Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, June 15, 2015

Kembali menjelma.....mungkin juga.....

Assalamualaikum wrt wbt....

Image result for ramadhan yang berbeza imagesRAMADHAN kembali menjelma. Alhamdulillah kerana DIA beri kita masa dan umur untuk kita raih Ramadhan ini buat sekian kalinya. Itu tanda DIA masih beri rahmat dan peluang, rahmat untuk menikmati Ramadhan yang penuh berkat dan peluang untuk kita memohon ampun serta meraih pahala. Jangan dipersia.

Beri ketetapan atau setkan minda untuk meraih sebanyak di Ramadhan ini...cuba bilang berapa umur kalian. Tolak 7 tahun terawal, maka baki dari umur yang ada adalah nilai sekian kalinya kita menghadapi Ramadhan ini. 

Image result for ramadhan yang berbeza imagesMungkin juga..............kita tanyakan pada diri, adakah sama Ramadhan kali ini dengan yang telah kita lalui. Jika ia sama selama ini, maka tambah dan perbaiki lah. Raihlah sebanyak. Jangan jadikan Ramadhan ini berupa RUTIN yang sama tanpa ada penambahan kebaikan dan ibadah.

Mungkin juga...........kita habiskan 30 juzuk kali ini dalam tempoh 30 hari, atau setiap 10 hari 30 juzuk maka kita mampu khatam al-Quran sebanyak 3 kali. 

Mungkin juga ...........kita boleh bersedekah setiap hari RM10 untuk memberi makan kepada orang lain yang berpuasan (fakir dan miskin) jadikan ia amalan setiap hari dan usahakan mencari mereka yang fakir dan miskin. 

Mungkin juga ..............kita tambah tahajjud kita dan solat tasbih.....bukan sekadar 2 rakaat sebelum waktu subuh. Kita boleh buat seperti mana yang Nabi saw lakukan iaitu solat tahajjud 8 rakaat. Lalu kita tambah solat tasbih 4 rakaat.

Image result for ramadhan yang berbeza imagesMungkin juga............Ramadhan kali ini, kita berbuka ala kadar dengan kurma dan sedikit kuih muih dan bersahur dengan beberapa butir kurma sahaja serta air kosong. Tidak perlu bermewah dan membazir. Rasai peritnya mereka yang susah dan menderita, seperti saudara saudara kita di Syria, Palestin, Rohingya dan dimana mana. Lupakanlah Buffet Ramadhan di hotel hotel mewah buat kali ini. Lebih baik gunakan bajet yang ada dan menganjurkan berbuka puasa dengan saudara mara kita di rumah anak anak yatim, pelajar pelajar tahfiz atau rumah orang orang tua atau sanak saudara keluarga kita di kampung.

Mungkin juga......kita habiskan masa Ramadhan ini di masjid. Berpagian dan qiyamullail di masjid, berlewatan juga di masjid dengan tadarus selepas solat terawih. Tutup lah television di rumah, cutikanlah mana mana siaran yang tidak bermanfaat. Tidur awal dan bagun awal sekitar jam 3 pagi lalu qiyamullail.

Image result for ramadhan yang berbeza imagesMungkin juga.....pasaraya, Jalan Masjid India, atau Sogo atau Mid Valley atau mana mana tempat lagi adalah lokasi terakhir untuk dijejaki. Lupakan berbelanja kerana pasti kalian akan temui perkara yang sama kalian pernah temui seperti Ramadhan yang lalu....pakaian baru? langsir baru? cukuplah kita gunakan apa yang kita ada dan pakailah pakaian yang masih lagi baru dan elok untuk hari raya kali ini......jadikanlah hari raya ini penuh berbeza dengan kesederhanaan dan rasa tawadhuk selain mengukuhkan silaturrahim. Bukan ukhuwwah itu terbina dengan pakaian baru dan langsir atau perabot baru, akan tetapi ukhuwwah terbina dengan senyuman, ucapan salam serta ziarah menziarahi....kenangilah mereka yang tiada rumah akibat banjir besar melanda di negara ini pada tahun lalu....kenangilah mereka yang daif.

Image result for ramadhan yang berbeza imagesMungkin juga....Ramadhan kali ini kita cari masjid masjid yang mengimarahkan Ramadhan dan berterawih dengan surah surah yang panjang oleh imam imam huffaz satu juzuk satu malam....agar ia lebih memberi makna dalam solat terawih kita. Kita juga boleh bermusafir tatkala hujung minggu mencari masjid masjid di luar kebiasaan dan kawasan kita untuk merasai perbezaan dan roh Ramadhan di pelbagai lokasi. Lalu kita maksimumkan 10 Ramadhan terakhir dengan benar benar mencari Lailatul Qadr....kerana kita tidak pasti samada umur kita cukup panjang untuk bertemu Ramdhan akan datang.

Mungkin juga....Ramadhan kali ini kita penuhi dengan bersedekah pakaian kita kepada mangsa mangsa banjir, duit ringgit kita kepada saudara mara kita yang dhaif. "Jika bukan sekarang bila lagi, Jika bukan KITA siapa lagi?" 

Mungkin juga......Ramadhan kali ini, kita lebih sedikit tidur dan berjaga banyak pada malam hari, atau kita lebih banyak berdoa agar menjadi insan yang bertaqwa dan dipermudahkan melakukan ibadah dan melakukan TRANSFORMASI atau HIJRAH DIRI....agar menjadi insan yang lebih baik. Sedarilah bahawa RAMADHAN ialah kursus atau bengkel atau latihan sebulan yang Allah khususkan buat kita semua, maka rugilah jika diri sendiri GAGAL dalam tarbiah Ramadhan ini.....



“Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa” [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]


Saturday, July 20, 2013

Hanya punya 3 hari....tidak lebih dari itu.

Assalamualaikum wrt wbt....

Syukur alhamdulillah....Ramadhan ini menjengah lagi dalam keadaan diriku yang sebegini. Ini sudah cukup baik bagiku. Masih ramai yang tidak bernasib baik. Masih ramai yang seolah olah sentiasa dalam Ramadhan sepanjang tahun....bagi mereka kehidupan bukan lagi tarbiyyah diri sebulan dalam bulan Ramadhan akan tetapi realiti kehidupan adalah Ramadhan.

Wednesday, July 10, 2013

Kita adalah apa yang kita beri dalam kehidupan ini....

Assalamualaikum wrt. wbt.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA DAN BERKAT DARIPADA SAYA SEKELUARGA.....MOGA ALLAH TERIMA DAN REDHA DENGAN DIRI, AMALAN PUASA, SOLAT, QIYAAMULLAIL, DOA dan HIDUP KITA SEMUA DIBULAN RAMADHAN INI...Amiin!


Kita adalah apa yang kita beri dalam kehidupan ini. Begitu juga ungkapan 'what you sow you will reap'....jika kita lontarkan adalah kalimah kebaikan dalam ucapan, maka kita akan terima kebaikan ucapan dan ungkapan kalimah dalam kehidupan kita..

Monday, July 30, 2012

Ini perang yg satu lagi...Siri 4:Bila lagi? Inilah tikanya!

IMG-20120728-00007.jpgIMG-20120728-00008.jpgSalam ukhuwwah!

Benarlah! Sesiapa ikut pilihan pilihan yang ditentukan Allah swt...dia akan menerima syahadah daripada Allah, pengakuan daripada Allah, radiallahu anhum waradhuu anh! Allah redha kepada mereka dan mereka ialah orang orang yang mendapat redhaNya! Rujuk Surah at Taubah ayat 100.




وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
And the first to lead the way , of the Muha ' jirin and the Ansar , and those who followed them in goodness Allah is well pleased with them and they are well pleased with Him and He hath made ready for them Gardens underneath which rivers flow , wherein they will abide for ever . That is the supreme triumph .

Secara umumnya, mudah sebenarnya formula untuk mendapat redha Illahi...formula ringkasnya ialah "ikuti apa yang Allah suruh buat, tinggal apa yang dilarang"... dalam konteks ayat at Taubah di atas...KITA SEMUA ikuti atau turuti jejak langkah para SAHABAT Nabi saw dengan kebaikan iman dan taqwa!



Pada Ramadhan yang mulia ini...inilah masa, saat dan tikanya! Saat nafsu lemah dan hilang kuasa, geraf IMAN meningkat mendadak....atau peluang untuk IMAN berkuasa sepenuhnya ke atas nafsu...maka inilah saatnya kita meraih redha Illahi...jangan terlepas peluang ini! Tingkatkan amal...tadarus alQuran, kerjakan solat fardhu, terawih, taubah, tasbih, tahajjud dan sunat sunat yang lain, jangan pentingkan diri sendiri, dalam pada kita beribadah, kita juga diseru untuk menjalin ukhuwwah samada meningkatkan ukhuwwah sedia ada atau menjalin ukhuwwah yang baru...ajak rakan dan teman berbuka puasa mahupun bersahur bersama sama serta tazkirah sesama!Kalian kan temui keseronokan dan kebahagiaan dengan cara menyumbang usaha kearah membahagiakan orang lain! Seronok apabila kita boleh meningkatkan usaha agar perhubungan dan ukhuwwah menjadi lebih erat (maaf, saya bermaksud ukhuwwah yang syariah compliance, dan bukannya hubungan atau permainan cinta mahupun perasaan antara seorang lelaki dan perempuan bukan muhrim yang melewati batas syariah!!!!!). Persahabatan 'fillah' itu menjadi sandaran....kerana ia salah satu golongan yang menerima 'dzilluhu' atau naungan dariNYA di akhirat kelak! Mudah bukan! Hanya dengan mengekalkan dan menjalin ukhuwwah, Allah swt janjikan perlindunganNYA di akhirat kelak! Masyaallah!....justeru saat ini mengapa kita menjadi manusia yang mudah sahaja memutuskan perhubungan? Tidakkah dengan mengaibkan orang, menunjukkan buruk sesama, saling bercakaran dan berbahasan melewati batas itu adalah punca dan faktor ke arah memutuskan suatu perhubungan???? 


Pada waktu yang sama....tidakkah selama ini kita tercari cari kebahagiaan dalam hidup selama ini? Mengapa tidak kita usaha mencari kebahagiaan itu....kaedah dan cara telah terhidang didepan mata! Allah dan RasulNya telah menunjukkan jalan itu...ia juga dicontohi oleh mereka selepas Baginda Rasulullah saw! Mengapa kita masih tercari cari walhal ia ada didepan mata! Jangan jadi malas dan manja....gali khazanah ilmu, baca kisah kisah mereka! Contohi cara dan kehidupan mereka....pasti kalian kan temui kebahagiaan yang dicari selama ini! Amiin! Insyaallah!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 27, 2012

Ini perang yang satu lagi...Siri 3! Oh sahur ku!!

Salam ukhuwwah!

Menambah rasa beribadah dalam berpuasa ialah sahur! Sebenarnya bukanlah seruan bersahur itu berupa kesungguhan untuk kita makan seumpama makan tengahari dengan segala macam lauk pauk yang pelbagai! Ia adalah syarat bersahur dengan makan ala kadar (kurma, roti dsb) dan air agar tubuh fizikal kita kan punya lebih upaya untuk menahan diri pada esok harinya! Namun hikmah paling besar adalah soal jiwa rohani insan, agar terbiasa mengawali fajar subuh lalu sistem tubuh seiring dengan jiwa rohani kan bergandingan mengadapnya penuh pasrah dihening fajar! Ia adalah modul tarbiah Ramadhan iaitu proses membina upaya dan motivasi agar dapat bangun sebelum subuh. Ia dinamakan tarbiah kerana ia adalah proses mendidik diri agar tunas tunas kehambaan itu kan bergabung rasa dengan nilai nilai ketuhanan agar kita terbiasa untuk sekurang kurangnya solat tahajjud 2 rakaat! Tidakkah solat yang hambaNya paling dekat denganNya ialah solat tahajjud! Inilah makna sebenar oh! sahur ku!
 Bukan sekadarnya sahaja.....buka mata dan makan...ia menjangkau lebih dari itu dalam konteks mendidik diri dan jiwa agar punya kekuatan untuk terus menghidupkan sebahagian malam menghadap Illahi! Ruginya mereka yang beranggapan bahawa bangun sahur itu merupakan suatu aktiviti fizikal semata mata, dalam konteks yang jumud dan ringkas! Sedemikian pemahaman itu akan hanya menutup peluang untuk jiwa meraih makna ketuhanan dalam tahajjudnya, lantas seusai makan sahur, langsung tidur kembali! Bangun semata mata untuk makan sahur! Setakat itu sahaja! Alangkah ruginya!

 Jika ditanya pada diri apa yang diraih disepanjang Ramadhan...jangan disesali jika tiada jawapan yang boleh diperolehi! Atau diri hanya merasa lapar dan dahaga, tanpa ada rasa 'seronoknya' beribadah! Jika kalian mahukan hadirnya rasa 'seronok' beribadah! Inilah masanya! Ramadhan inilah saat dan tikanya kita boleh memulai proses mencapai tahap seronok itu!......aku terlalu menginginkan ia...justeru aku berkongsi rasa dan pandangan ini agar kalian juga kan memperoleh sedemikian jua!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 24, 2012

Ini perang yang satu lagi...Siri 2

Salam ukhuwwah...

Jika umur kalian sekitar 40an.....dan jika kita telah melewati madrasah Ramadhan selama 33 tahun dengan anggapan bahawa kita memulai tarbiah Ramadhan ini sejak berumur 7 tahun.....bayangkan sepanjang 33 kali Ramadhan yang menjelma dalam kehidupan kita.....berapa kali sebenarnya kita punya markah penuh kehadiran/mengerjakan solat terawikh?

Cuba kalian renungkan......Berapa kali kita solat terawikh penuh dari awal Ramadhan hingga penghujung Ramadhan? Sepanjang 33 kali Ramadhan, adakah separuh iaitu sekitar 16x Ramadhan dari bulan Ramadhan yang telah berlalu itu kita solat penuh terawikh?

Atau kita masih berperangai seperi dahulu...suka ponteng, terpaksa ponteng atau sengaja memontengkan diri dari solat Terawikh! Atau cukup sekadar 20 hari Ramadhan sahaja penuh manakala yang lain tidak dibuat dek kerana sibuk memenuhi undangan berbuka puasa di hotel atau menghadiri program program di sana sini!Atau sibuk buat kuih muih, lepak sana sini atau sibuk urusan kerja? Cuba tanyakan kepada diri!

Walhal, segala macam tawaran yang hebat hebat yang Allah sendiri tawarkan buat kita....jika kita tidak ambil endah, lalu bagaimana kita mahu katakan tentag diri kita ini? Jenis manusia apakah kita ini? Tidakkah kita berasa malu terhadap diri sendiri dan tentunya kepada ALLAH swt! Kita patut berasa sangat malu kepada Allah...kita dambakan syurgaNya, tapi kita tidak ambil endah tawaranNya yang tentunya segala tawaran itu bukan untuk Allah swt akan tetapi untuk kebaikan diri kita sendiri!
Aku mengingatkan diriku sendiri dan kalian jua tentang hakikat dan sikap diri kita.....kita kata tapi tidak kita kotakan apa yang kita kata! Masyaallah!

Aku munajat padaMU Ya Rabb agar dikau bukakan pintu hati kami dengan nur hidayah dan keinsafan agar iman dan taqwa kami benar benar tulen agar kami kan bisa bangkit menyahut seruanMU dan mengingatiMU berbanding sibuk dengan urusan nafsu dan dunia ini setiap masa dan ketika! Amiin Ya Rabbal Aalamiin! Sesungguhnya Engkau berilah kami kemenangan dalam perang yang satu lagi ini Ya Rabb...perang melawan hawa nafsu dan keinginan duniawi yang fana dan sangat sementara ini!

Sunday, July 22, 2012

Ini perang yang satu lagi...siri 1!

Salam ukhuwwah...


Sekadar kongsi rasa...


......jika hari ini umur kita adalah sekitar 40an, maka maknanya sudah kira kira 33 tahun kita menyambut Ramadhan ini...itupun jika kita telah mula berpuasa sejak umur 7 tahun lagi. Mungkin ada yang bermula awal, malah ada yang bermula lewat!


Hakikatnya...setiap tahun selama 33 tahun ini kita hadir dalam perang yang satu lagi ini....pernahkah sekali kita toleh sebentar kebelakang dan lihat diri dalam tempoh dan julat masa selama 33 tahun itu? Apa yang mahu dilihat? Tentunya kesan tarbiah di madrasah Ramadhan ini! Dimana kita dahulu dan bagaimana kita sekarang!


Mungkin beberapa soalan boleh ditanya kepada diri dalam tempoh 33 tahun berada di madrasah Ramadhan setiap kalinya:


Iftar : dates on white background1) Sepanjang 33 tahun berbuka puasa...berapa kali kita benar benar berbuka puasa dengan cara Rasulullah saw yang kita kasihi dan cintai...sekadar mahu merasai keadaan dan cara hidupnya! Hanya dengan sekitar 7 biji kurma dan air serta sepotong roti! Begitu juga bersahur! Cuba tanyakan pada diri, kirakan berapa hari kita mencuba merasai berbuka puasa dan bersahur mengikut cara Rasulullah....1 hari, 2 hari, 3 hari atau tidak pernah pun sekali sepanjang 33 tahun?


Inilah namanya perang yang satu lagi!


Inilah perkara yang perlu kita tanyakan pada diri hari ini.....sejak diberi peluang dan masa oleh Illahi, berapa kalikah kita berbuat sedemikian hanya sekadar kita ingin menjadi umat Nabi Muhammad saw...cukupkan sekadar kita mengungkap kita umat Nabi Muhammad saw dan mengharap syafaatnya di akhirat kelak, tapi kita tidak mengikuti jejak langkahnya, caranya menjalani kehidupan dan juga sunnah Baginda dalam beragama dan kehidupan! Benar....kita berbuat sekadar termampu....namun benarkah  kita sudah berusaha sebegitu rupa!


Sudahkah kita berusaha dengan sedaya upaya untuk mencontohi cara Nabi berbuka puasa dan melaksanakan cara Nabi bertarawikh? (hanya sekadar menunjukkan kepada kalian semua dua perkara sahaja dalam coretan kali ini....akan kubicarakan lagi aspek aspek lain dalam coretan yang lain)...SETAKAT MANA USAHA KITA UNTUK MENCONTOHI CARA NABI SAW? Sudahkah kita tunjukkan dengan  kesungguhan yang sebenarnya bahawa kita telah mengikuti cara dan contoh ikutan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw biarpun tidak kesemuanya namun sekurang kurangnya dalam konteks hari ini dan bulan ini ialah dalam soal berbuka dan bersahur!.....Bayangkan! Sudah 33 tahun kita 'melantak' semahunya, sudah kira kira 990 hari berpuasa sepanjang 33 tahun Ramadhan jika setiap kalinya kita berpuasa 30 hari (benar ada bulannya kita hanya berpuasa cukup 29 hari sahaja)....dan tidak satu hari pun berlaku lalu kita contohi cara Nabi saw berbuka dan bersahur yang penuh kesederhanaan! Umat apakah kita ini???? Tak malukah kita kepada kepada Junjungan Rasulullah saw????


Sebanyak inikah menu dan lauk berbuka puasa????






Coretan ini kuhamparkan buat diriku dan kalian, agar kita sama sama mengimbau diri kita dan nasib diri kita....jadilah umat Muhammad saw yang paling sederhana dalam soal makan, jangan dituruti nafsu yang membuak membuak.....cukuplah Ramadhan tahun ini kita mulai dengan sederhana sekali...ingatlah bahawa jika kita ungkap kasih sayang dan cinta kepada Rasulullah saw, maka sebetulnya, sewajibnya kita membuktikan ungkapan itu bukan sekadar kata kata akan tetapi tindakan dan perbuatan! Jangan bersikap hipokrit!...buktikanlah walau sekadar kali ini, walau sekadar hari ini! Buktikanlah kepada diri! 


Ayuh..kita layani perang yang satu lagi ini penuh kekuatan jiwa!.....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 20, 2012

Perang yang satu lagi...

Salam ukhuwwah...


Ini perang yang satu lagi..ia akan bermula esok. Jangan ketinggalan mengukuhkan kubu dan persiapan senjata. Jangan ketinggalan meraih amal dan bakti...


ayuh sama sama kita...
malam ini gendang akan dipalu!
malam ini semangat akan dijana!
Malam ini kita berganding bahu...
Melawan nafsu, membuang kemalasan!


Ayuh....
Wahyunya kita baca
PeringatanNya kita fahami
TeguranNya membangkitkan emosi
AmaranNya kita selami
Inilah perang yang satu lagi.....
Lalu jika alami.....
Kita kan bisa HIJRAH DIRI dibulan yang berkah ini....


Ayuh....
Disini ia bermula...
Kita perbaiki robek amal semula
Kita tambah dengan apa yang ada
Kita cengkang mata menagih kasihnya
Kita usaha mendapat ampunanNya


Ramadan MubarakAyuh....
Jangan biar diri rugi selamanya
Kelak diri kan sesal tiada berguna
Lalu apa kita dihadapan Sang Pencipta
Tanpa bakti dan amal yang ada
Panjatkan doa kepadaNYa
Mohon kebaikan dunia akhirat dan semuanya


Ayuh....
ini masanya racun diri dibuang
ini masanya nafsu dikekang
ini masanya nikmat ibadah dirangsang


Salam Ramadhan AlMubarak dari ASAM GARAM buat semua
Jadilah insan yang menikmati hidup ini dengan penuh rela dan redha
Moga Allah kan terima amal ibadah kita semua!


Amiiin!

Tuesday, August 23, 2011

10 terakhir ini, kucari redhamu bukan kerana Lailatul Qadr.....

Assalam semua...

Pabila Ramadhan sampai ke penghujungnya, jika waktu siangnya, sibuk mencari baju raya, kuih raya dan segalam macam raya....pada malamnya pula sibuk mencari tanda tanda Lailatul Qadar...malam yg lebih baik dari 1000 bulan.....apa yang dicari?? Tanda tanda Lailatul Qadar, kot2 la nampak pokok membongkok ker.....awan cerah ker...senyap sunyi tiada bunyi (memang ler sunyi seperti malam2 lain sebab semua orang tidur!!!)....

"apa tanda Lailatul Qadar ni bro?", tanya temanku...."mana ku tahu, bukan aku yg buat Lailatul Qadar tu....itu anugerah bro...untuk hambanya yg soleh dan ikhlas beribadah, kita ni syukur la kalau masuk kategori ikhlas dan bersungguh sungguh beribadah tu....kalau tak dapat, usaha lagi sampai dapat, tak payah carik tanda2 tu semua...." ujar ku.

Pagi ni kebetulannya dalam posting FB Ustaz Zaharuddin...dia juga menyebut perkara yang sama.....ia berbunyi " Tidak perlulah sibuk mencari-cari TANDA lailatul qadr tetapi carilah KEAMPUNAN dan RAHMAT Allah dengan ibadah yg ikhlas & tulus serta bersungguh2 nescaya, kelebihan lailatul qadr bakal menjadi milikmu, sama ada disedari tandanya @ tidak".....

Aku tersenyum membaca posting Ustaz Zaharuddin ni dan aku bersetuju dengannya...itulah masyarakat kita, nak 'short cut' memanjang, nak 'potong sana sini' lepas tu duduk barisan depan, tak mahu beratur dan ikut 'queue'. Macam tu jugaklah apbila memandu kenderaan, nak cepat sampai dan nak sampai dulu...bila 'jammed'....sibuk potong ikut lorong kiri.....semua nak pakai 'kabel besar'.....dengan anggapan bahawa apabila buat 'short cut' atau 'potong sana sini'...akan cepat masuk syurga.....hahahaha! Macam la Allah tak tahu perangai hamba hambanya....alahai! Kelakar juga sebab amalan yg ikhlas, konsisten dan bersungguh sungguh itulah yg berkualiti dan itulah yg Allah nilai.......simptom 'bodek -kologi' inilah yg sentiasa meracuni hidup dan minda masyarakat kita.....sepatutnya ia perlu berdasarkan merit ibadah....bukan berdasarkan siapa yg kalian kenal, atau cara mana yg paling ringkas dan menguntungkan...IBADAH kepada Allah swt tidak begitu....jangan rosakkan ibadah dengan cara cara kemanusiaan yang langsung tidak diterima pakai dalam timbangan dan penilaian Allah swt.

Aku mengingatkan diriku dan kalian semua agar kita benar2 ikhlas, komited dan konsisten dalam ibadah kita kepada Allah swt.....kerna aku sendiri tidak tahu samada aku berpeluang bertemu dengan Lailatul Qadar atau tidak....apapun, aku berharap agar ibadahku dan ibadah kalian semua diterima oleh Allah swt...lakukanlan ibadah itu bukan kerana Lailatul Qadar kerana ia hanya 'in the eyes of the beholder'...lakukanlah ibadah kalian  semata mata kerana Allah swt..... Dia yang MAHA TAHU....kita tidak tahu...ia anugerah kpd hambanya yg ikhlas dan bersungguh2 beramal. Lupakan sebentar soal raya dan persiapannya...ia pastikan menjelma jua jika ada rezki dan panjang umur kita....akan tetapi FOKUS lah sentiasa kepada 10 terakhir ini...ameeen, insyaallah.

Selamat Beribadah di 10 terakhir ini...Mabruukkkkkkkkk Ya Rabb!!