Benarlah! Sesiapa ikut pilihan pilihan yang ditentukan Allah swt...dia akan menerima syahadah daripada Allah, pengakuan daripada Allah, radiallahu anhum waradhuu anh! Allah redha kepada mereka dan mereka ialah orang orang yang mendapat redhaNya! Rujuk Surah at Taubah ayat 100.
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
And the first to lead the way , of the Muha ' jirin and the Ansar , and those who followed them in goodness Allah is well pleased with them and they are well pleased with Him and He hath made ready for them Gardens underneath which rivers flow , wherein they will abide for ever . That is the supreme triumph .
Secara umumnya, mudah sebenarnya formula untuk mendapat redha Illahi...formula ringkasnya ialah "ikuti apa yang Allah suruh buat, tinggal apa yang dilarang"... dalam konteks ayat at Taubah di atas...KITA SEMUA ikuti atau turuti jejak langkah para SAHABAT Nabi saw dengan kebaikan iman dan taqwa!
Pada Ramadhan yang mulia ini...inilah masa, saat dan tikanya! Saat nafsu lemah dan hilang kuasa, geraf IMAN meningkat mendadak....atau peluang untuk IMAN berkuasa sepenuhnya ke atas nafsu...maka inilah saatnya kita meraih redha Illahi...jangan terlepas peluang ini! Tingkatkan amal...tadarus alQuran, kerjakan solat fardhu, terawih, taubah, tasbih, tahajjud dan sunat sunat yang lain, jangan pentingkan diri sendiri, dalam pada kita beribadah, kita juga diseru untuk menjalin ukhuwwah samada meningkatkan ukhuwwah sedia ada atau menjalin ukhuwwah yang baru...ajak rakan dan teman berbuka puasa mahupun bersahur bersama sama serta tazkirah sesama!Kalian kan temui keseronokan dan kebahagiaan dengan cara menyumbang usaha kearah membahagiakan orang lain! Seronok apabila kita boleh meningkatkan usaha agar perhubungan dan ukhuwwah menjadi lebih erat (maaf, saya bermaksud ukhuwwah yang syariah compliance, dan bukannya hubungan atau permainan cinta mahupun perasaan antara seorang lelaki dan perempuan bukan muhrim yang melewati batas syariah!!!!!). Persahabatan 'fillah' itu menjadi sandaran....kerana ia salah satu golongan yang menerima 'dzilluhu' atau naungan dariNYA di akhirat kelak! Mudah bukan! Hanya dengan mengekalkan dan menjalin ukhuwwah, Allah swt janjikan perlindunganNYA di akhirat kelak! Masyaallah!....justeru saat ini mengapa kita menjadi manusia yang mudah sahaja memutuskan perhubungan? Tidakkah dengan mengaibkan orang, menunjukkan buruk sesama, saling bercakaran dan berbahasan melewati batas itu adalah punca dan faktor ke arah memutuskan suatu perhubungan????
Pada waktu yang sama....tidakkah selama ini kita tercari cari kebahagiaan dalam hidup selama ini? Mengapa tidak kita usaha mencari kebahagiaan itu....kaedah dan cara telah terhidang didepan mata! Allah dan RasulNya telah menunjukkan jalan itu...ia juga dicontohi oleh mereka selepas Baginda Rasulullah saw! Mengapa kita masih tercari cari walhal ia ada didepan mata! Jangan jadi malas dan manja....gali khazanah ilmu, baca kisah kisah mereka! Contohi cara dan kehidupan mereka....pasti kalian kan temui kebahagiaan yang dicari selama ini! Amiin! Insyaallah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment