Tuesday, July 23, 2013

Sejarah yg kembali....

Assalamualaikum wrt wbt.

Hari ni di Ramadhan ke 14 ini....rakan ku Si TEMBAKAU Cartoonist meng'post' entri baru dalam blognya OlehTembakau......lalu tiba tiba, rasa macam ada angin kus kus bergolak di perut ku.....memulas mulas.....kepala sedikit cerah, tadi berat juga sambil membelek tulisan arab nih....tiba tiba kenangan itu datang.....mata layu menjadi segar kembali, sejarah itu telah kembali. Kenangan menggamit rasa dan ingatan. Betapa suatu tika dahulu, dibelakang tabir kehidupan, kami para pelajar SMKASAS pernah berkelana di situ...kami pernah lebih badwi dari badwi yang ada di bumi Perak ini...itu sebahagian ayat teman teman. Menumpang di SMGR yg bukan banguna milik sendiri, malah berkongsi kelas dengan para pelajar SMGR....kami bersongkok@bertudung, mereka bogel kepala...atau erkkk pakai skirt jer pun ada, bangsa lain pun ada. Campur campur katakan.

Ia suatu pengalaman unik buat ku dan rakan rakan. Entah...banyak gak benda nakal yang dilakukan...banyak juga peperangan peribadi yang berlaku, pertembungan ego dan maruah antara keduanya.....terkadang terasa kami lebih di'penjara' berbanding mereka....maklumlah, sekolah agama katakan. Itu sesuatu yang kami rasai dahulu...hari ini, ia jadi kenangan terindah dalam hidup.....tanpa laluan pengalaman yang bernilai ini, kami tidak menjadi seperti mana kami hari ini.....

Kisah lompat pagar nak keluar ke bandar Ipoh....kisah Super Kinta err beberapa tempat lagi (aah tak ingat namaaa????), gerakan bawah tanah....subversif, balik dan keluar malam....ermmm itu ada dalam kamus hidup kami....kemudian awal pagi isnin...sesiapa yang ter'kantoi' akan berada di depan ketika perhimpunan.....saat nasyid jihad 'allaahu rabbunaa, allah allah, allaahu ghoyatuna, allahu akbar allahu akbaran arrasuul saiyiduna...arrasuul zaaimuna...." Kemudian diikuti asmaul husna...hati berdebar debar...siapalah yang kena nanti, kena penampor ker kena rotan ker...tak tahu....ramai juga yang terlepas....pandai 'cover up'....pendek kata, macam macam cerita...

Aku tahu, ramai punya kenangan sepanjang laluan kehidupan di sekolah....bezanya adalah samada ia dirakam dalam bentuk penulisan mahupun cerita.....kami punya itu...cerita kami di dirakam oleh seorang pencatat sejarah tersohor dikalangan kami....dia akan merekod dan mencoret cerita dalam bentuk kartun dan lakaran lakaran tertentu.....bacalah komik olehTembakau 'Kartini'....bacalah blog beliau olehTembakau...ia adalah cerita kami suatu ketika dahulu.....watak watak itu adalah watak realiti yang diadaptasi ke kartun dan juga layar perak...kami adalah kehidupan itu.

Hari ini kami di sini......sejarah itu seolah olah kembali lagi....memuja dan memanggil kami semua....walau sudah sedekad ia berlalu...namun seolah olah ia baru semalam.

Kawan kawan....jom kita ber'jimba2' dan mengenang kembali....mungkin kita mulai dengan IFTAR Asasians bersama sehari dua ini?? Kita ketawakan sejarah itu....kerana kitalah yang melakar sejarah!
Ya rabb...ampuni kami, redhai para guru dan ibubapa kami.....kami menjadi dewasa dan berjaya kerana mereka semua! Terimalah mereka dengan dakapan syurgaMU!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Saturday, July 20, 2013

Hanya punya 3 hari....tidak lebih dari itu.

Assalamualaikum wrt wbt....

Syukur alhamdulillah....Ramadhan ini menjengah lagi dalam keadaan diriku yang sebegini. Ini sudah cukup baik bagiku. Masih ramai yang tidak bernasib baik. Masih ramai yang seolah olah sentiasa dalam Ramadhan sepanjang tahun....bagi mereka kehidupan bukan lagi tarbiyyah diri sebulan dalam bulan Ramadhan akan tetapi realiti kehidupan adalah Ramadhan.

Friday, July 12, 2013

Allah beri....

Assalamualaikum wrt wbt....

Dikatakan ungkapan dibawah ini adalah kata kata Salahuddin al Ayubi....akan tetapi saya tidak pasti benar atau tidak, sedang mencari sumber sahih sehingga kini. Jika ada teman teman pembaca yang punya pengesahan akan sumber ini, sila beri maklumbalas kepada saya. Apapun, saya menyukai mesej yang ingin disampaikan melalui ungkapan ini.

Saya melihat ungkapan ini sangat dekat dengan konsep pendidikan, pendidikan diri, muhasabah diri, hijrah diri, malah konsep ilmu sekalipun. Renungilah ia! Moga moga ia memberi manfaat buat kita semua....jangan salah sangka, saya hanya tertarik dengan intipati yang cuba disampaikan dengan kata kata ini.....apapun jangan lah kita mendahului AlQuran dan Hadis Nabi saw...utamakan kedua sumber ini setiap masa dan ketika sebagai rujukan dan panduan......insyaallah!

Inilah ungkapan itu:


Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT......

Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.............
Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA.......

Saya meminta KEBERANIAN dan Dia memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.......

Saya meminta CINTA dan Dia memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU......

Saya meminta NIKMAT dan Dia memberikan saya PELUANG.......
Saya TIDAK MINTA apa-apa untuk DIRI SAYA, tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN......
kata-kata dari Salahuddin al-Ayyubi........

usahlah kita mengeluh dengan dugaan yang menimpa kita.. tapi bersyukurlah kerana Allah menguji sedang kita

Wednesday, July 10, 2013

Kita adalah apa yang kita beri dalam kehidupan ini....

Assalamualaikum wrt. wbt.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA DAN BERKAT DARIPADA SAYA SEKELUARGA.....MOGA ALLAH TERIMA DAN REDHA DENGAN DIRI, AMALAN PUASA, SOLAT, QIYAAMULLAIL, DOA dan HIDUP KITA SEMUA DIBULAN RAMADHAN INI...Amiin!


Kita adalah apa yang kita beri dalam kehidupan ini. Begitu juga ungkapan 'what you sow you will reap'....jika kita lontarkan adalah kalimah kebaikan dalam ucapan, maka kita akan terima kebaikan ucapan dan ungkapan kalimah dalam kehidupan kita..

Wednesday, July 3, 2013

Antara kek, pencetak dan acuan!

Assalamualaikum wrt wbt.



Bicara tentang manusia ini biasa dan utama. Ia topik tidak pernah terhad. Tidak pernah terhenti. Berbagai teori dan pandangan dibuat untuk menangani isu manusia ini. Bahkan alQuran diwahyukan ialah tentang manusia dan perjalanan hidup manusia.

Aku bukan pakar manusia. Aku hanya memerhati keletah dan perangai manusia. Ia bak pensil warna yang mengeluarkan pelbagai warna pabila lakaran dan proses mewarna itu dibuat diatas sekeping kertas. Menarik bukan. Ia subjek yang menarik untuk dibicarakan. Ia luas dan berbagai. 'Man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu' Sesiapa yang tahu tentang dirinya, maka dia akan tahu RABBnya atau Penciptanya, inilah ungkapan yang biasa didengari bagi mereka yang memulai musafir ilmu dalam hidupnya (tolong semak sendiri samada ia ungkapan mutiara kata kata ulama mahupun hadis Nabi saw). Apapun, ia relevan bagi saya.




Friday, June 28, 2013

Susah kemudian senang...ubah landas fikiran!

Assalamualaikum wrt wbt...

Hadirnya jerebu adalah kesusahan dan kesulitan yang menimpa. Datangnya hujan menghapus jerebu dan menghilang kesulitan pada manusia. Kemudian?? Apa yea? Bersyukurlah, mohon ampunlah, insaflah...itulah seharusnya yang diperbuat!






Wednesday, June 26, 2013

Jerebu dan kebersamaan...


Assalamualaikum wrt wbt.

Jerebu yang melanda punya hikmah yang besar. Samada disedari atau tidak, itulah yang dapat ditelusuri saat ini. Hakikat ia penuh hikmah adalah fitrah yang universal dalam hidup ini. Jerebu adalah suatu perhubungan kemanusiaan. Ia berlaku disebabkan perbuatan manusia, dideritai oleh manusia sendiri dan hanya boleh dihilangkan dengan kehendakNYA.....

Friday, June 21, 2013

Meraih sumber!

Assalamualaikum wrt.wbt.

Kita tidak lahir sempurna. Punya kelemahan di sana sini. Tetapi kita adalah KEJADIAN yg sempurna, atau sebaik baik kejadian. Inilah kita-manusia. Sebagai insan kita dihidupkan dan diberi penghidupan dalam hayat yang sebenarnya sangat singkat. Ada tujuan dan ada sebab untuk itu.

Disebalik tujuan dan sebab itu kita perlu memenuhi syarat agar kehidupan itu berupa kebaikan dunia dan akhirat. Dalam proses untuk mencapainya, kita perlu faktor penggalak dan juga kelebihan yang biasa juga dikenal sebagai kekuatan, potensi yang perlu dicanai dengan cara, kaedah yang kreatif dan bijaksana agar matlamat dan objektif hidup dalam kerangka kebaikan dunia akhirat akan tercapai.

Thursday, June 20, 2013

Tugasan akademik dan diri!

Assalamualaikum wrt.wbt.

Minggu ni cukup sibuk dan sangat sibuk. Minggu terakhir untuk para pelajar, siswa siswi di fakulti ini menyerahkan tugasan akademik masing masing. Ia memang mencabar buat si pembuat dan si penerima. 

Saya sibuk meladeni mereka, sibuk melayani pertanyaan mahupun membuat semakan kualiti tugasan akademik para siswa dan siswi satu persatu. Ia suatu tekanan buat saya akan tetapi ia sudah menjadi tugas. Namun, terfikir juga, alangkah lebih baik jika para siswa siswi ini membuat persediaan sejak awal lagi, mengajukan pertanyaan sejak awal lagi......kita sangat kurang bertanya. Lalu apabila telah sesat, saat itu sibuk mencari panduang dan GPS untuk mencari jakan pulang.

Monday, June 17, 2013

Melebihkan yang lain!

Assalamualaikum wrt.wbt.

Salah satu kaedah berfikir yang universal iaitu berfikir melampaui lingkungan diri ialah berfikir untuk orang lain. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. Mengapa berfikir sedemikian?

Berfikir diluar lingkungan diri ini amat penting dalam membentuk karakter global dan universal dalam diri seseorang, lalu ia digambarkan melalui perbuatan dan tindakan yang bersifat universal. Mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri merupakan 'order of the day' buat seorang pemimpin berjiwa besar, pemimpin berwawasan dan pemimpin yang melangkaui ras dan juga sempadan budaya. Sentiasa berfikir diluar lingkungan akan membuatkan insan menjadi lebih matang dan berfikiran terbuka.

Monday, June 10, 2013

Tarikh Israk dan Mi'raj

Assalamualaikum wrt wbt.

Ingin saya kongsikan beberapa rangkaian pembetulan dalam soal meraikan sesuatu dalam agama! Kita perlu bertindak dalam konteks sendiri terhadap pembetulan pembetulan ini....moga moga ia akan meluas dan merebak proses pembetulan pembetulan ini. 

Saya tidak mampu berhujjah seperti beliau kerana dangkalnya ilmu saya, justeru saya kongsikan buat kalian! Rajin rajinlah membaca tulisan beliau!

http://abuanasmadani.blogspot.com/2012/05/tarikh-israk-dan-miraj.html

Thursday, June 6, 2013

Sekadar semakan untuk diri....


Assaalmualaikum wrt.wbt.
Ini adalah peristiwa-peristiwa yang dilihat dan dinampakkan kepada Rasulullah saw semasa Isra dan Mikraj :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba. 
07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Wednesday, June 5, 2013

Wahai diri.....

Assalamualaikum wrt. wbt.

Cebisan dari buku KOMPAS JIWA: Mencari Jalan Yang Benar, Menuju Jiwa Yang Bahagia.....


Bila Saatnya

Bila saat itu datang
kita pasti tidak mampu berpaling lagi

Bila saat itu datang
Kita pasti tidak mampu berkata-kata

Bila saat itu datang
Kita pasti tidak boleh menepis semua

Bila saat itu datang
Kita pasti meminta dipanjangkan masa

Bila saat itu datang
Kita pasti menyesal seluruh jiwa raga

Bila saat itu datang
Kita pasti tidak mampu untuk berdusta

Bila saat itu datang
Kita pastinya akan berkata...alangkah jika aku...

Wahai diri!
bila saat itu datang tidak mengapa
apa yang penting persiapkan sahaja diri dan amalan
kerana loceng amaran adakala tiba dengan kesakitan
adakala tidak dapat diduga kerana Dia yang punya segala Hak..

Wahai diri!
bila saat itu datang kita tidak mampu mengitung lagi
apa yang penting sebelum saat itu, jagalah segala amalan
kerana siren amaran tidak kenal usia atau ketika

Wahai diri!
bila saat itu datang
pastikan kamu bebas dari hutang piutang
jangan leka dengan kesenangan


Wahai diri!
bila saat itu datang
jangan ditunggu bila datangnya


Sesiapa yang ingin mendapatkan buku tersebut, boleh email kepada saya alwiyunus@gmail.com  nama penuh dan alamat lengkap serta salinan/maklumat resit bayaran berjumlah RM35(termasuk kos pos) yang dimasukkan ke akaun CIMB 1225-000-093-420-6 (Alwi Mohd Yunus)...saya akan poskan setelah pembayaran dibuat!