadak....atau peluang untuk IMAN berkuasa sepenuhnya ke atas nafsu...maka inilah saatnya kita meraih redha Illahi...jangan terlepas peluang ini! Tingkatkan amal...tadarus alQuran, kerjakan solat fardhu, terawih, taubah, tasbih, tahajjud dan sunat sunat yang lain, jangan pentingkan diri sendiri, dalam pada kita beribadah, kita juga diseru untuk menjalin ukhuwwah samada meningkatkan ukhuwwah sedia ada atau menjalin ukhuwwah yang baru...ajak rakan dan teman berbuka puasa mahupun bersahur bersama sama serta tazkirah sesama!Kalian kan temui keseronokan dan kebahagiaan dengan cara menyumbang usaha kearah membahagiakan orang lain! Seronok apabila kita boleh meningkatkan usaha agar perhubungan dan ukhuwwah menjadi lebih erat (maaf, saya bermaksud ukhuwwah yang syariah compliance, dan bukannya hubungan atau permainan cinta mahupun perasaan antara seorang lelaki dan perempuan bukan muhrim yang melewati batas syariah!!!!!). Persahabatan 'fillah' itu menjadi sandaran....kerana ia salah satu golongan yang menerima 'dzilluhu' atau naungan dariNYA di akhirat kelak! Mudah bukan! Hanya dengan mengekalkan dan menjalin ukhuwwah, Allah swt janjikan perlindunganNYA di akhirat kelak! Masyaallah!....justeru saat ini mengapa kita menjadi manusia yang mudah sahaja memutuskan perhubungan? Tidakkah dengan mengaibkan orang, menunjukkan buruk sesama, saling bercakaran dan berbahasan melewati batas itu adalah punca dan faktor ke arah memutuskan suatu perhubungan???? 


Pada waktu yang sama....tidakkah selama ini kita tercari cari kebahagiaan dalam hidup selama ini? Mengapa tidak kita usaha mencari kebahagiaan itu....kaedah dan cara telah terhidang didepan mata! Allah dan RasulNya telah menunjukkan jalan itu...ia juga dicontohi oleh mereka selepas Baginda Rasulullah saw! Mengapa kita masih tercari cari walhal ia ada didepan mata! Jangan jadi malas dan manja....gali khazanah ilmu, baca kisah kisah mereka! Contohi cara dan kehidupan mereka....pasti kalian kan temui kebahagiaan yang dicari selama ini! Amiin! Insyaallah!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 29, 2012

Aku, Kita, Mereka......!

Salam ukhuwwah!


Masa kecil ayah dan ibu telah meninggalkannya.....terpisah jauh dari kasih sayang ibu dan ayah....tiada harta mahupun adik beradik lain untuk menumpang kasih. Atuk yang dikasihi tempat menumpang kasih, tetapi itupun tidak lama. Lalu berpaut pula kepada bapa saudara yang bukanlah berada, malah serba serbinya sekadarnya sahaja, walhal bapa saudara yang lain kaya kaya belaka. 


Bayangkan emosi dan jiwa yang melanda kanak kanak kecil ini. Kekuatan itulah yang membina personaliti. Kekuatan jiwa dan emosi. Malah masih mampu berkasih sayang dengan semua orang walau dulu saat kecil tidak merasa! Kita bagaimana? Tidak terhenti saat itu sahaja. Saat cinta masih hangat membara, saat payung berteduh sangat ditagih tika perjuangan sangat sukar, dia yang dikasihi pula meninggalkan dia. Itulah Nabi saw yang kita kasihi! Sehingga digelar tahun itu tahun dukacita buat Baginda Nabi saw!


Cuba bandingkan...cuba selami jiwa Baginda saw! Kita bagaimana! Penuh kasih sayang ibu dan bapa tapi kita alpa menghargai mereka! Penuh perhatian dari sanak saudara, hidup sesama, bantu membantu, pabila telah senang mudah sahaja bersikap caca merba.....



 Remember, we all stumble, every one of us. That's why it's a comfort to go hand in hand. 
Emily Kimbrough





Jadilah insan yang menghargai nikmat Allah. Jadilah insan yang menghargai orang lain yang pernah membantu kita! Jadilah insan yang bersyukur! Jadilah insan yang menghargai peranan orang lain! Itulah persaudaraan Islam, saling bantu membantu, mengenang budi! Bukanlah insan yang dulu membantu mahukan balasan akan budi yang ditabur.......akan tetapi sekadar penghormatan, dan satu kemaafan jika ada khilaf sudah cukup sebagai balasan! Terkadang kita silap, maafkan kesilapan, terkadang kalian silap, maka kita juga memaafkan.....dengan yang lebih tua, hulurkan kemaafan, tundukkan keegoan! Jangan berasa betul sentiasa! Kelak akan binasa! Saat itu sudah terlewat untuk patah kembali, melainkan masa boleh diputar kembali!






Jangan biarkan salah sangka merapuh hubungan, mengesat kenangan, membakar jambatan kasih sayang.....jangan biarkan prinsip diri yang 'tidak berguna' (yang tanpa sedar kita amalkan) menjadi barah dalam perhubungan.....jadikan iman sebagai landasan, islam sebagai amalan dan ihsan sebagai hiasan dan suri kehidupan.....sesama kita kan bahagia!



 Assumptions are the termites of relationships. 
Henry Winkler



Aku berterimakasih kepada mereka yang hadir dalam kehidupanku......aku bersyukur kepadaMU Ya Rabb kerana membuat saat pertemuan itu suatu yang gemilang buatku...aku bersyukur dengan mereka yang memberi harapan buatku, aku berterimakasih kepada mereka yang memberi pelajaran kepadaku.......aku berterimakasih dengan pengalaman yang ku terima dari kalian....ia amat mahal bayarannya buat diriku........!


"Don't you ever regret knowing someone in your life; good people will give you happiness, bad people will give you experience and the worst people will give you lessons...The best people will give you sweet memories..."

Friday, March 23, 2012

Lebih memberi dari menerima....

Salam ukhuwwah!


Lewat pertemuan, kelmarin dengan Prof Dr. Muhaya dipejabatnya...keadaan agak sibuk. Pesakit ramai, manakala temu janji yang dijadualkan jam 11.30am terpaksa ditunda. Aku dan isteri menunggu sehingga jam 12.45, Prof Muhaya rupanya sedang melakukan pembedahan Lasik kepada pesakitnya....tidak mengapa!


Aku memahami dunia sibuk hidupnya sehari hari...paginya Prof Muhaya 'on air' di Ikim.fm...jam 11.30 am sudah kembali dari konti Ikim.fm, sampai di pejabatnya di Prince Court Medical Center, terus melakukan pembedahan Lasik kepada pesakitnya. Habis pembedahan dia menemui kami....raut wajah agak keletihan, mata kemerahan. Dia penat, aku faham!



"Maaf la, agak sibuk hari ini, you all terpaksa tunggu" ujarnya. "Maaf juga, sms tempohari lambat respon, saya hilang telefon, nombor tak cam, duk ingat2 siapa Sakinah nih......tapi lepas beberapa ketika, saya fikir, tak patut kecewakan orang" tambahnya lagi. Aku dan isteri hanya mengangguk angguk...kami simpati dan faham situasinya! "Rupa rupanya you all ker! Laa nape tak cakap awal awal...lama kita tak jumpa yer" katanya lagi. "Tak apa Prof...ingat dah lupa kat kami...apapun kami faham Prof sibuk!" ujar isteriku.


Lalu pertemuan itu dilangsung sebagaimana diharapkan...terungkap kata kata ini "kita hidup hari ini mengikut geraf kehidupan yang kita lakar dahulu...jika kita lakar geraf dengan baik, dan cemerlang...maka hari ini kehidupan akan baik dan cemerlang, begitulah sebaliknya...kita perlu lebih memberi berbanding menerima..."ujarnya. Prof Muhaya mengungkap demikian bersebab. Ia kerana isteri saya memberitahu beliau "Prof, saya ada add friend di fb Prof...sy Likes juga fan page.." Prof Muhaya jawab" eh..saya tak update fb saya hanya guna fan page saya..saya tak sempat nak jawab dan respon...banyak sangat"



Itulah insiden yang menyebabkan saya menukilkan LEBIH MEMBERI DARI MENERIMA....kita selalu lebih mahukan perhatian, lebih mahukan input lebih mahukan 'recognition' dari orang lain! Kita selalu lebih mahu tahu apa yang orang lain buat berbanding apa kita buat. Kita nak tahu apa yang orang lain dah sumbang berbanding apa yang kita sumbang....malah pada tahap yang ekstrem dan sudah menjadi budaya hari ini...kita lebih mahu mengkritik daripada mahu melakukan, kita lebih mahu mencari kesalahan berbanding melihat kebaikan, kita suka cari yang tak kena berbanding melihat apa yang kena. Kita lebih mahu untuk tidak suka sifulan dan tidak suka kepada kata kata sifulan berbanding melihat apa kebaikan yang ada pada sifulan dan menyukai sifulan...saya faham, semuanya adalah hak individu untuk suka atau tidak suka kepada sifulan, sesiapa sekalipun dia!


Apa yang ingin diutarakan dan ditekankan disini ialah, betapa kita ini lebih mahukan orang lain melakukan, berbuat sesuatu berbanding kita sendiri yang melakukan. Atau kita suka melihat apa yang tidak kena berbanding apa yang kena dimata kita! Mengapa? Jawabnya mudah, kita lebih suka menerima berbanding memberi! Dengan sebab kita lebih suka menerimalah maka kita merasa bebas tekanan dan bebas tanggungjawab lalu kita dengan mudahnya 'menunjuk kepada kesalahan@kesilapan orang lain'....cuba letakkan diri dalam keadaan memberi, tak kiralah apa yang diberi, samada sumbangan wang ringgit, khidmat tenaga, kepakaran, idea, fikiran, ungkapan dan sebagainya....cubalah letakkan diri dalam keadaan menyumbang....bukan terhad kepada keluarga terdekat akan tetapi kepada masyarakat kerana Allah...demi untuk ummah, demi untuk Islam. Cuba letakkan diri dalam keadaan berhabis masa tenaga, wang ringgit demi ummah! Cuba rasai nikmat melakukannya dan mengharapkan redhaNya.


Maaf kata, kalau setakat mencari apa yang tak kena, mana yang tidak betul...ia bukan sesuatu yang sukar. Tak perlu pergi sekolah, tak perlu pandai membaca pun, tak perlu masuk universiti, malah ia juga dilakukan oleh cerdik pandai, pakar itu ini....hampir semua orang boleh melakukannya...tak susah! Apa yang susah ialah menyumbang kebaikan kepada agama, berkorban demi agama! Ganjarannya syurga! Yang paling sukar sekali ialah mengubah DIRI SENDIRI.....


Nukilan ini inspirasi dari diskusi dengan Prof Dr Muhaya dan ceramah yang didengar pada malam ini oleh Sham Kamikaze!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. 

Tuesday, January 17, 2012

Kita sendiri yang menzalimi wahyuNYA

Salam ukhuwwah!

Kita zalim dan menzalimi diri sendiri apabila suatu dokumentasi@panduan@formula hebat@ubat segala penyakit fizikal dan rohani yang maha hebat tidak kita pedulikan. Kita memandang 'remeh' kepadanya! Tidak menghiraukannya. Hanya mempedulikan ia untuk tujuan tujuan tertentu sahaja! Itulah alQuran alKarim....wahyu Illahi yang kita pedulikan hanya untuk sekadar bacaan ketika ada kematian, ketika kenduri arwah, ketika ada majlis majlis tertentu! Kita menjadikan kalam Allah ini hanya sekadar bacaan, tidak bertadabbur dengannya. Tidak melaksanakan apa yang terkandung didalamnya! Ini amat menghairankan! Ia menghairankan kerana disaat kita umat Islam dilanda kehinaan, krisis moral dan akhlak yang berleluasa, dilanda penyakit jiwa dan rohani, dilanda fitnah yang pelbagai...kita menjauhkan diri dari alQuran dan asSunnah!

Tidakkah dalam khutbah terakhir Nabi saw, dikala haji wida'....'Aku tinggalkan buat kalian 2 perkara, yang jika kalian berpegang dengannya sekuat kuatnya (umpama mengigit sesuatu dengan gigi geraham)..kalian tidak akan sesat selama lamanya, iaitu alQuran dan asSunnah! Wahai kalian! Hentikan sengketa, kembalilah kepada alQuran dan asSunnah. Akui kesalahan masing masing, bukan menegakkan benang yang basah! Masing masing mempertahankan ego dan semangat kepuakan! Hentikanlah! Bersatulah! Atas nama apa sekalipun, diatas pentas politik, ekonomi, sosial, bangsa dan negara, kembalilah kepada alQuran dan asSunnah!

Terkadang kita terlalu mengingini kemenangan kepada golongan atau puak kita sendiri terutamanya dalam pentas demokrasi, kita tanpa sedar melewati segala batas yang ada! Menghina, mengkeji, mencela, suatu pihak yang lain hatta mereka adalah saudara seagama! Dimana contoh dakwah Islamiah kita! Jika pihak satu lagi benar melakukan kezaliman dan sebagainya, adalah menjadi amanah serta tanggungjawab untuk membetulkan mereka dengan berhikmah, dakwah bil hal! Bukan mengkeji mereka! Inilah yang kita telah gagal melakukan dengan sebaiknya! Jika segala daya usaha telah dilakukan, hendaklah bersikap kreatif dan mencari usaha lain untuk menyedarkan mereka! Jangan diharap hasil yang segera, kerana sifat dakwah bukan impak perubahan yang segera. Membina manusia dan insan bukanlah dalam jangka waktu yang singkat! Ia adalah suatu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran!

Alasan apa yang membenarkan kita mengkeji sesama sendiri! Menuduh dan menyebarkan fitnah sesama! Aduhai! Inilah kehinaan yang ditimpakan keatas umat Islam dek kerana kita terlalu longgar berpegang kepada kalamNya dan asSunnah! Inilah 'malaise of the ummah' atau kehinaan yang menimpa umat Islam! Masyaallah!

Setiap kita punya peranan, dan hendaklah kita melaksanakan peranan dan amanah yang terpikul dibahu dengan jalan sabar dan istiqamah! Jika diri itu betul, dan diri itu menjadi contoh kepada keluarganya, umpama sang suami yang melaksanakan tanggungjawab memimpin dan mendidik isteri dan anak anaknya, bayangkan jika ada 10, 100, 1000, 10000 mahupun sejuta suami yang masing masing menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, berdasarkan alQuran dan asSunnah, mengikuti jalan tarbiah yang dimodelkan oleh Nabi saw....tentunya melimpah kebaikan kepada umat Islam di Malaysia ini.

Sebaliknya, jika kita sibuk menuding jari ke sana sini, sampai bilapun masalah tidak akan selesai! Insyaallah! Jika kita seorang suami, laksanakan peranan sebaiknya, jika kita seorang anak, laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak! Jika kita seorang bapa, maka jalani amanah seorang bapa sebaik mungkin! Jangan menyangka bahawa jika Islam itu dicampur aduk dengan yang diperintah dan yang kita suka lakukan walhal tiada disuruh melakukan, ia akan membawa keberhasilan yang baik! Tidak mungkin! LEBIH MENGHAIRANKAN IALAH KITA TAGIH SYURGA ILLAHI dengan sikap kita yang sedemikian! Justeru, marilah kita sama sama berpegang kepada alQuran dan asSunnah! Kembalilah kepada kebenaran dan jalan yang lurus! Insyaallah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 14, 2012

Mengapa kita tidak mendapat RAHMAT Allah??

Salam ukhuwwah!

Jika kita lihat keadaan umat Islam pada hari ini, kalian akan melihat betapa rapuhnya kesatuan umat. Ia umpama barah yang menimpa umat Islam, tidak pernah sembuh malah semakin membarah dalam kehidupan umat Islam. Kita berpecah antara satu sama lain. Kita bermusuhan, berbeza pendapat dan memutuskan hubungan antara satu sama lain. Ini ditambah pula dengan wujudnya laman sesawang dan laman sosial seperti Facebook, MySpace, blog dan lain lain lagi menyebabkan proses komunikasi menjadi lebih pesat dan pantas lantas membuatkan fitnah berleluasa dengan pantas. Ini memberi kesan komunikasi sesama apabila aspek akhlak, adab dan moral, dalam hubungan sesama tidak diberi perhatian. Seolah olah kita umat Islam hari ini sudah terputus rahmat Illahi, hatta dalam berbagai senario kita berbalahan antara satu sama lain. Ada bermacam sebab mengapa kita tidak mendapat rahmat Allah. Namun ingin saya nyatakan dahulu, apa maksud tidak mendapat rahmat Allah!

Umat Islam tidak mendapat rahmat Allah dalam keadaan dimana:

1. Islam agama penyatuan, solat berjemaah, solat Jumaat, berihram dan tawaf adalah antara manifestasi kesatuan ummah, namun, peliknya, sehingga hari ini kita masih 'berpecah', tidak sependapat hatta sehingga perkara perkara yang sekecil kecilnya!

2. Kita mengata sesama sendiri, menyindir, menghina, mengutuk, menuduh satu sama lain, kita 'bermain' fitnah antara satu sama lain...saling berbalas balas kata antara kedua pihak, malah 'permainan' ini dimainkan dengan watak berbeza, tahap berbeza, walhal masing masing mengaku beriman, muslim, solat, berzakah, dan sebagainya!

3. Kita tidak dihormati oleh orang lain, bangsa lain, oleh orang kafir. Maruah kita diinjak injak. Kita 'menunduk' dengan mereka. Mereka pula mempermainkan kita. Kita hilang maruah, kemuliaan, penghormatan, malah hilang jati diri!

4. Antara menjadi seorang Islam(muslim) dan kafir, tiada apa yang membezakan antara kita dan mereka. Perangai, sikap, kelakuan, gaya hidup, pakaian malah tutur kata kita hampir sama! Seolah olah tiada bezanya menjadi seorang islam mahupun kafir! Kita masih tercangak di kedai kedai, restoran restoran, saat masuknya waktu solat, malah kita seperti tiada rasa 'urgency' untuk menunaikan tanggungjawab kepadaNya lalu menuruti perintahNya. Kita utamakan perkara lain, mendahulukan yang kita akan tinggalkan dan meninggalkan yang akan pasti kita bawa!

bersambung.....! perlu seketika utk merehatkan minda!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.