Showing posts with label xAsasians. Show all posts
Showing posts with label xAsasians. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Sejarah yg kembali....

Assalamualaikum wrt wbt.

Hari ni di Ramadhan ke 14 ini....rakan ku Si TEMBAKAU Cartoonist meng'post' entri baru dalam blognya OlehTembakau......lalu tiba tiba, rasa macam ada angin kus kus bergolak di perut ku.....memulas mulas.....kepala sedikit cerah, tadi berat juga sambil membelek tulisan arab nih....tiba tiba kenangan itu datang.....mata layu menjadi segar kembali, sejarah itu telah kembali. Kenangan menggamit rasa dan ingatan. Betapa suatu tika dahulu, dibelakang tabir kehidupan, kami para pelajar SMKASAS pernah berkelana di situ...kami pernah lebih badwi dari badwi yang ada di bumi Perak ini...itu sebahagian ayat teman teman. Menumpang di SMGR yg bukan banguna milik sendiri, malah berkongsi kelas dengan para pelajar SMGR....kami bersongkok@bertudung, mereka bogel kepala...atau erkkk pakai skirt jer pun ada, bangsa lain pun ada. Campur campur katakan.

Ia suatu pengalaman unik buat ku dan rakan rakan. Entah...banyak gak benda nakal yang dilakukan...banyak juga peperangan peribadi yang berlaku, pertembungan ego dan maruah antara keduanya.....terkadang terasa kami lebih di'penjara' berbanding mereka....maklumlah, sekolah agama katakan. Itu sesuatu yang kami rasai dahulu...hari ini, ia jadi kenangan terindah dalam hidup.....tanpa laluan pengalaman yang bernilai ini, kami tidak menjadi seperti mana kami hari ini.....

Kisah lompat pagar nak keluar ke bandar Ipoh....kisah Super Kinta err beberapa tempat lagi (aah tak ingat namaaa????), gerakan bawah tanah....subversif, balik dan keluar malam....ermmm itu ada dalam kamus hidup kami....kemudian awal pagi isnin...sesiapa yang ter'kantoi' akan berada di depan ketika perhimpunan.....saat nasyid jihad 'allaahu rabbunaa, allah allah, allaahu ghoyatuna, allahu akbar allahu akbaran arrasuul saiyiduna...arrasuul zaaimuna...." Kemudian diikuti asmaul husna...hati berdebar debar...siapalah yang kena nanti, kena penampor ker kena rotan ker...tak tahu....ramai juga yang terlepas....pandai 'cover up'....pendek kata, macam macam cerita...

Aku tahu, ramai punya kenangan sepanjang laluan kehidupan di sekolah....bezanya adalah samada ia dirakam dalam bentuk penulisan mahupun cerita.....kami punya itu...cerita kami di dirakam oleh seorang pencatat sejarah tersohor dikalangan kami....dia akan merekod dan mencoret cerita dalam bentuk kartun dan lakaran lakaran tertentu.....bacalah komik olehTembakau 'Kartini'....bacalah blog beliau olehTembakau...ia adalah cerita kami suatu ketika dahulu.....watak watak itu adalah watak realiti yang diadaptasi ke kartun dan juga layar perak...kami adalah kehidupan itu.

Hari ini kami di sini......sejarah itu seolah olah kembali lagi....memuja dan memanggil kami semua....walau sudah sedekad ia berlalu...namun seolah olah ia baru semalam.

Kawan kawan....jom kita ber'jimba2' dan mengenang kembali....mungkin kita mulai dengan IFTAR Asasians bersama sehari dua ini?? Kita ketawakan sejarah itu....kerana kitalah yang melakar sejarah!
Ya rabb...ampuni kami, redhai para guru dan ibubapa kami.....kami menjadi dewasa dan berjaya kerana mereka semua! Terimalah mereka dengan dakapan syurgaMU!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Wednesday, September 12, 2012

Monolog diri buat ASASIANs!

Salam ukhuwwah buat warga ASASIANs...

Jujurnya aku merasa sangat terpanggil untuk menitip coretan ini buat kalian.


Tinggal 3 hari lagi, sekitar 72 jam lagi, 4320 minit dan segalanya yang diusahakan bersama teman teman dan sahabat akan bermula! Agenda besar buat WARGA ASASIANs....yang lalu diimbau kembali, yang bersejarah kan menjadi nostalgia, yang jatuh dan bangun kan dikenang, dan yang tekah pergi kan diingati.

Ia sejarah 24 tahun atau 29 tahun jika dilihat pada generasi yang ada. Ia usaha titik peluh dan keringat khidmat dan usaha tanpa bayaran. Allah jua yang akan mengimbal kemabli segala daya usaha dan sumbangan!

Tiada yang lebih bermakna melainkan suatu perkongsian dan persaudaraan yang menjadi jambatan kepada hubungan ukhuwwah! Ia tidak terperi nilainya bagi yang mengerti! Ia kemuncak kepuasan diri yang terhingga. Inilah seruanNya! bukan perkara main main, bukan sekadar keseronokkan yang mengujakan akan tetapi ukhuwwah yang didamba itu membangkit RASA yang hanya hati dan jiwa yang berpadu kan mengerti!

Boleh kuungkapkan bahawa "AKU PUAS" dengan cara sebegini! Bukan untuk diriku tetapi aku puas untuk kalian semua! Kita kan bertaut kembali, semarak jiwa kan mekar lagi! Itulah langkah mula yang kita sama sama daki dan turuni. Ia punya gagasan lebih besar dari apa yang kita mampu dan mengerti! Allah rahmati kami, ampuni kami, berkati kami! Pandulah kami dengan petunjuk dan hidayahMU agar perjalanan dan manifestasi kehidupan ini kan terus semarak dalam jiwa kami, agar perpaduan yang dicita kan terus mantap dan teguh dan agar segala yang mampu kami usahakan bersama kan terus berkesinambungan tanpa henti!

Ia pastinya tidak akan terhenti setakat ini..ia perlu terus dijulang. Gagasan ini akan rugi jika terus sepi, kenangan ini hanya tinggal kenangan tidak bererti jika ia mati di sini. Kita angkatkan noktah kepada


Allah dan RasulNya lah penyatu kita semua...kita bersatu atas dasar ukhuwwah dan persaudaraan! Ia jalinan kasih mesra sesama. Hati dan jiwa berpadu, kasih sayang sesama bertaut, persaudaraan dan ukhuwwah dijunjung. Kita bersama lagi, setelah 24 tahun berlalu pergi. Kita temui para pahlawan terbilang, para wira yang tidak didendang, para Ustaz, Ustazah dan Cikgu yang menjadikan KITA adalah KITA hari ini dengan izinNYA.

Tanpa mereka siapalah kita! Ayuh, mari kita penuhi kebahagiaan dijiwa dan hati dengan menjalin erat ukhuwwah agar ia menjadi suatu jambatan kita untuk memperoleh redhaNya! Moga moga usaha ini kan terus bersemarak dan berkesinambungan dimasa masa akan datang. Ayuh, sama sama kita gemparkan Saujana Utama pada tanggal 15 September ini!

Tuesday, September 4, 2012

Pandang dari perspektifNYA....

Salam ukhuwwah....

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tidak tahu deritamu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA.

Atas hakikat inilah, mengapa perlu kita gundah gulana..ini juga yang dinyatakan oleh Dr. Aidh alQarni dalam bukunya. Mengapa perlu kita bersedih? Tidak perlu bersedih? Malah bersyukurlah kerana ada hikmah dan pengajaran yang tersirat yang perlu kita selidiki dan fahami dalam setiap kejadian, kemasygulan, kesedihan, keperitan, kekecewaan, kepayahan dan sebagainya. Peganglah sumpah dan kenyataan Allah swt dalam surah al-Insyiiraah "Sesungguhnya bersama kepayahan dan kesusahan itu ialah kesenangan" bukan sekali Allah swt memberi inspirasi kepada kita malah dia menegaskan sekali lagi "dan sesungguhnya bersama kepayahan, kesukaran dan kesusahan itu bersamanya kesenangan". Adakah perlu kita bimbang?

Hakikat ini dan janji Allah ini benar! Justeru, serahkanlah segalanya kepada Allah swt. Redha dan pasrah lah diri akan ketentuan ketentuan yang ditetapkan buat kita! Hendaklah diri kita ini mengambil kaedah dan pendekatan melihat sesuatu itu bukan dari perspektif diri sendiri, bukan atas dasar kehendak diri dan keinginan dihati akan tetapi lihat lah sesuatu itu, tafsirlah apa yang berlaku itu dari perspektif Allah swt.

 Benar! Bagaimana mungkin kita tahu apa yang Allah mahukan terjadi kepada hidup dan diri kita, kerana kita ini lemah dan tidak berdaya. Bagaimana mungkin kita dapat memahami semua maksud dan tujuan Allah kerana kita tidak bersoal jawab dengannya! Jangan keliru, Allah telah lama berkomunikasi dengan kita dalam pelbagai cara. Cara yang paling baik ialah Allah berkomunikasi dengan kita melalui wahyuNya, selain dari memberi peringatan mahupun pengajaran melalui peristiwa dan perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Justeru, jika kita mengungkap bagaimana kan kutahu apa yang Allah mahukan, apa tujuan segala kejadian dan perkara yang berlaku, kalian telah silap! Kembalilah kepada wahyuNya, bacalah wahyuNya yang terkandung dalam kitab agung iaitu al-Quran. Bukan baca sahaja, ia perlu sangat sangat difahami dengan jitu. Kalian kan temui khazanah kehidupan didalamnya, bukan sekadar khazanah untuk kehidupan di dunia ini, malah di akhirat jua. Ia tips tips bekalan yang ampuh dan jitu sekali! Carilah panduan dan 'tips' amanat amanat Allah, bukan menyesali apa yang terjadi dalam kehidupan. Kalian kan pasti BAHAGIA jika berkelakuan dan berfikiran begini!

Sesungguhnya, jika kita mampu untuk berfikiran dan beramal dengan prinsip ini, pasti kalian akan hargai dan memberi nilai tinggi ukhuwwah, sikap yang baik, akhlak yang murni, amalan dan perbuatan yang baik, kata kata yang baik, amal kebajikan kepada keluarga dan masyarakat, saling bantu membantu, bersikap terbuka dan positif sentiasa, tiada benci sesama, menyokong usaha usaha kebaikan bersama.....nukilan ini kucoretkan bersempena dengan program Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KERABAD yang akan berlangsung pada 4 September 2012 di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya, Shah Alam, bermula pada jam 8 malam dan ia juga bersempena dengan penganjuran Majlis Ramah Mesra Aidilfitri xAsasians "All Batches" 2012 yang pertama kalinya berlangsung selepas 24-25 tahun aku keluar dari sekolahku yang tercinta. Ia akan berlangsung di Casa Putra Bistro, Kelab Saujana Utama, Sg Buloh pada tanggal 15 September 2012, bermula jam 8 malam. Terimakasih buat teman dan sahabat yang berganding bahu menjayakan, ia tidak mudah namun ia tidak sukar asal kita mahu membahu usaha daripada sekadar melihatnya dari jauh tanpa apa apa sokongan! Terimakasih buat para guru guru yang sentuhan kalian telah mengubah hidup dan perspektif ku tentang kehidupan, hakikatnya "aku begini hari ini adalah kerana acuan kalian" Terimakasih kedua ibubapa ku, kuharapkan kalian berbangga dengan ku dan syukur kepada Allah swt yang telah membuka laluan laluan berwarna warni dalam hidupku, agar ku mengerti diri ini dan hakikat hidup ini.....ayuh mari kita immarahkan perhubungan dan persahabatan demi perpaduan yang dicitakan! Ameen!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.