Tuesday, January 17, 2012

Kita sendiri yang menzalimi wahyuNYA

Salam ukhuwwah!

Kita zalim dan menzalimi diri sendiri apabila suatu dokumentasi@panduan@formula hebat@ubat segala penyakit fizikal dan rohani yang maha hebat tidak kita pedulikan. Kita memandang 'remeh' kepadanya! Tidak menghiraukannya. Hanya mempedulikan ia untuk tujuan tujuan tertentu sahaja! Itulah alQuran alKarim....wahyu Illahi yang kita pedulikan hanya untuk sekadar bacaan ketika ada kematian, ketika kenduri arwah, ketika ada majlis majlis tertentu! Kita menjadikan kalam Allah ini hanya sekadar bacaan, tidak bertadabbur dengannya. Tidak melaksanakan apa yang terkandung didalamnya! Ini amat menghairankan! Ia menghairankan kerana disaat kita umat Islam dilanda kehinaan, krisis moral dan akhlak yang berleluasa, dilanda penyakit jiwa dan rohani, dilanda fitnah yang pelbagai...kita menjauhkan diri dari alQuran dan asSunnah!

Tidakkah dalam khutbah terakhir Nabi saw, dikala haji wida'....'Aku tinggalkan buat kalian 2 perkara, yang jika kalian berpegang dengannya sekuat kuatnya (umpama mengigit sesuatu dengan gigi geraham)..kalian tidak akan sesat selama lamanya, iaitu alQuran dan asSunnah! Wahai kalian! Hentikan sengketa, kembalilah kepada alQuran dan asSunnah. Akui kesalahan masing masing, bukan menegakkan benang yang basah! Masing masing mempertahankan ego dan semangat kepuakan! Hentikanlah! Bersatulah! Atas nama apa sekalipun, diatas pentas politik, ekonomi, sosial, bangsa dan negara, kembalilah kepada alQuran dan asSunnah!

Terkadang kita terlalu mengingini kemenangan kepada golongan atau puak kita sendiri terutamanya dalam pentas demokrasi, kita tanpa sedar melewati segala batas yang ada! Menghina, mengkeji, mencela, suatu pihak yang lain hatta mereka adalah saudara seagama! Dimana contoh dakwah Islamiah kita! Jika pihak satu lagi benar melakukan kezaliman dan sebagainya, adalah menjadi amanah serta tanggungjawab untuk membetulkan mereka dengan berhikmah, dakwah bil hal! Bukan mengkeji mereka! Inilah yang kita telah gagal melakukan dengan sebaiknya! Jika segala daya usaha telah dilakukan, hendaklah bersikap kreatif dan mencari usaha lain untuk menyedarkan mereka! Jangan diharap hasil yang segera, kerana sifat dakwah bukan impak perubahan yang segera. Membina manusia dan insan bukanlah dalam jangka waktu yang singkat! Ia adalah suatu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran!

Alasan apa yang membenarkan kita mengkeji sesama sendiri! Menuduh dan menyebarkan fitnah sesama! Aduhai! Inilah kehinaan yang ditimpakan keatas umat Islam dek kerana kita terlalu longgar berpegang kepada kalamNya dan asSunnah! Inilah 'malaise of the ummah' atau kehinaan yang menimpa umat Islam! Masyaallah!

Setiap kita punya peranan, dan hendaklah kita melaksanakan peranan dan amanah yang terpikul dibahu dengan jalan sabar dan istiqamah! Jika diri itu betul, dan diri itu menjadi contoh kepada keluarganya, umpama sang suami yang melaksanakan tanggungjawab memimpin dan mendidik isteri dan anak anaknya, bayangkan jika ada 10, 100, 1000, 10000 mahupun sejuta suami yang masing masing menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, berdasarkan alQuran dan asSunnah, mengikuti jalan tarbiah yang dimodelkan oleh Nabi saw....tentunya melimpah kebaikan kepada umat Islam di Malaysia ini.

Sebaliknya, jika kita sibuk menuding jari ke sana sini, sampai bilapun masalah tidak akan selesai! Insyaallah! Jika kita seorang suami, laksanakan peranan sebaiknya, jika kita seorang anak, laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak! Jika kita seorang bapa, maka jalani amanah seorang bapa sebaik mungkin! Jangan menyangka bahawa jika Islam itu dicampur aduk dengan yang diperintah dan yang kita suka lakukan walhal tiada disuruh melakukan, ia akan membawa keberhasilan yang baik! Tidak mungkin! LEBIH MENGHAIRANKAN IALAH KITA TAGIH SYURGA ILLAHI dengan sikap kita yang sedemikian! Justeru, marilah kita sama sama berpegang kepada alQuran dan asSunnah! Kembalilah kepada kebenaran dan jalan yang lurus! Insyaallah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 16, 2012

Mengapa kita tidak mendapat Rahmat Allah-2

Salam ukhuwwah!


Perbezaan orang Islam dan kafir ialah soal keislaman! Beriman@tidak! Mengakui Allah sebagai tuhan@ilah! Dan sebaliknya!


Dalam konteks lain ia bermaksud 'pengetahuan' dan 'perbuatan'...spt mana yang dikatakan oleh Syed Qutb, bahawa pengetahuan itu mengenal siapa tuhannya, apa perintahnya, tahu carta menuruti perintahNya, mana yang disukaiNya mana yang tidak! Dan 'perbuatan' itu selari dengan 'pengetahuan' yang dimiliki seseorang itu!


Cuba kalian renungkan sebentar persoalan persoalan yang saya utarakan ini:


1. Kita ada formula luarbiasa buat mengatasi permasalahan hidup dan penyelesaian terbentang luas dihadapan kita, namun, kita membiarkan ia, malah tidak ambil peduli! Bagaimana kalian rasa?


2. Alquran yang diwahyukan, khas untuk mereka yang beriman kepadaNya, dilupakan, tidak diselongkar isi kandungannya, malah apa apa yang disarankan didalamnya, langsung tidak dipedulikan...atau mengambil mana yang disenangi oleh diri dan meninggalkan sebahagian yang lain! Adakah cara begini boleh mengundang Rahmat Allah?


3. Kita melayani AlQuran sama seperti bagaimana orang bukan Islam melayani...tidak memahaminya, mempelajarinya, mengambil ibrah, bertadabbur dengan AlQuran walhal ia datang terus dari Sang Khaliq! Jenis manusia apa kita ini! Keimanan yang sebagaimana kita ini? Adakah ini mengundang Rahmat Allah?


4. Kita akui Nabi saw adalah utusanNya, namun kita tidak menjadikan dia contoh kehidupan...kita hanya ikut dan mencontohi mana yang kita suka sahaja, selainnya tidak sama sekali! Orang mencela, kita membalasnya dengan celaan juga, walhal Nabi saw menyarankan supaya kita membalas kejahatan dengan kebaikan! Orang memaki kita malah melebihi makian, orang menghina, kita juga membalas dengan penghinaan juga! Orang celupar, kita juga turut celupar! Orang memfitnah, kita tidak mampu bersabar dengan fitnah itu, malah kita hilang sabar, marah dan bengang, lalu kita memfitnahnya kembali, mencari segala aib yang ada dan menjatuhkan maruahnya dengan membuka aib teman kita itu! Adakah itu juga mengundang Rahmat Illahi?


5. Kita diajar dan diberitahu bahawa solat berjemaah itu 27 kali ganda besar pahalanya, tapi kita sering seronok solat sendirian, menjauhi masjid dan surau atas pelbagai alasan remeh! Atas alasan politik dan sebagainya, malah atas alasan tidak menyukai Imam atau seseorang di masjid dan surau itu lalu itu menjadi halangan untuk kita pergi ke masjid berjemaah! Perlu diingat, kita ke masjid bukan kerana manusia, tapi kerana Allah! Jadi pedulikan bisikan hati dan nafsu berkaitan isu isu remeh itu! Adakah ini juga mengundang Rahmat Illahi?


Bukanlah niat saya mengecam sidang pembaca apabila mengutarakan persoalan persoalan di atas. Malah ada banyak persoalan persoalan lain yang akan saya nyatakan kemudian nanti! Begitu juga, tiada niatnya saya menunjukkan bahawa saya lebih baik dari kalian...ini peringatan buat diri dan kalian semua!


Isu ini mengajak kita semua berfikir sejenak....merenung jauh ke dalam hati, menilai kembali segala tindakan kita....mungkin pernah kita 'terlaung2, terjerit' bersorak sana sini, lalu mengungkap...."Marilah kita banteras kebejatan ini", "mari kita semua bersatu demi Islam","sedarlah dan insaflah wahai umat Islam"....disebalik semua laungan, saranan yang pelbagai, nasib kita tetap tidak berubah! Mengapa??


Hanya ada satu jawapan! Kita tidak membetulkan diri sendiri-dalam aspek keimanan, kepercayaan, pemikiran, pengetahuan, perbuatan dan tingkah laku....mana mungkin RahmatNya akan turun kepada kita jika apa yang disarankan olehNya dan utusanNya tidak kita laksanakan! Berapa banyak laungan sekalipun, berapa banyak jeritan sekalipun....jika tidak kita perbetulkan diri, sampai bila kita akan terus terusan begini! Masyaallah! Insyaallah dan ameen!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jika kalian melihat dari LUAR!

Salam ukhuwwah!


Jika kalian pernah bermusafir, keserata tempat di alam ini, samada ke luar negeri mahupun hanya didalam negeri sahaja, pasti akan kalian akan ketemu beberapa insiden yang menjengah hati nurani....ada sesetengah dari kita, yang membiarkan ia berlalu tanpa mengambil 'ibrah' mahupun pengajaran, yang pasti sikap sedemikian amat merugikan kerana 'ruh dan jiwa' musafir ialah untuk mengambil 'ibrah' dari titipan pengalaman yang dikutip disepanjang jalan musafir.....ada pula yang mengambil 'ibrah' dari laluan pengalaman yang ditempuhi, sesungguhnya, dia orang yang beruntung...kerana proses mengambil 'ibrah' ini penting agar proses hijrah diri atau memperbaiki diri dapat dilakukan secara terus menerus! Ingatlah, terkadang ALAM yang mengajar kita! Hanya sanya kita mahu atau tidak mengambil 'ibrah' dari pengalaman alam itu!


Ada banyak ibrah namun dalam sesi kali ini saya hanya mahu fokus kepada satu aspek 'ibrah' iaitu pengalaman menjadi Mukmin/Muslim yang bermusafir!


Persoalannya, pernahkah terfikir mengapa Islam tidak dihormati? Pernahkah terfikir mengapa orang bukan Islam memandang remeh kepada kita orang Islam? Pernahkah mengalami pengalaman bagaimana Islam itu diamalkan di daerah majoritinya bukan Islam! Jika persoalan persoalan ini tidak terlintas difikiran kalian, maka sebenarnya kalian perlu keluar dari kepompong sendiri, perlu melakukan explorasi di dunia lain, kelak kalian kan mengetahui pengalaman pengalaman itu! Kita sudah terlalu lama duduk dalam suasana sendiri, bergerak dalam kelompok sendiri sehingga kita tidak mampu melihat dari kacamata LUAR bagaimana kita ini!


Islam ini mudah....laksanakan apa yg disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang...memang sukar melakukan buat pertama kali kesemuanya yang diperintahkan, justeru perlu ada proses pentarbiahan diri, perlahan lahan buat mana yang mampu, dan semakin hari sentiasa dipertingkatkan. Ia dilakukan dengan proses mencari ilmu, menambah ilmu, memperkembangkan ilmu. Bukan melalui proses ikut ikutan semata mata dari mula hingga usia dan umur meningkat tua. Ingatlah bahawa wahyu pertama ialah gesaan yang kuat untuk menuntut ilmu, "iqra" iaitu "bacalah" sebanyak 3 kali! Betapa menuntut ilmu amat digesa! Jika sudah tahu, maka dalami lagi, ia perlu sentiasa berkembang! Jika malas membaca, maka hadiri majlis ilmu! Apapun tidak dapat tidak, perlu berusaha untuk belajar, terus membaca buku buku, kitab kitab dalam usaha pencerahan! Jika malas membaca, maka kejumudan akan melanda pemikiran dan itu membuahkan pemikiran dan tindakan yang jumud, tidak terbuka, lalu tentunya ia terpercik kepada orang lain. Hanya kerana kita bersikap dan berfikiran jumud, maka tindakan tindakan kita juga akan menjurus kepada perkara perkara yang jumud dan pada wkatu yang sama orang lain juga 'terpengaruh' dengan kejumudan kita! Ditambah pula kesukaan kita untuk melahirkan idea dan pendapat kejumudan melalui laman sosial seperti Facebook dan sebagainya, lalu dibaca oleh orang lain, tentunya asimilasi kejumudan itu merebak kepada orang lain. Secara tidak langsung, kita memulakan proses secara tidak disedari untuk menjebak orang lain untuk turut sama jumud, sejumud fikiran kita! Disinilah masalahnya!


Oleh itu, perlu sentiasa berlaku proses pencerahan melalui tarbiah diri dengan ilmu! Dalami konsep yang sedia ada difahami, galilah ia didalam rujukan rujukan, didalam kitab kitab "MUKTABAR" yakni kitab kitab atau buku buku yang sahih! Tidaklah maksud saya hanya semata mata belajar melalui buku sahaja kerana ia juga konsep yang sempit dalam proses menuntut ilmu! Perlu juga berguru, 'fas aluu ahlaz zikri in kuntum laa taklamun'...tanyalah orang yang tahu jika kamu tidak tahu...tanya dahulu, sahkan dahulu baru buat! Bukan buat dahulu kemudian muncul 'tidak pasti' lalu bertanya!....


Justeru, apabila bermusafir, maka akan terjadi proses proses praktikal amalan dan ibadah di sepanjang musafir, maka lakukanlah dengan ilmu, bukan membabi buta! Pada waktu yang sama, kalian akan mengalami dan mendapati perbezaan perbezaan perlaksanaan, maka disitu akan timbul persoalan persoalan! Segala persoalan ini perlu pencerahan, boleh sahaja dirujuk kepada yang pakar, ilmuwan atau merujuk kitab kitab muktabar! Saat itu, kalian akan memahami bahawa bukan hanya kita malah orang lain melakukan dengan kaedah dan cara tersendiri, mesti ada hujjah, mesti ada dalil, mesti ada nas! Disitulah lahir pemahaman, lalu pertentangan pendapat dapat dilayan dengan sebaik dan seadilnya. Kita bina jambatan dan duduk dijalan yang tengah! Itulah wassatiyyah namanya! Maka, rajin rajinlah melihat dari luar berbanding terkongkong dalam dunia sendiri! Insyaallah!!!



Saturday, January 14, 2012

Mengapa kita tidak mendapat RAHMAT Allah??

Salam ukhuwwah!

Jika kita lihat keadaan umat Islam pada hari ini, kalian akan melihat betapa rapuhnya kesatuan umat. Ia umpama barah yang menimpa umat Islam, tidak pernah sembuh malah semakin membarah dalam kehidupan umat Islam. Kita berpecah antara satu sama lain. Kita bermusuhan, berbeza pendapat dan memutuskan hubungan antara satu sama lain. Ini ditambah pula dengan wujudnya laman sesawang dan laman sosial seperti Facebook, MySpace, blog dan lain lain lagi menyebabkan proses komunikasi menjadi lebih pesat dan pantas lantas membuatkan fitnah berleluasa dengan pantas. Ini memberi kesan komunikasi sesama apabila aspek akhlak, adab dan moral, dalam hubungan sesama tidak diberi perhatian. Seolah olah kita umat Islam hari ini sudah terputus rahmat Illahi, hatta dalam berbagai senario kita berbalahan antara satu sama lain. Ada bermacam sebab mengapa kita tidak mendapat rahmat Allah. Namun ingin saya nyatakan dahulu, apa maksud tidak mendapat rahmat Allah!

Umat Islam tidak mendapat rahmat Allah dalam keadaan dimana:

1. Islam agama penyatuan, solat berjemaah, solat Jumaat, berihram dan tawaf adalah antara manifestasi kesatuan ummah, namun, peliknya, sehingga hari ini kita masih 'berpecah', tidak sependapat hatta sehingga perkara perkara yang sekecil kecilnya!

2. Kita mengata sesama sendiri, menyindir, menghina, mengutuk, menuduh satu sama lain, kita 'bermain' fitnah antara satu sama lain...saling berbalas balas kata antara kedua pihak, malah 'permainan' ini dimainkan dengan watak berbeza, tahap berbeza, walhal masing masing mengaku beriman, muslim, solat, berzakah, dan sebagainya!

3. Kita tidak dihormati oleh orang lain, bangsa lain, oleh orang kafir. Maruah kita diinjak injak. Kita 'menunduk' dengan mereka. Mereka pula mempermainkan kita. Kita hilang maruah, kemuliaan, penghormatan, malah hilang jati diri!

4. Antara menjadi seorang Islam(muslim) dan kafir, tiada apa yang membezakan antara kita dan mereka. Perangai, sikap, kelakuan, gaya hidup, pakaian malah tutur kata kita hampir sama! Seolah olah tiada bezanya menjadi seorang islam mahupun kafir! Kita masih tercangak di kedai kedai, restoran restoran, saat masuknya waktu solat, malah kita seperti tiada rasa 'urgency' untuk menunaikan tanggungjawab kepadaNya lalu menuruti perintahNya. Kita utamakan perkara lain, mendahulukan yang kita akan tinggalkan dan meninggalkan yang akan pasti kita bawa!

bersambung.....! perlu seketika utk merehatkan minda!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 12, 2012

Aren't we matured/wise enough?

Assalam all...

It is time that we Muslim in Malaysia be united in the forefront of attacks on our 'aqidah' or belief....let us be united.

Forget about politically driven statement as it is compounded with lies and truths mixing each other, as one interest is protected against the other, as freedom of speech and voicing out has derailed the people into lane of uncertainty, confuse and hatred. I do admit that we are in the skeleton of democracy....remember that Islam is democracy but democracy is not necessarily Islam...so long that we are in the system of democracy as it is today, it will brings to no end of hurling each other, antagonism, 'i am right you are wrong' attitude...we can work in the same system provided that we are wise enough to understand the importance of unity, understanding each other and rule of law according to Islam.....no choice we have. The use of our own created legislation has damaged and ruin the unity process of the Muslim ummah, the draconian laws belief to be resulted from the premise of Machiavelli - 'end justifies means' , meant to protect own interest in the name of national interest is unacceptable, however to fight for it and drive people against it and use religions as means to gather support is unjustifiable as well.....we are each other in conflicts all the time! What a waste?

Aren't we brothers in Islam? we should make peace to each other and come to terms...but democracy is the stumbling blocks towards unity even though some people believe that it is a mean to change the government.....each party would of course protect their own interest and promote theirs....their fights and goals....in the end we must be worried that we deprived the rakyat! We must be matured enough! Aren't we???

Wednesday, January 11, 2012

Yg ku mengerti!

Salam ukhuwwah!

Saya menulis, saya berkongsi dengan kalian,
apa yg saya fahami, apa yang saya ketahui,
agar ia menjadi peringatan buat diri dan kalian semua!
Ini kerana saya memahami lalu menghalusi
bahawa hidup ini tiada erti jika diri tidak mampu untuk berkongsi
dan melakukan manfaat buat diri
dan orang lain dalam apa jua cara yang murni
demi kerana ia tuntutan illahi!

Sekurang kurangnya, apabila diri ini tiada lagi,
dihadapanmu Illahi,
aku mampu mengungkap Ya Rabbi,
aku telah melakukan itu dan ini, mengajak mereka memahami,
dan menginsafi diri,
walau aku tidaklah segalanya mengerti, namun aku cuba mengikuti jalan dan laluan Nabimu, Ya Rabbi!

Kerna dia contoh buat diri,
Jalan jalan apa yg mampu ku ikuti,
Sepenuh daya dan upaya ku ini
Agar dia kan menjadi saksi
Bahawa aku ini telah meneladani dan mengikuti
Cebis cebis peninggalan qudwah hidup ini
Lalu ku sebarkan seluasnya yang pasti
Buat teman, sahabat, jiran, keluarga, anak2 dan isteri
Agar sedikit manapun ia mampu menjadi suri
Buat kompas agar kalian kenal diri
Lalu hidup menjadi lebih bererti
Di dunia mahupun di akhirat nanti!

Wallahua'lam!

Ku nukilkan saat menanti nombor giliranku dipanggil di Bank Rakyat Seksyen 9....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 10, 2012


Salam ukhuwwah!


Muslim coupleIni jawapan dan kupasan isteri saya Sakinah Salleh dalam jawapannya tentang kehidupan berumahtangga, apabila berbicara Kenapa Perlu Curang!

"kehidupan ini sebenarnya pentas ujian...apa yang kita impikan atau yang kita suka Allah tidak memberi kepada kita. Apa yang kita tidak suka itulah yang dihadapkan kepada kita. Kenapa demikian? Supaya kita mantapkan diri dengan keimanan, menerima dengan redha dan berlapang dada. Dari situ kita akan menjadi tenang dan mencapai bahagia. Kita cenderung melihat kekurangan yang ada hingga kita terlupa untuk bersyukur atas apa yang Allah anugerah kpd kita yang tidak orang lain miliki, padahal orang lain ingin sebagaimana kita ada. Namun kita perlu ingat, Allah tidak memberi kepada kita semua perkara.. Kerana apa?Kerana hidup ini adalah satu perjuangan dan juga pengorbanan. Hidup bukan semata mendapatkan apa yang kita inginkan tetapi redha atas apa yang tidak kita miliki....

Saturday, January 7, 2012

Pushing it to the limit!

Assalam all...salam ukhuwwah!


Doing it best beyond boundaries with the will of Allah!


Live well to benefit others! Be meaningful be rightful and be truthful...be passion of making ourselves changed, and making change to others!


I have come to know that people come to our life for a reason....who knows what the reason is...or what are they! But we can always pray for good!


We learn not from ourselves in most of our life....but we learn from others....good or bad! We still learn!


If everyone of us change for a good...on themselves....the world will change by itself!


Mis17.jpg

Give voice to the voiceless!
Give food to the foodless!
Give hope to the hopeless!
Give future to the futureless!
Give help to the helpless!
Give salam to the salamless!
Give life to the lifeless!
Give guide to the guideless!
Give friendship to the enemy!
Give heart to the heartless!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 6, 2012

Membina empayar!!

Salam ukhuwwah!

Mahukah kalian jika diberi peluang kalian kan bisa menjadi raja yang hebat!

Mahukah jika kalian diberi takhta dan mengatur urus segala perkara dengan kekuasaan yang ada!

Segalanya tunduk dan patuh mengikut kehendak kalian! Lalu ia juga mendapat naungan dan redha Illahi!

Kalian kan punya kerajaan dan wilayah kekuasaan yang tidak mungkin menghadapi pencerobohan kerana kalian adalah penguasa yang hebat! Sehebat Iskandar Zulkarnain...sehebat Salahuddin al Ayubi....yang sentiasa memenangi peperangan di speanjang hidupnya!

Nah...mudah sahaja, binalah empayar jiwa! Jadilah khalifah kepada diri sendiri...perintahlah dengan seadil adilnya segala anggota, dan wilayah diri dengan sebaik baiknya. Berlaku adillah kepada setiap anggota tubuhmu.

Isilah rohmu dengan makanan rohani....
Ibadah, zikir dan munajat kepada Illahi!

Jangan diisi semata tubuh fizikalmu
kudapan enak lagi hebat

Lalu dikau alpakan roh dan jiwamu
Membiarkan ia kelaparan, kering kontang dari zikir kepadaNYA

Lalu kau tambahkan kegersangan rohmu
dengan alunan lagho muzik dunia, hiburan sia sia,
omong omongan bejat, umpatan umpatan keji,
deras langkah kaki ke pesta pestaan
hiburan dan maksiat,

dan kau biarkan kepalamu
menerima jamahan jamahan lembut jari jemari bukan muhrinmu
agar diri kononnya segak berhias
sambil nafsu bergelegak diramas jemari lembut si pelayan salun

Jadilah Khalifah diri yang dengannya engkau wahai diri pernah bersumpah
Alastu birabbikum
qaluu balaa syahidnaaa!

Thursday, January 5, 2012

Buat A, untuk dapat B, akhirnya rugi sesama!

Salam ukhuwwah!


Cuba renungkan dan fikirkan persoalan persoalan ini!


1. Kita berbantahan, dengan orang yang dibantahi, bermusuhan sesama walhal yang membantah itu Islam, yang dibantahi itu juga Islam, lalu yang untung orang LAIN!


2. Atau, umpama berperang@memerangi orang Islam, demi mempertahankan hak Islam! Pelik kan! Orang bukan Islam tengok dan mendapat faedah yang lebih banyak darinya!


3. Atau, umpama: orang Islam, mencela, mengutuk, mengata saudaranya yang Islam atas alasan hak dsb, lalu berselisih tentang itu tanpa ada penyelesaiannya! Lalu siapa yang untung.


4. Mempertahankan hak, lalu 'memerangi' orang yang dikatakan tidak menunaikan 'hak hak'...walhal keduanya Islam...siapa yang untung dan siapa yang rugi!


Persoalan persoalan itu sentiasa bermain dalam mindaku...aku jadi hairan! Pelik tapi itulah yang berlaku sebenarnya! Sudah tiadakah lagi ruang ruang diskusi dan kaedah penyelesaian....sudah pupuskah idea dan kreativiti penyelesaian masalah, walhal Islam penuh dengan ketertiban dan variasi kaedah penyelesaian!


Saya lagi pelik.....orang Islam, orang kita sendiri, orang Melayu Islam yang sepatutnya punya kitab agung, tapi ketandusan fikiran, dek kerana jumudnya minda, ceteknya fahaman konsep syumulnya Islam!


Rupa rupanya, kita tidak tahu bahawa kita sebenarnya tidak tahu apa yang kita tidak tahu iaitu 'jahil' berbanding orang yang tahu bahawa dia sesungguhnya tahu apa yang dia tahu lalu mengguna apa yang dia tahu untuk diamalkan dan dikongsi dengan orang lain! Berbanding dengan orang yang tahu, bahawa dia tahu apa yang dia tidak tahu...lalu tidak berbuat apa apa sekalipun! Ia membiarkan dirinya mendekati 'jurang gelap' kejahilan! Masyaallah! Ruginya kita jika tidak berilmu dan tidak berusaha untuk mencari dan menambah ilmu secara sistematik!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 4, 2012

Pabila berkata kata!

Assalam semua, salam ukhuwwah!
Aku, engkau dan orang lain...adalah manusia! Hari ini kita kan selisih di jalanan, malam ini mungkin di FB, esok lusa mungkin di pasar malam atau dimana jua pun di bumi Illahi ini! Salam diucap adalah tanda persaudaraan! Akan tetapi, sering kita sbg insan dicemuh atau mencemuh orang lain, atau mungkin sahaja teman karib sendiri! Mengapa demikian? Ada banyak sebab. Tetapi antara sebab yang saya ingin lontarkan antaranya ialah kerana kita terbiasa dan membiasakan diri untuk bersikap sedemikian! Sebab lain, kita alpa saat kematian yang semakin menghampiri! Atau kita kulitnya islam tetapi isinya rompong, rongak, lompong, kosong dari nilai nilai Islam dan sunnah Nabi saw!
Mengapa?
Kita membiasakan dan menjadi terbiasa sedemikian kerana kita membiarkan mulut kita tanpa kawalan untuk bicara sewenangnya. Seolah olah, tiada tajuk lain di atas mukabumi ini untuk kita bicarakan dengan teman teman melainkan mengata, mengutuk, menyindir, mengkeji, memburukkan mengaib orang lain! Apapun alasan dan sebabnya, tetap kita tidak samasekali dibenarkan untuk memburukkan orang lain. Adakah kerana kita sudah berjaya, terpelajar, berstatus tinggi, berpangkat besar, kaya atau miskin atau ilmuwan sekalipun, prinsip asasnya tetap sama, tidak boleh mengaibkan orang lain! Nabi saw tidak memberi contoh sedemikian kepada kita! Malah hanya kerana memandang enteng seorang perempuan tua yang buta, Allah turunkan ayat alQuran menegur sikap Nabi saw, apatah lagi kalau mengata! Jika kita suka mengata, itu tanda 'something wrong somewhere' dengan iman seseorang itu! Walau jelas kelihatan pada mata kasar, dia solat, dia berjemaah, dia baik dan sebagainya, akan tetapi bilamana susuk itu mula mengata orang itu ini tak betul, salah sana sini, buruk sana sini, saat itu ada sesuatu yang tidak kena! Justeru ajarlah diri untuk tidak bersifat sedemikian! Apabila diri mampu menahan nafsu dari berbuat sedemikian, maka diri itu telah memberi contoh yang baik kepada isterinya, anak anaknya, keluarganya, jiran tetangga. Formulanya mudah, amalkan prinsip 'get rid of negative things, seek for positive'...saat apabila seseorang mula bicara buruknya orang lain, tukarlah topik supaya kalian, jika tidak, bangun dan tinggalkan diskusi itu!
Jangan biasakan dan membiasakan diri lalu terbiasa menadah telinga mendengar buruknya orang lain. Hentikan perbuatan ini! Hanya kita yang boleh mengubah diri, jadi, ubahlah diri. Ini prinsip asas dalam hubungan positif sesama insan, jangan berkata tanpa usul periksa, jangan biarkan geraf pahala dan amalan baik menurun dengan mengata orang lain! Ingatlah mati kerana apabila kita mengingat mati, kita bimbang amalan yang kita bawa, banyak atau sedikit, jika banyak adakah semuanya diterima olehNya, jika sedar akan sikitnya amal, jangan rosakkan amal sedia ada dengan memburuk@mengata orang lain!
Aku mengingatkan diriku sendiri lalu berkongsi dengan kalian semua, agar ada manfaat dari nukilan ini buat semua....ikutilah cara Nabi saw! Jangan ikut sebahagian dan tinggal sebahagian! Jangan jadikan Islam dikulit tetapi isinya busuk dan rosak! Nauuzubillah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 2, 2012

Sesedap rasa berKATA KATA!

Salam ukhuwwah...


Tak penat ker bercakap tapi jenis percakapan yang diucap ialah mengata itu ini, mengata si A tak betul, si B tal betul....mengumpat itu ini, mengeji itu ini......tak penat ke kumpul dosa?? Dah banyak sangat ke pahala nak dibawa ke kubur??  Atas dasar apa sekalipun, atas dasar politik mahupun apa, kita tetap diharamkan memburukkan orang lain! Mengata orang lain, mengeji orang lain!


Saudara saudari yang saya kasihi sekalian.....saya merayu dan saya menyeru kalian........walau bagaimana kita marah sekalipun terhadap saudara kita, kawan kita, teman kita, jangan la sampai mengungkap nista dan cerca....walau bagaimana sekalipun kita susah disebabkan oleh perbuatan kawan, sahabat kita, jangan lah lepaskan peluang mendapat pahala yang berganda ganda dari Allah dengan mengata dan mencerca, malah mencanangkan keburukan kawan dan teman kita itu! Walhal, jika kita bersabar dengan bersungguh sungguh dalam kesusahan yang dihadapi dek kerana kawan dan teman kita, ganjaran Allah lebih besar dari segala galanya! Seahkan segala urusan kepada Allah, biarkan Allah yang menentukan yang terbaik untuk kita, saat kita dizalimi, lalu kita mengunci mulut, diam dan berdoa kepada Allah dengan segala doa yang membawa kebaikan kepada diri, ketahuilah kalian bahawa itu lebih bermakna dan lebih diberkati oleh Allah swt.



Tak penat ke buat pahala? Macam macam amal kita buat akan tetapi akhirnya pahala dari amalan yang kita  kumpul seharian, mahupun bertahun tahun akhirnya kosong sebab kita mengata! Ini kerana apabila kita mengata, memaki, mengeji, mengeluarkan bahasa kotor dan kesat, terhadap orang lain maka segala amalan kita berpindah kepada orang yang kita kata. Ruginya! Akhirnya, seperti mana yang Allah ungkapkan, 'manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH!.....Allah suruh kita SENTIASA beriman dan beramal soleh, bukan beriman sekejap, kemudian apabila sesi mengeji dan mengumpat atau mengata orang berlangsung, ketika itu IMAN kita tiada??? Kalau ye pun iman ada turun naik, janganlah biarkan iman yang turun tu sampai "zero atau negatif"! Naya kalau gitu!


Tahukah kalian bahawa, jika kehidupan seharian kita adalah input input positif terhadap jiwa dan minda....tidakkah itu akan mendorong perlakuan positif?? Tidakkah jiwa akan menjadi lebih tenteram? Tidakkah minda menjadi lebih tenang? Sebenarnya, mengapa saya ungkapkan semua ini adalah kerana saya amat 'membenci' info dan maklumat negatif kerana ia sebenarnya menarik tenaga 'energy sucker'...saya lebih tenang dan damai jika menelusuri berita, maklumat, bahan bacaan yang 'energy giver'....namun semua itu tidak akan berlaku hanya jika saya sahaja yang sukakan sedemikian, kalian juga malah berperanan untuk menjadi positif, menjadikan dunia dan kehidupan ini lebih positif dan baik, tetang dan tenteram. Cukuplah kebejatan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, cukuplah kerosakan yang berlaku pada hari ini! Kita lah yang mengubahnya, justeru, berilah 'posting' yang positif didalam laman sosial seperti FB agar para pembaca tertarik kepada perkara perkara yang positif, langsung ia umpama magnet yang menarik orang lain agar bersikap positif juga!  





Sunday, January 1, 2012

Qudwah...Ketam ajar anak!

Salam ukhuwwah!

Ada saatnya kita tersilap perhitungan...hingga tidak benar benar berfikir dengan sebaiknya, lalu mengambil cara berfikir yg meniru 'trend' sedia ada! Lalu tindakan tindakan kita lebih seumpama mengikuti orang lain....mengikut arus!

Saya fikir anda setuju bahawa pendidikan/pentarbiahan yg paling asas adalah qudwah yang baik! Contoh/role model yang baik yang mesti dilakukan!
Namun, apabila saya membelek belek akhbar2 utama hari ini, terlihat gambar gambar menarik sepanjang sambutan tahun baru yang bukan Islam iaitu Tahun Baru Masihi, tahun baru Islam ialah Awal Muharram! Saya lihat kanak kanak sekecil 5 tahun, sudah berada dilapangan Dataran Merdeka(gambar itu diambil di sana), khabarnya sejak jam 8 malam lagi! Persoalannya ialah, sejak jam 8pm menunggu detik 12 tengah malam! Masa berlalu yang dibazirkan begitu sahaja utk proses tarbiah anak anak!

Bayangkan ini! Jika sejak umur 5 tahun sudah biasa tengok konsert, terdedah kepada hiburan, sudah dibiasakan dibawa untuk keluar pada waktu malam berhibur, sudah dibiasakan berada ditempat tempat hiburan, berkumpul ramai ramai! Bayangkan apa akan terjadi saat umur itu hingga dewasa!

Tidak pelik jika:
-anak itu akan terus terusan saban tahun menantikan saat tahun baru, tahun tahun ketika kecil mungkin dibawa oleh ibubapa, bila sudah dewasa, pergi sendiri!
-anak keluar malam sebab kita ibubapa yg ajar!
-anak suka pergi pesta pestaan sebab kita yang memberi contoh!
-mak bapak yang zaman mudanya bawa anak kecil ke tempat tempat begini, bila dah tua mengeluh melihat hal ehwal anak2 yang tidak lekat di rumah, di masjid pun tidak!
-walhal mak bapak masa tua tu sibuk minta anak anak tolong hantarkan ke masjid (saat ini kesedaran mendatangi, namun kita telah tinggalkan 'legacy' kepada anak2 dengan cara yang salah), tetapi anak anak tak peduli sebab mereka tiada di rumah dan sentiasa keluar rumah!
-untuk tengok ibubapa geleng kepala tengok anak anak punya perangai 'lagi putih dari omputih, lagi negro dari orang negro'
-warisan yg ibubapa tinggalkan ialah budaya yang terpahat jauh dalam minda dan kehidupan anak2 yang sekarang sudah dewasa!
-saya tak pelik untuk melihat ibubapa datang jumpa saya mengadu, kemudian salahkan faktor luar, salahkan kerajaan, salahkan media yang memberi pengaruh budaya negatif kepada anak anak, walhal mak bapak yang sama itu dulu masa muda terkinja sambil dokong anak anak kecil mereka merayakan malam tahun baru, sambil berhibur dan melihat konsert!
-dan macam macam lagi!

Bagi saya, kita punya pilihan! Pilihan pilihan itu ada didalam kehidupan kita! Mengapa dah terhantuk baru termgadah! Dah tua baru nak sedar dan insaf! Setelah kudrat tiada, sakit melanda, umur di penghujung...lalu kita membebel itu ini tentang anak anak yang berperangai bukan bukan! Nauuzubillah! Saya juga tidak mahu anak anak saya sedemikian, saya juga membimbangi anak anak saya berperangai ikut ikutan dengan cara Barat....namun saya sedar, jika kita sentiasa beri input positif dalam kehidupan, maka sekurang kurangnya kita ibubapa telah melakukan yang terbaik untuk mereka! Jika takdirnya mereka terjerumus juga dalam lembah kemaksiatan 'nauuzubillah' dikemudian hari nanti, saya pasrah dengan Allah, sebab saya telah berbuat yang sepatutnya untuk menghalang supaya ia tidak berlaku dengan mempersiap iman, jiwa, pemikiran anak anak supaya positif, diberi input dan ilmu agama yang teguh!

Kita punya pilihan....kita tak sedar selalunya bahawa pilihan yang kita buat sekarang memberi kesan berpanjangan kepada anak anak! Jangan menyesal kemudian hari! Buatlah pilihan pentarbiahan anak anak dengan betul dan tepat berlandaskan 'syariah compliance'!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.