Salam ukhuwwah!
Topeng adalah manifestasi kepalsuan, penyembunyian hakikat sebenar dan dalam keadaan lain ia boleh berupa suatu 'permainan' yang menghiburkan! Dalam konteks untuk menghiburkan, tidak semestinya memakai topeng itu adalah kepalsuan! Manakala dalam kehidupan sebenar, ramai yang memakai topeng! Memalsukan dirinya sendiri! Kebenaran disorok, kepalsuan diolah seolah olah ia berupa suatu kebenaran dan hakikat sebenar! Akhirnya, diri menjadi lupa dek kerana lakonan yang dimainkan menjadi sebati dalam jiwa dan diri, lupa siapa dirinya yang sebenar!
Apabila susuk lupa siapa dirinya....susuk itu telah hilang 'sumber daya' yang mampu mendekatkan dirinya kepada Sang Khaliq. Justeru, jangan la memakai topeng kehidupan kerana ia palsu dan semakin menstrual jiwa dan hati dari nur Illahi...inilah penyakit 'wahm', 'hubbuddun yaa' yg melalaikan dan merugikan! Lalai di dunia la lu rugi di akhirat! Itulah pembaziran umur, bazir masa, bazir amal malah bazir harta benda!
Hatta, harta yang diperolehi, harta yang banyak dan melimpah ruah sepatutnya boleh diguna untuk membantu tuannya akan tetapi pabila diri suka bertopeng dengan kehidupan ia akan hanya merosak, membeban, malah mampu mengheret TUANnya ke jurang dalam api neraka! Hanya kerana satu sebab....iaitu harta itu diguna dijalan yang tiada redha Allah padanya, yang diguna buat melunas kehidupan ber'topeng' penuh hipkrasi dan kepura puraan, memenuhi nafsu syahwat, 'lagha' dalam segalanya, maka tuan punya harta itu diheret ke lembah paling dalam! Wang dan harta itu diguna buat bahan bakar yang menyala nyala membakar tuannya! Itulah yang terjadi kepada Firaun dan umat terdahulu!
Apakah kita hari ini hanya memandang enteng? Hanya mengambil mudah soal ini? Bukti terang telah lama wujud didepan mata! Akan tetapi kita manusia memang begitu....mudah sangat tergoda dan terjerumus! Buangkan 'topeng' dalam kehidupan kita, kerana ia palsu dan penuh kepura puraan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment