Hendaklah kita amati perkara perkara asas agar kita fahami tujuan dan maksud yang lebih bermakna dalam kehidupan! Lalu ia membentuk metod dan cara berfikir yang luas dan jelas dalam kehidupan! Jika tidak betul cara berfikir, bagaimana mungkin kita akan memahami SETEPATNYA dan SEPATUTNYA akan maksud firman Allah swt!...
Memang mudah sekadar baca dan memahami tafsir...adakah cukup setakat itu! Walhal hakikat tafsir dan makna perlu gabungjalin dengan konteks, peristiwa, hadis dan keadaan mengapa turunnya wahyu Allah itu! Lalu kita kaitkan ia dengan keadaan semasa dalam kehidupan pada hari ini! Kaitan itu pula perlu mematuhi beberapa prinsip yang secara feqahnya telah dijelaskan dengan nyata. Sudahkah kita memenuhi tuntutan dan kaedah agar perkaitan yg dibuat itu tidak sembrono!
Perlu juga kita selami, hayati dan fahami mengapa firman Allah sedemikian dan sebegitu. Begitu juga, perlu difahami mengapa pada zaman Nabi saw proses pembentukan keimanan, kemanusiaan ini berlaku secara beperingkat! Lalu kita belajar proses proses ini dan aplikasikan dalam kehidupan kita seharian!
Peringkat peringkat inilah yang perlu kita semua fahami! Lihat bagaimana turun ayat berkaitan tauhid dan aqidah dahulu berbanding perlaksanaan ibadah....rupanya kalau diamati kita akan faham bahawa aqidah itu teras segalanya! Kena selesai hal aqidah dengan sebaik baiknya baru kita meningkat ke satu tahap iaitu ibadah! Jika aqidah bermasalah, dasar dan teras tidak kukuh, tidakkah apa apa yg berupa ibadah itu juga akan turut runtuh akhirnya nanti kerana dasar dan teras yang tidak utuh!
Prinsip berkala, secara dinamik, bermula dengan perkara perkara paling asas, paling utama, paling teras dan paling pokok perlu diguna pakai dalam kita berdakwah, berceramah, mendidik diri, mendidik keluarga, mendidik isteri, anak anak dan masyarakat keseluruhannya! Jangan terlalu teruja hingga segalanya perlu 'one off'...ia perjalanan yang panjang, banyak jatuh bangunnya, kita perlu sangat sabar, sebab pembinaan aqidah itu perlu jelas dan telus barulah perkara lain boleh menuruti dan membentuk keindahan Islam itu!
Dimana kita hari ini? Apa masalah sebenarnya? Alhamdulillah kita lahir dalanm keluarga yg sedia ada Islam. Berbeza dengan zaman Nabi, hanya Rasulullah lahir Islam, yang lain perlu didakwah dan melalui proses bersyahadah! Itu nikmat kita! Islam sedia azada memayungi hidup! Islam sedia ada dalam diri! Hinggakan sampai suatu peringkat lahir dalam Islam ini bukanlah kelebihan yang hebat, akan tetapi boleh menjadi masalah! Semuanya kerana didikan yang diterima di rumah, bermula dari ibubapa! Inilah asal mula masalah! Jika ibubapa tidak menggunapakai prinsip menanamkan aqidah yang kuat dalam pembangunan dan pendidikan insaniah dan kehidupan anak anak, maka teras yang yang sepatutnya terbina kukuh akan lerai juga nanti. Inilah yang membawa kepada masalah hilang jatidiri kepada masalah belia Islam hari ini...ada yang melewati batas dan sempadan, ada yang terlalu terbawa bawa, ada yang terlalu extremis, ada yang beragama akan tetapi pembawaan dan pendekatan sangat keras lalu ia membuat orang ramai 'lari' dan Islam itu dilihat sangat 'rigid', keras dan sangat menghukum...semua ini adalah natijah dari pendidikan dan pembentukan yang sangat berbeza. Sepatutnya, kita gunakan skima dan metod yang digunakan oleh Rasulullah saw! Beliau telah menunjukkan contoh yang terbaik, tapi kita secara tidak sedar mengguna pakai metod yang dalam jangka panjang menatijahkan hasil insaniah yang amat berbeza! Sebenarnya kaedah Nabi saw sangat sesuai untuk semua jenis dan keadaan individu, samada perangai mahupun sikap dan psikologi individu....ia tetap sesuai!
Apa yang jelas disini ialah, pembinaan aqidah perlu jadi matlamat utama dalam kehidupan manusia, samada anak anak, belia, orang dewasa dan sebagainya. Aqidah dahulu, selesaikan perkara aqidah baru buka lembaran untuk perkara lain...selalunya kita boleh gabungjalin pembinaan aqidah ini melalui manifestasi solat...kerana solat itu tiang agama! Ia amat sinonim dengan aqidah..ia manifestasi ketauhidan kepada Allah swt!
Apabila telah selesai pembinaan aqidah barulah, lembaran dan proses pembinaan seterusnya akan berlangsung! Ingatlah, jika mahu membina, maka binalah mulai dengan aqidah! Bukan motivasi, sikap, akhlak, psikologi, emosi dan sebagainya...kerana pembinaan aqidah akan membentuk secara automatiknya semua aspek aspek itu! Justeru, hadirnya Syawal ini dan Ramadhan yang berbaki sangat sedikit ini, rebutlah peluang membina aqidah diri agar terus mantap! Jadikan hadirnya Syawal ini sebagai medan menguji kuatnya aqidah dan jiwa, dengan sentiasa tawadhuk, rendah diri, bersyukur dan bersikap terbuka!
Taqabballallahu minna wa minkum, taqabbal yaa kareem! Salam eid almubarak, maaf zahir batin dari saya! Sehingga kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang ditahun hadapan, hanya dengan izinNya! Sesungguhnya, ia suatu harapan yang tidak pasti samada kita kan ketemu Ramadhan yang akan datang!...ameen! Moga Allah memberi kebaikan, rahmat dan belas ihsanNya buat kita semua!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment