(Artikel ini pernah terbit di ILuvIslam.com pada 17 Sept 2011)
Salam....
Sudah agak lama cerita ini kuperapkan begitu sahaja...cuma tiba tiba aku merasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian. Titipan perjalanan ini ialah pengalaman yg ku kutip ketika meghadiri Simposium Antarabangsa Pengurusan Rekod sempena ulangtahun Arkib Negara Korea Selatan di Seoul, Korea, aku salah seorang wakil delegasi Malaysia yang seramai 5 orang, Dr.Rusnah Johare, Haslinda Mohamed, Irwan Kamarudin Abd Kadir, Nurussobah Husin dan aku sendiri, kami membentangkan kertas kerja bertajuk 'The primary research data preservation; the case study of Malaysia'....
Aku dan temanku (Irwan) menginap di sebuah hotel murah di pinggir Seoul, kira kira sejam perjalanan menaiki 'tube' ke tempat persidangan, ini kerana kami cuba mengurangkan kos dengan menyewa hotel yg murah walaupun jauh dan perlu menaiki 'tube' dan bertukar 'tube' beberapa kali untuk sampai ke tempat transit sebelum menaiki 'chartered bus' ke Arkib Negara Korea Selatan.
Titipan ini adalah segala pengalaman yg kulalui sepanjang berada di Korea Selatan, negara yang terbahagi dua disebabkan oleh perbezaan ideologi, Utara dan Selatan. Seoul ialah ibunegara Korea, tempat diadakan buat pertama kalinya dalam sejarah Piala Dunia Bolasepak FIFA iaitu FIFA Worldcup secara bersama dengan Jepun. Aku berpeluang melawat Stadium Seoul yang terkenal itu. Korea Selatan hanya kukenali sedikit melalui drama bersiri terkenal 'winter sonata' itu, taman yang cantik dan mendamaikan, begitu tersusun dan indah sekali.
Hotel yg ku menginap itu hanya sekitar RM79 semalam, biliknya sangat bersih, kemas dan cukup kelengkapan, walaupun murah namun cukup menyenangkan, terletak dipinggir sebuah sungai di Seoul ini (aku lupa nama sungai ini kerana ia dlm bahasa Korea) dibelakang hotel ini sebuah perkampungan kecil penduduk Seoul, dengan rumah kecil tersusun rapat antara satu sama lain. Agak 'crowded' umpama Kg Abdullah Hukum di Kuala Lumpur. Cuaca di Seoul sedikit dingin dan berangin, sejuk jika di malam hari, di siang hari masih perlu siap sedia dengan baju sedikit tebal..Seoul ialah bandaraya moden, tersusun dan pembangunan fizikalnya meliputi di seluruh tempat, ku rasakan Seoul ini lebih besar berkali ganda dari Kuala Lumpur. Tidak hairanlah, kalau dikatakan bahawa Korea Selatan telah menjadi salah satu negara maju di Asia. Aku rasa Malaysia juga tidak kurang cumanya ingin ku kongsikan beberapa perkara yg sangat menarik perhatian ku di sini.
1. Tidak ku dapati seorang pun sepanjang 7 hari di Korea ini, mereka yang obes..semuanya 'slim'.orang Seoul suka berjalan kaki dan berbasikal ke mana mana sekalipun, dan ku dapati mereka yang berjalan kaki dan berkenderaan sama ramainya.
2. Aku boleh membilang dengan jari hanya terjumpa beberapa kenderaan buatan German (Mercedes dan BMW), manakala kenderaan lain ialah kereta, bas, keretapi, 'tube', motosikal buatan Korea. Hermm mereka cukup nasionalis dalam hal ini. Apa yang kutemui ialah Hyundai, Kia, Daewoo dan sebagainya berjenama Korea, samada kereta, motosikal, basikal mahupun keretapi.
3. Cukup ramai manusia di Seoul ini menggunakan 'tube' iaitu pengangkutan awam bawah tanah yang menyambungkan segala tempat di Korea ini, cukup dekat dengan tempat tujuan jika mahu ke mana mana..ku dapati 'tube' ini cukup tersusun, cekap, menepati masa, manakala penumpangnya walau dalam apa jua ragamnya tetap beratur ketika keluar atau masuk ke dalam tube, dan yg paling menarik perhatian ku, mereka ini semua senyap, tiada kecoh kecoh dan berebut rebut....cukup berdisiplin orang Seoul. Apabila berada di dalam 'tube' mereka seolah olah berada dalam dunia mereka tersendiri, masing masing dengan 'gadjet' masing masing...aku sebenarnya hairan, mereka tidak mengendahkan sesiapapun...masing masing leka samada bermain 'game' mahupun menonton tv melalui 'handphone' mereka...ish..canggih mereka semua ni, teknologi yg mereka miliki amat maju hingga dibawah tanah sekalipun mereka boleh menerima siaran tv melalui telefon bimbit mereka. Aku terfikir, bilakah agaknya keadaan ini berlaku di Malaysia. Hermm...bagaimana agaknya Malaysia mahu bersaing dengan Korea Selatan, dalam beberapa perkara ku lihat, mereka cukup terkehadapan dalam IT dan teknologi. Aku difahamkan bahawa mereka telah pun menggunakan teknologi komunikasi versi 4G secara meluas di Seoul ini. Patutla menonton tv pun boleh dilakukan melalui telefon bimbit.
4. Tidak ku temui seorang pun yang menggunakan jenama telefon seperti Nokia mahupun Sony Ericcson..semuanya jenama Samsung atau LG atau jenama lain berbahasa Korea yang tidak ku kenali. Kuanggap orang Korea ini cukup nasionalis dalam hal hal sebegini.Begitu jua jenama pakaian, yang biasa kita temui di Malaysia yang berjenama luar negeri, tidak ku temui juga di sini, semuanya berbahasa Korea, mungkin juga jenama jenama tersebut telah dialih bahasa ataupun mereka ini sememangnya sangat bersikap nasionalis dan mempunyai kepercayaan penuh kepada jenama sendiri.
5. 'Tube' yang ku naiki semuanya berjenama 'Daewoo' salah satu konglomerat terbesar di Korea dalam industri berat dan automotif..ia laju dan senyap. Berhenti di setiap stesen, manusia silih berganti. Cumanya ada satu insiden bila aku dan Irwan keluar di malam minggu ke Itaewon untuk menjamu selera kerana kebulur nasi, aku menuju ke salah sebuah kedai kebab yang menyajikan nasi kebab, keadaan agak sedikit berubah, rupa rupanya, orang Seoul suka berpeleseran di malam minggu sambil mabuk, inilah sedikit kecacatan yang kulihat...mereka memang mabuk sehinggalah termuntah muntah di dalam 'tube'...bayangkan baunya muntah si pemabuk dalam kesesakan orang ramai di dalam 'tube'...tidak sampai beberapa minit kemudian, ada 2 orang pekerja wanita Korea datang membersihkan muntahan isi perut si pemabuk...waduh...cepatnya mereka ini memberi 'response' terhadap situasi sedemikian. Seolah olah itu sudah biasa berlaku dan bagi memastikan keselesaan pengguna, muntahan itu terus sahaja di bersihkan..aku agak kagum dengan sikap pekerja di Korea ini, mereka sentiasa dalam siap siaga di dalam tube untuk mengendalikan insiden insiden sedemikian.
6. Di sepanjang pejalan kaki tidak ku temui sampah sarap hatta bungkusan kecil plastik gula gula sekalipun, sentiasa kelihatan pekerja penyapu sampah berada di mana mana tempat yang kutujui.
7. Secara tradisi, mereka di Korea akan sentiasa tunduk hormat kepada sesiapa terutama tetamu di hotel, tempat tempat awam di mana mereka menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan...hatta ketika memberi ucapan dan melayani kami ketika makan sekalipun, mereka akan tunduk hormat dengan sedikit membongkok. Cukup sopan dan santun, benarlah..itu sudah menjadi sebahagian budi bahasa orang Asia termasuklah kita cumanya caranya berbeza beza di antara satu bangsa dan budaya.
17 comments:
masa ni suhu kat Seoul brapa drjah yea???
i'm checking now suhu cecah 8oC..hmmmm, i'm going there nextweek :-(
Actions speak louder than words. ........................................
last year, saya pun ada travel ke korea. mmg betul, saya pun dapat pengalaman yg sama..mmg buat saya rasa kagum dengan budaya org korea.
salam, saya akan ke seoul March depan. Boleh tak bagitahu nama hotel yg encik tinggal, kalu tak keberatan. harap dapatbantu saya. terima kasih.
Marzuliana:
tips saya:
1. study travel map di korea dahulu..apapun xkisah la..just to get things familiar
2. once u drop kat Incheon Airport...ada buku travel seoul korea di information counter dan map.
3. travel ngan bas dan juga tube murah kalau beli prepaid kad dia...mcm prepaid telefon
4. where r u planning to go..is okay soalan ni berlegar di kotak fikiran..sbb kalau rujuk kat map dan naik tube(underground) train..u will see every location is very well connected to tube..keluar dari stesen dah tak jauh dah..dongdaemun...seoul olympic stadium...etc.
5. tengok dlm map tu area dan peta tube warna hijau gelap..dari incheon pergi ke HAPJEONG-GU..kira city center dan banyak hotel murah kat situ ...senang nk pergi mana2..especially bila nk check in kat Incheon masa nk balik..sebab dari situ terus pergi Incheon..tak payah pusing2 atau kena berhenti banyak kat stesen2...
6. Di Hapjeong Gu ni banyak hotel yg you boleh pilih..masuk mana2 hotel ada buku senarai hotel murah kat situ, ambik buku tu free jer..bawak gi mana2....2@3 stars dh cukup bersih luas dan cantik bilik dia..
7. dua benda yg u kena sentiasa bawak..buku lokasi dan map tu
8. makan halal banyak kat Itaewon and very international...pegi kat restoran Turkish Kebab...tepi jalan nk pegi ke masjid seoul...sebelah kedai buah..dia jual nasi gak...sy selalu makan situ jer..malas nk gi tempat lain....
Marzuliana:
seperkara lagi....jangan lupa pakai running shoe...kalau pakai kasut pegi ofis..hermmm jenuh la u nanti coz there will be a lot of walking...org korea suka berjalan...
kalau takde..nnt sampai sana pegi beli kat Itaewon..murah dlm RM50-RM100 dari harga kasut kat Malaysia kalau tak silap...adidas ker, reebok ker...nike ker..
generally, brg kat korea agak mahal..sesuai dgn taraf dia negara maju la
byk makanan halal di jual disepanjang jalan pegi masjid seoul di Itaewon
travel prepaid card tu u boleh beli di airport dan boleh reload di mana2 7eleven di seoul
seoul is a place where u dont need travel guide to show u here and there..much cheaper if u do it alone without travel guide...and information is everywhere and completely available in the map
LaDolce vs CN
sorry..saya baru terbaca komen anda...aritu saya approve your comment..terus terlupa utk reply...
suhu di situ pada ketika itu daam sekita 20'Celsius
tak berapa sejuk dan tak berapa panas..okay jer
salam encik alwi,
terima kasih for the info, especially tang kasut... excited sangat nak travel ni,now collecting all info about korea sbb first time backpackers. hopefully tak lostlah. tapi memang dah survey cost kat sini memang mahal, even hostel paling murah survey dapat kat myeongdong pun rega 40000w.
Marzuliana..
kalau nk beli brg murah pergi kat Dongdaemun...T Shirt ada 2 jenis..satu Korean Made satu China made...tanya dulu..Korean Made mahal sikit...
sudu/garpu kecil murah dan cantik utk dibeli xberat sgt...
yg lain tu souvenir macam biasa...kalau leh gi sampai kat Universal Studio Korea..lagi bagus..biasa la...agak mahal nk masuk
kalau masuk ke old castle atau istana korea...memang cantik tempatnya...leh amik gambar banyak2...see may facebook photo utk dpt gambaran seoul korea
wahhh bestnya..tak sabar nak gi...insya Allah sy akan gi enf of Feb - early March 2011...skrg tgh survey tmpt nak stay..mana nak pergi..dan yg paling sy nak tahu...apa patut sy pakai during my trip sebab ada ckp Seoul takde snow..kena gi kaw. pergunungan baru ada snow...
oh btw, sy stay kat Namsan guesthouse..tak tahulah sng ke tak nak gi mana²...
namsan guest house tu quite familiar...no worry diorg jenis pembersih orangnya..kalau ada bajet lebih sikit...hotel 2-3 star dh cukup bagus..bilik luas..dlm rm70-90 satu malam...korean won xingat berapa..amik buku panduan hotel tu di airport atau singgah mana2 hotel dan amik..lokasi menarik juga ada dalam buku tu...
opps..memang sejuk walau xde snow..bawak cream secukupnya...kena at least 3 lapis..long john, baju luar dan jaket atau windbreaker serta standby sarung tangan dan setokin tebal...always bring a bottle of water everywhere...nk buang air pun senang sbb 'toire' diorg xde paip...
ok thanks for d info..
hotel 2-3 star yg saudara ckpkn tu nama apa ek? sebab guesthouse yg sy stay ni dlm 75,000won/nite so dlm Rm170? mahal gak tuh...
oppss..sorry la salah info tadi...sy lupa nk bgtau..harga yg sama atau dlm 50,000won ke 60,000won boleh dpt bilik di 2,3 start hotel..yg sy lupa bgtau, boleh dpt bilik twinbed..haritu sy pergi ngan kawan so bahagi 2 kos bilik dpt la sorg rm70-rm90...
by the way, sy tak buat online booking..dh [ergi sana baru cari sbb hotel2 tu nk wat online booking cari dlm internet tak de cuma info jer...kebanyakkan yg boleh online booking adalah hotel yg agak international maksudnya ramai tourist pergi...no worry too..you will find ample hotel to rent...lagipun you pergi musim sejuk..so rate is basically low and reasonable...sorry juga sebab sy dah xingat nama hotel..duk cari buku panduan hotel korea tak jumpa dan xingat letak mana..nanti i try lagi cari dan bagi nama hotel tu kalau ada....
ok thanks...hope saudara jumpa buku panduan tu...he3
Salam...sya bercadang ke Korea cuti sekolah bulan March ni bersama isteri dan 4 anak. Saya dah buntu nak cari hotel dan yg sy dapat dr internet ni ialah hotel sky di Incheon. Saya kira agak jauh untuk ke Seoul dan juga tempat2 lawtan yg lain. Boleh saudara cadangkan bagaimana sy perlu booking hotel sebab kami sampai agak malam di Incheon dan selain hotel sky tu saya tak ada cadangan lain. Saya juga risau kalau saya menginap di Incheon, sy mungkin ada masalah nak ke tempat2 permainan dan shopping serta mungkin ke kawasan pergunungan jika masih terdapat salji. Ada cadangan dari saudara? Oh yer, sy pergi dalam 5 malam kesana nanti. Segala pertlongan saya hargai. Kad travel tu KRR Kad bukan? Saya diberitahu kad itu saya kena beli in advance sebelum sampai Korea..adakah benar? Terimakasih sekali lagi dan maaf soalan panjang sangat...Azmy
march..musim sejuk tuu....salji ada lgi especially when you like to skiing...
jika duduk di incheon jauh nk ke pusat bandar mahupun nk pergi tempat tempat menarik utk dilawati. lebih baik duduk di hotel sekitar hapjeong...dongdaemun atau itaewon...so far yg paling murah ialah disekitar hapjeong yg saya tahu la...hotel 3 star and below..is good enough..dengan harga sekitar rm140 ringgit semalam....breakfast tak de.bilik bersih. nama hotel tuan kena cari di internet....kalau tak nk booking dari malaysia secara online..still ok kalau sampai malam sekalipun, diorag bukak cumanya ada sedikit masalah bahasa la..tp itu pengalaman menarik dan thrill bagi saya, dior sukar berbahsa inggeris, biasanya diorg akan telefon rakan mereka yg berbahasa inggeris dan kita cakap apa kita nk dan kawan diorg tu akan translate balik......yg penting di airport tu, amik peta dan buku panduan hotel..terus pilih mana tempat sesuai, beli tiket ke tempat/lokasi hotel, naik bas atau naik "tube" lagi murah....keluar stesen ditempat ditujui..biasanya hotel tu akan berdekatan dengan stesen tube(LRT), jgn lupa beli sorang satu ahli keluarga anda kad travel utk tujuan naik bas atau naik tube di airport counter (they will help a lot) tak perlu beli kad travel di malaysia..untuk 5 hari with extensive travelling..maybe sy rasa sehari kena ada dalam 30-50 won nilai KRR tu.....kena pandai baca map, walaupun berbahasa korea tp kita leh tahu lokasi hotel tu. ada 2,3 jenis map, sentiasa bawa map tu semua bila pergi mana, map tu free, tak yah beli, masa beli KRR tu pun disisipkan sekali map korea dan cara nk pergi ke satu2 tempat guna tube...sy tak suka naik bas...payah nk baca tulisan stesen..sy suka naik tube...station to station senang nk monitor esp bila bawak anak dan ahli keluarga....baca tips saya yg lain di previous comment sebelum ni....anything email me alwiyunus@gmail.com atau post comment here....HAPPY HOLIDAY...Korea is a very interesting place to visit next to OSAKA Japan if you know how to travel cheaply.....kalau pakai travel agent tentu mahal dan tak thrill langsung
tempat makan yang halal biasa terdapat di Itaewon..tp hotel sekitar Itaewon agak mahal...ada masjid di Itaewon dan kedai muslim termasuk kedai turki..kebab, kedai kashmir etc...banyak expatriate US tinggal di sana esp military
Salam kembali En Alwi..sy dah selamat pergi dan selamat kembali ke Malaysia bersama keluarga dan juga selamat tina di Sudan bertugas kembali..Pengalaman di Seoul hari tu memang seronok dan kami tinggal di area dongdaemun hotel hyundai. Kebanyakan hari kami menggunakan train bergerak cuma kesian kat anak girl yg kecik tu sebab terpaksa berjalan bertukar train di beberapa stesen kerana tempat yg dikunjungi berbeza train. Kami pergi beberapa hari selepas tsunami di Jepun tp tiada apa yg org korea risaukan. Kedai di sekitar dongdaemun mmg banyak dan tak terjangkau nak singgah. Kedai kasut sepanjang jalan. Masalah kami cuma satu iaitu makanan dan nasib baik kami bawa instant noodle sikit serta serunding dan roti gardenia. Apa pun makanan bukan difikirkan sangat. Banyak tmpt yg dilawati spr lotte world, pasar ikan noryangin, coex, istana dan berbagai...apa pun dari pengamatan sy, harga barangan agak mahal iaitu 10000 won sama dgn 10 dolar dan barang kecik2 banyak sekitar 10000 won dan sy perhatikan org korea pandang 10000 tu macam 10 hengget kot. Kami sopping juga ler serba sedikit terutama sekali di itaewon. namsan tower pn kami panjat dan banyak lagi tmpt2 lain...terimakasih juga atas panduan yg telah diberikan sebelum ini dan next dest mgkn rome...insyaAllah...
MyLi
Post a Comment