Wednesday, August 8, 2012

Menginsafi kesederhanaan@wassatiyyah!


Salam ukhuwwah...Dihening fajar ini tetiba aku tersentak! Suatu fikiran halus datang ke mindaku...SEDERHANA! Entah mengapa disepanjang tarbiah madrasah Ramadhan, beberapa ketika aku disentak oleh fikiran fikiran halus terma terma asas soal kehidupan....ada sebahagiannya belum dapat kutitipkan buat tatapan kalian di blog ini dan ada antaranya hanya dapat kunukilkan separuh jalan sahaja, belum cukup ranum untuk kupasarkan buat santapan minda kalian...namun, hakikat sebenarnya ialah masaku dipenuhi dengan 'kesibukan' urusan urusan peribadiku samada yang bersifat ubudiyyah mahupun duniawi....aku sekadar mengambil peluang dikesempatan Ramadhan yg hadir kali ini.....

Alhamdulillah, pada minggu pertama program perkumpulan iftar bersama anak yatim dan bakal para huffaz seramai 70 orang telah selesai ku aturkan.....kemudian melunaskan sumbangan eid al fitri kepada sekelompok anak yatim dan bakal huffaz juga telah selesai dibuat pada minggu kedua, bersamaan dengan perkumpulan teman dan sahabat seangkatan 'alumni' semasa di universiti dahulu, ini juga telah selesai....

Usaha mengatur, melaksanakan dan menjayakan program sebegini memerlukan komitmen tinggi, aku tidak mampu bersendirian dalam hal ini....terimakasih kepada teman teman dan sahabat yang punya secebis rasa, segunung kemahuan dan keinginan untuk terjun ke dunia tanpa upah duniawi ini, namun punya impak natijah kepuasan diri yang amat bererti dan 'hadiah Illahi berupa pahala lipat ganda'. Segalanya mencetus tahap rasa yang pelbagai! Benar, jika kita tidak terjun ke dunia tanpa upah ini, kita tidak akan tahu kesima 'rasa' yang membuak ini....tidak akan diketahui nikmat perjuangan dan nilai pengorbanan....tidak tahu betapa 'sedap'nya membahu amanah dakwah dan perjuangan....ia benar benar membuat aku insaf....sampai aku terfikir, jangan mengungkap itu ini, mengomel soal perjuangan dan pengorbanan jika belum terjun sendiri dan hanya 'mencekak' pinggang memerhati dari luar! Terjun sendiri dan lakukan, kalian kan mengerti! Mudah untuk mengungkap kata kata sinis dan sindir manis atas dasar kerana diri (amat pandai kononnya, sangat profesional, amat tokoh, amat tebal pengalaman)....hermmm...untuk yang sedemikian, untuk orang yang 'perasan' itu (sebenarnya si Perasan ini tidak sedar langsung bahawa dirinya amat perasan)...ingin sahaja kukatakan...."Cakap memang senang, ayuh cuba lakukan, jom turun sekali...saat itu kan diketahui segala macam alasan!" Maaf, aku tiada niat mempromosi diriku dalam tulisan ini, sekadar mahu berkongsi rasa dan pengalaman bersama kalian! Ia tidak mudah! Justeru itu aku amat menghormati, dan tiada kata kata mampu kuucap buat mereka yang sentiasa terjun malah menyelam dalam dunia 'sukarela' ini! Moga Allah meredhai kalian, atas usaha tanpa jemu kalian....akan kubantu dalam upaya yang kumampu, insyaallah! Aku tidak mampu untuk walau sekadar mengkritik mahupun memberi komen kerana hakikat sebenarnya ialah....ia perjalanan berliku dan sukar! Jangan kita jadi manusia yang sekadar bercekak pinggang akan tetapi mulut mengomel tanpa henti kerana itu sangat mudah! Jangan jadi manusia yang hanya melihat sisi silap dan kesalahan tanpa melihat sisi baik dan kebaikan! Sentiasa liihatlah kepada kebaikan berbanding buruknya akan sesuatu itu!

Lalu pada satu tahap disaat perjalanan dan putaran hidup di Ramadhan ini masih berbaki....aku masih terlihat lihat dan ternampak nampak kelibat jahat kehidupan 'antara dua darjat' yang sentiasa menjengah masyarakat kita....ia sangat berleluasa...aku hanya bimbang jika ini dalam jangka masa panjang menjadi barah yang tidak terubat dalam masyarakat....! Aduh! Sedar atau tidak itulah sisi kelam yang wujud dalam hidup kita! Kita meninggikan kebendaan dan merendahkan amal ibadah....kita berhabisan berbuka puasa dengan segala macam lauk pauk, dengan tahap hotel atau resort atau restoran terkemuka tapi kita lupa kita patut bawa juga mereka yang tidak bernasib baik untuk menikmati juadah yang sama....kita membazir dalam makanan sedangkan ada saudara kita yang tidak punya apa untuk dimakan. Inilah sisi 'antara dua darjat' yang aku maksudkan. Nauuzubillah! Ini sekadar pemerhatian jujur ku sendiri! Maafkan daku jua....aku tidak bermaksud menghina sesiapa dalam tulisan ini, mahupun berniat merobek damai hati insan insan yang turut berjuang bersamaku! Maafkan aku sekali lagi!

Inilah SEDERHANA yg aku maksudkan...sederhana setiap segi dalam kehidupan! Jangan melebih lebih! Soal ibadah biar istiqamah walau sedikit, soal makan biar sederhana makan, tidak terlalu kurang tidak terlalu banyak@lebih (jika sudah lebih itu bukan sederhana lagi), soal marah, biar sederhana, marah bersangatan tidak boleh, marah atas sebab sebab yang bukan 'shariah compliance' lagi tidak dibolehkan sama sekali tambahan pula di Ramadhan ini! Soal berbelanja, membeli pakaian hari raya dan segala persiapan...jika yang sedia ada sudah cukup cantik mengapa perlu beli yang baru, atau jika perlu beli yang baru, cukuplah sepasang atau jika dibeli, pilihlah harga yang sederhana sekali! Tidak perlu melebih lebih....hari raya bukan hari pertunjukan fesyen bukan pertandingan harga pakaian bukan peraduan melukis warna warni....cukuplah dengan bersederhana! Jika selama 33 tahun (ku ulangi konsep hidup dalam posting terdahulu) kita telah berhari raya dan selama itulah kita telah berpakaian baru berpasang pasang....apalah kiranya tahun ini hanya sepasang sahaja sebagai langkah bersederhana....ya mungkin ini agak keterlaluan bagi kalian, tidak mengapa, mungkin bagi yang merasa ini agak keterlaluan adalah satu daripada tanda tanda bahawa sifulan telah berada dalam zon selesa untuk begitu lama, jadi apabila diubah dasar selesa itu, maka sifulan menjadi tidak selesa! Jika boleh ubah, maka ubahlah....aku khuatir dan mengkhuatiri kalian jika datang peristiwa serta ketentuan dimana 'Allah melaksanakan perancanganNYA untuk mengubah kita kerana diri kita sendiri tidak mahu berubah' pada tika dan saat itu, itulah kepahitan yang terkadang amat melampau untuk ditelan! Ia berlaku sepanjang zaman bilamana kedegilan untuk berubah dikalangan manusia itu amat bersangatan, maka Allah laksanakan rancanganNYA mengubah manusia itu sendiri!Benar, ada pesan Allah "Allah tidak ubah nasib sesuatu kaum@bangsa@kelompok@golongan@individu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri"....


Namun hakikatnya, Allah boleh turunkan peringatan, boleh turunkan musibah yang penuh hikmah yang akan memberi 'pukulan' kesedaran buat manusia! Masalahnya ialah 'pukulan kesedaran' itu bukan perkara main main! Bacalah sejarah, lihatlah pengajaran yang diterima oleh kaum terdahulu! Bacalah juga peristiwa peristiwa alam dan bencana yang berlaku pada hari ini! Tidakkah itu semua musibah yang memberi impak besar dalam kehidupan manusia....bila lagi kita mahu ambil iktibar dan ibrah dari semua peristiwa itu!

Berubahlah.....jalani hidup ini dengan SEDERHANA, namun bukan bermaksud USAHA perlu sederhana sahaja! Silap jika kita berfikiran sedemikian....usaha perlu hebat, agar hasil hebat, lalu proses menikmati hasil itulah yang perlu cukup SEDERHANA! Agar kelak aku dan kalian kan mampu menuruti kesederhanaan Rasulullah saw dan para sahabatnya dalam segenap aspek kehidupan namun masih memangku dan mengukir sejuta kejayaan dan kegagahan Islam diseantero jagat raya alam dunia ini! Baginda saw dan sahabat sahabatnya menjadikan dunia ini umpama dipijak pijak bagai tiada ertinya lalu membina ketamadunan agung yang mendapat redha Illahi! 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: