Bicara tentang manusia ini biasa dan utama. Ia topik tidak pernah terhad. Tidak pernah terhenti. Berbagai teori dan pandangan dibuat untuk menangani isu manusia ini. Bahkan alQuran diwahyukan ialah tentang manusia dan perjalanan hidup manusia.
Aku bukan pakar manusia. Aku hanya memerhati keletah dan perangai manusia. Ia bak pensil warna yang mengeluarkan pelbagai warna pabila lakaran dan proses mewarna itu dibuat diatas sekeping kertas. Menarik bukan. Ia subjek yang menarik untuk dibicarakan. Ia luas dan berbagai. 'Man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu' Sesiapa yang tahu tentang dirinya, maka dia akan tahu RABBnya atau Penciptanya, inilah ungkapan yang biasa didengari bagi mereka yang memulai musafir ilmu dalam hidupnya (tolong semak sendiri samada ia ungkapan mutiara kata kata ulama mahupun hadis Nabi saw). Apapun, ia relevan bagi saya.

Kek yang kita makan, yang kita lihat itu ada pelbagai jenis. Ada yang bulat, ada yang bersegi, ada yang isinya lain dan rasanya sangat berbeza antara satu sama lain. Ada yang besar dan kecil malah bertingkat tingkat. Ia terhasil dari acuan yang menjadikan ia kek, lalu diolah sedemikian rupa agar ia kelihatan menarik dan berbeza mengikut daya kreativiti manusia. Itulah kek! Sebagaimana acuan, sebegitulah hasilnya kek tersebut.
Begitu juga pada zaman teknologi maklumat ini, pencetak digunakan untuk menghasilkan cetakan cetakan di atas kertas dalam corak, warna dan rekabentuk yang pelbagai.
Ia juga sangat bergantung kepada kreativiti manusia. Hasilan hasilan yang dinatijahkan adalah mengikut rekabentuk, idea dan imaginasi manusia. Itulah pencetak atau yang biasa kita sebut sebagai 'printer'. Ia mengikut arahan siempunya pencetak. Hasilan sangat berbeza antara satu sama lain.
Aku bawakan konsep ini untuk menerangkan isu manusia@insan ini. Kita mengikut acuan. Kita begini kerana kita terhasil dari acuan acuan berbeza. Perbezaan antara individu dan individu dari segi perangai, sikap, kelakuan, cara bercakap dan berhubung, serta cara bergaul antara satu sama lain adalah sangat berkait dengan acuan atau pencetak mana ia dihasilkan.
Memahami kek, pencetak dan acuan ini umpama memahami insan. Mengetahui bagaimana proses ini berlaku adalah suatu keajaiban dan kehebatan. Mengapa?
Hakikatnya, kita adalah ciptaan. Terhasil dan dicipta oleh kehendakNYA. Kita berbeza untuk apa? Kita berbeza untuk kita "Litaarafuu"-saling kenal mengenali. Silapnya hari ini ialah silap faham mengapa kita berbeza. Kita tidak menghargai perbezaan malah tidak mampu meraikan perbezaan perbezaan ini. Lalu akhirnya terjadi perbalahan, terjadi permusuhan dan pergaduhan. Tidak perlu lebih jauh, cukup sekadar kita membuat pemerhatian didalam keluarga kita sendiri, dalam hubungan adik beradik, hubungan sesama suami isteri, hubungan dengan rakan dan sahabat, hubungan dengan jiran tetangga, rakan sepejabat, rakan sekolah, rakan sepersatuan, dan sebagainya. Kelak kalian akan lihat bagaimana mudahnya kita gagal memahami dan meraikan perbezaan.
Antara kek, pencetak dan acuan ini memberi warna warni perbezaan sikap dan kelakuan manusia. Tidak mungkin ia suatu kecacatan penciptaan. Malah ia adalah kesempurnaan ciptaanNYA. Ia untuk kebaikan manusia agar tiada siapa merasa lebih istimewa antara satu sama lain. Semua kita sama. Hanya faktor IMAN, ISLAM dan IHSAN yang terangkum dalam perkataan TAQWA sahaja yang membezakan kita antara satu sama lain. Malah TAQWA itu adalah sesuatu yang bersifat sangat ruhani dan tiada kelihatan. Ia didalam hati dan terserlah dalam kemurnian perbuatan, kelakuan dan pertuturan serta cara berfikir.
Mafhumnya ialah, jika laku, tutur kata, landas fikir seseorang individu itu buruk, maka ketahuilah, bahawa darjah taqwanya yang membuatkannya sebegitu ditambah dengan acuan hidupnya. Malah dalam banyak keadaan, insan itu tidak sedar bahawa taqwanya tiada malah negatif. Umpama tabungan@simpanan wang yang kosong malah susut, tiada langsung. Dalam keadaan yang lain, darjah taqwa seseorang itu sangat tinggi lalu terserlah kemurnian akhlak-tuturkata, laku dan landas fikiran yang baik, cemerlang dan hebat yang kalian boleh saksikan.
Lihat acuan Umar alKhattab r.a., sebelum dan selepas cahaya taqwa menyinari jiwa dan hatinya. Dia tetap acuan yang sama namun taqwa telah membuatnya insan pembengis yang beriman, gagah tetapi beriman, kuat tetapi beriman, pemarah tetapi beriman-dia masih bersikap pemarah akan tetapi reda ammarahnya dan hanya marah terhadap perkara perkara yang bersalahan yang bertentangan syariat dan agama. Lihat pula acuan Abu Bakar asSiddiq, seorang yang tergambar sangat setia, sangat penyabar, sangat kasih kepad rakan dan sahabat teragung Muhammad saw. Malah kalian perhatikan acuan Siti Khadijah, Abu Hurairah, Usman Affan, Ali Abi Talib, Muaz bin Jabal, Muawiyah, Abu Dzar alGhiffari, Salman alFarisi malah sesiapa pun dikeliling Nabi saw...lihat bagaimana perbezaan acuan disatukan atas landas TAQWA. Menarik bukan!
Fikirkankan dan raikan perbezaan antara kita agar kehidupan lebih tenteram, bahagia dan penuh appresiasi akan kehebatan kejadian makhluk Allah lalu kita jadi insan yang berakhlak mulia. Amiin Ya Rabbal aalamiin..
(Ikut cara Nabi kita, dia raikan pelbagai sikap dan laku para sahabatnya, yang pemarah dan bengis Nabi urus dengan kaedah tersendiri, yang lembut Nabi urus dengan cara berbeza, yang berilmu Nabi urus dengan kaedah istimewa, yang pandai berencana, Nabi guna kaedah khas.....Nabi saw tidak menggunakan kaedah 'generalization' atau kaedah umum utk semua perkara, malah Nabi saw punya pendekatan pelbagai...Nabi saw adalah contoh individu yang mengaplikasi kaedah berbeza untuk urus manusia berbeza kerana Nabi saw punya risalah dan misi untuk makhluk seluruh alam.....iaitu pelbagai! Sebab itu tarbiah Allah swt kepada Nabi saw ialah membela kambing dimasa kecilnya!)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:
Post a Comment