Salam ukhuwwah....
Atas hakikat inilah, mengapa perlu kita gundah gulana..ini juga yang dinyatakan oleh Dr. Aidh alQarni dalam bukunya. Mengapa perlu kita bersedih? Tidak perlu bersedih? Malah bersyukurlah kerana ada hikmah dan pengajaran yang tersirat yang perlu kita selidiki dan fahami dalam setiap kejadian, kemasygulan, kesedihan, keperitan, kekecewaan, kepayahan dan sebagainya. Peganglah sumpah dan kenyataan Allah swt dalam surah al-Insyiiraah "Sesungguhnya bersama kepayahan dan kesusahan itu ialah kesenangan" bukan sekali Allah swt memberi inspirasi kepada kita malah dia menegaskan sekali lagi "dan sesungguhnya bersama kepayahan, kesukaran dan kesusahan itu bersamanya kesenangan". Adakah perlu kita bimbang?
Hakikat ini dan janji Allah ini benar! Justeru, serahkanlah segalanya kepada Allah swt. Redha dan pasrah lah diri akan ketentuan ketentuan yang ditetapkan buat kita! Hendaklah diri kita ini mengambil kaedah dan pendekatan melihat sesuatu itu bukan dari perspektif diri sendiri, bukan atas dasar kehendak diri dan keinginan dihati akan tetapi lihat lah sesuatu itu, tafsirlah apa yang berlaku itu dari perspektif Allah swt.
Benar! Bagaimana mungkin kita tahu apa yang Allah mahukan terjadi kepada hidup dan diri kita, kerana kita ini lemah dan tidak berdaya. Bagaimana mungkin kita dapat memahami semua maksud dan tujuan Allah kerana kita tidak bersoal jawab dengannya! Jangan keliru, Allah telah lama berkomunikasi dengan kita dalam pelbagai cara. Cara yang paling baik ialah Allah berkomunikasi dengan kita melalui wahyuNya, selain dari memberi peringatan mahupun pengajaran melalui peristiwa dan perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Justeru, jika kita mengungkap bagaimana kan kutahu apa yang Allah mahukan, apa tujuan segala kejadian dan perkara yang berlaku, kalian telah silap! Kembalilah kepada wahyuNya, bacalah wahyuNya yang terkandung dalam kitab agung iaitu al-Quran. Bukan baca sahaja, ia perlu sangat sangat difahami dengan jitu. Kalian kan temui khazanah kehidupan didalamnya, bukan sekadar khazanah untuk kehidupan di dunia ini, malah di akhirat jua. Ia tips tips bekalan yang ampuh dan jitu sekali! Carilah panduan dan 'tips' amanat amanat Allah, bukan menyesali apa yang terjadi dalam kehidupan. Kalian kan pasti BAHAGIA jika berkelakuan dan berfikiran begini!
Sesungguhnya, jika kita mampu untuk berfikiran dan beramal dengan prinsip ini, pasti kalian akan hargai dan memberi nilai tinggi ukhuwwah, sikap yang baik, akhlak yang murni, amalan dan perbuatan yang baik, kata kata yang baik, amal kebajikan kepada keluarga dan masyarakat, saling bantu membantu, bersikap terbuka dan positif sentiasa, tiada benci sesama, menyokong usaha usaha kebaikan bersama.....nukilan ini kucoretkan bersempena dengan program Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KERABAD yang akan berlangsung pada 4 September 2012 di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya, Shah Alam, bermula pada jam 8 malam dan ia juga bersempena dengan penganjuran Majlis Ramah Mesra Aidilfitri xAsasians "All Batches" 2012 yang pertama kalinya berlangsung selepas 24-25 tahun aku keluar dari sekolahku yang tercinta. Ia akan berlangsung di Casa Putra Bistro, Kelab Saujana Utama, Sg Buloh pada tanggal 15 September 2012, bermula jam 8 malam. Terimakasih buat teman dan sahabat yang berganding bahu menjayakan, ia tidak mudah namun ia tidak sukar asal kita mahu membahu usaha daripada sekadar melihatnya dari jauh tanpa apa apa sokongan! Terimakasih buat para guru guru yang sentuhan kalian telah mengubah hidup dan perspektif ku tentang kehidupan, hakikatnya "aku begini hari ini adalah kerana acuan kalian" Terimakasih kedua ibubapa ku, kuharapkan kalian berbangga dengan ku dan syukur kepada Allah swt yang telah membuka laluan laluan berwarna warni dalam hidupku, agar ku mengerti diri ini dan hakikat hidup ini.....ayuh mari kita immarahkan perhubungan dan persahabatan demi perpaduan yang dicitakan! Ameen!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment