Salam ukhuwwah...
Pagi itu segar dengan pertemuan ku bersama Syeikh Hakimi....bertemu di Pasir Puteh, kami lewat terus ke sebuah gerai kayu bersebelahan dengan Pasar Besar Pasir Puteh! Teh panas serta teh 'o' menjadi hirupan pertama kami berdua! Nasi berlauk ikan tongkol serta sambal cili menjadi santapan enak di pagi hari!
Bertanya kabar sesama, kami enak menikmati nasi berlauk ala kampung itu, dengan secangkir teh panas! Lantas mulutku terus lancar bercerita akan pertemuanku dengan Dr Yusri Mohamad dan rakan serta teman teman lain dalam himpunan perkumpulan semula bekas pelajar IIUM 'batch' tahun 1996. "Kawe kenal Dr Yusri tuh...Suhairy ngan Khair pun kawe kenal" ujarnya! "Eh...Kimie! Apo isu pasal Yayasan Sofa tu?" Tanyaku! Memang begitulah aku pabila terluang kan ku tanyakan perkembangan terkini hal rakan rakan seperjuangan seperti Syeikh Hakimi dan teman teman lain...ya benar! Aku memang ambil berat soal perjuangan Islam dan dakwah! Aku juga ambil berat soal politik semasa walau aku bukan ahli politik dan bukan ahli mana mana parti! Aku tidak punya kecenderungan khusus, mana yang betul tu betul la, yang salah tu salah la! Tidak kira atas usul perjuangan 'jamaie' dan sebagainya, ia tidak menghalang aku untuk mengatakan dan menyokong yang betul dan menolak yang salah! Maaf! Jika terkeliru, maksudku, aku menyokong kebenaran perbuatan dan menolak kebatilan perbuatan! Aku bukan menolak mana mana kumpulan dan menyokong mana kumpulan! Prinsipku dalam soal itu ialah, kedua golongan ini adalah saudara seagama yang berbeza aliran politik! Justeru, aku tidak punya hak disisi agama untuk menolak mana mana golongan! Aku hanya punya sedikit ruang dan hak untu membenarkan apa yang benar, menolak apa yang salah dari segi dasar, polisi dan keputusan! Aku tidak mampu menolak individu, Nabi saw pun dilarang menolak individu bahkan orang kafir sekalipun! Prinsip 'addiin an nasihah' perlu diguna pakai dalam hal ini.
Perbualan ku terus berlangsung. "Kita perlu betul diperingkat dasar, iaitu aqidah, barulah akan betul semua, insyaallah" ujarnya lagi. "Manhaj dan aqidah itulah yang dibina oleh Nabi saw masa mula mula Islam dagang dahulu, betul kan begitu?" Aku cuba menambah. "Memang itulah yang mendasari segalanya..." Jawab Kimie sambil menyuap nasi berlauk ke mulutnya. Aku sedikit segera, dan telah selesai menghabiskan suapan terakhir.
"Jadi Mie...ia soal prinsip dan segalanya dijelaskan dalam surat terbuka Dr Yusri ni la" ujarku lagi setelah temanku itu mengunjukkan Galaxy Note dan menunjukkan padaku warkah rasmi Dr Yusri kepada Yayasan Sofa menyatakan mengapa beliau berhenti dan menarik diri serta perkara perkara yang menjadi halangannya untuk terus bersama dengan Universiti As Sofa!
Aku termangu memikirkan senario ini...banyak perkara yang ligat dalam pemikiranku ini! Banyak kerja lagi perlu dilakukan. Mataku melilau melihat keadaan sekeliling. Orang ramai sedang berbondong bondong pagi itu datang ke bandar Pasir Puteh ini...kelihatan ramai yang mulai memasuki pasaraya Pantai Timur yang baru dibuka beberapa bulan lepas! "Inipun satu masalah juga" getus hatiku! Kita umat Islam berbondong bondong mendatangi pasaraya yang dibuka oleh bangsa lain, yang beragama lain, walhal bukan tiada pilihan! Banyak kedai kedai menjual berbagai jenis keperluan yang dimiliki oleh bangsa sendiri, beragama Islam, tapi kita masih lagi mahu menjuarai dan menyokong usaha niaga yang dilakukan oleh bangsa lain yang beragama bukan Islam...tidak kah itu kebodohan yang sangat nyata sekali! Aku sedih sekali melihat kenyataan dan senario ini, seolah olah tiada pertimbangan langsung oleh umat Melayu Islam ini! (Sambil menghabiskan hirupan terakhir teh panas) Alahai!
"Okay la Mie, kita jumpa malam lusa ya, insyaallah" ujarku kepada Syeikh Hakimi sebelum kami masing masing berpisah dan memilih haluan kami pagi itu! Insyaallah malam lusa ada program pertemuan rakan dan sahabat dari bekas Maahad Muhammadi di Tok Bali Resort....aku sangat rapat dengan mereka walau tidak pernah bersekolah di Maahad Muhammadi! Mari kita makmurkan ukhuwwah, perbezaan yang ada jangan kita tonjolkan, sentiasa kembali kepada asas perhubungan dan ukhuwwah, kita sesama kan bahagia! Ameen!
Salam eid mubarak, maaf zahir batin! Kita punya pilihan dalam kehidupan ini, maka bijaklah membuat pilihan yang 'shariah compliance' dan bertepatan dengan Sunnah dan ajaran alQuran! Insyaallah, alfalah yang diharapkan akan mendatangi kita!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment