Salam ukhuwwah....
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tidak tahu deritamu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA.
Atas hakikat inilah, mengapa perlu kita gundah gulana..ini juga yang dinyatakan oleh Dr. Aidh alQarni dalam bukunya. Mengapa perlu kita bersedih? Tidak perlu bersedih? Malah bersyukurlah kerana ada hikmah dan pengajaran yang tersirat yang perlu kita selidiki dan fahami dalam setiap kejadian, kemasygulan, kesedihan, keperitan, kekecewaan, kepayahan dan sebagainya. Peganglah sumpah dan kenyataan Allah swt dalam surah al-Insyiiraah "Sesungguhnya bersama kepayahan dan kesusahan itu ialah kesenangan" bukan sekali Allah swt memberi inspirasi kepada kita malah dia menegaskan sekali lagi "dan sesungguhnya bersama kepayahan, kesukaran dan kesusahan itu bersamanya kesenangan". Adakah perlu kita bimbang?
Hakikat ini dan janji Allah ini benar! Justeru, serahkanlah segalanya kepada Allah swt. Redha dan pasrah lah diri akan ketentuan ketentuan yang ditetapkan buat kita! Hendaklah diri kita ini mengambil kaedah dan pendekatan melihat sesuatu itu bukan dari perspektif diri sendiri, bukan atas dasar kehendak diri dan keinginan dihati akan tetapi lihat lah sesuatu itu, tafsirlah apa yang berlaku itu dari perspektif Allah swt.
Benar! Bagaimana mungkin kita tahu apa yang Allah mahukan terjadi kepada hidup dan diri kita, kerana kita ini lemah dan tidak berdaya. Bagaimana mungkin kita dapat memahami semua maksud dan tujuan Allah kerana kita tidak bersoal jawab dengannya! Jangan keliru, Allah telah lama berkomunikasi dengan kita dalam pelbagai cara. Cara yang paling baik ialah Allah berkomunikasi dengan kita melalui wahyuNya, selain dari memberi peringatan mahupun pengajaran melalui peristiwa dan perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Justeru, jika kita mengungkap bagaimana kan kutahu apa yang Allah mahukan, apa tujuan segala kejadian dan perkara yang berlaku, kalian telah silap! Kembalilah kepada wahyuNya, bacalah wahyuNya yang terkandung dalam kitab agung iaitu al-Quran. Bukan baca sahaja, ia perlu sangat sangat difahami dengan jitu. Kalian kan temui khazanah kehidupan didalamnya, bukan sekadar khazanah untuk kehidupan di dunia ini, malah di akhirat jua. Ia tips tips bekalan yang ampuh dan jitu sekali! Carilah panduan dan 'tips' amanat amanat Allah, bukan menyesali apa yang terjadi dalam kehidupan. Kalian kan pasti BAHAGIA jika berkelakuan dan berfikiran begini!

Sesungguhnya, jika kita mampu untuk berfikiran dan beramal dengan prinsip ini, pasti kalian akan hargai dan memberi nilai tinggi ukhuwwah, sikap yang baik, akhlak yang murni, amalan dan perbuatan yang baik, kata kata yang baik, amal kebajikan kepada keluarga dan masyarakat, saling bantu membantu, bersikap terbuka dan positif sentiasa, tiada benci sesama, menyokong usaha usaha kebaikan bersama.....nukilan ini kucoretkan bersempena dengan program Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KERABAD yang akan berlangsung pada 4 September 2012 di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya, Shah Alam, bermula pada jam 8 malam dan ia juga bersempena dengan penganjuran Majlis Ramah Mesra Aidilfitri xAsasians "All Batches" 2012 yang pertama kalinya berlangsung selepas 24-25 tahun aku keluar dari sekolahku yang tercinta. Ia akan berlangsung di Casa Putra Bistro, Kelab Saujana Utama, Sg Buloh pada tanggal 15 September 2012, bermula jam 8 malam. Terimakasih buat teman dan sahabat yang berganding bahu menjayakan, ia tidak mudah namun ia tidak sukar asal kita mahu membahu usaha daripada sekadar melihatnya dari jauh tanpa apa apa sokongan! Terimakasih buat para guru guru yang sentuhan kalian telah mengubah hidup dan perspektif ku tentang kehidupan, hakikatnya "aku begini hari ini adalah kerana acuan kalian" Terimakasih kedua ibubapa ku, kuharapkan kalian berbangga dengan ku dan syukur kepada Allah swt yang telah membuka laluan laluan berwarna warni dalam hidupku, agar ku mengerti diri ini dan hakikat hidup ini.....ayuh mari kita immarahkan perhubungan dan persahabatan demi perpaduan yang dicitakan! Ameen!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Salam ukhuwwah...
Rintik rintik hujan mengiringi musafir ku ke kg halaman pagi ini. Ibu lesu disebelah ku keletihan. Aku menghantar ibu kembali ke kampung setelah seminggu ibu berada di rumah adikku. Aku mendapat seorang lagi 'anak buah' perempuan yang comel dan cantik. Ibu sekadar menemani sambil menikmati keseronokan menimang cucunya yang baru!
Alhamdulillah, selamat sampai di kampung! Aku syukur kepadaMU Ya Rabb...setelah itu aku bergegas keluar untuk meronda ronda sekeliling kampung! Itulah kegemaran ku setiap kali balik ke kampung! Mengimbau dan menikmati kampungku! Sambil melihat lihat perubahan yang berlaku! Baru baru ini, atas daya usaha aku dan beberapa orang dari teman teman sekampung, aku menyediakan laporan lengkap bergambar tentang keadaan jalan kampung yang sudah rosak kepada pihak JKR dan pihak berwajib yang lain! Alhamdulillah, usaha itu menampakkan perubahan yang ketara, bukan hanya di kampungku sendiri, malah di kampung kampung seluruh Bagan Datok ini....jalan jalan kampung ada yang telah berturap tar baru, ada yang sedang diperbaiki dan menunggu diturap. Itulah usaha kecil kami semua dikalangan Kelab Anak Rantau Bagan Datok atau lebih dikenal KERABAD....
Atas prinsip lebih memberi dari menerima, dan juga prinsip ingin berbakti dan menyumbang kembali kepada kampung halaman...KERABAD ini tertubuh sebagai sebuah NGO...melalui rangkaian Facebook, KERABAD sudah berjaya mengumpul hampir 4000 orang ahli...adalah diharapkan melalui kuasa jaringan dan kelebihan kepakaran pelbagai, maka sesuatu usaha menambah baik kampung halaman dalam segenap aspek dapat dilakukan oleh para anak rantau Bagan Datok! Tiada niat lain melainkan ingin melihat Bg. Datok terus maju dan makmur! Ramai anak BD yang telah berjaya di luar. Ramai yang merantau! Ada yang jadi menteri, ada yang jadi pemerintah tertinggi dalam angkatan tentera, ada jutawan, ada profesional, ada usahawan, ada jurutera, ada pengarah, ada pakar IT, ada guru, alim ulamak malah para daei yang berjaya serta berbagai lagi bidang dan kepakaran yang pelbagai!
Alangkah bagusnya jika sedikit percikan usaha dan kerjasama dapat dijalin bersama, lalu menatijahkan suatu perlaksanaan program mahupun inisiatif yang memberi faedah samada ekonomi, sosio, politik yang berbentuk fizikal, spiritual mahupun intelek. Alangkah bagusnya jika semua kepakaran ini dapat bergabung atas satu matlamat dan tekad untuk membangunkan ummah demi kebaikan semua! Itulah antara visi dan harapan serta landasan tertubuhnya KERABAD....



Usaha pembaikan jalan jalan kampung, pembersihan parit dan masalah masalah yang menyebabkan jalan cepat rosak dengan faktor kenderaan lebih muatan yang menggunakan jalan di Bagan Datok telah diajukan kepada pihak wajib menggunakan laporan bergambar adalah antara beberapa usaha kecil KERABAD, selain dari usaha usaha lain yang telah berjaya....namun ia tidak datang dengan mudah! Entah kenapa banyak kecaman, hinaan dan sindiran malah cemuhan kata kata kesat terhadap KERABAD walau telah berkali kali dijelaskan matlamat, objektif serta fungsi KERABAD sebagai NGO! Inilah yang membuat aku sejak akhir akhir ini agak terkesima dan merasa sesuatu perlu dilakukan....keadaan sangat keterlaluan!
Tiada apresiasi terhadap usaha yang telah dilakukan! Itulah yang aku kesali! Malah isu isu yang ditimbulkan walau ia betul namun fakta yang diputarbelitkan, penambahan cerita yang melampau, serta pandangan sempit, perbandingan yang amat tidak adil telah membuat diriku jelik sedikit! Aku fikir sesuatu perlu dilakukan! I hate the sin not the sinner...itu prinsipku! Aku tidak membenci individu, aku membenci kelakuan yang biadap, cemuhan yang melewati batas sempadan adab dan lunas lunas agama! Aku fikir aku perlu sedikit memberi cabaran kepada mereka yang sedemikian...memang mudah bercakap, tak mudah melakukan...aku mengajak mereka dan memberi cabaran "mari kita sama sama ambil tanggungjawab dan berusaha untuk menyelesaikan isu dan masalah yang dinyatakan dengan keupayaan sendiri tanpa perlu menuding jari kepada orang lain"....dalam hal ini, hari ini aku agak bersikap sinis...'Kalian semua cakap jer pandai, akan tetapi bila diatur program gotong royong, hanya beberapa kerat yang turun....walhal tempohari ada kata kata masjid tak terurus, tanah kubur semak dan sebagainya...yang bercakap berdegar degar itulah yang tak datang...wawaran melalui FB telah dibuat awal agar melapangkan waktu pada tarikh ini!' Itulah antara inti 'posting' ku di FB ku hari ini!
Lalu aku ditegur oleh seorang teman yang mengikuti perkembangan dari jauh! 'Jangan terbawa bawa...bersikap profesional dan matang...serta beberapa nasihat yang lain!' Aku berterimakasih kepadanya atas nasihat yang bermakna...ia mengingatkan aku agar tidak terbawa bawa! Aku perlu bersikap professional! Betul katanya....tidak mudah memuaskan hati semua orang! Aku perlu seimbang intelek dan seimbang emosi! Tidak mudah juga untuk memahamkan orang lain. Fikrah tidak sama sukar sekali untuk berpadu! Kematangan setiap individu berbeza! Aku tidak perlu terbawa bawa! Masyallah! Aku mendapat pengajaran yang amat bermakna hari ini! Amiin Ya Rabb!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.