Wednesday, September 12, 2012

Monolog diri buat ASASIANs!

Salam ukhuwwah buat warga ASASIANs...

Jujurnya aku merasa sangat terpanggil untuk menitip coretan ini buat kalian.


Tinggal 3 hari lagi, sekitar 72 jam lagi, 4320 minit dan segalanya yang diusahakan bersama teman teman dan sahabat akan bermula! Agenda besar buat WARGA ASASIANs....yang lalu diimbau kembali, yang bersejarah kan menjadi nostalgia, yang jatuh dan bangun kan dikenang, dan yang tekah pergi kan diingati.

Ia sejarah 24 tahun atau 29 tahun jika dilihat pada generasi yang ada. Ia usaha titik peluh dan keringat khidmat dan usaha tanpa bayaran. Allah jua yang akan mengimbal kemabli segala daya usaha dan sumbangan!

Tiada yang lebih bermakna melainkan suatu perkongsian dan persaudaraan yang menjadi jambatan kepada hubungan ukhuwwah! Ia tidak terperi nilainya bagi yang mengerti! Ia kemuncak kepuasan diri yang terhingga. Inilah seruanNya! bukan perkara main main, bukan sekadar keseronokkan yang mengujakan akan tetapi ukhuwwah yang didamba itu membangkit RASA yang hanya hati dan jiwa yang berpadu kan mengerti!

Boleh kuungkapkan bahawa "AKU PUAS" dengan cara sebegini! Bukan untuk diriku tetapi aku puas untuk kalian semua! Kita kan bertaut kembali, semarak jiwa kan mekar lagi! Itulah langkah mula yang kita sama sama daki dan turuni. Ia punya gagasan lebih besar dari apa yang kita mampu dan mengerti! Allah rahmati kami, ampuni kami, berkati kami! Pandulah kami dengan petunjuk dan hidayahMU agar perjalanan dan manifestasi kehidupan ini kan terus semarak dalam jiwa kami, agar perpaduan yang dicita kan terus mantap dan teguh dan agar segala yang mampu kami usahakan bersama kan terus berkesinambungan tanpa henti!

Ia pastinya tidak akan terhenti setakat ini..ia perlu terus dijulang. Gagasan ini akan rugi jika terus sepi, kenangan ini hanya tinggal kenangan tidak bererti jika ia mati di sini. Kita angkatkan noktah kepada


Allah dan RasulNya lah penyatu kita semua...kita bersatu atas dasar ukhuwwah dan persaudaraan! Ia jalinan kasih mesra sesama. Hati dan jiwa berpadu, kasih sayang sesama bertaut, persaudaraan dan ukhuwwah dijunjung. Kita bersama lagi, setelah 24 tahun berlalu pergi. Kita temui para pahlawan terbilang, para wira yang tidak didendang, para Ustaz, Ustazah dan Cikgu yang menjadikan KITA adalah KITA hari ini dengan izinNYA.

Tanpa mereka siapalah kita! Ayuh, mari kita penuhi kebahagiaan dijiwa dan hati dengan menjalin erat ukhuwwah agar ia menjadi suatu jambatan kita untuk memperoleh redhaNya! Moga moga usaha ini kan terus bersemarak dan berkesinambungan dimasa masa akan datang. Ayuh, sama sama kita gemparkan Saujana Utama pada tanggal 15 September ini!

Monday, September 10, 2012

Topeng itu palsu!

Salam ukhuwwah!

Topeng adalah manifestasi kepalsuan, penyembunyian hakikat sebenar dan dalam keadaan lain ia boleh berupa suatu 'permainan' yang menghiburkan! Dalam konteks untuk menghiburkan, tidak semestinya memakai topeng itu adalah kepalsuan! Manakala dalam kehidupan sebenar, ramai yang memakai topeng! Memalsukan dirinya sendiri! Kebenaran disorok, kepalsuan diolah seolah olah ia berupa suatu kebenaran dan hakikat sebenar! Akhirnya, diri menjadi lupa dek kerana lakonan yang dimainkan menjadi sebati dalam jiwa dan diri, lupa siapa dirinya yang sebenar!


Apabila susuk lupa siapa dirinya....susuk itu telah hilang 'sumber daya' yang mampu mendekatkan dirinya kepada Sang Khaliq. Justeru, jangan la memakai topeng kehidupan kerana ia palsu dan semakin menstrual jiwa dan hati dari nur Illahi...inilah penyakit 'wahm', 'hubbuddun yaa' yg melalaikan dan merugikan! Lalai di dunia la lu rugi di akhirat! Itulah pembaziran umur, bazir masa, bazir amal malah bazir harta benda!

Hatta, harta yang diperolehi, harta yang banyak dan melimpah ruah sepatutnya boleh diguna untuk membantu tuannya akan tetapi pabila diri suka bertopeng dengan kehidupan ia akan hanya merosak, membeban, malah mampu mengheret TUANnya ke jurang dalam api neraka! Hanya kerana satu sebab....iaitu harta itu diguna dijalan yang tiada redha Allah padanya, yang diguna buat melunas kehidupan ber'topeng' penuh hipkrasi dan kepura puraan, memenuhi nafsu syahwat, 'lagha' dalam segalanya, maka tuan punya harta itu diheret ke lembah paling dalam! Wang dan harta itu diguna buat bahan bakar yang menyala nyala membakar tuannya! Itulah yang terjadi kepada Firaun dan umat terdahulu!

Apakah kita hari ini hanya memandang enteng? Hanya mengambil mudah soal ini? Bukti terang telah lama wujud didepan mata! Akan tetapi kita manusia memang begitu....mudah sangat tergoda dan terjerumus! Buangkan 'topeng' dalam kehidupan kita, kerana ia palsu dan penuh kepura puraan!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 8, 2012

Allah tegur dan ajar kita!

Salam ukhuwwah!

Ada banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita! Ada peristiwa sedih, susah, menyakitkan, mengecewakan dan melukakan hati dan perasaan. Ada yang sangat mendalam kesannya dalam hati dan perasaan. Ada yang sangat menyedihkan dan ada yang sangat kita kesali!

Sebenarnya, peristiwa dan perkara perkara yang berlaku dalam kehidupan sendiri adalah ketentuan dan takdirnya! Tiada apa yang berlaku yang diluar kawalannya! Hatta hembusan nafas yang kita hela setiap saat bahkan kerdipan mata itu juga dalam pengetahuan Allah taala! Tiada apa yang tersembunyi mahupun nyata, banyak atau sedikit yang terlepas dari pengetahuan dan kuasanya!

Allah sayang kita! Cara Allah tunjuk sayang dan berkomunikasi dengan para hambaNya adalah dengan menitipkan musibah dan peringatan yang berlaku dalam setiap peristiwa kehidupan! Allah tidak zalim! Justeru tentunya perkara musibah yang berlaku, kesempitan yang kita alami, segalanya punya makna mendalam! Ia sukar difahami jika kita bersikap negatif, berfikiran negatif! Allah tidak zalim, tentunya segala yang berlaku akan ada impak positif terhadap diri yang akan mengubah sikap, pandangan dan pemikiran! Hendaklah kita mencari nilai positf dalam sesuatu peristiwa dan kejadian agar pengajaran dan didapati, kebaikan kan diperolehi! Jika musibah, penyakit dan peristiwa berlaku, lalu kita tidak berfikiran positif, tidak menerima dengan redha, itu tandanya kita tidak mahu terima pengajaran, tidak mahu faham dan tidak redha dengan ketentuanNya. Justeru, tidak pelik jika berterusan kita menerima musibah dan peristiwa yang hampir sama agar mesej yang patutnya kita fahami dapat difahami!

Namun jika kita redha, mempelajari dan memahami hikmah serta pengajaran, perkara dan peristiwa lain tetap juga akan berlaku agar kita menerima pengajaran berbentuk lain, sehinggalah iman kita semakin utuh dan kuat! Lalu akhirnya inilah jua akan membawa kebaikan untuk diri seseorang itu! Sebab itulah ia dikenal sebagai taufik dan hidayah! Kita mohon taufik dan hidayah dalam doa dan solat kita, banyak keadaan taufik turun dalam bentuk ujian dan musibah! Ia punya kesan besar dalam hidup manusia! Kita lemah dan tidak berdaya, siapa kita untuk tidak redha dan menerima ketentuanNya, kita rugi jika tidak mahu menerima pengajaran dan ketentuan kerana dalam perjalanan hidup kita, kita akan sentiasa menerima mesej mesej dariNya dalam bentuk ujian dan musibah! Ia adalah peluang untuk diri seseorang itu terus semakin dekat dengan Allah dan semakin bertaqwa!

Ameen Ya Rabb, terimalah aku dan jadikan aku hambaMu yang pasrah dan redha dalam setiap perkara, dan jangan dikau jadikan aku hambaMu yang tidak mampu menerima ujian dan ketentuanMu!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 4, 2012

Pandang dari perspektifNYA....

Salam ukhuwwah....

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tidak tahu deritamu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA.

Atas hakikat inilah, mengapa perlu kita gundah gulana..ini juga yang dinyatakan oleh Dr. Aidh alQarni dalam bukunya. Mengapa perlu kita bersedih? Tidak perlu bersedih? Malah bersyukurlah kerana ada hikmah dan pengajaran yang tersirat yang perlu kita selidiki dan fahami dalam setiap kejadian, kemasygulan, kesedihan, keperitan, kekecewaan, kepayahan dan sebagainya. Peganglah sumpah dan kenyataan Allah swt dalam surah al-Insyiiraah "Sesungguhnya bersama kepayahan dan kesusahan itu ialah kesenangan" bukan sekali Allah swt memberi inspirasi kepada kita malah dia menegaskan sekali lagi "dan sesungguhnya bersama kepayahan, kesukaran dan kesusahan itu bersamanya kesenangan". Adakah perlu kita bimbang?

Hakikat ini dan janji Allah ini benar! Justeru, serahkanlah segalanya kepada Allah swt. Redha dan pasrah lah diri akan ketentuan ketentuan yang ditetapkan buat kita! Hendaklah diri kita ini mengambil kaedah dan pendekatan melihat sesuatu itu bukan dari perspektif diri sendiri, bukan atas dasar kehendak diri dan keinginan dihati akan tetapi lihat lah sesuatu itu, tafsirlah apa yang berlaku itu dari perspektif Allah swt.

 Benar! Bagaimana mungkin kita tahu apa yang Allah mahukan terjadi kepada hidup dan diri kita, kerana kita ini lemah dan tidak berdaya. Bagaimana mungkin kita dapat memahami semua maksud dan tujuan Allah kerana kita tidak bersoal jawab dengannya! Jangan keliru, Allah telah lama berkomunikasi dengan kita dalam pelbagai cara. Cara yang paling baik ialah Allah berkomunikasi dengan kita melalui wahyuNya, selain dari memberi peringatan mahupun pengajaran melalui peristiwa dan perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Justeru, jika kita mengungkap bagaimana kan kutahu apa yang Allah mahukan, apa tujuan segala kejadian dan perkara yang berlaku, kalian telah silap! Kembalilah kepada wahyuNya, bacalah wahyuNya yang terkandung dalam kitab agung iaitu al-Quran. Bukan baca sahaja, ia perlu sangat sangat difahami dengan jitu. Kalian kan temui khazanah kehidupan didalamnya, bukan sekadar khazanah untuk kehidupan di dunia ini, malah di akhirat jua. Ia tips tips bekalan yang ampuh dan jitu sekali! Carilah panduan dan 'tips' amanat amanat Allah, bukan menyesali apa yang terjadi dalam kehidupan. Kalian kan pasti BAHAGIA jika berkelakuan dan berfikiran begini!

Sesungguhnya, jika kita mampu untuk berfikiran dan beramal dengan prinsip ini, pasti kalian akan hargai dan memberi nilai tinggi ukhuwwah, sikap yang baik, akhlak yang murni, amalan dan perbuatan yang baik, kata kata yang baik, amal kebajikan kepada keluarga dan masyarakat, saling bantu membantu, bersikap terbuka dan positif sentiasa, tiada benci sesama, menyokong usaha usaha kebaikan bersama.....nukilan ini kucoretkan bersempena dengan program Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KERABAD yang akan berlangsung pada 4 September 2012 di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya, Shah Alam, bermula pada jam 8 malam dan ia juga bersempena dengan penganjuran Majlis Ramah Mesra Aidilfitri xAsasians "All Batches" 2012 yang pertama kalinya berlangsung selepas 24-25 tahun aku keluar dari sekolahku yang tercinta. Ia akan berlangsung di Casa Putra Bistro, Kelab Saujana Utama, Sg Buloh pada tanggal 15 September 2012, bermula jam 8 malam. Terimakasih buat teman dan sahabat yang berganding bahu menjayakan, ia tidak mudah namun ia tidak sukar asal kita mahu membahu usaha daripada sekadar melihatnya dari jauh tanpa apa apa sokongan! Terimakasih buat para guru guru yang sentuhan kalian telah mengubah hidup dan perspektif ku tentang kehidupan, hakikatnya "aku begini hari ini adalah kerana acuan kalian" Terimakasih kedua ibubapa ku, kuharapkan kalian berbangga dengan ku dan syukur kepada Allah swt yang telah membuka laluan laluan berwarna warni dalam hidupku, agar ku mengerti diri ini dan hakikat hidup ini.....ayuh mari kita immarahkan perhubungan dan persahabatan demi perpaduan yang dicitakan! Ameen!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 31, 2012

They are around!

Salam ukhuwwah...

Aku membimbangi hilangnya maklumat ini.....justeru aku wawarkan disini dan ku simpan dalam simpananku. Inilah antara susuk susuk yang hadir dalam hidupku dahulu.....samada mereka ialah guru guruku (maaf aku tidak gemar menyebut perkataan "bekas guru" kerana ia istilah cemar bagiku untuk menggelar mereka yang amat berjasa dalam hidupku sebagai "bekas"), mahupun rakan rakan dan para seniorku.....coretan ini timbul dikala aku sedang mengusahakan perhimpunan dan perkumpulan 29 generasi pelajar dari sekolah ku yang terdahulu iaitu SMKA Sultan Azlan Shah, Sri Iskandar Bota, Perak, yang dahulunya dikenal sebagai Sek Menengah Kebangsaaan Agama Perak.

Inilah cebisan cebisan maklumat dalam bentuk maklumat di FB yang saya kutip:

Untuk makluman semua, sekolah kita ini asalnya mula bertapak di Gunung Rapat pada Januari 1984 dan dikenali sebagai Sek Mek Keb Agama Perak dan menumpang di Sek Men Gunung Rapat (SMGR). Pada masa tu, Pengetua ialah allahyarham Ustaz Md Suho
t Bin Sayuti dan Penolong Kanan Ustaz Mat Rashid Bin Duhat. Cikgu-cikgunya pula ialah Cikgu Norshamsudin Bin Hashim, Cikgu Hawari Bin Shukor, Cikgu Hanafi, Cikgu Faridah Binti Ghazali, Cikgu Azizah Binti Hafife; ini antara senarai guru yang saya ingat pada tahun 1984. Cikgu Hanafi adalah cikgu yang telah mencipta lencana sekolah. Kalau tak silap saya dia mengajar matematik pada waktu tu. Pengetua SMGR pada waktu itu ialah Cikgu Mat Rauhi Bin Mat Isa.


Pada tahun 1986, terdapat 17 orang guru yang bertugas pada waktu tu: Allahyarham Ustaz Md Suhot Bin Sayuti (Pengetua), Ustaz Mat Rashid Bin Duhat (PK), Cikgu Norshamsudin Bin Hashim, Cikgu Hawari Bin Shukor, Cikgu Faridah Binti Ghazali, Cikgu Azizah Binti Hafife, Ustaz Abd Samad Bin Shaari, Ustaz Hasan Bin Boestamam, Cikgu Mior Abd Rahman Bin Mior Mohammad, Cikgu Mat Sahuri Bin Hashim, Cikgu Fuzna Bin Haji Harun, Cikgu Fatimah Binti Osman, Ustazah Rotifah Binti Shaari, Ustazah Tuan Hasmat Binti Raja Ibrahim, Cikgu Dalilah Binti Mohd Husin, Cikgu Miskiah Binti Mohd Yusoff dan Cikgu abu Hanifah Bin Mohammad.... 

Batch pertama: aku batch pertama 1984-88 begitu juga sahabat2 aku yg lain ni, mungkin dpt membantu..setakatyg aku dpt ingat Mohd Sayuti Shamsuri, @Shamsul Azhar Akbar, Rohanim Wati Yusof, Nawal Rahim, Zahrullail Abdul Manap, Ahmad Rizaldin Bin Ali Nafiah, Ahmad Faidzul, Prof Dr.Mohammad Khatim Hasan, Tn Hj Aedi Tajudin, Shat Saad, Dr. Rusinahayati Mokhtarudin, Azhan Ahmad Lahury, Dr. Siti Raudzah Ghazali, Aminuddin Yaacob, Roswani Ahmad,..batch pertama 1984-88 ..@Zubair Husain, Dr. Yusof Idroas, Ros Yusoff, Dr. Azman Ismail, Khuzairi Yahaya, Muhammad Faizol Hashim, Sharizam (mintak tolong bg nama penuh Ijam), Azri Mukhlas, Lailatul Hazzlina Musa, Munawar Alias,Salbita Ahmad, Joari Mohamad Jaafar, Izhar Masduki (Bob Gmuk),Zulfa Othman,.. 
batch pertama 1984-88 ..Tun Faisal Ismail Aziz, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Nilawati Shamsuri,Falil Hassan, Nor Fadhillah Junus, Tengku Azlan Shah Bin Tengku Mohamad (Azlan Shah Bin Mohamad), Shima Salleh (tak pasti nama penuh), Zinitulni
za Abdul Kadir
, Raja Faridatul Shima, Ustaz Idris Shaudi, Shamsul Rafizi Ramli, Jamsari Ahmed, Shukriah Mohd Isa, Dr. Norshima Abdul Aziz, Mahfudz Ahamed, Yusri Zakariah, Yusri Yusuf Effendi, Farid Abdul Hadi, Hisham Mohamed, Noorha Wahab (tak pasti nama penuh), Azizi Alias, Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak), Ustaz Mohamad Khairul Azman Ajuhary,
batch pertama 1984-88 ..Ustaz Nor Azam Abdullah, Muhammad Zuraini, Ustaz Jalaluddin Tajudin (Jalal Tajuddin..tak pasti ejaan yg betul), Siti Norizan, Ruhani Abdul Aziz (tak pasti ejaan nama), Mohammad Nizar Mat Nor, Tn haji Ahmad Kefli Kasi
m
, Nur Asma Binti Yahaya, Dr Alina (tak ingat nama penuh), Allahyarham Ismail Mohd Tahir, Allahyarham Ahmad Roslan Masri, Jamia'aton Soffiah Harun, Salehah Nordin, Muhd Jumaat bin Said, Zairus Effendi Suhaimi, Azri Mukhlas, ..
batch pertama 1984-88 ..UstazahUraidah Abdul Wahab, Zuhaida Mohammad, Prof Dr Yahya Mat Arip (Yahya M Arip), Norafizah Noordin, Mior Ahmad Jafri, Zulhanim Pandak Ismail, Suriani Shaari, Raja Shamsinar (tak tahu nama penuh), Noor Asyikin Sabri, Nor Azlin (tak ingat ama penuh),




Thursday, August 23, 2012

Nasi Pagi, Teh Panas dan Manhaj

Salam ukhuwwah...
Pagi itu segar dengan pertemuan ku bersama Syeikh Hakimi....bertemu di Pasir Puteh, kami lewat terus ke sebuah gerai kayu bersebelahan dengan Pasar Besar Pasir Puteh! Teh panas serta teh 'o' menjadi hirupan pertama kami berdua! Nasi berlauk ikan tongkol serta sambal cili menjadi santapan enak di pagi hari!
Bertanya kabar sesama, kami enak menikmati nasi berlauk ala kampung itu, dengan secangkir teh panas! Lantas mulutku terus lancar bercerita akan pertemuanku dengan Dr Yusri Mohamad dan rakan serta teman teman lain dalam himpunan perkumpulan semula bekas pelajar IIUM 'batch' tahun 1996. "Kawe kenal Dr Yusri tuh...Suhairy ngan Khair pun kawe kenal" ujarnya! "Eh...Kimie! Apo isu pasal Yayasan Sofa tu?" Tanyaku! Memang begitulah aku pabila terluang kan ku tanyakan perkembangan terkini hal rakan rakan seperjuangan seperti Syeikh Hakimi dan teman teman lain...ya benar! Aku memang ambil berat soal perjuangan Islam dan dakwah! Aku juga ambil berat soal politik semasa walau aku bukan ahli politik dan bukan ahli mana mana parti! Aku tidak punya kecenderungan khusus, mana yang betul tu betul la, yang salah tu salah la! Tidak kira atas usul perjuangan 'jamaie' dan sebagainya, ia tidak menghalang aku untuk mengatakan dan menyokong yang betul dan menolak yang salah! Maaf! Jika terkeliru, maksudku, aku menyokong kebenaran perbuatan dan menolak kebatilan perbuatan! Aku bukan menolak mana mana kumpulan dan menyokong mana kumpulan! Prinsipku dalam soal itu ialah, kedua golongan ini adalah saudara seagama yang berbeza aliran politik! Justeru, aku tidak punya hak disisi agama untuk menolak mana mana golongan! Aku hanya punya sedikit ruang dan hak untu membenarkan apa yang benar, menolak apa yang salah dari segi dasar, polisi dan keputusan! Aku tidak mampu menolak individu, Nabi saw pun dilarang menolak individu bahkan orang kafir sekalipun! Prinsip 'addiin an nasihah' perlu diguna pakai dalam hal ini.
Perbualan ku terus berlangsung. "Kita perlu betul diperingkat dasar, iaitu aqidah, barulah akan betul semua, insyaallah" ujarnya lagi. "Manhaj dan aqidah itulah yang dibina oleh Nabi saw masa mula mula Islam dagang dahulu, betul kan begitu?" Aku cuba menambah. "Memang itulah yang mendasari segalanya..." Jawab Kimie sambil menyuap nasi berlauk ke mulutnya. Aku sedikit segera, dan telah selesai menghabiskan suapan terakhir.
"Jadi Mie...ia soal prinsip dan segalanya dijelaskan dalam surat terbuka Dr Yusri ni la" ujarku lagi setelah temanku itu mengunjukkan Galaxy Note dan menunjukkan padaku warkah rasmi Dr Yusri kepada Yayasan Sofa menyatakan mengapa beliau berhenti dan menarik diri serta perkara perkara yang menjadi halangannya untuk terus bersama dengan Universiti As Sofa!
Aku termangu memikirkan senario ini...banyak perkara yang ligat dalam pemikiranku ini! Banyak kerja lagi perlu dilakukan. Mataku melilau melihat keadaan sekeliling. Orang ramai sedang berbondong bondong pagi itu datang ke bandar Pasir Puteh ini...kelihatan ramai yang mulai memasuki pasaraya Pantai Timur yang baru dibuka beberapa bulan lepas! "Inipun satu masalah juga" getus hatiku! Kita umat Islam berbondong bondong mendatangi pasaraya yang dibuka oleh bangsa lain, yang beragama lain, walhal bukan tiada pilihan! Banyak kedai kedai menjual berbagai jenis keperluan yang dimiliki oleh bangsa sendiri, beragama Islam, tapi kita masih lagi mahu menjuarai dan menyokong usaha niaga yang dilakukan oleh bangsa lain yang beragama bukan Islam...tidak kah itu kebodohan yang sangat nyata sekali! Aku sedih sekali melihat kenyataan dan senario ini, seolah olah tiada pertimbangan langsung oleh umat Melayu Islam ini! (Sambil menghabiskan hirupan terakhir teh panas) Alahai!
"Okay la Mie, kita jumpa malam lusa ya, insyaallah" ujarku kepada Syeikh Hakimi sebelum kami masing masing berpisah dan memilih haluan kami pagi itu! Insyaallah malam lusa ada program pertemuan rakan dan sahabat dari bekas Maahad Muhammadi di Tok Bali Resort....aku sangat rapat dengan mereka walau tidak pernah bersekolah di Maahad Muhammadi! Mari kita makmurkan ukhuwwah, perbezaan yang ada jangan kita tonjolkan, sentiasa kembali kepada asas perhubungan dan ukhuwwah, kita sesama kan bahagia! Ameen!
Salam eid mubarak, maaf zahir batin! Kita punya pilihan dalam kehidupan ini, maka bijaklah membuat pilihan yang 'shariah compliance' dan bertepatan dengan Sunnah dan ajaran alQuran! Insyaallah, alfalah yang diharapkan akan mendatangi kita!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Friday, August 17, 2012

Salam ukhuwwah...

Hendaklah kita amati perkara perkara asas agar kita fahami tujuan dan maksud yang lebih bermakna dalam kehidupan! Lalu ia membentuk metod dan cara berfikir yang luas dan jelas dalam kehidupan! Jika tidak betul cara berfikir, bagaimana mungkin kita akan memahami SETEPATNYA dan SEPATUTNYA akan maksud firman Allah swt!...

Memang mudah sekadar baca dan memahami tafsir...adakah cukup setakat itu! Walhal hakikat tafsir dan makna perlu gabungjalin dengan konteks, peristiwa, hadis dan keadaan mengapa turunnya wahyu Allah itu! Lalu kita kaitkan ia dengan keadaan semasa dalam kehidupan pada hari ini! Kaitan itu pula perlu mematuhi beberapa prinsip yang secara feqahnya telah dijelaskan dengan nyata. Sudahkah kita memenuhi tuntutan dan kaedah agar perkaitan yg dibuat itu tidak sembrono!

Perlu juga kita selami, hayati dan fahami mengapa firman Allah sedemikian dan sebegitu. Begitu juga, perlu difahami mengapa pada zaman Nabi saw proses pembentukan keimanan, kemanusiaan ini berlaku secara beperingkat! Lalu kita belajar proses proses ini dan aplikasikan dalam kehidupan kita seharian!

Peringkat peringkat inilah yang perlu kita semua fahami! Lihat bagaimana turun ayat berkaitan tauhid dan aqidah dahulu berbanding perlaksanaan ibadah....rupanya kalau diamati kita akan faham bahawa aqidah itu teras segalanya! Kena selesai hal aqidah dengan sebaik baiknya baru kita meningkat ke satu tahap iaitu ibadah! Jika aqidah bermasalah, dasar dan teras tidak kukuh, tidakkah apa apa yg berupa ibadah itu juga akan turut runtuh akhirnya nanti kerana dasar dan teras yang tidak utuh!

Prinsip berkala, secara dinamik, bermula dengan perkara perkara paling asas, paling utama, paling teras dan paling pokok perlu diguna pakai dalam kita berdakwah, berceramah, mendidik diri, mendidik keluarga, mendidik isteri, anak anak dan masyarakat keseluruhannya! Jangan terlalu teruja hingga segalanya perlu 'one off'...ia perjalanan yang panjang, banyak jatuh bangunnya, kita perlu sangat sabar, sebab pembinaan aqidah itu perlu jelas dan telus barulah perkara lain boleh menuruti dan membentuk keindahan Islam itu!

Dimana kita hari ini? Apa masalah sebenarnya? Alhamdulillah kita lahir dalanm keluarga yg sedia ada Islam. Berbeza dengan zaman Nabi, hanya Rasulullah lahir Islam, yang lain perlu didakwah dan melalui proses bersyahadah! Itu nikmat kita! Islam sedia azada memayungi hidup! Islam sedia ada dalam diri! Hinggakan sampai suatu peringkat lahir dalam Islam ini bukanlah kelebihan yang hebat, akan tetapi boleh menjadi masalah! Semuanya kerana didikan yang diterima di rumah, bermula dari ibubapa! Inilah asal mula masalah! Jika ibubapa tidak menggunapakai prinsip menanamkan aqidah yang kuat dalam pembangunan dan pendidikan insaniah dan kehidupan anak anak, maka teras yang yang sepatutnya terbina kukuh akan lerai juga nanti. Inilah yang membawa kepada masalah hilang jatidiri kepada masalah belia Islam hari ini...ada yang melewati batas dan sempadan, ada yang terlalu terbawa bawa, ada yang terlalu extremis, ada yang beragama akan tetapi pembawaan dan pendekatan sangat keras lalu ia membuat orang ramai 'lari' dan Islam itu dilihat sangat 'rigid', keras dan sangat menghukum...semua ini adalah natijah dari pendidikan dan pembentukan yang sangat berbeza. Sepatutnya, kita gunakan skima dan metod yang digunakan oleh Rasulullah saw! Beliau telah menunjukkan contoh yang terbaik, tapi kita secara tidak sedar mengguna pakai metod yang dalam jangka panjang menatijahkan hasil insaniah yang amat berbeza! Sebenarnya kaedah Nabi saw sangat sesuai untuk semua jenis dan keadaan individu, samada perangai mahupun sikap dan psikologi individu....ia tetap sesuai!

Apa yang jelas disini ialah, pembinaan aqidah perlu jadi matlamat utama dalam kehidupan manusia, samada anak anak, belia, orang dewasa dan sebagainya. Aqidah dahulu, selesaikan perkara aqidah baru buka lembaran untuk perkara lain...selalunya kita boleh gabungjalin pembinaan aqidah ini melalui manifestasi solat...kerana solat itu tiang agama! Ia amat sinonim dengan aqidah..ia manifestasi ketauhidan kepada Allah swt!

Apabila telah selesai pembinaan aqidah barulah, lembaran dan proses pembinaan seterusnya akan berlangsung! Ingatlah, jika mahu membina, maka binalah mulai dengan aqidah! Bukan motivasi, sikap, akhlak, psikologi, emosi dan sebagainya...kerana pembinaan aqidah akan membentuk secara automatiknya semua aspek aspek itu! Justeru, hadirnya Syawal ini dan Ramadhan yang berbaki sangat sedikit ini, rebutlah peluang membina aqidah diri agar terus mantap! Jadikan hadirnya Syawal ini sebagai medan menguji kuatnya aqidah dan jiwa, dengan sentiasa tawadhuk, rendah diri, bersyukur dan bersikap terbuka!

Taqabballallahu minna wa minkum, taqabbal yaa kareem! Salam eid almubarak, maaf zahir batin dari saya! Sehingga kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang ditahun hadapan, hanya dengan izinNya! Sesungguhnya, ia suatu harapan yang tidak pasti samada kita kan ketemu Ramadhan yang akan datang!...ameen! Moga Allah memberi kebaikan, rahmat dan belas ihsanNya buat kita semua!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 14, 2012

Bersatu dek fikrah dan pemikiran yg sama!

Salam ukhuwwah...

Aku termangu memikirkan soal ini...kufahami bahawa kita berada dizaman yang sangat mencabar pemikiran dan kewarasan pemikiran! Natijah dari pembacaan dari buku Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam siri 1, oleh Dr. Sulaiman Noordin telah membuatkan aku mengambil daya usaha untuk menganalisa dan muhasabah, lalu ku kongsikan cebisan darinya buat tatapan kalian!

Sebenarnya aku tercari cari jawapan mengapa berlaku dengan berleluasa pertentangan pendapat dan pemikiran yang sangat menjelekkan berlaku didalam masyarakat kita dan umat Islam di nusantara ini! Bahkan pertentangan pendapat ini sangat remeh dan terlalu menjurus kepada perpecahan! Emosi dan kebencian bercampur aduk dengan justifikasi dan pendapat. Ini sebenarnya trend yang tidak sihat kerana ia menjurus kepada perpecahan ummah yang melahirkan kecenderungan berpuak puak antara sesama saudara Islam. Satu pihak ingin memenangkan pihaknya sendiri, dan sebaliknya! Asas kepada persamaan dan nilai nilai bersama tidak diambil kira sebagai faktor kawalan terhadap kecenderungan melewati adab adab perbezaan pendapat! Ini sangat mengecewakan!

Ketahuilah, saya mengingatkan diri sendiri dan teman teman semua, paksi dan hakikat sebenar pemikiran dan pemahaman ilmu hendaklah@mesti bersandarkan kepada Allah swt terlebih dahulu....bukan kebebasan rasionalisasi pemikiran dan logik akal! Bahkan logik akal dan rasional pemikiran tetap perlu bertunjangkan kepada ketauhidan kepada Allah swt, tidak boleh tidak. Jika kita sentiasa sedar dan faham bahawa ketauhidan dan ketaqwaan kepada Allah dan Rasulnya itu menjadi tunjang kepada bagaimana pemikiran itu terbentuk, nescaya hilanglah kepentingan peribadi, kecenderungan pemikiran yang diselaputi emosi dan perasaan....lalu akan lebih jernih dan bermaknalah sesuatu perbincangan lalu menghasilkan ibrah yang lunak dan berhikmah yang memberi kesan bermakna kepada sesebuah masyarakat. Sebaliknya, jika idea dan pemikiran lahir hanya semata mata dek nilai kreativiti logik akal dan rasionalisasi pendapat sendiri tanpa tunjang dan paksi kepada paradigma Tauhid kepada Allah, pasti ia menatijahkan perbincangan yang tumpul lantas longlai yanh hanya menghasilkan perbezaan pendapat penuh emosi dan kebencian serta berpuak puak!

Atas dasar dan prinsip inilah, hendaklah kita bersikap terbuka, sedarilah hakikat bahawa pendapat dan pemikiran serta ilmu perlu berpaksikan tauhid kepada Allah yang Esa....jika tidak, ia hanya menjurus kepada perbincangan yang jelek dan menjijikkan. Inilah yang berlaku dewasa ini. Hanya kerana masing masing begitu jumud, taksub terhadap aliran aliran tertentu, maka keterbukaan tidak wujud, kebencian hanya kerana perbezaan pendapat semakin meluas, semangat berpuak puak semakin membara lalu masyarakat dan umat Islam semakin melebar jurang perpecahan berbanding penyatuan.

Sebagai contoh, jika kumpulan A tidak setuju dengan kumpulan B, maka sesiapapun dari kalangan kumpulan A atau B, malah para pengikutnya, akan bermati matian memenangkan, menyokong, membela dan menjustifikasikan segala macam fakta dan pendapat yang cenderung kepada kumpulan masing masing. Itu belum lagi jika wujud kumpulan C, D, E dan seterusnya! Tidakkah perbezaan pendapat itu menjadi rahmat buat umat Islam, akan tetapi dewasa ini, ia menjadi sebaliknya! Mengapa sedemikian? Ini kerana masing masing tidak memahami semangat perbezaan pendapat untuk mecapai kebaikan sesama! Masing masing punya objektif dan tujuan tersendiri, eksklusif untuk pihak masing masing, samada kepentingan sendiri atau kepentingan kumpulan masing masing! Ini menjadi masalah dan barah kepada usaha penyatuan ummah! Disiplin ilmu tidak dihormati dan dijunjung tinggi. Masing masing menegakkan pendapat dan pendirian masing masing sewenang wenangnya, tanpa ada rasa tanggungjawab dan keterbukaan. Ini dicanang pula melalui laman web, blog, media sosial yang dipanggil sebagai 'media baru'. Lalu ia diikuti oleh jutaan pengikut maya, samada fitnah yang tersebar, fakta yang tidak benar, cerita cerita gossip, tanpa kesahihan dan keabsahan fakta, lantas membentuk dan mempengaruhi pemikiran, menumbuhkan sentimen sentimen, sangkaan sangkaan buruk, fitnah fitnah yang merosakkan, cerita cerita 'panas' yang mengaibkan....ia benar benar merosakkan masyarakat dan umat Islam.

Justeru, berhati hatilah, dalamilah ilmu, fahamilah prinsip dan ketahuilah adab apabila berhujjah dan memberi pendapat@menyebarkan maklumat, jangan sewenangnya kita menyebarkan maklumat tidak benar, maklumat yang mengaibkan dan menjelekkan walau dipihak mana sekalipun. Berhujjahlan untuk mencapai kebaikan dan menyelesaikan masalah dan bukannya meraih sokongan dan membenci pihak 'lawan'. Jauhilah kepentingan peribadi dalam apa jua perkara sekalipun. Jangan jadi penyebar fitnah yang merosakkan pemikiran dan perpaduan! Bersangka baiklah, tutuplah aib orang! Jika tiada sesiapa memulai ini, maka ia akan berterusan sebegini! Sampai bila kita akan memburukkan saudara kita sesama! Kembalilah kepada usaha nasihat menasihati dan dakwah sesama dengan cara yang paling berhikmah! Insyaallah kita akan terpelihara dari murka Allah jika kita mematuhi prinsip dan adab adab apabila berbahas dan berhujjah...raikan perbezaan pendapat dan berusaha untuk menambahkan nikmat dan kebaikan dalam perbezaan pendapat.

Ketahuilah bahawa perbezaan pendapat bukan satu jalan untuk satu pihak menang ke atas pihak yang lain, sebenarnya ia satu jalan untuk kita sama sama berpadu bagi menutup kelemahan dan kekurangan agar kekuatan dapat dijana demi kebaikan semua dan kebaikan umat Islam seluruhnya! Ameen....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Monday, August 13, 2012

Monolog di dinihari....!

Salam ukhuwwah....

Monolog dihujung ini.....!

Saat ia dinanti, ia hanya berlalu pergi, sepi tanpa sesiapa yang peduli, seolah olah bagaikan anak tiri yang tidak pernah dimengerti, walhal hadirnya sangat bererti di dunia abadi nanti, buat bekal hidup sesudah mati! Itulah lailatul qadar yang kononnya di nanti, namun siapa yang peduli!

Hanya sebahagian diri, sangat kecil bila dihitung ini, yang menyambutnya saat dinihari, dengan airmata meleleh lesu dan sepi, sedih dosa pilu meratap nasib diri, terkenang yang berlalu tidak mungkin kembali, membunga harapan yang sekian kini....ia muncul kembali setelah setahun pergi....hanya doa dan harapan ini, yang mereka tadahkan kini, mengharap dari Ya Rabbi, kerna dia segala tujuan kita  pergi!

Ia terus berlalu, seolah pasrah dengan diri....kerna tiada siapa kan mengerti betapa diri tiada yang ambil peduli...."mereka sibuk dengan persiapan diri, mereka tidak peduli, mereka tidak menanti, mereka tahu tetapi tetap tidak mahu mencari....!"

Jika ia adalah tawaran harta dan diskaun yang banyak...sudah tentu berbondong bondong kita mendatangi, namun, ia hanya tawaran yang dipandang sepi kerana kita tidak mengetahui erti dan peri, jika ia adalah berupa segunung emas, sudah tentu kita mendatangi namun itu tidak mungkin kita kecapi di dunia ini, jika ia adalah upah dan hadiah yang tidak terperi rupa dan nilaiannya, hatta merangkak sekalipun kita akan pergi mendapati, namun ia adalah suatu janji hakiki yang tidak kita mengerti nilainya di dunia ini...

Lalu pabila akhirat mendatangi diri, sesal dan sedih akan rugi mendatangi....
Lalu pabila timbangan dihadapan diri, kan terlihat betapa tidak berertinya apa yang dahulu amat dikejari....
Lalu pabila sirat perlu dilintasi, itu saat diri dimaki dan kebodohan diakui
Apapun saat itu, tiada apa yang berguna lagi
Saat itu Lalilatul qadar berlalu pergi, tidak mampu menjengah lagi...dia telah tidak dimengerti saat dunia utuh lagi, saat tagih simpati sangat bererti, lailatul qadar hanya sepi pergi...... 




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.  

Wednesday, August 8, 2012

Menginsafi kesederhanaan@wassatiyyah!


Salam ukhuwwah...Dihening fajar ini tetiba aku tersentak! Suatu fikiran halus datang ke mindaku...SEDERHANA! Entah mengapa disepanjang tarbiah madrasah Ramadhan, beberapa ketika aku disentak oleh fikiran fikiran halus terma terma asas soal kehidupan....ada sebahagiannya belum dapat kutitipkan buat tatapan kalian di blog ini dan ada antaranya hanya dapat kunukilkan separuh jalan sahaja, belum cukup ranum untuk kupasarkan buat santapan minda kalian...namun, hakikat sebenarnya ialah masaku dipenuhi dengan 'kesibukan' urusan urusan peribadiku samada yang bersifat ubudiyyah mahupun duniawi....aku sekadar mengambil peluang dikesempatan Ramadhan yg hadir kali ini.....

Alhamdulillah, pada minggu pertama program perkumpulan iftar bersama anak yatim dan bakal para huffaz seramai 70 orang telah selesai ku aturkan.....kemudian melunaskan sumbangan eid al fitri kepada sekelompok anak yatim dan bakal huffaz juga telah selesai dibuat pada minggu kedua, bersamaan dengan perkumpulan teman dan sahabat seangkatan 'alumni' semasa di universiti dahulu, ini juga telah selesai....

Usaha mengatur, melaksanakan dan menjayakan program sebegini memerlukan komitmen tinggi, aku tidak mampu bersendirian dalam hal ini....terimakasih kepada teman teman dan sahabat yang punya secebis rasa, segunung kemahuan dan keinginan untuk terjun ke dunia tanpa upah duniawi ini, namun punya impak natijah kepuasan diri yang amat bererti dan 'hadiah Illahi berupa pahala lipat ganda'. Segalanya mencetus tahap rasa yang pelbagai! Benar, jika kita tidak terjun ke dunia tanpa upah ini, kita tidak akan tahu kesima 'rasa' yang membuak ini....tidak akan diketahui nikmat perjuangan dan nilai pengorbanan....tidak tahu betapa 'sedap'nya membahu amanah dakwah dan perjuangan....ia benar benar membuat aku insaf....sampai aku terfikir, jangan mengungkap itu ini, mengomel soal perjuangan dan pengorbanan jika belum terjun sendiri dan hanya 'mencekak' pinggang memerhati dari luar! Terjun sendiri dan lakukan, kalian kan mengerti! Mudah untuk mengungkap kata kata sinis dan sindir manis atas dasar kerana diri (amat pandai kononnya, sangat profesional, amat tokoh, amat tebal pengalaman)....hermmm...untuk yang sedemikian, untuk orang yang 'perasan' itu (sebenarnya si Perasan ini tidak sedar langsung bahawa dirinya amat perasan)...ingin sahaja kukatakan...."Cakap memang senang, ayuh cuba lakukan, jom turun sekali...saat itu kan diketahui segala macam alasan!" Maaf, aku tiada niat mempromosi diriku dalam tulisan ini, sekadar mahu berkongsi rasa dan pengalaman bersama kalian! Ia tidak mudah! Justeru itu aku amat menghormati, dan tiada kata kata mampu kuucap buat mereka yang sentiasa terjun malah menyelam dalam dunia 'sukarela' ini! Moga Allah meredhai kalian, atas usaha tanpa jemu kalian....akan kubantu dalam upaya yang kumampu, insyaallah! Aku tidak mampu untuk walau sekadar mengkritik mahupun memberi komen kerana hakikat sebenarnya ialah....ia perjalanan berliku dan sukar! Jangan kita jadi manusia yang sekadar bercekak pinggang akan tetapi mulut mengomel tanpa henti kerana itu sangat mudah! Jangan jadi manusia yang hanya melihat sisi silap dan kesalahan tanpa melihat sisi baik dan kebaikan! Sentiasa liihatlah kepada kebaikan berbanding buruknya akan sesuatu itu!

Lalu pada satu tahap disaat perjalanan dan putaran hidup di Ramadhan ini masih berbaki....aku masih terlihat lihat dan ternampak nampak kelibat jahat kehidupan 'antara dua darjat' yang sentiasa menjengah masyarakat kita....ia sangat berleluasa...aku hanya bimbang jika ini dalam jangka masa panjang menjadi barah yang tidak terubat dalam masyarakat....! Aduh! Sedar atau tidak itulah sisi kelam yang wujud dalam hidup kita! Kita meninggikan kebendaan dan merendahkan amal ibadah....kita berhabisan berbuka puasa dengan segala macam lauk pauk, dengan tahap hotel atau resort atau restoran terkemuka tapi kita lupa kita patut bawa juga mereka yang tidak bernasib baik untuk menikmati juadah yang sama....kita membazir dalam makanan sedangkan ada saudara kita yang tidak punya apa untuk dimakan. Inilah sisi 'antara dua darjat' yang aku maksudkan. Nauuzubillah! Ini sekadar pemerhatian jujur ku sendiri! Maafkan daku jua....aku tidak bermaksud menghina sesiapa dalam tulisan ini, mahupun berniat merobek damai hati insan insan yang turut berjuang bersamaku! Maafkan aku sekali lagi!

Inilah SEDERHANA yg aku maksudkan...sederhana setiap segi dalam kehidupan! Jangan melebih lebih! Soal ibadah biar istiqamah walau sedikit, soal makan biar sederhana makan, tidak terlalu kurang tidak terlalu banyak@lebih (jika sudah lebih itu bukan sederhana lagi), soal marah, biar sederhana, marah bersangatan tidak boleh, marah atas sebab sebab yang bukan 'shariah compliance' lagi tidak dibolehkan sama sekali tambahan pula di Ramadhan ini! Soal berbelanja, membeli pakaian hari raya dan segala persiapan...jika yang sedia ada sudah cukup cantik mengapa perlu beli yang baru, atau jika perlu beli yang baru, cukuplah sepasang atau jika dibeli, pilihlah harga yang sederhana sekali! Tidak perlu melebih lebih....hari raya bukan hari pertunjukan fesyen bukan pertandingan harga pakaian bukan peraduan melukis warna warni....cukuplah dengan bersederhana! Jika selama 33 tahun (ku ulangi konsep hidup dalam posting terdahulu) kita telah berhari raya dan selama itulah kita telah berpakaian baru berpasang pasang....apalah kiranya tahun ini hanya sepasang sahaja sebagai langkah bersederhana....ya mungkin ini agak keterlaluan bagi kalian, tidak mengapa, mungkin bagi yang merasa ini agak keterlaluan adalah satu daripada tanda tanda bahawa sifulan telah berada dalam zon selesa untuk begitu lama, jadi apabila diubah dasar selesa itu, maka sifulan menjadi tidak selesa! Jika boleh ubah, maka ubahlah....aku khuatir dan mengkhuatiri kalian jika datang peristiwa serta ketentuan dimana 'Allah melaksanakan perancanganNYA untuk mengubah kita kerana diri kita sendiri tidak mahu berubah' pada tika dan saat itu, itulah kepahitan yang terkadang amat melampau untuk ditelan! Ia berlaku sepanjang zaman bilamana kedegilan untuk berubah dikalangan manusia itu amat bersangatan, maka Allah laksanakan rancanganNYA mengubah manusia itu sendiri!Benar, ada pesan Allah "Allah tidak ubah nasib sesuatu kaum@bangsa@kelompok@golongan@individu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri"....


Namun hakikatnya, Allah boleh turunkan peringatan, boleh turunkan musibah yang penuh hikmah yang akan memberi 'pukulan' kesedaran buat manusia! Masalahnya ialah 'pukulan kesedaran' itu bukan perkara main main! Bacalah sejarah, lihatlah pengajaran yang diterima oleh kaum terdahulu! Bacalah juga peristiwa peristiwa alam dan bencana yang berlaku pada hari ini! Tidakkah itu semua musibah yang memberi impak besar dalam kehidupan manusia....bila lagi kita mahu ambil iktibar dan ibrah dari semua peristiwa itu!

Berubahlah.....jalani hidup ini dengan SEDERHANA, namun bukan bermaksud USAHA perlu sederhana sahaja! Silap jika kita berfikiran sedemikian....usaha perlu hebat, agar hasil hebat, lalu proses menikmati hasil itulah yang perlu cukup SEDERHANA! Agar kelak aku dan kalian kan mampu menuruti kesederhanaan Rasulullah saw dan para sahabatnya dalam segenap aspek kehidupan namun masih memangku dan mengukir sejuta kejayaan dan kegagahan Islam diseantero jagat raya alam dunia ini! Baginda saw dan sahabat sahabatnya menjadikan dunia ini umpama dipijak pijak bagai tiada ertinya lalu membina ketamadunan agung yang mendapat redha Illahi! 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 30, 2012

Ini perang yg satu lagi...Siri 4:Bila lagi? Inilah tikanya!

IMG-20120728-00007.jpgIMG-20120728-00008.jpgSalam ukhuwwah!

Benarlah! Sesiapa ikut pilihan pilihan yang ditentukan Allah swt...dia akan menerima syahadah daripada Allah, pengakuan daripada Allah, radiallahu anhum waradhuu anh! Allah redha kepada mereka dan mereka ialah orang orang yang mendapat redhaNya! Rujuk Surah at Taubah ayat 100.




وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
And the first to lead the way , of the Muha ' jirin and the Ansar , and those who followed them in goodness Allah is well pleased with them and they are well pleased with Him and He hath made ready for them Gardens underneath which rivers flow , wherein they will abide for ever . That is the supreme triumph .

Secara umumnya, mudah sebenarnya formula untuk mendapat redha Illahi...formula ringkasnya ialah "ikuti apa yang Allah suruh buat, tinggal apa yang dilarang"... dalam konteks ayat at Taubah di atas...KITA SEMUA ikuti atau turuti jejak langkah para SAHABAT Nabi saw dengan kebaikan iman dan taqwa!



Pada Ramadhan yang mulia ini...inilah masa, saat dan tikanya! Saat nafsu lemah dan hilang kuasa, geraf IMAN meningkat mendadak....atau peluang untuk IMAN berkuasa sepenuhnya ke atas nafsu...maka inilah saatnya kita meraih redha Illahi...jangan terlepas peluang ini! Tingkatkan amal...tadarus alQuran, kerjakan solat fardhu, terawih, taubah, tasbih, tahajjud dan sunat sunat yang lain, jangan pentingkan diri sendiri, dalam pada kita beribadah, kita juga diseru untuk menjalin ukhuwwah samada meningkatkan ukhuwwah sedia ada atau menjalin ukhuwwah yang baru...ajak rakan dan teman berbuka puasa mahupun bersahur bersama sama serta tazkirah sesama!Kalian kan temui keseronokan dan kebahagiaan dengan cara menyumbang usaha kearah membahagiakan orang lain! Seronok apabila kita boleh meningkatkan usaha agar perhubungan dan ukhuwwah menjadi lebih erat (maaf, saya bermaksud ukhuwwah yang syariah compliance, dan bukannya hubungan atau permainan cinta mahupun perasaan antara seorang lelaki dan perempuan bukan muhrim yang melewati batas syariah!!!!!). Persahabatan 'fillah' itu menjadi sandaran....kerana ia salah satu golongan yang menerima 'dzilluhu' atau naungan dariNYA di akhirat kelak! Mudah bukan! Hanya dengan mengekalkan dan menjalin ukhuwwah, Allah swt janjikan perlindunganNYA di akhirat kelak! Masyaallah!....justeru saat ini mengapa kita menjadi manusia yang mudah sahaja memutuskan perhubungan? Tidakkah dengan mengaibkan orang, menunjukkan buruk sesama, saling bercakaran dan berbahasan melewati batas itu adalah punca dan faktor ke arah memutuskan suatu perhubungan???? 


Pada waktu yang sama....tidakkah selama ini kita tercari cari kebahagiaan dalam hidup selama ini? Mengapa tidak kita usaha mencari kebahagiaan itu....kaedah dan cara telah terhidang didepan mata! Allah dan RasulNya telah menunjukkan jalan itu...ia juga dicontohi oleh mereka selepas Baginda Rasulullah saw! Mengapa kita masih tercari cari walhal ia ada didepan mata! Jangan jadi malas dan manja....gali khazanah ilmu, baca kisah kisah mereka! Contohi cara dan kehidupan mereka....pasti kalian kan temui kebahagiaan yang dicari selama ini! Amiin! Insyaallah!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.