Salah satu kaedah berfikir yang universal iaitu berfikir melampaui lingkungan diri ialah berfikir untuk orang lain. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. Mengapa berfikir sedemikian?
Berfikir diluar lingkungan diri ini amat penting dalam membentuk karakter global dan universal dalam diri seseorang, lalu ia digambarkan melalui perbuatan dan tindakan yang bersifat universal. Mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri merupakan 'order of the day' buat seorang pemimpin berjiwa besar, pemimpin berwawasan dan pemimpin yang melangkaui ras dan juga sempadan budaya. Sentiasa berfikir diluar lingkungan akan membuatkan insan menjadi lebih matang dan berfikiran terbuka.
Persoalannya, adakah kita telah selesai menjaga diri sendiri dari api neraka? Lalu kita berupaya untuk menjaga ahli keluarga dari api neraka juga atau menjaga diri dari terlibat@melakukan aktiviti aktiviti yang menjerumuskan diri ke dalam api neraka. Jika soal proses menjaga diri ini belum selesai, bagaimana mungkin kita kan menjaga ahli keluarga dari api neraka apatah lagi orang lain?
Usaha untuk MELEBIHKAN ORANG LAIN ini memerlukan kita melonjak dan mengubah paradigma berfikir, lantas menganjak diri untuk mampu melebihkan orang lain dan memikirkan hal orang lain dalam konteks bukan menjaga tepi kain orang lain akan tetapi demi kebaikan dan nasib masyarakat secara umumnya.
Kita sudah terlalu melangkah jauh dalam kerangka berfikir yang sangat bercorak 'individualistik' iaitu terlalu berkepentingan diri yang menjadi teras dalam dunia yang bersifat materialistik ini. Hentikan perbuatan sedemikian.....saya teringat kelmarin apabila seramai 125 orang dari pelbagai lapisan masyarakat telah ditaja oleh seorang ahli korporat yang tidak tahu siapa gerangannya untuk mengerjakan umrah secara percuma ke Mekah dengan segala biaya ditaja oleh ahli korporat tersebut! Inilah langkah dan nilai positif dalam konteks berfikir untuk orang lain, melebihkan orang lain yang akan membentuk budaya dan adab dalam bermasyarakat yang perlu kita laksanakan sentiasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment