Showing posts with label ego. Show all posts
Showing posts with label ego. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Bicaraku punya tema hari ini.....

Assalamualaikum wrt wbt....

Sidang redaksi blog ASAM GARAM ini (aku sorang jer yg tulis kat sini pun) dengan penuh rendah diri mengucapkan Selamat MEMBURU BONUS TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN-Lailatul Qadar dan pahala terawih, sedekah, tadarus mahupun ibadah ibadah lain yang diganda sehingga 70 kali lipat dan pahala puasa yang hanya ALLAH sahaja yang membalasnya menjelang fasa 2 Ramadhan kali ini.......allahumma taqabbal minnaa serta SELAMAT MENGHINDARI MAKSIAT dan LAGHO yang juga diganda 70 kali lipat dosanya.....nauuzubillah.

Kali ini aku ingin menyampaikan coretan ini dalam bahasa paling santai sekali........aku tidak mahu membuat kalian merasa sangat berat dalam memahami apa yang aku coretkan ini. Perasan atau tidak, sedari atau tidak, dalam sehari sehari kita menjalani kehidupan ini, melalui perhubungan sesama rakan dan taulan dalam pelbagai media samada secara maya mahupun secara fizikal (berdepan antara satu sama lain), kita ada tema tema tertentu yang kita pakai dalam bual bicara.

Tema tema yang kita guna ini tidaklah kita tentukan dan bezakan untuk hari hari tertentu.....ia berlaku secara alami. Lalu tema ini kita bicarakan menjadi bahasa yang kita ucapkan. Jika tema ini landasnya lurus dan betul, maka pertuturan bahasa@perkataan yang diguna juga betul. Jika tema ini bengkang bengkok maka tutur bahasa kita juga begitu. Ini yang perlu kita fahami, sebab ia berkait dengan IMAN, ISLAM dan IHSAN kita atau saya panggil ia sebagai TERAS 3i. Isteri saya yang menemukan konsep 3i ini dan menulis tentangnya dalam bukunya dan dalam nukilannya di blog www.sakinahsalleh.blogspot.com.

Contohnya, jika tema kita adalah kata kata lunak dan baik, bak kata Nabi saw "fal yaqul khairon au liyasmut"...katakan yang baik baik@ bahasa dan perkataan yang baik baik, jika tidak boleh maka diam sahaja.....Nabi saw tak suruh jika tidak boleh kata yang baik baik maka kita boleh kata yang tidak baik, kita boleh kutuk orang, 'taruk' secukupnya sehingga kita puas hati, kita hentam, maki dan hina orang 'kaw kaw' biarpun orang yang kita kata itu benar benar bersalah dalam tingkah dan lakunya.

Makanya, jika tema kita baik, maka kita akan katakan yang baik sahaja walau hati ketika itu sangat sakit, terluka, marah, terhina, keegoan tercalar (aku mengungkap untuk mengingatkan diriku juag agar tidak berbuat sedemikian dan buat kalian juga sebagai peringatan tulus).......tidak dapat dinafikan bahawa kita manusia ini sangat biasa melewati batas dan sempadan, namun perlulah diingat, gunalah bahasa yang lunak, bahasa yang baik, bahasa yang berakhlak mulia kerana ia representasi IMAN< ISLAM>IHSAN diri kita, biar betapa marah dan terlukanya hati ketika, biar suara hati mengatakan bahawa "puaskan hatimu, bicaralah sewenangnya, teruskan mencaci agar puas hati".....

Mengapa aku ucapkan sedemikian......kerana bagiku, ia perkara asas dalam perhubungan dan dakwah. Jika perkara asas ini sekalipun tidak dapat kita kuasai sebaiknya........bagaimana mungkin kita mahu berjuang dalam jihad menegakkan Islam???

Lalu mungkinkah perjuangan itu akan membawa kejayaan?? Mana mungkin ia berlaku, jika yang asas tidak kita murnikan. Lihat bagaimana Allah swt mendidik Nabi saw dengan perkara asas ini......saat peristiwa Nabi saw dibaling batu beramai ramai oleh orang dewasa dan kanak kanak, dihina dan dicerca, dimaki dan dikutuk saat Nabi saw menyampaikan kepada suatu kaum di TAIF. Nabi saw berdarah di muka dan badannya, sehingga diceritakan bahawa sepatu yang Nabi saw yang kita kasihi dan cintai ini pakai ketika itu bertakung dengan darah Nabi saw. Sehingga Jibril a.s. turun menemui Nabi saw....lalu terjadilah perbualan hebat insan mulia ini dengan Jibril a.s. (sila rujuk Sirah Nabi.....jangan malas mengkaji dan membaca.....hehehe).

Peristiwa ini berlaku di awal kerja dakwah Nabi saw, sebelum berlakunya HIJRAH.......lihat bagaimana sikap Nabi saw....ketahui apa yang Nabi saw ungkapkan ketika itu. Apa doa Nabi saw kepada kaum yang memperlakukan Nabi saw sedemikian rupa.

CUBA TANYAKAN KEPADA DIRI.......jika kalian berada ditempat Nabi saw, mampukah kalian bertindak dengan cara yang cukup positif, mengetepikan rasa diri, mengetepikan maruah yang tercalar atau ego yang terhina lalu bertindak rasional?? Kalau tidak tahu rasanya, boleh la cuba minta anak anak kecil ambil batu kerikil yang kecil itu dan minta mereka balingkan kepada diri kalian...lalu rasai  bagaimana???

Tema inilah yang aku kutip dan ingin aku kongsikan saat aku meneliti Siraah Nabi saw ini iaitu insan hebat yang meninggalkan anugerah dan kesan berpanjangan sepanjang zaman.......lalu tidak mahukah kita mengikuti tema tema indah dan mulia ini? Lalu kita manifestasikan dalam bentuk 'posting' yang murni dan bicara yang positif di laman sosial Facebook mahupun Twitter atau apa sahaja 'posting' di mana mana......apa perlunya kita bersikap kasar, lucah, menghina, sinis dan sebagainya terhadap satu sama lain.....

Hari ini kita terlebih mengata dari membantu......
Hari ini kita terlebih pandai mengkritik dari menyelesaikannya.....
Hari ini kita terlebih mengaibkan orang lain dari menutupnya......
Hari ini kita rasa 'macam bagus' dari berbuat apa apa......
Hari ini kita lebih bicara dari melakukan dan bertindak.......
dan hari ini kita merasa terlebih bagus dari orang lain dari merasa rendah diri dan tawaduk......

Jangan angkuh dan sombong....kerana itu adalah perangai kaum kaum yang terdahulu!
Membesarkan ego, meninggikan maruah memartabatkan status kononnya lalu akhirnya hancur lebur bersama dosa dosa.......

 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 5, 2012

Buat A, untuk dapat B, akhirnya rugi sesama!

Salam ukhuwwah!


Cuba renungkan dan fikirkan persoalan persoalan ini!


1. Kita berbantahan, dengan orang yang dibantahi, bermusuhan sesama walhal yang membantah itu Islam, yang dibantahi itu juga Islam, lalu yang untung orang LAIN!


2. Atau, umpama berperang@memerangi orang Islam, demi mempertahankan hak Islam! Pelik kan! Orang bukan Islam tengok dan mendapat faedah yang lebih banyak darinya!


3. Atau, umpama: orang Islam, mencela, mengutuk, mengata saudaranya yang Islam atas alasan hak dsb, lalu berselisih tentang itu tanpa ada penyelesaiannya! Lalu siapa yang untung.


4. Mempertahankan hak, lalu 'memerangi' orang yang dikatakan tidak menunaikan 'hak hak'...walhal keduanya Islam...siapa yang untung dan siapa yang rugi!


Persoalan persoalan itu sentiasa bermain dalam mindaku...aku jadi hairan! Pelik tapi itulah yang berlaku sebenarnya! Sudah tiadakah lagi ruang ruang diskusi dan kaedah penyelesaian....sudah pupuskah idea dan kreativiti penyelesaian masalah, walhal Islam penuh dengan ketertiban dan variasi kaedah penyelesaian!


Saya lagi pelik.....orang Islam, orang kita sendiri, orang Melayu Islam yang sepatutnya punya kitab agung, tapi ketandusan fikiran, dek kerana jumudnya minda, ceteknya fahaman konsep syumulnya Islam!


Rupa rupanya, kita tidak tahu bahawa kita sebenarnya tidak tahu apa yang kita tidak tahu iaitu 'jahil' berbanding orang yang tahu bahawa dia sesungguhnya tahu apa yang dia tahu lalu mengguna apa yang dia tahu untuk diamalkan dan dikongsi dengan orang lain! Berbanding dengan orang yang tahu, bahawa dia tahu apa yang dia tidak tahu...lalu tidak berbuat apa apa sekalipun! Ia membiarkan dirinya mendekati 'jurang gelap' kejahilan! Masyaallah! Ruginya kita jika tidak berilmu dan tidak berusaha untuk mencari dan menambah ilmu secara sistematik!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 21, 2011

SoMbOnG dAn EgO..itulah manusia!!

Salam ukhuwwah...

Kita sebenarnya insan yang lemah! Itulah hakikat kita manusia! Tetapi kita ego dan sombong! Keegoan dan kesombongan itu membuatkan kita 'perasan' kita kuat, perasan hebat! Lalu kita menjadi angkuh! Lihat Firaun, lihat Qarun! Lihat Kaum Aad! Lihat Abu Jahal, Abu Lahab, Kaisar, Umar alKhattab (yg akhirnya runtuh tembok keegoannya, lalu zuhud dan tawadhuk) menjadi terbilang! Adakah yang nama nama yang disebut selain Umar alKhattab itu hebat? Dimata dunia dan dimata manusia ya benar mereka seolah olah hebat...mereka bangsawan, mereka maharaja dan pemerintah, mereka kaya raya, punya status, mereka elitist, punya kuasa, pangkat dan derajat! Apa yang berlaku? Kehebatan yang disangkakan itu tidak bererti apa apa! Bagai debu yang berterbangan...malah kehebatan dan harta yg dimiliki serta pangkat tidak mampu menolong mereka! Akhirnya, tembok keegoan dan kesombongan itu runtuh dek datangnya rahmat Iman, Islam dan Ihsan (3i) itu...walau mereka tetap kufur...namun kebenaran 3i-iman,islam,ihsan itu tetap merobek tembok ego dan sombong itu!

Cuba fikirkan! Mengapa kita lemah? Jawapnya ialah kita MEMERLUKAN...dan amat memerlukan Allah malah sentiasa memerlukan Allah, hanya sanya kita tidak sedar bahawa kita memerlukan DIA! ALLAH tidak perlukan kita langsung...dia memiliki kita...dia mencipta kita! Sedang anggota tubuh sendiri pun kita tak mampu untuk kuasai mahupun mencipta gantinya! Udara yang kita hirup inipun tidak mampu kita membuatnya! Malah air hujan itu pun tidak mampu kita turun sesuka hati....maka nikmat Tuhan mana yang kita nafikan!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.