Salam ukhuwwah...
Tak penat ker bercakap tapi jenis percakapan yang diucap ialah mengata itu ini, mengata si A tak betul, si B tal betul....mengumpat itu ini, mengeji itu ini......tak penat ke kumpul dosa?? Dah banyak sangat ke pahala nak dibawa ke kubur?? Atas dasar apa sekalipun, atas dasar politik mahupun apa, kita tetap diharamkan memburukkan orang lain! Mengata orang lain, mengeji orang lain!
Saudara saudari yang saya kasihi sekalian.....saya merayu dan saya menyeru kalian........walau bagaimana kita marah sekalipun terhadap saudara kita, kawan kita, teman kita, jangan la sampai mengungkap nista dan cerca....walau bagaimana sekalipun kita susah disebabkan oleh perbuatan kawan, sahabat kita, jangan lah lepaskan peluang mendapat pahala yang berganda ganda dari Allah dengan mengata dan mencerca, malah mencanangkan keburukan kawan dan teman kita itu! Walhal, jika kita bersabar dengan bersungguh sungguh dalam kesusahan yang dihadapi dek kerana kawan dan teman kita, ganjaran Allah lebih besar dari segala galanya! Seahkan segala urusan kepada Allah, biarkan Allah yang menentukan yang terbaik untuk kita, saat kita dizalimi, lalu kita mengunci mulut, diam dan berdoa kepada Allah dengan segala doa yang membawa kebaikan kepada diri, ketahuilah kalian bahawa itu lebih bermakna dan lebih diberkati oleh Allah swt.
Tak penat ke buat pahala? Macam macam amal kita buat akan tetapi akhirnya pahala dari amalan yang kita kumpul seharian, mahupun bertahun tahun akhirnya kosong sebab kita mengata! Ini kerana apabila kita mengata, memaki, mengeji, mengeluarkan bahasa kotor dan kesat, terhadap orang lain maka segala amalan kita berpindah kepada orang yang kita kata. Ruginya! Akhirnya, seperti mana yang Allah ungkapkan, 'manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH!.....Allah suruh kita SENTIASA beriman dan beramal soleh, bukan beriman sekejap, kemudian apabila sesi mengeji dan mengumpat atau mengata orang berlangsung, ketika itu IMAN kita tiada??? Kalau ye pun iman ada turun naik, janganlah biarkan iman yang turun tu sampai "zero atau negatif"! Naya kalau gitu!
Tahukah kalian bahawa, jika kehidupan seharian kita adalah input input positif terhadap jiwa dan minda....tidakkah itu akan mendorong perlakuan positif?? Tidakkah jiwa akan menjadi lebih tenteram? Tidakkah minda menjadi lebih tenang? Sebenarnya, mengapa saya ungkapkan semua ini adalah kerana saya amat 'membenci' info dan maklumat negatif kerana ia sebenarnya menarik tenaga 'energy sucker'...saya lebih tenang dan damai jika menelusuri berita, maklumat, bahan bacaan yang 'energy giver'....namun semua itu tidak akan berlaku hanya jika saya sahaja yang sukakan sedemikian, kalian juga malah berperanan untuk menjadi positif, menjadikan dunia dan kehidupan ini lebih positif dan baik, tetang dan tenteram. Cukuplah kebejatan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, cukuplah kerosakan yang berlaku pada hari ini! Kita lah yang mengubahnya, justeru, berilah 'posting' yang positif didalam laman sosial seperti FB agar para pembaca tertarik kepada perkara perkara yang positif, langsung ia umpama magnet yang menarik orang lain agar bersikap positif juga!
No comments:
Post a Comment