Ada banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita! Ada peristiwa sedih, susah, menyakitkan, mengecewakan dan melukakan hati dan perasaan. Ada yang sangat mendalam kesannya dalam hati dan perasaan. Ada yang sangat menyedihkan dan ada yang sangat kita kesali!
Sebenarnya, peristiwa dan perkara perkara yang berlaku dalam kehidupan sendiri adalah ketentuan dan takdirnya! Tiada apa yang berlaku yang diluar kawalannya! Hatta hembusan nafas yang kita hela setiap saat bahkan kerdipan mata itu juga dalam pengetahuan Allah taala! Tiada apa yang tersembunyi mahupun nyata, banyak atau sedikit yang terlepas dari pengetahuan dan kuasanya!
Allah sayang kita! Cara Allah tunjuk sayang dan berkomunikasi dengan para hambaNya adalah dengan menitipkan musibah dan peringatan yang berlaku dalam setiap peristiwa kehidupan! Allah tidak zalim! Justeru tentunya perkara musibah yang berlaku, kesempitan yang kita alami, segalanya punya makna mendalam! Ia sukar difahami jika kita bersikap negatif, berfikiran negatif! Allah tidak zalim, tentunya segala yang berlaku akan ada impak positif terhadap diri yang akan mengubah sikap, pandangan dan pemikiran! Hendaklah kita mencari nilai positf dalam sesuatu peristiwa dan kejadian agar pengajaran dan didapati, kebaikan kan diperolehi! Jika musibah, penyakit dan peristiwa berlaku, lalu kita tidak berfikiran positif, tidak menerima dengan redha, itu tandanya kita tidak mahu terima pengajaran, tidak mahu faham dan tidak redha dengan ketentuanNya. Justeru, tidak pelik jika berterusan kita menerima musibah dan peristiwa yang hampir sama agar mesej yang patutnya kita fahami dapat difahami!
Namun jika kita redha, mempelajari dan memahami hikmah serta pengajaran, perkara dan peristiwa lain tetap juga akan berlaku agar kita menerima pengajaran berbentuk lain, sehinggalah iman kita semakin utuh dan kuat! Lalu akhirnya inilah jua akan membawa kebaikan untuk diri seseorang itu! Sebab itulah ia dikenal sebagai taufik dan hidayah! Kita mohon taufik dan hidayah dalam doa dan solat kita, banyak keadaan taufik turun dalam bentuk ujian dan musibah! Ia punya kesan besar dalam hidup manusia! Kita lemah dan tidak berdaya, siapa kita untuk tidak redha dan menerima ketentuanNya, kita rugi jika tidak mahu menerima pengajaran dan ketentuan kerana dalam perjalanan hidup kita, kita akan sentiasa menerima mesej mesej dariNya dalam bentuk ujian dan musibah! Ia adalah peluang untuk diri seseorang itu terus semakin dekat dengan Allah dan semakin bertaqwa!
Ameen Ya Rabb, terimalah aku dan jadikan aku hambaMu yang pasrah dan redha dalam setiap perkara, dan jangan dikau jadikan aku hambaMu yang tidak mampu menerima ujian dan ketentuanMu!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment